Pergelutan di dalam Supermarket

Salam pertemuan,

Lokasi: Pasaraya Bilal, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Masa: 3 Syawal 1427, Jam 9 pagi.

Tak sampai 3 langkah masuk dalam supermaret Bilal, HP Nokia ku berbunyi. Huh.. pasal kerja lagi.. Tak boleh nk senang sket.. Rungut hatiku.. Ismail dan Shahidan sudah melangkah masuk ke perut pasar raya. Tenggelam dan hilang dalam ributan orang ramai yang masih sebok membeli belah walau Raya dah masuk hari ketiga.

Urusan dengan Kenny mengambil masa lebih kurang 5 minit. Kacau mood raya betul bile kene keje jugak walau secara KJJ (Kerja Jarak Jauh). Aduhai… urusan Raya tak abes lagi nih. Walau hari ni wat rumah terbuka, pagi ni masih terhuyung hanyang menapak mencarik bahan2 masakan, taugeh a.k.a kacang cambah, bunga kantan semua dah jadi rebutan terhangat dipasaran. Sebagai tukang drebar, saya tak kesah stakat shoping moping ni.. janji dapat makan besh.. Hahaha..😛

Sebaik saja sampai bahagian sayur2 kelihatan Ismail tengah duduk dilantai. Ape ke he nyer budak nih..? Kot ye pon nk lepak2 jgn la sampai tercongok kat latai tuh.. Terkezut babun saya bila tgk Shahidan tgh menggelupur atas lantai. Mulut dah berbuih2 dah. Mata dah nmpak kaler putih jek.. Mane ilang mata hitamnyer..? Daripada terus berpikir benda yang tk mustahak tu, baik setel hal ni dulu. Yang peliknyer Ismail tampak relek dan macho jek.. Dia baru lepaskan gengamannya di mulut Shahidan yang dok terkancing gigi dari tadi.. Nasib baik dia ada, kalo tak apalah nk buat bila Shahidan terkene  sawan.

Sebetulnya bila Shahidan dah terkena, dia tak kan kenal orang dah. Dia semacam di rasuk dan akan mula berkeliaran. Tapi, misi pertama pastikan dia stabil dulu. At least kembalikan mata hitamnya dan hentikan buih-buih yang membuak2 keluar. Setelah digosok2 dan urut2 belakangnya, Shahidan bangkit. Fuh..lega rasanya. Walau nmpk blank2 tapi jauh lagi ok dari sebelumnya..

Heheh.. ku sangka panas hingga ke petang tapi dah ribut salji di pagi hari.. tetiba Shahidan menyerang. Hampes sungguh.. Mana boleh kalah, abesla kemachoan tatkala awek-awek ramai dok jadi pemerhati bebas.. Maka, bersilatlah saya di tengah2 orang ramai dalam supermarket tuh.. Yang pasti, tenaga Shahidan memang kuat (Kata Mak nya bila dia mengamuk 5 orang pon belum tentu dapat pegang). Kalo lawan kudrat, pasti dah kalah dah. Nasib baik belajar Silat Jatuh sampai tamat, walau ayam jantan saya keluar gelanggang masa majlis penamat still masih bertahan jugaklah.. Kalo tak memikirkan Shahidan ni adik sepupu tambah pulak dia tgh sakit, silap hari bulan mau tapak kaki naik atas muka budak ni kang..

Nota ringkas: Dalam majlis penamat Silat, Tok Guru akan mintak setiap anak murid bawak ayam jantan. Satu lubang di gali di tengah gelanggang. Setelah disembelih, ayam di letakkan di tengah gelanggang. Kononyer lah Tok Guru dapat tgk bakat anak muridnya melalui perlakuan ayam yang di bawak. Kali ayam tu mati terjatuh dalam lubang, konon nya boleh jadik tok guru. Kalo jatuh dalam lubang dan keluar balik, boleh tambah ilmu belajar pencak berkeris pulak. Abang saya ayam dia jatuh dalam lubang tapi tak jadik tok guru sampai sekarang pon.. Saya? Ayam saya keluar gelanggang dan mati bawah rumah.. hahahak…tak tahulah apa maksudnyer.. Jadik pengganas ke ape..😉

Alhamdulillah..setelah beberapa kali jatuh.. Shahidan mula tenang.. Walau dia tak kenal orang tapi dia dah start berkeliaran di dalam pasaraya. Ismail di tugaskan sebagai pemerhati tak profesional. Saya… masih menanti Mak Cik datang. Mengikut Ismail, walau dalam keadaan separuh sedar dan tak kenal orang..Shahidan masih mengenali seorang insan.. Insan yang sangat mulia iaitu ibu kandungnya.

Sebaik sahaja Mak Cik sampai, Shahidan terus menerpa. Benarlah kata Ismail tu.. Sungguh sabar Mak Cik menjaga anak bongsunya.. Kesian memanglah kesian. Nk belajar tak boleh, nak berenggang jauh pon tak boleh. Penyakitnya memberi banyak kesan dalam hidup Shahidan namun kasih sayang seorang ibu yang tak pernah pudar memastikan Shahidan terus bahagia dengan hidupnya sendiri..

Sesungguhnya kasih ibu itu sampai ke syurga.. Sayangilah ibu anda..

60 minit sebelum kejadian…. 

Haha.. arini wat rumah terbuka. Inilah masanya mahu menyental sesungguh hati. Nak2 mak buat Mee kari plak. Masyuk2.. Tapi seperti biasa tugasan membeli belah dulu.. Ismail setia menjadi konco tetap.. Ketika kereta nk bergerak, Shahidan melompat masuk..

“Dan..nk pegi mana?” Shahidan tersengih.. “Bosan aa dok umah.. Nok ikut la beli barang.. Best sket jalan2..” Saya senyum.. ok gak kalo ramai askar.. boleh buli.. Lalala.. Selamat Hari Raya…. Sesekali melihat gelagat Shahidan berborak riang ngan Ismail.. Di jangka hari ini semuanya berjalan lancar… diharapkan…. ya diharapkan…

Abess cerita…🙂

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

8 Komen di “Pergelutan di dalam Supermarket”

  1. aku Says:

    Sepupu mung ade sakit sket ye… simpati…

  2. linn_comel Says:

    Fuad..sakit apa yer..family saya pun mengalami kisah seperti ini, tetapi sehari sebelum puasa, tetapi agkara sihir..apa yg terdetik di kepala saya ketika itu..YaALLAH betapa kejamnya manusia yang melaukkan pengkhianatan ini.

  3. aman Says:

    tumpang simpati

  4. walikard Says:

    Kita merancang, ALLAH pun merancang…namun perancangan ALLAH SWT sudah tentunya lebih baik

  5. aciq Says:

    Ermmm…

    Pasal Shahidan – Anak2 istimewa ni pelbagai ragam diaorg, kekadang tu mencuit hati, tp ader juge yg menyentuh hati. Kwn mak ader sorg ank istimewa,sayang sgt dia kt ank yg sorg nie, sama gak ader sawan yg myerang xkira masa. Kekdg tu aciq perati prangai dan telatah ‘ank2 istimewa’ nie lebih molek dr prangai MAT REMPIT@Mat Bodoh (Dr. Danial beri gelaran). Opsss…merapu. Ape2 pon bruntung Mak Cik Fuad sbb terpilih utk menjadi ibu pada ank istimewa cam Shahidan, ank2 istimewa nilah yg akan tngu ibu mereka di pintu Syurga…InsyaAllah.

    Pasal Silat Jatuh – Tukar nama la Fuad…’Silat Jatuh Ayam’…ehe ader gak ker silat gope tu? Silat aciq join x guna ayam…tp ader makan2 pas majlis penamat…makan lauk ayam…

    Kak Linn_Comel – Mmg KEJAM setan yg bertopengkan manusia nie, maaf la kalo aciq terksar bahse…tp aciq mmg3 iskkkk xtau la nk kata ngan spesis setan bertopengkan manusia nie, aciq harap kak linn tabah dn jgn putus asa mohon pada Allah serta kuatkan semangat, xkan tenang hidup spesis yg mengenakan sihir pada manusia lain…

    p/s: Fuad san, sumimasen…terbagi komen panjang, jgn marah yer😉

  6. KU> Says:

    Wahh..bro fuad jadi hero laa..tahniah!hehe..bantu mereka yg memerlukan bantuan.

  7. akirasuri Says:

    oh oh hero hari ini eh silap hero raya ketiga, incet fuad dan ismail..ahakss…

    emmm kondisi dan tu macam mana ya?ada penyakit sawan aja ke atau ada penyakit lain-lain??simpati, tapi itu sudah bahagiannya..umur dan tu berapa tahun ek?emmm walaupun jalan penceritaan incet fuad agak lawak, saya tetap sebak baca pasal dan tu…

  8. Fuad Says:

    Aku, Linn: Katanya sakit sawan.. Sawan ni kancing gigi la kan?

    Aman, Walikard: Setiap orang ada masalah sendiri..

    Aciq: hahak.. Sebenarnya ayam ni apa kelebihannya tak tahu. Tapi ramai orang dulu menilai perilaku orang guna ayam. Macam silat cekak, tok guru suruh anak murid pilih bahagia ayam mana paling di suka makan.. Ayam oh ayam.. Silalah komen panajang2..🙂

    KU: eheh.. hero ke.?

    Akirasuri: Ismail lagi hero sebab dia dah selamatkan Shahidan dari tergigit lidahnya sendiri… Setahu saya sakit sawan jela.. Tak tau plak kalo ada penyakit lain. Umur dia kalo tak silap 16 tahun.. Kata Mak Ck nk antar Shahidan sekolah pondaok.. Tapi tak tahulah macammana penyakitnya tu…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: