Malaysia Bodoh..?

Salam Pertemuan,

That’s not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid). Ini adalah petikan kata2 model entry hari ni, Michael Backman. Seorang pakar ekonomi Asia yang menjadi kolumnis majalah2 ekonomi Asia dan jugak menulis beberapa buku berkaitan ekonomi Asia. Untuk rujukan penuh artikel dari mana petikan diatas di ambil, boleh rujuk di sini.

Sekali baca memang bengang gak. Main kutuuk sesedap hati secukup rasa jek. Namun bile baca berulang2 kali, mungkin ada benarnya jugak yang tersirat disebalik kutukan berbisa nih. Terpulang pada anda untuk menilai..🙂

Slot Khabar Angin

Hari ini, saya ‘ter’berborak dengan seorang brader pasal business. Katanya terdapat sumber baru bagi mendapatkan modal perniagaan bagi orang yang betul2 serius berniaga. Caranya ialah mengambil income tax sesebuah syarikat dan di tukarkan menjadi pinjaman. Tapi syaratnya pada pendapat saya tersangatlah sukar nk dipenuhi. Syarikat tersebut mestilah mempunyai kadar income tax sebanyak 1 juta. Fuhh.. kalo income tax pon dah 1 juta, keuntungan dia musti berjuta2 lemon punyer. Apapun, kalo sape2 ada syarikat atau syarikat member yang tiap2 tahun bayar cukai 1 juta kat LHDN, boleh la contact saya. Nnti saya boleh slow talk ngan brader tu untuk dapat potongan cukai (yang dipotong tu jadik modal saya wat business… hahak😉 )

Slot Sembang tak Ingat…

Tengah ari tadi saya pegi singgah kat Maxis center. Pastu ter’ayat’ plak oleh amoi salesgirl tu. Maka saya keadaan emosi yang separuh sedar telah menyain borang Maxis Wireless Broadband. Huhu.. Katanya kalo 30 ari try tak puas ati boleh return balik tak yah bayar apa2.. Maka saya pon terpancinglah dengan teknik2 sales derang. Minggu depan bleh try tulih blog kat rumah plak.. Best2..🙂 Harap2 ada masa untuk itu… 

Malam ni kene stay-up lagi.. uh uh.. Sape ada lagu2 syahdu sket nk pasang malam ni kat Lab..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Maklumat Umum, Saja2

12 Komen di “Malaysia Bodoh..?”

  1. soulof99 Says:

    Huh, tak tau nak cakap apa. Kita terlalu asyik berkelahi ttg perkara yang remeh.

    Err.. sesungguhnya kenyataan itu amat pahit…

  2. fiq Says:

    lagu ape ko nak bro.

  3. linn_comel Says:

    haha..pada pendapat saya Malaysia tidak lagi se’boleh’ dulu. Tetapi tidak semestinya Malaysia Bodoh. Yang bodoh mungkin hanya orang-orang tertentu sahaja.Bukan rakyat Malaysia keseluruhan

  4. KU Says:

    pasal Maxis Wireless Broadband tu, bulanan dia berapa yek?cam berminat lah pulak,hehe..🙂

  5. aku Says:

    Sewaktu kita nak memberi semangat kepada sesapa, sesuailah kita sebut, “Malaysia Boleh!”, walaupun pada hakikatnya, semua benda bodoh tidak boleh dikaitkan dengan Malaysia Boleh🙂

    contoh seperti mamat Michael Backman tu cakap, apa ke bodohnya buat complex sukan tu sebab… ( sila baca sendiri di: http://www.michaelbackman.com/LatestAgeColumn2.html )

  6. aku Says:

    “Apapun, kalo sape2 ada syarikat atau syarikat member yang tiap2 tahun bayar cukai 1 juta kat LHDN, boleh la contact saya. Nnti saya boleh slow talk ngan brader tu untuk dapat potongan cukai (yang dipotong tu jadik modal saya wat business… hahak”

    Fuad, cite aa sket pasal potongan cukai dan modal business ni.. cemana connection dia?

  7. ad3ck Says:

    Setuju ngn Linn, hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
    (sorry beb, agak bz ar akhir2 neh)

  8. chot Says:

    aku dok nganga je la..

  9. surfaddict Says:

    erm..nak bg komen camne yerk:

    1. Malaysia bodoh/boleh..mana2pun tak kisah..dua2pun bleh bg kita bersemangat utk maju.

    2.Loan dari company tax – tak tahu sgt ttg perkara ni..tp mcm ada udang di sebalik mee je

    3. Maxis wireless broadband, ada kawan pakai dia ckp awal2 dulu mmg condem, tp skang dah ok kot..apapun internet broadband di m’sia masih di tahap cipan..Back to no . 1.

  10. ap|zz Says:

    Keranamu Amoi..hehe!

    1-Malaysia tak bodoh..yang bodoh rakyatnya(cantik apa nama Malaysia)

    2-Tengok sendirilah Sukan Asia.Bagaimana kesungguhan atlet kita ngan atlet negara lain.

    3-Hmm…heran2.Mamak dari India datang sini tanpa saudara mara tetapi boleh hidup sampai bukak Company MakPlay!Rakyat Malaysia reti merempit,hisap dadah dan serumpun dengannya.

    wallahualam.

  11. norashady Says:

    Daripada dok merempit sana sini..hisap dadah..lebih baik bela lembu..
    Hah..ada sapa² berminat nak bela lembu secara feedlot tak ?? Ado orang nak sponsor dulu 100 ekor ni.. Ada berani ka ?? cukup 6 bulan dah bleh sembelih..Tak perlu padang² ragu ni..

  12. aku Says:

    bz btol en. fuad kita….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: