Kejamkah Aku.?

Salam pertemuan,

Semenjak ditugaskan kebahagian sokongan pelanggan Jepun ni, masa saya terasa amat sedikit. Projek2 yang dirancang kebanyakkan tergendala. Alhamdulillah belum terbengkalai lagi. Perniagaan Pasar Malam pun tak start lagi sejak mula puasa dulu. Tak keruan sungguh saya dibuatnya.

Tatkala kebuntuan melanda minda ini, Alhamdulillah satu rahmat tiba. Ismail menyuarakan hasratnya nk bertandang ke Penang sempena cuti sekolah ni. Nak belajar berniaga katanya. Haha.. Ini sudah planet Musytari jatuh ke riba. Tanpa berpikir saya terus memberi sokongan sepenuh jiwa dan raga..๐Ÿ˜›

‘Makan di tanggung beres, tempat tinggal di tanggung beres, gaji RM300 sebulan, boleh main game sesuka hati’ – itulah jaminan saya kalo dia sanggup lepak ngan saya sepanjang cuti sekolah. Seronok bukan main lagi dia. Tapi…saya punya agenda tersendiri.. Ha ha (diselubungi aura hitam).. Saya dah sediakan senarai tugasan2 yang perlu di Tai Chi kan pada Ismail..

  1. Tolong jual Iceblended samada di Pasar Malam atau kalau ada rezeki di Tapak Pesta P. Pinang. (Pada sapa2 yang ada pengalaman berniaga di tapak pesta habaq mai no.. Cek ni baru nk blajaq.. Harap dpt tulun)
  2. Buat Fundamental Analysis utk saham2 mengikut filteration criteria yang saya dah gariskan ( yang pasti memakan masa)
  3. Update EOD, buat charting anlysis dan study patern price untuk saham2 volume tinggi menggunakan Technical Anlaysis.
  4. Siapkan Business2 Plan saya yang tersadai
  5. Buat website untuk potensi business di masa akan datang.
  6. Jadi pengurus projek dalam mengenal pasti peluang business baru menggunakan SMS. Memandangkan target pasaran adalah remaja, Ismail merupakan calon yang sesuai.

Iklan jap: Semalam saya beli satu e-book yang amat menarik dan saya begitu teruja dengan idea baru dan pendekatan kreatif bagi pemasaran oleh Irwan Dahnil.

Dengan senarai tugasan yang sememangnya begitu mencabar, terpikir jugak saya.. Kejam kah Aku? Sebetulnya tiada niat saya ingin membuli Ismail, apatah lagi ingin mengambil kesempatan bagi menyelesaikan projek2 saya. Niat murni saya ialah ingin memberikan pendedahan kepada anak muda tentang kemahiran jualan, perniagaan offline & online, pengurusan & perancangan perniagaan, cara menganalisa saham secara teknikal & fundamental dan pengetahuan teknikalย IT dalam mencari rezeki. Tak kejam kan.. Murni apa niat tu.. Hahak.. Leh caya ker…๐Ÿ˜‰

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

P/s: Pada sesiapa yang ada adik2, anak2 buah atau anak sendirik takde projek cuti2 ni leh hantar kat saya untuk di buli ajar..ย Ha ha..

Explore posts in the same categories: Saja2

20 Komen di “Kejamkah Aku.?”

  1. fiq Says:

    bro. wahhh lama x komen, da ok da streamyx lemau ni. smpi nk bukak yahoo.pon tehegeh2
    ish mcm menarik je sms tuh? bole tau?~~jeng jeng jeng~

  2. norashady Says:

    Wah murni sungguh niat mu ini..Oit Fuad, semalam terserempak dengan Che Izuan. Tak seko dia dah lama jugok di Sabah ni sebagai pegawai penguatkuasa kementerian perdagangan..Dia royat dua tiga hari dia ada termimpikan mu..dekat 2 jam jugok sembangยฒ pasal financial freedom ni..hehehe..Nak jejak langkah mu jugak la..

  3. Slie Says:

    kejam..kejam…memang kejam aa…tak baik oo buat dia macam tuh….hehhe

  4. aciq Says:

    waaaaa…penderaan mental…kesian ismail…tp xper bior dia tau susah senangnyer…

  5. soulof99 Says:

    Heh.. boss den dulu pon guna alasan lebih kurang cam bro bagi kat perenggan akhir tu. Den tersengih je masa dia cakap. Tapi memang betullah tu… memang ade beri kesan skit apa…๐Ÿ˜‰

  6. Labanon Says:

    Wah bertuah budak tu… huhuhu pengalaman tu penting..

  7. linn_comel Says:

    Fuad..bagi gaji lebih sikit..cian kat ismail..gurau jr..yg penting pengalaman..kalau saya diberi peluang..bukan setakat nusytari.pluto, zuhal..dan matahari saya tak kisah jatuh kat riba ๐Ÿ˜‰

  8. cikguonline Says:

    Fuad wa bagus punya projek ni… cuti sekolah tak lama lagi… bestnye kalau dapat joint.

  9. aciq Says:

    Jom arrr reramai g tulun fuad san…sari baper hinggit ek๐Ÿ™‚ ehe

  10. aku Says:

    kira okla.. salah satu cara nak tambahkan pengalaman dia.

    Aku plak, adik aku baru abis UPSR aku kasik jadi data entry ntuk satu laman web aku๐Ÿ™‚
    Bolehla dia mengenal hotel di malaysia dan jugak belajar guna excel๐Ÿ™‚

  11. akirasuri Says:

    oh oh buli ismail ya..ish ish ish nasib baik fitri kecil lagi, kalau tak mesti abang chik dia ni buli juga..badek punya abang..ha ha ha..

  12. Bat Says:

    baik ada makna rupanya..hahaha..tapi ok la tu Fuad..kira lepas ni dia dapat experience..๐Ÿ™‚

  13. weera Says:

    baru nak jengok almari buku hari nih….lama dah tak singgah…
    anyway, tima kasih byk2 sebab pos cd tempoh hari…

  14. ad3ck Says:

    bagus gak Ismail tuh..kecik2(err, kecik ker..hehe) lagi da pikir pasal perniagaan..

  15. starstreet Says:

    okla… kerja sambil belajar… sampai bila nak dapat percuma… kalau kena buat pengorbanan sedikit tapi masa depan terjamin y not kan… tapi 300 tu sikit sangatla… 500 ok kot…

    am penah waktu darjah 3 ikut mak am dok jual bunga kat pesta PD… dulu2 la skrg dah lama gila… mak am puntak buat kerja tu dah…

  16. Bat Says:

    datang penang nanti jangan lupa kontek geng infomalaya..kami ni orang penang tau๐Ÿ™‚

  17. ismail Says:

    Assalamualaikum semua,

    pertama sekali, saya bukan ismail yang diperkatakan oleh fuad๐Ÿ™‚, kebetulan pula nama dia sama ngan saya.

    p/s: fuad, ismail tuu siapa?

  18. Fuad Says:

    Fiq: Wah..lama x dgr cerita bro. Thanks for dropping by.. Hal projek tu kene tanya projek manager dulu.. heh..

    Ashady: Kabel besar tu pegawai penguatkusa kementerian perdagangan.. Haha.. Aku pon lamo x dgr cerita dio.. Marilah sama2 ke arah Financial Freedom.. Freeedooommm..!! (ala2 brave heart)๐Ÿ˜‰

    Slie: Heheh.. First time ade pekerja sendirik…

    Aciq: Takpe.. Saya paham benar potensi dier.. Ngeh ngeh..

    Soulof99: Itu rujukan dari buku teks utk Manager kot..

    Labanon: Nnti lepas abes keje nk wat post mortem. Apa pelajaran yang dia dpt..๐Ÿ™‚

    Linn: Heh.. Itula.. Bukan senang nk dpt peluang.. Apatah lagi datang tanpa di cari.. Kene manfaatkan sebaik mungkin..

  19. Fuad Says:

    Cikgu: Heh..projek peringkat percubaan je cikgu. Kalo nampak tanda2 kearah kejayaan tu.. Alhamdulillah lah..

    Aciq: Kalo pasar malam.. Tgk pendapatan malam tu brape.. Kalo aciq dapat jual banyak..byk la dapat.. Profit sharing 50%.. Apa macam?

    Aku: Ko lagi power.. Start lepas UPSR lagi.. Aku ingat nak soh Fitri start belajar jugaklah..

    Akirasuri: Belom tentu lagi.. Mungkin tak lama lagi Fitri pon kene..๐Ÿ˜›

    Bat: Haha..Thanks for da support. Dah makan bro?๐Ÿ˜‰

    Weera: Sama2.. Jemputla datang lagi..

    Ad3ck: Itula pasal.. Aku rasa ruginya aku xde kesedaran awal2..

  20. Fuad Says:

    Starstreet: Kenaikan gaji tu kene ikut performance analysis plak.. Nnti saya sediakan.. Apapunm, terima kasih atas cadangan. Akan dipertimbangkan..๐Ÿ™‚

    Bat: Ko dok penang ker..? Awat x habaq. Kot2 boleh lepak2 bila2…

    Ismail: W’salam.. Hahak.. Memang nama sama. Ismail tu adik aku yang nombor 5. Ahmad Ismail namanya.. Ikut nama datuk aku belah Ayah dan Moyang aku belah Mak. Masa dia kecik dulu selalu berlagak bila Ustaz cerita.. Kalo timbangan di Mahsyar kelak sama berat kebaikkan dan kejahatan, orang yang memiliki nama Nabi akan di tambah berat ke arah kebaikkan. Ko pon camtu gak ke dulu..? Heheh…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: