Kerja? Persetan…

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Selamat Hari Raya semua.. heheh..sungguh lambat dan basi ucapan raya kali ni. Orang dah nk beraya puasa enam baru nk ucap Selamat Beraya. Uh..uh.. sesungguhnya saya tidak sempat melakarkan ucapan selamat utk sahabat sekalian tatkala berkejar2an menyiapkan kerja sebelum pulang beraya. Dikhuatiri tak sempat beraya dikampung halaman tercinta.

Alhamdulillah sempat jugak disetelkan bahana2 urusan dunia itu dan berjaya meraikan 1 Syawal dengan jayanya. Al-kisahnya suasana raya tetap diganggu gugat oleh tempias kerja yang cemburu dengan kehepian hati ini. Disebalik mengintai2 sipi, terkadang dicuit jua olehnya (nya disini merujuk kepada kerja) yang menyebabkan emosi dan mood saya agak terkilan. Apapun, permulaan hari bekerja sudah dicemari onar2 yang tidak enak.

Dahla semalam menaiki bas tambahan (berwarna biru dengan tatu K.I.L.A.N.G tercacah dibadannya), duduk pulak port yang tak bagus. Betul2 bawah corong pendingin hawa yang dah tecabut penutup. Sebagai makhluk kebanyakkan yang berdarah panas , keadaan ini adalah suatu penyeksaan duniawi yang agak meruntun jiwa (no offence pada para maffle dan land aligator sume).

Pagi ini, kereta buruk saya tidak dapat dihidupkan setelah seminggu lebih ditinggalkan. Mungkin merajuk barangkali.. Terpaksalah menyusahkan sahabatku.. heh.. Mekasih Acap. Jasamu akan dikenang sampai bila2.. Berbicara songsang perihal tekanan kerja, hari ni dek kerana sudah arakian lamanya wajah monitor tidak ditatapi, berbondong2 urusan sabar menanti..

Sebaik saja setel membaca emel dan semangat membuak2 utk menyental dan menonyoh muka keyboard, sekoyong2 datanglah Ah Chew. Riak wajah dan air mukanya memberi ekspresi yang agak mencurigakan. Walau malang tidak berbau, tapi kali ia dapat dirasakan dalam alunan suara sekujur makhluk bergelar boss..

Fuad, I need this to be your first priority. Big boss want to review it by 3. Make sure ready before that..” Oh.. Man… tidak sampai 10 saat kendian, saya sudah menular kehulu hilir, terbongkok2 menyiapkan projek segera. Sudah dilupakan hasrat utk mengisi tembolok yang asyik masyuk menyanyi riang.. Semua meeting dikanselkan. First priority lah katakan.. Sesekali, saya membuat penakulan tentang kerja.. dirumuskan dari persamaan garis lurus..

y = mx + c

y = ( a+ b) / x + ( d+ e)

dimana y = kualiti kerja, a = masa diperuntukkan, b = duit dibelanjakan, x = kuantiti kerja, d = ilmu pengetahuan dan e = bantuan rakan2..

Agak2nyalah, bagaimana hendak menghasilkan kualiti yang tinggi apabila a, b, d dan e terlalu sedikit tapi x meningkat. Jawapannya, memang mustahil dan kalo terpaksa jugak.. tekanan akan meningkat secara mendadak.. Saya cuba nk plotkan graf darjah kualiti kerja melawan tekanan, tapi sampai sekarang masih blank.. huhu..

Nk tahu apa yang berlaku ketika boss besar review? Simple but steady..Don’t send it. Poster is enough..” Hahahahak… Sesekali terdengar suara sayup2 si banduan yang baru terlepas.. “Ko penerajang jek boss tu. Tak tau ke dia sehari suntuk ko buat benda tu last2.. useless.. takde maknenyer…” Heheh..si setan ni baru terlepas dari belenggu sudah giat melakukan kerja onarnya mencemari hati anak adam yang mulus ini..😉

Sayugia hatiku, hari ini daku mengembeling tenaga, masa, urat saraf, akan tetapi setelah itu semuanya menjadi debu hanya dengan satu gelengan dari seorang insan bergelar General Manager.. Cesss…..

Pepatah Melayu ada menyatakan “Lembu yang bertanduk panjang..walau tidak menyondol tetap dituduh menyondol

Pepatah Arab pulak “Kuda tidak akan meninggalkan satu pokok sehingga adanya pokok yang lain

Pepatah CinaPermata tidak berkilau tanpa digilap, manusia takkan sempurna tanpa dugaan

Hahak.. Takde kaitan pon.. Okes.. Sehingga berjumpa lagi. Tahap kewarasan sekarang diparas amaran.. Surut sket dari pagi tadi diparas merbahaya.. Sorry merapu tak tentu pasal..

Pengumuman:

  1. Kepada sahabat yang ada masalah game Cash Flow tu, saya masih menjalankan investigasi dan jika sudah tersedia solusi nya nnti akan diperkhabarkan.
  2. Mulai hari ini sehingga Isnin depan, blog ni tak akan menyentuh pasal kerja dan perniagaan atau buku secara langsung. Maka, pada sesiapa yang ingin membaca sesuatu yang ilmiah sket, sila kembali di minggu depan. Sape yang nk baca saya merapu.. heheh.. dipersilakan datang lagi esok..😛

Sahabatmu,

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

14 Komen di “Kerja? Persetan…”

  1. Labanon Says:

    Wah.. panjang jugak dop merapu huhu best jugak😀

  2. akirasuri Says:

    oh oh welkam 2 da club merapu bro..ha ha ha…

  3. KU> Says:

    aiyak..aku pun boleh sakit jiwa kok,menekan dan tertekan.hehe..
    ok take your time🙂

  4. aku Says:

    heheh.. rupa2nya ada time memang blogger akan merapu.. sama macam aku.. hahah..

  5. mystrique Says:

    Saya suka dengan gaya penceritaan anda. Sangat menarik dan tidak menjemukan.

    ps: Harap dapat emel saya kerana ada perkara yang ingin saya ajukan secara peribadi.

    Wassalam

  6. linn_comel Says:

    Kalau nak diikutkan , dugaan ni memang sentiasa ada..apa-apa pun merapu still beilmiah..selamat hari raya..

  7. Slie Says:

    sabar ad, sabar. nasib baik aku tak masuk ofis lagi. masuk ofis esok tak tahu la…

    sori la sebelum raya tak sempat gi makan colek. sibuk sikit lah.

    ditambah pulak dengan khabar gembira di pagi raya, bakal jadi bapak dah aku ni..🙂

  8. Fuad Says:

    Labanon: Sesi merapu mmg best.. tak igt time dah..

    Akirasuri: Trima Kasih2.. Apa nama club merapu tu Cik kira?

    KU: Sakit jiwa ke? Hahak.. Kita tubuhkan club orang bekerja yang sakit jiwa plak…😉

    Aku: Heheh.. Blog ni wadah yang bagus itu meluahkan perasaan..

  9. Fuad Says:

    Mystrique: Mekasih..🙂 Dah emel dah.. Nnti leh cek inbox..

    Linn: Selamat Ari Raya Linn.. Selamat menempuh dugaan..

    Slie: X dak hal.. Tau2 org berkeluarga semustinya lagi sebok.. Berita gumbira tuh.. Tahniah2.. Mmg betul la ramalan, member2 nikoh tahun ni sumo bunting pelamin.. heh..

  10. aciq Says:

    Fuad san,

    Nie petikan dari buku “If You Think You Can! 13 laws that govern the perfomance of high achievers”…yg aciq baru baca separuh.

    “ACHIEVEMENT is a thoughts and activities.”

    “Goals, whether large or small, personal or organizational, are ACHIEVABLE.”

    The bottom line is that kalau Fuad rasa Fuad bole dan bole dan mmg pasti bole…teruskan ajer keBOLEhan Fuad tu…yg pasti Fuad san mmg berkeBOLEHan!!!🙂

    -Sila beri tunjuk ajar yer-

  11. ad3ck Says:

    tertanye-tanye, ko kerja sbg per eh?


  12. […] Sebenarnya, saya semalam tak balik rumah gara-gara nak menyiapkan tugasan mengejut yang diberi Alhamulillah, saya tak mengeluh, malah menyedari saya akan mengalami situasi seperti ini. Maklumlah, selagi namanya makan gaji, selagi itulah saya terikat dengan syarikat. Ini bukanlah kali pertama saya berjaga sampai hampir Subuh untuk menyiapkan tugasan. Sebelum ni pun masa bekerja di sebuah firma perakaunan dan audit, berumah tangga di office ni perkara biasa. Malah saya pernah tidur di surau dalam KLCC semasa bertungkus-lumus menyiapkan audit syarikat petroleum negara Kadang-kadang, ada kawan-kawan saya yang dengan selamba memerli saya dan rakan-rakan dalam industri yang sama dengan mengatakan “Bangla pun tak keje teruk macam ko, depa ada jugak masa tido…” Hehehe, tak terelak saya…terpaksa juga menelan apa yang ada, atas tiket seorang “pemakan gaji”…dan sebenarnya ramai lagi pemakan gaji yang mengalami benda yang sama macam saya. Tak caya, tanya En Fuad Keluhan? Hmm, sebenarnya dah tak larat nak mengeluh…selagi namanya makan gaji, selagi itulah kita tidak bebas dari sangkar maya ni…dan saya redha. Niat saya bekerja adalah semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah SWT, di samping untuk mencari ilmu berguna buat bekalan. Mudah-mudahan, hajat saya untuk bekerja sendiri akan tercapai dengan izin Allah . Pada masa tu nanti, saya tak perlu lagi berjaga lewat malam untuk menyiapkan tugasan untuk orang lain (kalau untuk diri sendiri ok gak ) dan saya sedang menyiapkan diri saya ke arah itu, dengan persiapan mental dan fizikal. Segala pengalaman di dalam dunia pekerjaan ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya, InsyaALLAH Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages. […]

  13. Fuad Says:

    Aciq: Menarik buku tu.. Mekasih bagitau..🙂

    Ad3ck: Aku keje kat Bayan Lepas.. Belah pulau.. Meh la siggah rumah kalo sampai Penang tu..

  14. alhafiz3d Says:

    Best betul almari buku ni.

    Baru nak minta maaf..🙂
    Salam EidulFitri, Maaf Zahir Batin Fuad.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: