Sesuatu Yang Hilang

Salam pertemuan,

Sudah agak lama blog ini tidak diperisikan. Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan utk melakar sedikit ulasan buku terbaru yang saya baca. Sekadar ulasan yang teramat ringkas.. masa tidak berapa mengizinkan. Insya Allah jika ada perbincangan saya rasa manfaatnya lebih.

Buku bertajuk “Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian” karya Nasnan Jajuli ini saya rasakan mencurah manfaat yang besar buat sesiapa yang menaruh minat tinggi sebagai Usahawan Tani. Saya adalah salah seorang. Setelah menatap buku ini, saya dapat rasakan sudah cukup alasan yang diberikan selama ini. Inilah masanya utk melestarikan impian yang terpendam sedari mula mengenal maknawi ‘cita-cita’.

Namun saya tidak akan berbicara apa yang ada, lebih tertarik pada apa yang tiada. Bagi yang berminat utk mengetahui perihal yang ada, boleh rujuk di website Sabak Agro. Sesuatu yang hilang disini ialah ilmu pemasaran. Sesuatu yang sukar hendak di gali di bumi Malaysia khususnya bagi orang Melayu ialah mempelajari ilmu pemasaran. Saya begitu mendambakan ilmu pemasaran ini. Sebetulnya ilmu memang boleh dicari dengan berusaha mencari melalui pengalaman. Istilah yang digunakan, ‘Learn form Hard-Knock University’. Ilmu yang bila dapat pasti akan diingat sampai bila2 dan dihargai sepenuh hati.

Mengungkap kata-kata seorang Leftenan Kolonel Rejimen Renjer Diraja, ‘Smart people learn from mistakes but it takes briliant people to learn form others mistakes’. Saya masih tercari2 jika ada sebarang rujukan tentang pemasaran yang praktikal di Malaysia. Sampai tika ini, belum ada suatu rujukan yang dirasakan benar2 berhasil. Mungkin seorang yang berpengalaman yang sudi memberi tunjuk ajar kepada pencebur baru adalah suatu yang begitu penting dalam bagi melengkapi kitaran ekonomi perniagaan kaum bumiputra khususnya orang Melayu yang sejak … (ntah bila) menghadapi masalah besar dalam pemasaran.

Saya begitu tertarik dengan forum perniagaan di barat, contohnya Start-up Nation yang menjadi bukan sahaja rujukan muka2 baru tapi sebagai batu loncatan buat para businessman vateran. Saya mengesyorkan, budaya bantu-membantu ini patut dipergiatkan dan moga2 menjadi suatu titik tolak perubahan kearah kemajuan perniagaan di Malaysia.

Forum Jom Niaga dikelolakan oleh saudara Adly mungkin boleh dijadikan asas untuk ini. ( Tolong iklankan😉 )

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Buku Keusahawanan, Ulasan Buku

6 Komen di “Sesuatu Yang Hilang”

  1. esis Says:

    kenapa mahal sangat buku nih??? brapa muka surat agaknya.

  2. aminbakish Says:

    saya suka tengok ladang2 sayur dan buah-buahan… tapikan cam sedih je yang banyaknya bukan kepunyaan orang kita. Fuad, bukalah ladang satu…

  3. ad3ck Says:

    ku minat gak kat bidang pertanian neh..tp takde byk pengalaman & pengetahuan tentangnye. tp org cakap klu nak 1000 daya kan..hehe..

  4. chot Says:

    skrg ni susah nak menanam pokok….pasal aku duk umah apartment..hehe

  5. Fuad Says:

    Esis: Aku tak ingat dah brape mukasurat.. Nnti aku cek balik..

    Aminbakish: Insya Allah nnti bukak ladang di setiap Negeri.. Doa-doakanlah..🙂

    Ad3ck: Betol2.. Nak seribu daya. Aku pon tak start2 lagi.. hahak..

    Chot: Umah apartment no hal. Macam aku la jugak. Aku sekarang tanam kacang hijau kat dalam bilik. Semalam pegi beli tanah ngan pasu plastik. Akak yang jaga tu tanya aku, beli tanah nak tanam ape? Dengan konfiden aku jawab tanam pokok. Tak pasal2 kene saound, “Yela..takkan nak tanam orang plak.. Pokok ape..?!!” Hahak.. Adui2…


  6. Buku ni dulu, antara yang dipegang untuk dibeli. Tapi tak jadi sebab beli buku yang murah sikit harganya. Mungkin sekali lagi berkunjung ke kedai buku boleh beli.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: