Membina Empayar Diri

Salam pertemuan,

Bagi yang mengenali diri saya di UTP, saya boleh dikategorikan ‘taik’ game. Heheh. Yang lebih malang game yang saya sangat suka ialah game strategi dan RPG. Berlainan dengan game seperti fighting atau race (archade) yang mengambil masa yang yang pendek, game saya semestinya mengambil masa yang panjang. Memang tak hairanlah banyak masa di buang sia-sia. Jadi.. nasihat saya, jgn jadik ‘taik’ game. Hargailah zaman muda anda..😛

Dalam sesuatu permainan game strategi seumpama Red Alert, Starcraft, Warcraft, Age of Empire, Heroes dan sewaktu dengannya biasanya (pengalaman saya) pemain akan mengukuhkan pertahanan dan cuba bertahan. Setelah itu diikuti dengan askar2 disamping mula mengukuhkan ekonomi. Mungkin setiap pemain mempunyai pendekatan tektik yang berlainan namun aspek pertahanan, serangan dan ekonomi memainkan peranan penting untuk menang. Saya percaya dalam sesebuah empayar sebenar pun ketiga-tiga aspek ini penting..

Habis mukaddimah ..😉 Kalo pembaca bukan peminat game.. memang hancus mukaddimah entry kali ni..  Hari ini saya nk membuat satu ulasan buku setelah sekian lama jugak tak berkesempatan. Mungkin gara2 masa tak cukup nk review balik buku sebelum buat ulasan. Namun dikesempatan ni saya ulas buku yang tiap2 hari saya baca tapi bukan berkaitan perniagaan. Lebih kepada pembinaan empayar diri. Tajuk buku tersebut ialah “Surah-Surah Pilihan” keluaran Al-Hidayah. Buku nipis ini mengandungi surah2 yang sangat penting dalam pembinaan diri. Kandungannya ialah surah Al-Kahfi, Yaasin, Ad-Dukhan, Al-Waqiah dan Al-Mulk.

Laksana sebuah kota yang teguh pertahanannya, Al-Kahfi adalah pelindung yang sangat penting. Yaasin pula adala senjata peperangan yang sangat berguna. Tak kiralah sebagai pekerja, pelajar, pendakwah atau apa saja, khasiat Yaasin memang tiada taranya. Kalo nk dibincangkan khasiatnya memang teramat panjanglah jadinya. Akhir sekali ialah penjana ekonomi atau rezeki. Tidak lain dan tidak bukan surah feveret saya, Al-Waqiah.🙂 Nah..sudah lengkap tiga asas kukuh dalam membina empayar diri . Namun ini adalah pandangan saya yang cetek ilmu agamanya. Sebetulnya masih terlalu banyak lagi amalan yang perlu.. Mungkin anda boleh komen..

Sedikit nukilan pasal surah feveret (baca favorite) . Sejak dua menjak ni saya dah mula terpengaruh dengan seorang sahabat blog. Surah feveret beliau ialah Ar-Rahman. Dulu saya juga ada seorang kawan yang cukup meminati surah Ar-Rahman. Pantang jadi imam sket mesti boleh dengar dia tarik “Fabiayyialaaaa Irabbikuma Tukazzibaaann**   ” (Nikmat Tuhanmu yang manakah telah kau dustakan? ). Komen saya ketika tu.. memangla dia minat surah tu sebab senang nk hafal.. Hahak.. Jahil betul.. Namun kini saya dan terpengaruh jugak.. Membe blog ni siap rekemen satu novel dan lepas baca novel tu saya dah cair dan tergoda dengan Ar-Rahman plak. Heheh. Walau Al-Waqiah masih tetap dirindui, Ar-Rahman mula bertapak dihati.. (Lagipun part paling best kat Al-Waqiah pon ada gak dalam Ar-Rahman.. Kisah bidadari syurga.. maklumlah suke berangan.. ngeh ngeh)

Nota: Tiada niat saya ingin membandingkan kehebatan antara surah kerana semuanya adalah kalam Allah, namun kadang2 kita dapat rasakan sesuatu surah itu begitu mesra dengan kita berbanding surah2 lain.

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

** – Sila rujuk Al-Quran utk bacaan tajwid yang betul 

Explore posts in the same categories: Buku Motivasi, Ulasan Buku

14 Komen di “Membina Empayar Diri”

  1. akirasuri Says:

    mahu tersenyum, senang dengan entri ni🙂

  2. aku Says:

    Surah-surah yang ko sebut tu semuanya best2.. ya Surah Ar-Rahman.. best sangat.. sungguh indah.

  3. hayad Says:

    yer btul, dua surah itu pun amat saya suke…rs seronok jer ms baca, tak pendek dan tak pjg😉

    semoga kita semua istiqamah membacanya

  4. soulof99 Says:

    Ya Allah… den tak pasti surah apa yang jadi peberet den. Masalah betul…

  5. ad3ck Says:

    ku minat game FIFA07 & Need For Speed..ketagihan ku terhadap game mengalahkan ketagihan dadah..hehe..lawak jer..

    ku pon minat surah al-Waqiah yg mengisahkan tiga kumpulan tuh..:)

  6. linn_comel Says:

    Saya juga salah seorang peminat surah alwaqiah.Alhamdulillah membaca surah alwaqiah umpama rutin hidup saya setiap hari..kecuali sekiranya terdapat ssuatu perkara yangtidak mengizinkan.

  7. esis Says:

    bro, apa nama novel tu. aku nak baca gak… best nih.

  8. Fuad Says:

    Akirasuri: Heheh..ada orang terasa yek..🙂

    Aku: Best2.. Mukjizat sepanjang zaman.

    Hayad: Amiinnn..

    Soulof99: Takda masalahnya kalo takde peberet. Kira suke sume la kan..

  9. Fuad Says:

    Ad3ck: Game tu aku tak main sebab memakan masa kejap jek.. Aku nih mian game buang masa semaksima mungkin.. Hahahak..
    Linn: Boleh geng la kita..🙂
    Esis: Novel tajuk “Ayat2 Cinta” karya Habiburahman El-Shirazy. Memang terasa bertapa keciknya diri bila baca novel nih..

  10. Norashady Says:

    Aku ghasi ngan Surah Al-Ikhlas..Tergambar kehebatan Allah

  11. walikard Says:

    Semoga kita terus cintakan Quran, dan cinta pula untuk mengamalkan isi kandungannya…jangan pula di ambik separauh, dan separuh yang lagi ditinggalkan…masuklah Islam dengan sepenuhnya, bukan hanya dengan ibadatnya sahaja, atau ekonominya sahaja, atau ibadat dan ekonominya, tetapi kesemuanya

  12. Fuad Says:

    Ashady: 1/3 dari Al-Quran tu..

    Walikard: Setuju sgt2… Amalkanlah Islam secara total🙂

  13. CekPas Says:

    Fuad san…

    CP da jumpe buku “Ayat-ayat Cinta” kt MPH…ehe…mlm nie bole g amik n byr…alhamdulillah ader stok kt klang ni.
    😀

  14. am Says:

    akum..
    fuad pa yang kmu faham tentang diri tu????


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: