Arkib untuk November 2006

Malaysia Bodoh..?

November 30, 2006

Salam Pertemuan,

That’s not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid). Ini adalah petikan kata2 model entry hari ni, Michael Backman. Seorang pakar ekonomi Asia yang menjadi kolumnis majalah2 ekonomi Asia dan jugak menulis beberapa buku berkaitan ekonomi Asia. Untuk rujukan penuh artikel dari mana petikan diatas di ambil, boleh rujuk di sini.

Sekali baca memang bengang gak. Main kutuuk sesedap hati secukup rasa jek. Namun bile baca berulang2 kali, mungkin ada benarnya jugak yang tersirat disebalik kutukan berbisa nih. Terpulang pada anda untuk menilai.. ūüôā

Slot Khabar Angin

Hari ini, saya ‘ter’berborak dengan seorang brader pasal business. Katanya terdapat sumber baru bagi mendapatkan modal perniagaan bagi orang yang betul2 serius berniaga. Caranya ialah mengambil income tax sesebuah syarikat dan di tukarkan menjadi pinjaman. Tapi syaratnya pada pendapat saya tersangatlah sukar nk dipenuhi. Syarikat tersebut mestilah mempunyai kadar income tax sebanyak 1 juta. Fuhh.. kalo income tax pon dah 1 juta, keuntungan dia musti berjuta2 lemon punyer. Apapun, kalo sape2 ada syarikat atau syarikat member yang tiap2 tahun bayar cukai 1 juta kat LHDN, boleh la contact saya. Nnti saya boleh¬†slow talk ngan brader tu untuk dapat potongan cukai (yang dipotong tu jadik modal saya wat business… hahak ūüėČ )

Slot Sembang tak Ingat…

Tengah ari tadi saya pegi singgah kat Maxis center. Pastu ter’ayat’ plak oleh amoi salesgirl tu. Maka saya keadaan emosi yang separuh sedar telah menyain borang Maxis Wireless Broadband. Huhu.. Katanya kalo 30 ari try tak puas ati boleh return balik tak yah bayar apa2.. Maka saya pon terpancinglah dengan teknik2 sales derang. Minggu depan bleh try tulih blog kat rumah plak.. Best2.. ūüôā Harap2 ada masa untuk itu…¬†

Malam ni kene stay-up lagi.. uh uh.. Sape ada lagu2 syahdu sket nk pasang malam ni kat Lab..

-Fuad-

Advertisements

5 Benda Macam-Macam

November 28, 2006

Entry kali ni saya ingin balas tag dari Fiq.. Saya dah janji nk jawab tag ni.. Huh.. Curik masa jap.. Di saat kepala yang tgh bingung dan kelopak mata dirasakan berat..

Saat ini Jam komputer menunjukkan 2:59 pagi. Saya baru kuar lab.. Dari petang tadi dok menggodek2 osiloskop tapi tak kuar2 gak signal yang diharapkan. Si Algojo Jepon itu dengan rakus jugak mahu report testing ni di present esok.. Apa mau lagi¬†hendak diusahakan.. Tukar probe, tukar power supply, tukar IC, tukar housing, tukar codewheel, tukar connector, sume dah tukar dah..tinggal tak tukar boss ngan tukar kerje jek lagi.. Adush2…

Sekarang dalam senarai pembuli dah bertambah kepada 3 orang. Ini adalh kes yang paling pelik berlaku. Bila sorang bos mempunyai 3 orang pekerja adalah perkara biasa, tapi macam mane plak bile sorang pekerja ada 3 orang bos..? Pelik kan.. Tapi ketiga3 boss ni tak reti2 nk consider setiap orang ada 24 jam sehari… dan aloo boss… I had been paid to work 8.00 am to 5.30 p.m. Did you ever notice that? Hahahak.. Sesi melepas tensen…

En Aku… Aku dah wat balik dah.. hahak.. Sori2… Sila ignore entry kali ini.. Hahak.. ūüôā

Saya ada sidrom yang agak pelik.. Apa bile saya¬†rasa tensen saya akan cuba gelak. Walau tadi contractor menghantar demo yang tak berapa menjadi.. Bila dia balik, terasa geli hati plak projek ni tak menjadik.. Sekarang pon rasa nk tergelak¬†gak kerja ni tak menjadik lagi.. Actually bila memandang sesuatu perkara tu adalah salah diri sendiri dan gelakkan diri sendiri yang tak buat kerja elok2… ketensenan akan berkurang.. So, pengajaran nya apa2 yang berlaku aggaplah kesilapan diri sendiri.. Dan lenkali jangan lupa buat lagi.. ūüėČ

Menjawab tag pasal 5 bende….

5 Perkara Bila Jadi Jutawan.

  1. Brenti jadik kuli..
  2. Pastikan hutang sendirik dan famili settle semua
  3. Jadi Petani
  4. Tubuhkan Yayasan
  5. Tunaikan impian orang lain

5 Tabiat Buruk

  1. Suka bertangguh
  2. Susah nk istiqamah
  3. Kurang fokus pada benda yang tak minat
  4. Over confident pada benda yang tak sepatutnya di over confident kan…
  5. Ikut ati sendirik jek bila tgh weng…

5 Perkara Benci Lakukan

  1. Bila tak dapat penuhi permintaan orang
  2. Terpaksa buat kerja time takda mood
  3. Membuat kerja yang tak tahu hujung pangkalnya dan kenapa ia perlu buat…
  4. Mintak tulun dengan orang yang tak ikhlas nk tolong
  5. Swipe credit card pastu nyesal…

5 Perkara yang Tak Akan Dilakukan

  1. Menduakan kekasih yang sejati (Ar-Rahim)
  2. Menjatuhkan maruah Mak Ayah
  3. Membinasakan hidup orang lain
  4. Makan ‘kobo’ pendek dan sewaktu dengannyer..
  5. Menidakkan hak seorang sahabat…

5 Perkara Menyesal Lakukan

  1. Tak belajar Islam sebaiknya dari awal
  2. Tak ambik tahu pasal perniagaan dari awal
  3. Mengutuk seorang kawan (sekarang dah lost contact nk mintak maaf)
  4. Main game / sembang / marathon CD sampai pagi pastu subuh gajah..
  5. Bukakan hati untuk wanita..

5 Permata Hati

  1. Mak Ayah
  2. Adik-beradik
  3. Sahabat
  4. Sedara terdekat
  5. Simpan satu lagi slot….

5 Tempat Yang Disukai

  1. Tempat yang sunyi tatkala mencari ketenangan
  2. Tempat yang penuh dgn manusia tatkala menilai kehidupan
  3. ‘Pejabat’ tatkala hajat perlu ditunaikan ūüėČ
  4. Di rumah… selamanya…
  5. Bukan di opis… Nak2 time keje tahap stress menggunung.. Hahak

5 Saat Penuh Bermakna

  1. Saat memeluk Mak
  2. Saat cium tangan Ayah
  3. Saat kelahiran adik2..
  4. Saat perkene Ayah time result SPM..heh..
  5. Saat perlukan teman.. dan ditemankan…

5 Benda Yang Disukai

  1. Game
  2. Anime & Movie
  3. Martial Arts
  4. Mee kuah Mak..
  5. Buku

5 Perkara Tentang Diri

  1. Rabun
  2. Tak suke jadik kuli
  3. ‘Hantu Mee’.. gelaran mak bagi..
  4. Pakai berus gigi hardness M
  5. Hero komik paling di fanatik “Taichiro – Jengking Merah”

5 Orang Paling Disukai Dalam Blog

  1. Yang menulis dengan ikhlas…
  2. Yang menghargai persahabatan..
  3. Yang menegur tatkala terlupa
  4. Yang menganggap diri ini sahabat walau tak mengenal diri
  5. Yang menjadi diri sendiri dalam setiap penulisan

5 Perkara/Benda Yang Perlu Ada Dalam Rumah Nnti (Kalo ada kemampuan)…

  1. Bilik bacaan / Home office
  2. Bilik ibadah
  3. Bilik hiburan, home theater
  4. Gym and Swimming Pool
  5. Bilik2 asas yang lain..

Sekian… Nak balik bongkang lak… Esok pepagi miting… Nekad tak nk contribute ape2 dalam miting.. Nganga jek…

-Fuad-

Dikesempatan itu…

November 24, 2006

Salam pertemuan,

Semalam saya terbaca satu terjemahan yang menarik minat saya untuk diperbincangkan dalam entry kali ni.

¬†¬†¬† “Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” – Al-Imran, Ayat 174.

Terjemahan yang saya baca (Al-Quran Al-Karim wa tarjamahu maknawiyah ila Al-lughatul Al-Indonesiah) menjelaskan ayat ini bercerita perihal kisah Badar As-Sughra. Sebetulnya saya tidak benar2 mengetahui cerita penuh Perang Badar Kecil. Ceteknya ilmu saya ini, saya hanya mengetahui terdapat Badar Al-Kubra dan Badar As-Sughra. Kisah Badar Al-Kubra memang selalu diperdengarkan apatah lagi bila tiba Ramadhan yang mulia. Mungkin kisah ini kurang femes ditambah pulak dengan kekurangan usaha saya mendalami ilmu sebegini. Namun setelah saya buat carian di internet, saya tak jumpa satu pon kisah Badar As-Sughra. Saya juga bertanya beberapa orang namun rata2 mengatakan pernah dengar tapi tak pasti kisah penuhnya.

Jadi, saya amat mengharapkan jika ada dikalangan sahabat yang dapat memberikan rujukan perihal Badar As-Sughra. Secara ringkas turutan peristiwa sebagaimana yang saya cedok dari buku terjemahan diatas.

Abu Sufyan dengan konfidennya menyatakan dia bersedia untuk perang Badar (setahun selepas Perang Uhud). Pada tahun itu (4H) ialah musim pacelik* dan Abu Sufyan berasa takut. Lalu dia menyuruh Nu’aim Ibnu Mas’ud pergi menakut2kan kaum muslimin dengan cerita bohong kononnya Orang Quraisy dah bersedia berperang dengan bilangan yang sangat ramai. Namun kaum muslimin tidak gentar dan tetap yakin dgn bantuan Allah (boleh rujuk Al-Imran, Ayat 173 utk kisah pembohongan ni). Bilapada orang Islam pergi untuk berperang, orang quraisy yang penakut itu tidak kunjung tiba. Perang Badar tak terjadi ketika itu..

Yang lebih menarik, ketika musim perdagangan itu, kaum muslimin melakukan perniagaan dan memperolehi keuntungan yang sangat lumayan (dirujuk sebagai kurniaan Allah yang besar dimana tidak berperang tapi pulang dengan laba yang sangat banyak).

Apa yang menarik pada saya dengan kisah ini ialah:

  1. Umat Islam ketika itu pandai menggunakan kesempatan yang ada.
  2. Walau persediaan untuk berniaga tiada (mereka hendak pergi berperang) namun dengan apa yang ada mereka teruskan juga¬†berniaga. Hasilnya tetap lumayan besar. (Jangan sebok carik alasan ūüėČ )
  3. Sesungguhnya kurniaan Allah itu sangat luas bagi hambanya yang tidak gentar dengan para musuh2 Islam.

Seorang sahabat menghantar rujukan menarik tentang ekonomi orang Yahudi yang mengusai dunia hari ini. Lihat disini untuk melihat senarai Yahudi yang menguasai ekonomi dunia. Tak tercabarkah kita dengan kuasa mereka ini?

Kepada mereka yang tahu cerita Badar As-Sughra ni dengan lebih terperinci saya amat2 menghargai pertolongan anda menolong saya mendalami kisah ini. Jadikan¬†mencari & berkongsi ilmu¬†satu amalan hidup kita.. ūüėõ Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

* Mengikut fahaman saya pacelik ni merujuk pada zaman kemerosotan ekonomi. Tapi saya betul2 tak pasti. Kalo sape faham bahasa Indonesia atau orang Indonesia, harap dapat jelaskan maksud musim pacelik.

Sesuatu Yang Hilang

November 22, 2006

Salam pertemuan,

Sudah agak lama blog ini tidak diperisikan. Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan utk melakar sedikit ulasan buku terbaru yang saya baca. Sekadar ulasan yang teramat ringkas.. masa tidak berapa mengizinkan. Insya Allah jika ada perbincangan saya rasa manfaatnya lebih.

Buku bertajuk “Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian” karya Nasnan Jajuli ini saya rasakan mencurah manfaat yang besar buat sesiapa yang menaruh minat tinggi sebagai Usahawan Tani. Saya adalah salah seorang. Setelah menatap buku ini, saya dapat rasakan sudah cukup alasan yang diberikan selama ini. Inilah masanya utk melestarikan impian¬†yang terpendam¬†sedari mula mengenal maknawi ‘cita-cita’.

Namun saya tidak akan berbicara apa yang ada, lebih tertarik pada apa yang tiada. Bagi yang berminat utk mengetahui perihal yang ada, boleh rujuk di website Sabak Agro. Sesuatu yang hilang disini ialah ilmu pemasaran. Sesuatu yang sukar hendak di gali di bumi Malaysia khususnya bagi orang Melayu ialah mempelajari ilmu pemasaran. Saya begitu mendambakan ilmu pemasaran ini. Sebetulnya ilmu memang boleh dicari dengan berusaha mencari melalui pengalaman.¬†Istilah yang digunakan, ‘Learn form Hard-Knock University’. Ilmu yang bila dapat pasti akan diingat sampai bila2 dan dihargai sepenuh hati.

Mengungkap kata-kata seorang Leftenan Kolonel Rejimen Renjer Diraja, ‘Smart people¬†learn from mistakes but it takes¬†briliant people to learn form others mistakes’. Saya masih tercari2 jika ada sebarang rujukan tentang pemasaran yang praktikal di Malaysia. Sampai tika ini, belum ada suatu rujukan yang dirasakan benar2 berhasil. Mungkin seorang yang berpengalaman yang sudi memberi tunjuk ajar kepada pencebur baru adalah suatu yang begitu penting dalam bagi melengkapi kitaran ekonomi perniagaan kaum bumiputra khususnya orang Melayu yang sejak … (ntah bila) menghadapi masalah besar dalam pemasaran.

Saya begitu tertarik dengan forum perniagaan di barat, contohnya Start-up Nation yang menjadi bukan sahaja rujukan muka2 baru tapi sebagai batu loncatan buat para businessman vateran. Saya mengesyorkan, budaya bantu-membantu ini patut dipergiatkan dan moga2 menjadi suatu titik tolak perubahan kearah kemajuan perniagaan di Malaysia.

Forum Jom Niaga dikelolakan oleh saudara Adly mungkin boleh dijadikan asas untuk ini. ( Tolong iklankan ūüėČ )

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

Kucupan Mesra

November 17, 2006

Salam ukhwah buat sahabat,

Masa mengemas2 email2 yang lama tadi saya terjumpa email yang dihantarkan oleh seorang kawan. Perihal kasih sayang. Ingin saya kongsikan untuk renungan bersama. Sesungguhnya hidup ini yang pasti penuh dengan cabaran. Semoga kasih sayang menjadi ubat yang berkesan untuk hati yang keresahan. 

Cerita ini bermula dengan seorang lelaki menghukum anak perempuannya yang berusia 3 tahun kerana membazirkan segulung kertas pembalut hadiah emas.¬†Kewangannya pada ketika itu agak sempit, dan dia menjadi marah apabila¬†anak tersebut cuba membalut sebuah kotak. Namun begitu, budak itu tetap¬† membalutnya dan membawa hadiah tersebut kepada bapanya pada keesokan harinya. Sambil menghulurkannya, dia berkata, “Ini khas untuk Ayah”¬†Dengan perasaan segan atas tindakannya pada malam sebelum itu, bapanya pun membuka hadiah tersebut.

Namun, dia menjadi lebih marah apabila didapati¬†bahawa kotak tersebut kosong. Lantas dia menjerit kepada anaknya,¬† “Tidakkah awak tahu bahawa jika seseorang memberi hadiah, dia perlu meletakkan sesuatu dalam kotak itu?” Anaknya melihat kepadanya dengan tangisan yang banyak dan berkata, ¬†“Oh Ayah, kotak ini tidak kosong. Saya tiupkan kucupan yang banyak ke¬†dalamnya. Kesemuanya untuk Ayah.”¬†Hati bapanya hancur apabila mendengar kata-kata anaknya. Dia memeluknya dan meminta kemaafan daripadanya.¬†

Tidak lama dari kejadian itu, satu kemalangan telah meragut nyawa anak tersebut. Bapanya masih menyimpan kotak tersebut di tepi katilnya. Setiap ketika dia berasa sedih atau putus asa, dia akan mengambil satu kucupan imaginasi anaknya dan ingat kepada kasih anak yang telah meletakkanya di situ. Sebagai seorang insan, kita memang dianugerahkan dengan satu bekas emas yang dipenuhi dengan kasih yang tanpa batasan dan kucupan sayang daripada anak kita, keluarga, rakan-rakan dan juga Allah. Tiada hadiah lebih berharga daripada ini.

Sehingga berjumpa lagi..

 -Fuad-

Demonstrasi Akad Nikah

November 15, 2006

Salam pertemuan,

Hari ni saya tak sempat nk tulih entry. Kiranya ni nk curik masa kejap sebelum balik sambil2 nk belajar letak You-Tube kat blog. Terima kasih kat Akirasuri di atas tunjuk ajar beliau. You-tube nih dah lama sangat dah saya dapat. Kira dah basi dah. Jadik, entry ni adalah eksperimen sahaja. Highlight saya pada majlis akad nikah ni:

  1. Statement tok imam, orang islam takleh pakai topi.. hurmm..
  2. Asal pak imam sebut mas kahwin 452.50 kok tapi patutnya 128 kok.
  3. Kedengaran suara pompuan gelak sakan kat belakang. Agak2 pengantin pompuan. Tak patut betul gelakkan bakal suami..Heh.
  4. Akad nikah ngan taklik tu ntah ape2 ntah. Apalah status hukum dia ye…
  5. Kesian pengantin lelaki nk masuk tido kene larang dek pak imam… Hahahahak..
  6. Belajarlah bahasa akad nikah baik2 sebelum majlis akad nikah.. ūüėČ
  7. Kalo ada vocab tak paham bleh taruk kat komen.. hehe

Okes.. Nk balik dulu.. Tak larat dah menatap monitor nih.. Salam..

-Fuad-