Kucupan Mesra

Salam ukhwah buat sahabat,

Masa mengemas2 email2 yang lama tadi saya terjumpa email yang dihantarkan oleh seorang kawan. Perihal kasih sayang. Ingin saya kongsikan untuk renungan bersama. Sesungguhnya hidup ini yang pasti penuh dengan cabaran. Semoga kasih sayang menjadi ubat yang berkesan untuk hati yang keresahan. 

Cerita ini bermula dengan seorang lelaki menghukum anak perempuannya yang berusia 3 tahun kerana membazirkan segulung kertas pembalut hadiah emas. Kewangannya pada ketika itu agak sempit, dan dia menjadi marah apabila anak tersebut cuba membalut sebuah kotak. Namun begitu, budak itu tetap  membalutnya dan membawa hadiah tersebut kepada bapanya pada keesokan harinya. Sambil menghulurkannya, dia berkata, “Ini khas untuk Ayah” Dengan perasaan segan atas tindakannya pada malam sebelum itu, bapanya pun membuka hadiah tersebut.

Namun, dia menjadi lebih marah apabila didapati bahawa kotak tersebut kosong. Lantas dia menjerit kepada anaknya,  “Tidakkah awak tahu bahawa jika seseorang memberi hadiah, dia perlu meletakkan sesuatu dalam kotak itu?” Anaknya melihat kepadanya dengan tangisan yang banyak dan berkata,  “Oh Ayah, kotak ini tidak kosong. Saya tiupkan kucupan yang banyak ke dalamnya. Kesemuanya untuk Ayah.” Hati bapanya hancur apabila mendengar kata-kata anaknya. Dia memeluknya dan meminta kemaafan daripadanya. 

Tidak lama dari kejadian itu, satu kemalangan telah meragut nyawa anak tersebut. Bapanya masih menyimpan kotak tersebut di tepi katilnya. Setiap ketika dia berasa sedih atau putus asa, dia akan mengambil satu kucupan imaginasi anaknya dan ingat kepada kasih anak yang telah meletakkanya di situ. Sebagai seorang insan, kita memang dianugerahkan dengan satu bekas emas yang dipenuhi dengan kasih yang tanpa batasan dan kucupan sayang daripada anak kita, keluarga, rakan-rakan dan juga Allah. Tiada hadiah lebih berharga daripada ini.

Sehingga berjumpa lagi..

 -Fuad-

Explore posts in the same categories: Motivasi, Saja2

21 Komen di “Kucupan Mesra”

  1. cikguonline Says:

    Betul tu…. kasih sayang sesuatu yang tidak ternilai…..

  2. linn_comel Says:

    kasih sayang adalah sesuatu yang subjektif..

  3. walikard Says:

    Bertuahnya memiliki anak yang seperti itu…Mudah-mudahan anak saya juga begitu…begitu kasih dan sayang kepada orang tuanya…bkan yang macam dalam iklan raya Petronas baru ni

  4. ad3ck Says:

    terharu ar bacer kisah neh..hehe..

    yer, betul, kasih sayang tuh priceless takley dibeli ngn wang..

  5. Bat Says:

    t’ingin pulak nak ada anak..huhu..tapi calon takda lagi..huh apa yg aku ngarut nih..blajaq pun tak abih lagi dah gatai nak menikah..hahaha..Tapi aku bersyukur sangat sebab aku ada dua orang yang bermakna dalam hidup aku yg selalu pukul aku,marah aku,tangan-tangankan aku masa kecik lantas memupuk aku menjadi insan..itu la mak ayah aku sekarang..kalau tak,mungkin aku takkan jadi macam sekarang ni..🙂 alhamdullilah..

  6. akirasuri Says:

    🙂 ada benda dalam dunia ni yang tak boleh dibeli dengan wang iaitu nyawa, iman, takwa dan kasih sayang.

  7. aku Says:

    cerita best.. insaf sket.. tapi aku lagi suke kalo en. Fuad cite pasal bende2 baru ataupun yang berkaitan konsep2 yang belum pernah aku dengar..

    //ayat aku tu, kritikan membina ke, ke suatu penghinaan?

  8. hayad Says:

    aha,pnh baca cerita ni🙂

  9. fiq Says:

    pergh..syahdu. bro.sori bz sket skang, ade prob.

  10. amnbakish Says:

    memberi dan menerima kasih sayang, adalah hadiah yang tidak ternilai..🙂

  11. zac Says:

    aku sedih sangat baca kisah nih… teringat abah… huhuhu.. betapa kuat gerak hatinya maka meningglkan seorang ayah satu kenangan yang sedihkan..

    hohoho.. apa aku nih tiba2 emosional.. ekekke!!

  12. Labanon Says:

    Wah… lama tak masuk blog ni kerana sibuk… baca kisah sedih pulak uwaaaaaaa :((

  13. leLabu Says:

    hmm…sedih gak bila baca…

    bila ada depan mata, buat tak tahu..
    bila tiada, dirindu…

  14. Fuad Says:

    Cikgu, Linn: Ar-Rahim yang tidak pernah kurang atas sifat2nya…

    Walikard: Amiinn.. Insya Allahu Taala..🙂

    Ad3ck: Heh.. tapi macam2 boleh jadik ye dunia hari nih…

    Bat: Haha..Semoga dapat anak cepat2…

    Akirasuri: Sadakti..Sadkti…🙂

  15. Fuad Says:

    Aku: Kritikan membina. Mintak maap byk En. Aku. Ni sume instant entry.. Tak dan nk taip.. Apapun Insya Allah lenkali aku akan cuba maintan the originality setiap enty.. Mekasih di atas teguran anda..🙂

    Hayad: Best kan..

    Fiq: Wah2… byk projek besar tuh.. Pepon.. Good Luck…

    Aminbakish: Berbahagilah bagi mereka yang memberi dan menerima dgn ikhlas…

    Zac: Semoga kasih sayang yang diterima itu menjadi titik tolak utk memberi jugak..

  16. Fuad Says:

    Labanon: Ni kira da merdeka ke?

    Lelabu: Melayu mudah lupeeerrrrr…😉

  17. aku Says:

    Fuad, aku separuh serius jer la..

    “kritikan membina ke, ke suatu penghinaan?”
    ini isu yang aku nak ketengahkan kat komen sblom ni hahah..
    hint: Mukhriz

    Cerita yang ko sampaikan ni, kalo kene time, mau nangis gak.. sama la macam cerita yang aku pernah dengar; cerita seorang ayah yang hadiahkan anak dia Al-Quran tapi anak dia bengang sebab dok harapkan dapat kete besar. cerita-cerita pengajaran ni memang best. Ko jangan silap paham plak komen aku yang sblom ni no…🙂

    Apapun, kalo dapat lagi teori-teori yang best dari ko, feh mesti best tahap gaban aa..

  18. Fuad Says:

    Wah2..istilah baru.. Separuh serius.. Hahak.. Oke gak tu.. Semalam pening pale aku melayan orang jepon. Dia asek ckp ‘almost understand’. Mengikut pahaman aku ‘nyaris2 faham’. Tapi tak paham2 jugak sampai sudah..

    Apapon.. aku suke gak dapat kritikan membina..🙂

  19. bono201 Says:

    kisah yang cukup menginsafkan…kasih sayang ,adakalanya kita tak sedari hidup kita dikelilingi nikmat allah melimpah ruah termasuk insan2 kesayangan kita dan harga kasih sayang mereka kepada kita…


  20. […] Sumber: https://almaribuku.wordpress.com/2006/11/17/kucupan-mesra/#comments Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages. […]

  21. Jalilah Says:

    Ada buku yang cukup bagus lagi untuk membangkitkan motivasi diri. Judulnya, Sesegar TElaga Kautsar, Tadabbur Kreatif 30 Ayat Motivasi. Ditulis oleh Hudzaifah Ismail. Tiap bab pada judul itu disebut “Mata Air” sebagai analogi “Mata Air Telaga Kautsar”. Kisah dan materi dalam buku itu sungguh luar biasa. Ada kisah tentang seorang arsitek yang memperoleh penghargaan luar biasa dari atasannya karena komitmen dan jiwa rela berkorbannya untuk kemajuan perusahaan. Ada juga kisa pengalaman dari penulis tentang kebaikan kecil yang pada suatu hari menjadi awal kebahagiaan hidup teman seperjalanan yang dia temui dari Bengkalis. Banyak lagi kisah2 luar biasa di buku itu dan saya sangat menyarankan Anda untuk membacanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: