Pekerja – Ada apa dengan nya?

Salam Pertemuan,

Sebelum tercetusnya revolusi perindustrian, agaknya hampir semua umat manusia terdiri dari usahawan. Rata2nya bercucuk tanam, menternak, memancing atau memburu utk keperluan harian dan jika ada yang terlebih akan ditukarkan dengan barangan lain. Mungkin istilah pekerja memberi gambaran yang berbeza ketika itu..

Namun kini, sejumlah besar penduduk muka bumi adalah pekerja. Sebenarnya saya mempunyai sedikit masalah untuk meggariskan satu takrifan yang jitu dan mantap membezakan antara peniaga dan pekerja. Seperti juga peniaga yang menjual produk kepada pelanggan, pekerja pula menjual kepakaran, tenaga dan masanya kepada pelanggannya yang dalam kes ini ialah boss.

Maka ada suara disuatu ceruk melontar pandangan, peniaga boleh tak datang kerja atau tak kerja pon takde orang peduli. Pendapat daif saya, jika beginilah pendekatannya, natijah yang jelas ialah pelaggan (gelaran lain boss bagi peniaga) akan mendapat persepsi yang agak pesimis yang sedikit sebanyak akan menjejaskan perniagaannya. Malah jika isu disiplin ini berterusan, maka tak hairanlah banyak kedai yang gulung tikar kerana kurang lawatan dari boss2 ini.

Suatu ketika dahulu, di tanah Melayu jika anda tidak memiliki harta (tanah mahupun ternakan) satu sistem yang di panggil pawah digunakan. Selalunya Sultan, pembesar mahupun orang kaya yang mempunyai tanah akan pawahkan kepada sesiapa yang berminat dengan hasilnya akan dibahagi mengikut persetujuan (saya amat ragui akan dibahagi sama rata). Siapa yang mempunyai kuasa lebih dalam perjanjian ini, saya bet atas pembesar🙂 Nampak macam keadaan pekerja hari ini bukan? Who is the boss here? You or me?

Ya ya saya dengar. Betul jugak katanya, itu bukan kerja, tapi namanya partnership dalam business. Hahak. Makin lama berpikir makin rumit, maka saya membuat penakulan sendiri apa saja istilah yang digunakan ianya sangat umum dan terlalu subjektif untuk dibincangkan secara terperinci. Mungkin bagi orang macam saya yang suka berfikir benda tak bermanfaat macam ni suatu hiburan yang agak mengasyikkan dan best untuk kelentong adik2 saya..😉

Penakkulan saya, samaada pekerja, peniaga mahupun pelabur, tahap mereka bergantung kepada apa yang mereka sanggup beri dan tukarkan dengan pendapatan mereka. Antara tukaran yang saya terfikir tika dan saat ini ialah:

  1. Masa
  2. Tekanan
  3. Tenaga
  4. Risiko
  5. Ilmu Pengetahuan

Bagi pekerja ofis, dengan memberikan masa yang banyak dan sanggup menghadapi tekanan sehari-harian dapat memberikan mereka risiko yang rendah dalam pendapatan mereka. Jika mereka mempunyai ilmu yang lebih, tenaga yang diperlukan akan dikurangkan. Mungkin pekerja di sektor buruh pula mengurangkan ilmu tapi menambahkan tenaga dalam urusan harian mereka.

Bagi pejuang2 yang menobatkan diri sebagai usahawan atau peniaga, mereka mempunyai kuasa yang agak kuat dalam menentukan perihal masa, namun tukarannya pastilah risiko dan tak kurang juga tekanan dengan masalah perniagaan.

Para algojo yang menggelarkan diri mereka sebagai pelabur pastinya tiada masalah dengan masa, tenaga mahupun tekanan. Yang pasti mereka sanggup bertarung mati-matian dengan risiko bertemankan ilmu pengetahuan mereka yang tinggi sebagai konco yang setia.

Pastinya terpulang buat individu akan tukaran yang mahu dipertaruhkan. Bagi saya sebagai individu yang tidak mewakili mana2 entiti, saya amat senang menhabiskan masa dengan apa yang saya suka lakukan bersama insan yang tersayang..

Rajah diatas adalah cita2 saya.. Semoga ianya termakbul.. Insya Allah.. Amin..😛 Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

13 Komen di “Pekerja – Ada apa dengan nya?”

  1. linn_comel Says:

    Saya memang setuju dengan pendapat En. Fuad, walaupun saya terpaksa cuba baca berkali-kali untuk lebih memahami..

  2. norashady Says:

    Wow!!!! En.Puad skang dah jadi pemikir yang ulung bah!!

  3. Slie Says:

    post fuad kali ini memerlukan aku menggunakan lebih tenaga. susah sikit nak paham. tapi memang best, sebab urat kat dahi aku nih dah timbul: biasanya dia timbul masa sakit kepala jer.. hehe

  4. walikard Says:

    Best post macam yg sebelum nih…:-) teruskan usaha En Fuad…sgt bermanfaat utk golongan pekerja macam saya…pawah? mungkin ada kena skit2😉

  5. akirasuri Says:

    oh oh adakah rajah itu menunjukkan impian yang belum kesampaian lagi tu ya😉

    emm sebenarnya, dalam buku memang macam-macam istilah yang diberi tentang peniaga, pekerja mahupun pelabur, bila baca kitab ni cakap begini, kitab tu cakap begitu pula, istilah-istilah ni didefinisikan bergantung kepada pemahaman penulis kitab tersebut. apapun, semua 3 kelompok tu pada saya bolehlah dikelaskan sebagai guna tenaga yang mana 3 kelompok ni boleh menyumbangkan produktiviti dalam ekonomi. kelompok ni meneutralkan golongan kurang produktif seperti budak-budak sekolah, orang kurang upaya, warga emas dan surirumah. dengan kehadiran 3 kelompok ni, ekonomi dapat digerakkan.

    oh oh apa aku merapu kat atas tu. ha ha ha. awak, chayo ya. jangan tensi-tensi dong😉 maaf saya tumpang merapu..

    nota: awak boleh terbitkan bukulah fuad, emm tak berminat menghasilkan journal ilmiah tentang ekonomi?

  6. Amiene Rev Says:

    rajah seperti itu pernah aku lihat dalam cerita naruto… ketika itu tsunade sedang memikirkan nasib rock lee yang cedera.

    ada gambar seperti ini…

  7. BAGAK Says:

    kita sebagai pembaca pun..kena baca banyak kali sebab tahap tinggi ni
    penulis tentulah beratus kali membaca sambil nak menyusun ayat

    tahniah, almari buku mesti banyak buku lagi

  8. KU> Says:

    Hmm..input yang baik utk sy dan sesiapa yg bekerja dlm tekanan ni..🙂

  9. aku Says:

    hmm… nampaknya ada kesamaan dengan apa yang aku sedang pk… apa yang aku pk?

    aku pk, kalau ada orang datang kepada aku dan bertanya nak BERNIAGA apa tanpa modal yang besar, aku akan jawab JADI PEKERJA, modal anda adalah apa yang TELAH anda belajar🙂 nak tambah modal, tambah ilmu di dada.

    sangat KECIL modal ini, tetapi sangat BESAR juga🙂
    (KECIL kerana anda boleh bermula bila-bila masa, jika anda lepasan PMR dapatkan kerja yang setaraf, menjadi BESAR kerana anda lepasan PMR tetapi mahukan kerja setaraf dengan lepasan SPM, maka anda perlukan masa dan wang untuk sambung pengajian anda)

  10. aku Says:

    Ops, terlupa lagi satu point… menjadi peniaga bukan tiket untuk bangun lewat, sesuka hati tidak layan customer dan sesuka hati tutup kedai… seperti kata Fuad, customer adalah boss kepada PENIAGA, bahayanya BOSS peniaga adalah kerana mereka boleh memecat anda bila-bila masa (jika anda berurusan tanpa kontrak) dan bukan itu sahaja, mereka juga TIDAK SALAH untuk menasihati BOSS2 yang lain untuk TIDAK mengambil anda bekerja🙂

    Dalam dunia kapitalisma hari ini, anda tidak ada pilihan lain selain menjadi INVESTOR🙂 menjadi Kapitalis sejati pula adalah tahap tertinggi investor (menurut Kiyosaki)

  11. Fuad Says:

    Linn, Slie: Mungkin sejak akhir2 ni selalu dok borak ngan orang jepon, komunikasi dah jadik berterabur.. heh

    Ashady: Terima kasih sudi siggah blog aku..🙂 Selamat berblog..

    Walikard: Tak lama lagi Azrul bleh jadi usahawan sepenuh masa dah.. Saya je lambat lagi.. Huhu..

    Akirasuri: Ilmu tak cukup nk wat journal.. Heh.

  12. Fuad Says:

    Esis: Erk.. Kagum?

    Bagak: Heh.. Mungkin main letak je kot menyebabkan susah nk dipaham.. Lenkali leh susun elok2..🙂

    KU: Kalo pekerja…teori boss aku utk mengurangkan tekanan.. Tai Chi.. haha..

    Aku: Hebat2.. Aku rasa ulasan ko lebih senang difahami. Apa yang aku melalut ni sebenarnya apa yang ko ceritakan dengan ringkas dan tepat. Terima kasih…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: