Tambahkan Manis dalam Senyuman

Salam pertemuan,

Hadiah ulang tahun perkahwinan Mak Ayah tahun ni ialah alat mengukur kandungan gula dalam darah. Hahak.. Ini semua idea adik perempuan saya. Ayah pulak bukan main seronok dapat hadiah tu.. Berkongsilah kami 10 adik beradik membeli alat tu..

Nak dijadikan cerita, lepas beraya sakan Ayah saya melancarkan kempen pemeriksaan kandungan gula berikutan kebanjiran pelbagai jenis kueh muih serta biskut raya yang menjanjikan kandungan gula yang pasti menggerunkan.. Nasib baik lah sorang adik perempuan saya ambik Medic sorang lagi ambik kejururawatan. Kalo tak takleh bayangkan la kene wat sendirik.. Fobia jugak dengan cucuk2 ambik darah nih..🙂

Hasil ujian bakal Doktor dan jururawat ini keputusannya.. Mendahului senarai.. Ayah = 7.3, Abang Sulung = 6.0, Adik Lelaki = 6.0, Mak = 5.9, Saya = 5.6, Adik Perempuan = 4.8. Yang lain tu alat tempat letak sample darah abes. Lega si Fitri dan Afiqah sebab tak perlu di cucuk.. ;-)  Mengikut adik saya, paras sehat ialah 4.0 hingga 7.0 mmol/l sebelum makan.. Heheh.. kira darah saya ni masih di tahap terkawal lagi lah.. Bagaimana dengan anda..?😛

Suatu kisah syahdu berkenaan ujian darah ni.. Suatu ketika, USM Kubang Kerian melancarkan kempen kesihatan dan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Dek melayan kerenah adik perempuan saya ni, setelah dibodek2 dengan manja akhirnya saya pon setujulah menjalani pemeriksaan. Semua member2 dia je yang buat check. Boleh caya ke bebudak ni.. Cuak jugak.

Tiba saat check darah, saya pon dok la depan seorang awek (bakal jadik doktor). Satu hal saya boleh cakap, doktor memang terer mengayat. Orang yang jual mahal, keras hati dan penuh karekter macam saya pon boleh cair.. Hahak..😉 Agaknya ada subjek psychology yang derang ni belajar utk mengayat para pesakit dengan berkesan.

Awak ni abang Hanim ye..?” Saya angguk tanpa sebarang suara (kena maintain karekter).

Adik beradik Hanim ni sume cantik2 hensem2 kan..” dia tersenyum. Anak matanya nampak mengecil. Nampak comel pulak. Atau aku dah terayat dengan susunan kata2nya. Tak leh jadik nih.. Saya hanya senyum.. masih…

Fuad kan? Hanim selalu crita pasal awak. Student yang dapat pegi UTP mesti pandai2 sume nyer kan..” senyumannya di iringi sedikit gelak tawa riang. Sesekali mencuri pandang wajahnya yang sedang asyik menyapu kapas di jari ku. Cess.. terayat plak aku.. Boleh cair kalo terus macam ni..

Tetiba terasa pedih yang ngilu di hujung jari. Aduhai.. tahan jela. “Sakit ke? tak kot.. Fuad kan kuat. Takkan lah jarum sket pon dah sakit” suara lunak itu membuatkan ku tahan kesakitan itu sepenuh hati.

Ok..dah.. Mekasiihh.. Nnti bile2 cuti tu datang la kat sini” gelak tawa nya semakin galak. Saya berlalu dengan senyum sumbing bercampur curiga.. Apa yang digelakkan sgt tu?

Sebetulnya waktu itu saya memang buta langsung pasal check darah ni. Sebenarnya pen  jarum pencucuk boleh di laraskan dari 1 hingga 5. Kebiasaannya 1 dah cukup nk keluarkan darah dari hujung jari. Bagi orang yang berumur, kulit dah tebal nombor 2 atau 3 digunakan. Tapi awek tu menggunakan nombor 4 utk mencucuk jari ini. Patutla rasa ngilu semcam jek. Hampes sungguh.. Di saat itu barulah sedar telah diperkotak katikkan oleh para student Medic USM tu.. Ces..ces..ces… Hatiku telah dipermainkan.. Hahahak..

Pengajaran:

  1. Bila ambik darah, Gunakan nombor 1 sudah mencukupi. Jgn di aniaya oleh doktor..
  2. Jangan mudah tergoda dengan ayat2 pujian dari doktor. Takde makna nyer sume tu.. huhu…
  3. Kawallah kandungan gula dalam darah anda. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman🙂

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

16 Komen di “Tambahkan Manis dalam Senyuman”

  1. akirasuri Says:

    ha ha ha mahu gelak sakan kat pokcik…ha ha ha gelak lagi…mesti dalam control muka macho tu, jadi semacam juga muka awak fuad, ha ha ha nak gelak lagi…

  2. walikard Says:

    Waa, ramainya adik-beradik Fuad…tentu seronok kan😉 Mak saya 10 adik-beradik, belah ayah pulak 13..tapi anak diorang 2 sahaja🙂 Sudah disuratkan, rezeki, qada dan qadar adalah atas ketentuan ALLAH SWT🙂

    Hmm, apa kata kita apply dalam dunia perniagaan pulak (tang manis muka tu)? InsyaALLAH, tentu murah rezeki kita. Err, saya dah banyak kali menghukum para pekedai yang “bekeng” dan tak mesra rakyat😉

  3. aciq Says:

    Tingat masa wat final pojek psl ‘Kempen Menderma Organ’ kt UiTM, minggu tu lak mcm2 kempen ader, slh 1 nyer kempen derma darah, aciq xcited sgt nk derma darah,mula2 nurse tu amik darah…ala…cucuk cam fuad kena tu, tp x sakit sgt…eheksss, mungkin jarum no.1 kot, pas amik sempel darah kena timbang tuk tgk berat bdn cukup ke x cukup tuk menderma darah…smangat aciq naik mesin penimbang tu…”Dik…berat adik x smpi pon 45kg…maaf la yer, adik x leh nk derma darah”…alahai…potong stim la nurse nie…da bersmangat tau. Akhirnya, aciq mmg x bole derma darah…masa tu thn 2003…issskkk…sampai la ni 2006 aciq masih x bleh derma darah…sedih tau!

    p/s: Murahkan SenyuMan anda😀

  4. aku Says:

    Wa.. kena ‘ayat’ ngan doktot tuuu.. hehehe…
    Kalau doktor ramah ngan aku cenggitu, tak keruan le aku.. pemalu sket aku ni.. hahah..


  5. hampeh ko fuad.
    wat aku gelak sorang2 depan pc ni….
    huhuhuh…

  6. Bat Says:

    Kurang gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman🙂

  7. acuterateh Says:

    bertemu kembali….nak gi beraya umah betul x dapat so beraya kat umah ko jerlah ekk. cantik wajah baru almari buku…

    Aku kali terakhir derma darah 1997.
    tapi doktor tu takder lak ayat aku…mungkin aku tak ensemm…!!

    SELAMAT HARI RAYA

  8. starstreet Says:

    wah am boleh bayangkan… ngilunya kena cucuk pakai no 4 tu… ngilunya ngilunye!!!!

  9. esis Says:

    hahaha mudah terpedaya…. pasal pawah kambing tu saya dah jawab. semoga berjaya.

  10. Zairol Hasri Says:

    Mmmm… Org kata kalau derma darah badan boleh naik.. So kesimpulan sapa yg tak nak gemuk jangan derma darah..🙂

  11. KU> Says:

    HAHAHA😀 …hang buat lawak antarabangsa la,kihkih..ape2 pun tahniah la yek,di atas ‘kekebalan’ anda.

  12. ad3ck Says:

    ku klu da makan makanan bergla byk ngt, kene neutralkn ngn air kosong..takut gak kesan mase panjang klu gule berlebih..huhu..

  13. soulof99 Says:

    Huhu… saje nak kenakan bro je tu… terer betol dia…😛

  14. Fuad Says:

    Akirasuri: Aduhai.. Sronot betul gelakkn orang ye…

    Walikard: Memang best.. Tapi sekarang ni susah nk kumpul bersama. Masing2 dah jauh dari kg halaman.. huhu..

    Aciq: Hahak.. Aciq kene besarkan badan lagi lah gamaknyer yer…

    Aku, Roshaizul: Ini kes buli.. Patut bersimpati dgn aku.

    Bat :🙂

  15. Fuad Says:

    Acutarateh: Ini bukan soal hensem .. Ini jenayah terancang nih.. Hampeh sugguh.. Dah tau sape petualang disebalik konspirasi ni…

    Starstreet: Heheh.. Lenkali leh mintak doktor test pakai nombor 5 plak..

    Esis: Haha.. Nak wat camne bro. Aku mmg elergik ngan pompuan.. Tahap beku aku mmg rendah. Mekasih bebanyk bantuan jawab soklan tu..🙂

    Zairol: Dan dan la ko Roy…

  16. Fuad Says:

    Ku: Haha.. Kebal tak kebal… Menggeletar jugak lutut aku…

    Ad3ck: Weh..macam sama jek kandungan gula dia.. Ko nk sedapkan ati je tu..😉

    Soulof99: Derang mmg tau kelemahan aku.. cess….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: