Demonstrasi Akad Nikah


Salam pertemuan,

Hari ni saya tak sempat nk tulih entry. Kiranya ni nk curik masa kejap sebelum balik sambil2 nk belajar letak You-Tube kat blog. Terima kasih kat Akirasuri di atas tunjuk ajar beliau. You-tube nih dah lama sangat dah saya dapat. Kira dah basi dah. Jadik, entry ni adalah eksperimen sahaja. Highlight saya pada majlis akad nikah ni:

  1. Statement tok imam, orang islam takleh pakai topi.. hurmm..
  2. Asal pak imam sebut mas kahwin 452.50 kok tapi patutnya 128 kok.
  3. Kedengaran suara pompuan gelak sakan kat belakang. Agak2 pengantin pompuan. Tak patut betul gelakkan bakal suami..Heh.
  4. Akad nikah ngan taklik tu ntah ape2 ntah. Apalah status hukum dia ye…
  5. Kesian pengantin lelaki nk masuk tido kene larang dek pak imam… Hahahahak..
  6. Belajarlah bahasa akad nikah baik2 sebelum majlis akad nikah..πŸ˜‰
  7. Kalo ada vocab tak paham bleh taruk kat komen.. hehe

Okes.. Nk balik dulu.. Tak larat dah menatap monitor nih.. Salam..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

11 Komen di “Demonstrasi Akad Nikah”

  1. hayad Says:

    haha, dayah pnh tgk dh video you-tube yg ni, lawak btol.
    pernikahan org t’ganu dgn lelaki siam, dua2 tak phm bhs, mcm itik dgn ayam berckp :p

  2. ad3ck Says:

    ku tgk vid nih dulu..haha, mamat tuh nak kawin ker nak main2? tp apsal cam berlakon jer dorang neh?

    “yang-kaboooot..”
    haha..

  3. Slie Says:

    macam berlakon jer. kalau tanya sah ke tak…memang tak sah…tak sah sebab ijab kabul tuh… ada ke macam tu? dah dua-dua bleh cakap siam, buat akad nikah dalam bahasa siam dah laa..hehe

  4. ahmadtaufik Says:

    dah glamer mamat nie, aku mula-mula kenal mamat nie awal tahun nie, memang gelak ah kitaorang tengok aksi ni . . .

  5. akirasuri Says:

    ha ha ha kawan pernah tunjuk hari tu…mujurlah saya pernah duduk kelantan..gelak sakan dengar mamat tu lafazkan kabul…macam tak sah je rasanya…

  6. kay Says:

    huh.. terpinga2 daku tengok video tu.. sepatah haram pun dok paham..

  7. zac Says:

    hohoho.. berlakon ker betol nih..?? kurang mengerti plak aku.. hehehhe.. klakar gak.. kalo reality nih.. sah ker?? huhuhu

  8. starstreet Says:

    a’ah la cam kesial jer dia punya protokol…. gelak sey!!!! well jemput datang blog am kita main mencungkil rahsia….

  9. aku Says:

    fuad, bleh karang balik script depa tu dalam bahasa yang aku leh paham tak?
    yang aku dengar.. bewak kabok ka apa tah.. satu lagi, yang tok imam lupa nama dia.. ‘musey’.

  10. Fuad Says:

    Hayad: Heh..paham ye dayah..πŸ˜‰

    Ad3ck, Slie: Mencurigakan jugak tuh…

    Taufik, Kira:πŸ˜›

    Kay, Zac: Hahak… kene blajar bahasa lagi nih..

    Starstreet: Ok2..jam lagi singgah umah…

    Aku: Aduh2.. Demam tu nk translate sume. Nnti aku cuba cari kamus Kelantan – Kedah.

  11. Helmi Says:

    As’kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu bandar Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (jika daftar selepas 6 bulan dari tarikh nikah) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol lebuhraya utara-selatan PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan pasport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com atau call saya di no 0175955633.

    Terima Kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: