Harga Sebuah Kehidupan

Salam Pertemuan,

Amaran: Entry ini mungkin menimbulkan kegusaran sesetengah pihak akan status mesej yang cuba disampaikan. Walau pendekatannya seolah2 mengajak pembaca memandang masa depan secara condong ke arah nilai2 material, namun niat asal penulis ialah peringatan buat sahabat2 yang difikirkan tidak salah dikongsikan.. 

Saya terpandang suatu berita perihal seorang artis terkenal di Malaysia, Asmawi Ani. Kisahnya berkenaan hutang perubatan arwah / almarhum ayahandanya dengan IJN berjumlah RM120,000. Mungkin bagi seorang yang tidak bermasalah dengan wang, dia tidak gusar pabila setuju dengan kos ini.

Ini kisah lain seorang insan yang tidak dikenali ramai. Ayahanda yang disayangi diserang sakit jantung beberapa minggu yang lalu. Komplikasi dari serangan itu mewujudkan lubang dijantung beliau. Seharusnya pembedahan dilakukan dengan kadar segera untuk mengelakkan hal-hal yang tak diingini. Tragis sekali suatu masalah dengan hospital milik kerajaan ialah responsi yang sangat perlahan dan segala urusan dipersusahkan (Nota: Harus dimengerti juga kesibukkan para kakitangan dan doktor yang terpaksa melayan begitu ramai pesakit). Di saat tegar nyawa insan yang dikasihi terancam, semestinya si anak sanggup lakukan apasaja demi orang tuanya. Plot ceritanya panjang…saat2 getir juga mengundang simpati si pendengar. Ringkasnya, demi kasih sayang yang utuh, wang ringgit tidak dipandang dan akhirnya bapa yang memiliki anak2 yang baik itu menjalani pembedahan di Hospital Swasta. Berpuluh ribu di habiskan. Segala simpanan.. segala caruman masa depan.. habis dikorek… diserah dengan rasa jerih demi nyawa seorang insan bergelar bapa.

Namun ceritanya tidak habis disitu… berulang2 lagi sakit yang datang.. khabar terbaru.. di saat Tun Mahathir menjalani rawatan di IJN, di ketika itu juga seorang bapa yang ditemani anaknya menjalani rawatan jantung yang pertama kali dijalankan di Malaysia seumpamanya. Bezanya si yang pertama tidak langsung gusar pasal kewangan. Anak2 yang datang bersama kereta2 gah yang mustahil dimiliki orang kebanyakkan. Manakala yang kedua, lain sekali suasananya. Plot nya masih berjalan bersama peredaran masa yang pasti tidak menunggu sesiapa. Ongkosnya juga berkemungkinan besar bakal bertambah berlipat ganda..

Apa yang membuat saya terfikir, suatu hal ialah bagaimana anak2nya nanti meneruskan hidup dengan bebanan hutang yang ntah bila akan langsai. Hal keduanya, jika perkara ini berlaku pada keluarga yang tidak berpendapatan apatah lagi dengan tiada atau sedikit anak. Adakah solusinya membiarkan insan tersayang menghadapi hari2 terakhir tanpa dapat berbuat apa2.. Anak mana yang sanggup melihat orang tuanya menderita. Para Ah Long mungkin sudah mula mencucuk jarum pemusnah kehidupannya.

Benarkah hidup manusia kini mempunyai harga.? Sepintas lalu saya akan mengangguk lemah. Kedengaran agak berbaur materialistik.. Mungkin saya patut menggunakan ‘Harga satu nyawa’ lebih enak di dengar dan di terima umum. Kehidupan lebih memberi pengertian prinsip hidup, nilai kasih sayang, pengorbanan dan sewaktu dengannya. Pokok pangkalnya, jika tragedi ini berlaku pada diri kita.. apakah reaksi kita..?

Emak seorang mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu” Suatu persolan yang sinis pernah diutarakan, itu mungkin si anak pula terpaksa menjaga 10 lagi anaknya.. Pada saya, usah dibahaskan benda yang tiada faedah di tikam lidahkan. Yang penting.. jika tahu begitu susah menjaga ibubapa dan juga anak-anak terutama di zaman mutakahir ini, yang penting ialah mencari penyelesaian..

Berbalik kita pasal orang miskin dan kebanyakkan yang menghadapi dilema kos perubatan. Saranan saya bagi yang berkemampuan, ialah Insuran Takaful. Islam mengajar amalan khairat itu bukan saja meringankan beban tapi juga mengukuhkan persaudaraan. Itu kisah diri sendiri utk meringankan beban anak2 kita nnti. Bagaimana pula ibubapa kita sekarang yang tiada insuran dan belum tentu nk di insurankan masih berkelayakkan.?

Tika ini saya hanya terfikir untuk mula menyimpan dan menabung demi ketidak pastian itu. Getus hati saya, walau menabung sebanyak mana pon, agak sukar untuk memenuhi belanja berubatan yang kian meruncing. Terokailah rezeki di alam Allah ini sesungguh hati. Bukan utk mendabik dada dengan kekayaan dan juga melalaikan diri dgn urusan dunia yang sementara, tapi sebagai perisai masa depan dan kepuasan diri. Berniaga dan melabur mungkin..😛

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman, Saja2

14 Komen di “Harga Sebuah Kehidupan”

  1. Slie Says:

    tak tahu macam mana nak respons, jawapan poyo aku:

    -mencegah lebih baik daripada mengubati.
    -sediakan payung sebelum hujan.

  2. chot Says:

    cerita ko ni mempegaruhi aku utk masuk life insuran la..

  3. walikard Says:

    Peringatan buat diriku jua😉 Mudah-mudahan post ni membuka mata kita akan realiti kehidupan sebenar…

  4. linn_comel Says:

    Peringatan untuk saya juga, beli insuran sebagai persediaan, kerana kita tidak pernah jangka apa yg berlaku

  5. ad3ck Says:

    ari tuh ader cine suruh ku masuk life insuran + pelaburan ***..lepas dikaji, byk gak pelaburan yg company neh wat, yg dr sumber haram..terus aku taklayan dier, n save no dia dlm h/phone aku dgn nama “Jangan Angkat”..hehe..

    point aku kat sini, penting skali utk kite studi dulu psl company yg wat insuran + pelaburan neh..tp yg ader ‘takaful’, insyAllah sumernyer halal..:)

  6. surfaddict Says:

    perkara ni dah lama sy fikir..sampai bercita-cita nak jadi doktor utk bantu org2 miskin yg tak cukup duit time2 sakit..tp rezeki jauh menyimpang..tp hasrat murni tetap diteruskan. Kita tak perlu tgk jauh2, jagalah apa yg ada di depan mata, diri sendiri, keluarga dan jiran2..

  7. soulof99 Says:

    Erm… menabunglah untuk masa depan. Apapun takziah untuk keluarga tersebut…😦

  8. Norashady Says:

    Sehebat mana ujian Allah..Setinggi itulah darjat manusia ditingkatkan disisiNya..

  9. aminbakish Says:

    teringat saya masa nenek sakit dulu, nenek dah taknak ke mana-mana. tapi ayah jemput juga doktor datang ke rumah, nak berubat juga. bila pak cik tanya, ayah kata selagi ada hayat, kita berusaha. jangan kemudian kita menyesal. Saya percaya orang kaya ke orang susah, bila ibu bapanya sakit dia akan sedaya upaya juga berubat walau terpaksa bergolok gadai. (maafla, saya rasa lari tajuk sikit… )

    Saya setuju cadangan en. Fuad, jom kita sertai takaful. jangan simpan dalam bank sebagai simpanan saja…. buat pelaburan untuk kita di kala susah. demi masa depan. kalau ditakdirkan kita tak boleh guna, orang lain masih dapat manfaatnya.

  10. starstreet Says:

    am baru jugak masuk insurans… buat masa ni am dengan preduential am ambil 3rd party dulu… ini untuk short term dulu… bila kewangan dah stabil am akan ambil yang long term punya… 1st party la… so dari situ am dapat banyak info…

    satunya kenapa kita kena ambil untuk 20-30 tahun… sebabnya kalau umur kita sekarang 25tahun… agak2 bila kita akan kena penyakit merbahaya gitu… sah2 la 40 keatas kan… dimana risiko kita dapat penyakit begitu tinggi… memang kita boleh cakap benda tu takkan jadi kat kita… tapi kalau allah nak uji… cam ayah am rokok pun tak hisap… tapi kena sakit jantung gak… dan dia dapat penyakit begini lepas umur parsaraannya…

    so kepentingan nya…. seperti usahawan internet cam kita ni… dah jadik boss kepada diri sendiri… mana ada company nak cover kalau sakit pening… so untuk medical dah ada backup dari insurans…
    antara kebaikan lain
    anak2 kita boleh warisi insurans kita tu sehingga 100 tahun…
    sekiranya hilang keupayaan kita tak perlu membayar lagi yang mana insurans akan tanggung… dia bagi pendapatan setiap bulan… passive income pulak tu… dan dia bayarkan baki bulanan yang kita kena bayar tiap bulan… maksudnya kalau baki kita lagi 20 tahun… so selama 20 tahun tu la dia bayarkan dan selepas itu… bila cukup tempoh kita akan dapat balik simpanan tu… termasuk yang mereka bayarkan tu…bagus tak plan dia…

  11. akirasuri Says:

    tak mampu mahu berfikir solusinya [dalam ertikata lain berdebat dengan abang cik], otak dah tepu dan mata dah mengantuk..tapi hamdallah, hati saya belum tertidur, nanti ada kesempatan mahu fikir-fikirkan pasal article awak ni🙂

  12. Fuad Says:

    Slie: Eheh.. kalu boh peribahasa dalam karangan slalu dpt markah lebih..😉

    Chot: Aha.. boleh jual insuran aku pasnih.. heh

    Walikard, Linn: Saya pon mengingatkan diri sendirik jugak sbnrnya.. xdek persediaan utuh lagi..

    Ad3ck: Insya Allah yang islamik ni walau untung tak byk compare yg konvensional tapi Insya Allah berkah nya ada..

    Surfaddict: Setiap orang boleh menyumbang dgn cara sendiri kan..

    Soulof99: Menabung adalah satu amalan yang mulia..🙂

  13. Fuad Says:

    Norashady: Stuju2..

    Aminbakish: Betul tu.. Selagi mmpu baik berusaha kan.. Jgn sampi nyesal di kendian hari…

    Starstreet: Wah..macam gempak jek benefit dia.. Ni life ke, medical ke, critical illness, Personal Accident atau combine sume skali am?

    Akirasuri: Uh uh.. Pakar financial & ekonomi masih stress xm lagi ye.. Good luck2..😛


  14. Cerita ni sungguh menyentuh hati…

    Rasa terdiam & terfikir2 je lepas baca. Hmm…

    Thanks kerana membawa persoalan ni…😉


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: