Bila Ilmu Diperdagangkan

Salam pertemuan,

Pagi ini terasa perit jerih urat saraf saya. Terasa semuanya hypertensi dan meraung mengiringi setiap inci pergerakan. Aduh2.. Takda masalah nak carik masalah. Ini semua gara2 senaman pagi tadi. Dek kerana semenjak dua menjak ni saya asek senaman jari dan mulut jek, badan pon dah rasa makin lemah. Maka timbul lah keinginan melaksanakan amanah ilmu Ayah saya.

Senaman urat saraf atau lebih glamer dengan nama senaman tenaga batin. Saya tak pasti ianya mengundang fikiran sinis dengan nama senaman tersebut namun tujuan asal senaman itu ialah membetulkan urat saraf utama dalam badan. Persisnya masyarakat mempunyai selera sendiri dalam menilai sesuatu. Mungkin kerana nilai2 pemasaran atau populariti kearah sambutan hangat masyarakat ‘kita‘ , nama senaman tenaga batin lebih gah utk diuar-uarkan.

Hanya 5 jenis senaman sahaja dan pada pendapat peribadi saya, kebanyakkan orang dah amalkan. Cuma mungkin tidak dengan kaedah yang betul sahaja. Tahukah anda nilai ilmu senaman ini? RM10 000. Ya.. saya tak bergurau jauh sekali buat lawak spontan mahupun terancang. Inilah nilai ilmu yang bagi orang yang tak pandai menilai, tak lebih dari …. (saya tidak dapat mencari perbandingan yang sesuai). Yang pasti kalo awek cun melecun mengoda saya dengan penuh manja sekalipun, mustahil saya sanggup bayar dengan harga walau RM100 pon.😛

Setuju atau tidak.. walau anda gelak sampai menggelupur diatas lantai sekalipon pabila melihat masih ada orang sanggup ‘membeliilmu sebegini, tahulah oleh mu bahawa di tengah2 ibukota sana, seorang lelaki hidup mewah hanya dengan menjual ilmu ini. Apa tukaran nya? Anda mungkin penasaran.. Deduksi rambang saya yang tak bertauliah ini mengatakan bukti kepuasan pelanggan. Ya.. setakat ini, semua pelanggannya (yang mempunyai masalah ‘tang penting tu’) berpuas hati dengan hasil rawatan. Kos rawatan biasanya RM20 000. Pakej ekonomi ialah RM10 000 tapi kena amalkan senaman dengan penuh disiplin. Kalau urutan diperlukan, RM5000 lagi. Yang membuat saya senyum sendiri hanya 15 minit urutan memberikan pulangan RM 5000. Aduh2.. Kalau outstation charge (within peninsular Malaysia) ialah RM1000++. Hanya satu pelanggan sebulan sudah cukup untuk dia hidup senang. Hakikatnya, selalunya dia mendapat ramai pelanggan yang tak teragak2 membayar dahulu, rawatan kemudian. No money, No talk.

Saya tidaklah mahu menjadi seorang yang tampak terlalu pesimis, tapi berani saya katakan jika ilmu itu diberikan percuma peluang utk ianya diamalkan teramatlah tipis. Itu adalah senario masyarakat. Usah bicara soal betul salah mahupun logik atau tidak. Bila majoriti bersuara, itulah yang akan di anggap normal.. Lain pulak ceritanya jika ia bernilai RM10 000. Pasti ianya akan diamalkan sesungguh hati. Maklumlah dah laburkan banyak duit. Ilmu yang sama tapi memberi impak yang berbeza kerana ada tukarannya. Selamat datang ke norma-norma kehidupan yang agak sukar dinilai dengan penakkulan mantik.🙂

Kesimpulannya:

  1. Nilai sesuatu ilmu itu terlalu subjektif.
  2. Semakin tinggi harga ilmu, semakin tinggi penghargaan orang ramai
  3. Jadilah pakar sesuatu bidang, nilai dagangan ilmu anda akan bertambah berlipat ganda.
  4. Bila ilmu diperdagangkan, adakah para ilmuan juga akan dinilai dengan RM?
  5. Masih utuhkah hubungan murid dan guru dalam era ilmu dikomersialkan?

Sehingga bersua lagi di lain perutusan.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman, Saja2

17 Komen di “Bila Ilmu Diperdagangkan”

  1. linn_comel Says:

    kebiasaan sesuatu yang percuma, dianggap tidak bernilai, mentaliti ini sentiasa diamalkan pada semua benda, Terutamanya orang yang mempunyai nilai RM yang sudah tak tahu mana nak letak…tetapi bg seseorang yang kekurangan RM, insyaALLAH yang percuma itubagaikan saturahmat, asalkan ianya benar-benar memberikan faedah

  2. Norashady Says:

    Betul tu Linn..’barang’ yang mahal dan susah nak dapat semestinya dihargai.. Ermm mana nak beli buku ‘permata yang hilang’ hah skang ?? Hehehehe..’Barang’ or ‘ilmu’ antik pun skang ni meningkat value nya.. Untung la sapa yang ada simpan ‘barang’ @ ‘ilmu’ turun temurun ni..Bleh bikin modal..

    Huh..terasa lenguh² badan lak..dah sebulan tak servis ni..Teringat lak pada “Ansau Mansau”. RM30 sejam jer..tapi hasilnya POWER.. Hari² penuh jer premis tu.. Ada 6 partition bilik sumer..Yang RM10000 tu rasanya belum tentu bertahan bisnessnya hingga ke anak cucu rasanya..Yang RM30 ni income dia sebulan aku tak berani nak duga.. Mana yang lebih menguntung kan ??? Servis murah untuk ramai org vs servis mahal untuk org tertentu.. En. Fuad,sila bagi pandangan..

  3. akirasuri Says:

    huhuhu..inikah senaman yang awak tak kasi saya ikut tu..kalau gitu saya pun tak nak ikutlah..ha ha ha..

    ilmu itu emas, adakah perumpamaan ni?hahak..

  4. Slie Says:

    ai fuad, belum apa-apa dah exercise? ni menunjukkan tanda-tanda fuad akan menamatkan zaman kanak-kanak dan bersama menikmati alam kedewasaan.

    norashady: weh, dah lama kawin baru nak cari buku ‘permata yg hilang’ ke?

  5. cikguonline Says:

    Wa mahalnya ilmu ni….

  6. norashady Says:

    Hehehe..Aku tak jumpa la di Sabah ni, orang kata banyak jual kat Jalan TAR.. Tapi di Sabah ni banyak ilmu yang tidak di bukukan..

  7. norashady Says:

    Hehehe..Aku tak jumpa la di Sabah ni, orang kata banyak jual kat Jalan TAR.. Tapi kat sini banyak ilmu yang tidak di bukukan.. Macam² ada..hahahaha

  8. starstreet Says:

    fuad dtg ar blog am… am ada bagi file yang nak download tu… backup dulu la… nanti besok am bagi yang betul2 punya… kespersky tu bagus sangat tau… try la…

  9. sAf-OnE Says:

    Bestnyer citer nie..

  10. soulof99 Says:

    Heh, saya setuju tu. Benda yang agak sukar dapat tambah2 lagi kena keluarkan modal yang besar memang lebih dihargai. Kalau benda tu mudah sangat dapat memang kdg2 kita tak tahu hargai dan bersyukur langsung😉

  11. aminbakish Says:

    saya sedang memikirkan jawapan bagi soalan ke-5.

  12. norashady Says:

    Ermmm..teringat aku masa mula² belajar silat cekak dulu..Kena ijazah dulu baru bleh start belajar..Habis buah jatuh,kena ijazah lagi buah potong..habis segala² kena ijazah lagi..sampai la dapat pengkung merah..banyak betul protokol membuatkan hubungan anak murid dan guru utama begitu akrab sekali..Di situ baru ada keberkatan ilmu..

  13. Fuad Says:

    Linn: Tapi x ramai kan orang mengharagai ilmu percuma.. Kene nilai ilmu dgn mata akal & hati…

    Ashady: Komen aku dua2 boleh bagi untung.. Kene tgk produk & marketing approuch.. Yang RM30 tu mgkin xde knowledge utk ubati penyakit yang RM10000 je pandai… Just my 2 cent..🙂

    Akirasuri: Budak kecik kene tutup mata orang besar cakap..hahak😉

    Slie: Amanah Ayahanda kene amalkan… heh

  14. Fuad Says:

    Cikgu, Saff-One:🙂

    Starsteet: Ok2..Jam lagi singgah… Mekasih..

    Soulof99: Pasni kene jual ilmu mahal2..😉

    Aminbakish: Dah jumpa jawapan dia?

    Ashady: Sekarang ni..susah nk carik ijazah2 dah… Dulu ajar Al-Fatihah pon diijazah… pakai serban ijazah.. Sekarang? Bakar motor cikgu.. heh..

  15. hardyweb Says:

    assalamualaikum

    izinkan aku beri pendapat

    suatu ilmu itu .. amanah Allah dari kita kepada saudara kita yang lain .. berapa sen Allah jual ilmu itu pada kita ? .. percuma jerk kan .. kenapa perlu dijual pula ilmu itu dengan harga yang cukup mahal,? yang kaya.. boleh la beli .. yang miskin apa cerita ?

    seperti kata kawan kita . bagi yang sesak/ miskin dan daif .. percuma itu satu rahmat.. mungkin si miskin boleh gunakan ilmu itu untuk mencari makan.. tolong org lain bukan hanya menggunakan duit .. atau tenaga..

    itu pendapat aku ..

    p:s : kumpul saham akhirat …

  16. holyorder Says:

    uish.. mahal sungguh urutan nih… tak mampu saya. Saya tak tau pasal urutan, tapi rasanya cam overprice. aje. patutnya ada jaminan wang dikembalikan. haha

    Ada satu dokumentari dlm siri “Mind, Body and Kickass Moves” pasal benda camni, bertajuk “Iron Penis”. Orang yang konsisten melakukan senaman yang kat dlm dokumentari boleh angkat besi setengah tan dengan “tang” dia. Malah master dia boleh tarik 4WD dengan “tang” dia. Saya tengok ngan mata kepala sendiri. Of course, perhubungan suami isteri menjadi semakin hangat.

    Kalau saya boleh jadi camtu, mungkin berbaloi gak melabur…😀

  17. KU> Says:

    Ya,ilmu itu sukar untuk dinilai dgn wang ringgit..tp ia sgt bernilai bila ia di amalkan..tq🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: