Arkib untuk Disember 2006

Sama tapi tak serupa

Disember 29, 2006

Salam pertemuan,

Saya tgh dengar audio book ‘The Art of Winning’Robert Kiyosaki. Salah satu statement yang menarik ialah dia mengatakan jika anda mendengar balik audio book ini sebulan dari sekarang anda akan memahami dengan cara yang berbeza (dengan syarat praktikkan apa yang dibincangkan).

Seolah2nya benda yang sama akan memberi manfaat yang berbeza bergantung kepada ilmu dan pengalaman kita. Saya agak bersetuju dengan pendapat ni sebab buku yang sama jika dirujuk balik memberi pemahaman yang berlainan. Sebabnya kita dah lebih berpengalaman dari mula2 kita baca buku tu. Contoh mudah komputer yang sama akan boleh buat seseorang tu buang masa cth main game ­čśë tapi bila dia dah sedar kepentingan masa, komputer yang sama jugak boleh digunakan untuk belajar dan mencari rezeki..

Contoh yang mungkin saya dapat bandingkan ialah penghayatan ayat2 suci Al-Quran Al-Karim..

“Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.” (Al Maaun : 4 & 5)

Ustaz2 akan bagai dalil ayat ni bagi anak2 tentang orang yang tak sembahyang akan masuk neraka Wail. Bila anak2 ni dah sedar bertapa pentingnya solat dan dah istiqamah, ayat yang sama di gunakan mengatakan orang yang melewat2 kan sembahyang masuk neraka wail..

Pengertian orang yang lebih alim, orang yang tak khusyuk dalam sembahyang akan masuk neraka. Malah tafsiran orang yang belajar tasauf akan mengatakan masuk neraka wail jika tidak mengikut ikrar dan janji yang dilafazkan dalam solat.

Makin tinggi taraf ilmu dan iman, pemahaman yang berbeza untuk ayat yang sama. Bagi yang berminat nak baca lebih mendalam boleh rujuk di sini.

Kesimpulan: Review balik buku2 yang telah di baca adalah satu langkah yang bukan saja bijak tapi perlu dalam proses pembelajaran dan disiplin ilmu.

Buat sape2 yang berminat nk dapat audio book percuma dari Robert Kiyosaki & Donald Trump leh pegi website Why We Want You to┬ábe Rich. Leh download kat free download tu. Walau kat situ tulih utk reader tapi sape┬ápon yang subscribe leh je. Pssstt: Jangan bagitau Robert Kiyosaki & Donald Trump yang saya bagitau leh download free ­čśë

Sehingga berjumpa lagi. Slamat menyambut Aidil Adha. Hayatilah erti pengorbanan yang hakiki..

-Fuad-

Advertisements

Modal Air Liur

Disember 27, 2006

Salam pertemuan…

Bayan Baru, Petang: 25 Disember 2006 (Hari Natal)

Baru sudah smayang Asar, tepon bunyik.. Caller ID: Afzan. “Assalamualaikum Syeikh.. Lama tak dengaq crita. Apa habaq..?”

“Ok je..hang dok tang mana la?” suara belah sana..

“Apa lagi beb..kat kilang aa..┬ákeje sbgai hadiah krismas buat bos.. Awat?”

“Haha.. Padan Muka.. Dulu orang soh ngaji pondok tak mau. Nak jadik engineer gak.. Aku kat bukit Gedong ni.. Ingat hang ada kat rumah..Takpa la kalo hang kerja”┬á

“Sori aa bang.. Kene keje. Lenkali kita sembang2.” Talian diputuskan. Saya pegi Lab.. Ingat nk sambung wat keje.. Tapi member ni dah 3 tahun┬átak jumpa. Dah la masa dia sakit 2 tahun tu┬átak pernah ziarah pon… Saya ambik handphone, Call Register >> Recieved Call.

“Jan.. tunggu 10 minit bleh dak?” Saya dengan suara nyaris2 excited..

“Aku┬á no hal. Hang nak mai ka?”

“Ha ah.. Membe punye pasal. Kerja boleh carik tapi member susah nak carik. Ni dunia semua nih.. Heh. Tunggu tau. Sat lagi aku sampai..”

Pecutla saya menuju ke Bukit Gedong. Bertemu dengan sahabat yang sudah lama tak berjumpa. Berborak panjanglah kami di kedai kopi.. Bermula dengan kisah penderitaan dia selama 2 tahun akibat terkene santau angin. Angkara dengki dan kesumat manusia.

‘Time tu habaq hang aku ni memang dok pikiaq mati dah. Aku syukur sgt la ni idup lagi. Boleh jumpa ngan hang lagi..’ Dia bercerita dengan penuh emosi..

Yang saya ingat, sepanajang hari tu senyap hanya waktu sembahyang je.. Lain dok boraaaakk je manjang. Dari pasal bisnes, nikah kawen, member2, politik, agama, kerja,┬ápendidikan, impian, duit dan segala mak neneklah.. Sempat jugak saya tunjukkan website Saifulsham sebagai cerita kehebatan budak2 UTP sekarang ni berbanding zaman kami dulu.. (Uh uh.. blog Saifulsham kene hack.. takde keje betul hackers nih.. Dapat duit ke derang hack2 nih).. Tak tau pukul brapa tertido sambil borak sebab bgn je Subuh tuh dah dengar suara dia bercerita lagi.. ­čÖé

Kami berpisah lepas breakfast.. sebelum beredar, lepas salam dia peluk.. Saya rasa pelik.. Kadang2 orang yang pernah mengalami saat antara hidup dan mati lebih menghargai nilai persahabatan, persaudaraan dan kehidupan dari orang kebanyakkan yang merasakan mati itu terlalu jauh..

Moral crita ntah apa2:

  1. Sesetengah orang mememang dilahirkan dengan bakat bercakap. Saya plak dilahirkan dengan bakat mendengar.. Heh. Moga2 boleh isteri yang banyak cakap. Amiinn.. ­čśŤ
  2. Orang┬áyang terer jual air liur┬áni┬ádatang dengan pakej skill┬ámengepau orang tanpa disedari. Huh…
  3. Kadang2 kita rasa takda orang nk pedajal kita tak tentu pasal sebab kita tak penah carik pasal. Tapi pasal tu boleh carik kita tanpa kita sedari.. Kata dia Bismillah 5 tu pendinding yang baik. Pernah jgk saya dengar ustaz kata 3 Qul tu pendinding yang kene amal. Saya: Dah lama tak baca Mathurat.. Langit tak selalau cerah kawan..

Babak selingan:

Dia: Sepanjang aku menderita santau tu.. aku boleh gerak leher ke atas saja. Yang lain rasa macam dah tak dak dah. Lebih dari orang lumpuh habaq hang. Nk bagun memang jangan mimpi la. Tapi Alhamdulillah la ada satu part yang still boleh bangun..

Saya: Alah.. Boleh bangun pon hang bukan pakai pon. Sama ja…

Dia: Tak baik la hang kata lagu tu. Ni nak ajaq hang ilmu tok guru kasi. Tiap kali lepas semayang Subuh zikir Ya Qahhar byk2.. Hang amal la slalu.. nnti dah kawen mesti hang trima kasih kat aku..

Saya: Hahahak.. Hang ni ajaq aku zikir niat tak ikhlas la.. 

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

p/s: Skill bercerita saya mmg fail.. ­čśŽ

Novel @ Buku Motivasi

Disember 24, 2006

Salam pertemuan,

Sebelum ni, saya memandang novel ini adalah suatu hiburan. Kini persepsi saya terhadap novel sedikit sebanyak mempengaruhi cara saya menilai sesuatu contohnya kehidupan. Mungkin dulu saya terdedah hanya pada novel2 remaja dan cinta kebanyakkannya, maka ‘default setting’ kepala otak saya mengatakan novel ni sekadar hiburan.. tidak lebih dari itu.

Selalunya memang terlalu jarang bagi saya untuk meluangkan masa ke bahagian novel bila ke kedai buku. Namun setelah membaca beberapa novel yang saya kira memberi nilai tersendiri dalam cetusan minda, saya kini menjadikan novel sebagai salah satu pilihan sebagai santapan minda. Tidak keterlaluan jika saya katakan novel memberi nilai motivasi kepada pembaca dengan gaya tersendiri. Namun, ianya tetap terpulang kepada pembaca samada dapat mengambil sesuatu pengajaran ataupun sekadar hiburan..

Arini saya beli 3 buah buku.. Kira pejam mata..swipe.. Haha.. dgn tekad di dalam hati, takkan beli buku sampai bulan 2 tahun depan.. Bulan Januari ni buat review buku lama.. heheh.. Buku terbaru dalam rak:

  1. Why We Want You to be RichDonald Trump & Robert Kiyosaki
  2. I Love StocksPauline Yong
  3. TegarAhmad Zafran

Buku first ni memang saya dok usha lama dah. Tapi harga diaRM89.90 membuatkan saya ketap bibir jela. Dulu saya dok berharap dia kuar versi paper cover, daripada beli yang hard cover memang selalunya harga beza byk jugak la. Namun hari ni saya tak leh menahan nafsu ingin memiliki buku ni, sebab mmg tiap kali pegi kedai buku dok tgk jek muka mamat 2 orang kat cover tu. Saya boleh dikatakan ‘followerRobert Kiyosaki, tapi si Donald Trump ni memang saya┬átak penah baca satu pun buku dia, baik buku terfemes ‘The Art of Deal’ sampai ‘How to Get Rich’, satu pon tak pernah. Bagi saya, Donald Trump ni macam berlagak sket.. “When I do something, I do it big..”- Donald Trump. Blah la weii.. hahak ­čśŤ Sori ‘follower‘ Donald Trump. Padahal┬ájeles tgk dia asek berkepit ngan model2 cun tak ingat.. ­čśë┬á

Mungkin bulan 2, 2007 ni boleh try beli ‘The Art of Deal’. Buku kedua plak saya tertarik sebab buku pasal saham yang bersifat tempatan dan ‘cover’ fundamental analysis ngan technical analysis sekali. Susah nk carik buku yang cerita pasal dua2 sekali sebab memang FA ngan TA adalah puak yang sentiasa bermusuhan.. heheh.. Yang tak tahan tu siap┬átambah plak MA, Market Analysis.

Novel Tegar ni saya sauk bile baca sinopsis pasal semangat waja untuk mencapai cita-cita. Asalnya saya tengah carik novel Kawin-kawin karya Azizi Abdullah. Novel yang menang Hadiah Sako 2001, terpengaruh dek ulasan Faisal Tehrani dan Novel Imam (Hadiah Sako 1995) saya pon pegilah carik novel ni. Malang nya kat Popular Bukit Jambul ni bukan besar sgt pon.. takdek. Huhu.. Apapun, Tegar ni nampak menarik dan semoga lepas baca saya lebih ‘tegar’ untuk mengejar impian hidup. ­čÖé

Pasal tegar ni.. sesuatu yang menarik di blog Linn Comel pasal tegar mengejar cita-cita. Terasa jugak saya bila baca entry ni..

Juga terima kasih tak terhingga buat En. Aku kerana memberikan kemenangan cabutan bertuah untuk saya. Haha.. Tak sangka leh dapat. Semoga sistem Include Us En. Aku berjaya menjadi satu wadah bermanfaat untuk semua..

Sehingga berjumpa lagi.. Salam sket..

-Fuad-

Kenapa perlu sakit..

Disember 22, 2006

Salam pertemuan,

Arini saya baru sampai Penang. Demam campak minggu lepas. Bos dah bising2 soh datang keje cepat2 dan make sure keje jugak weekend ni.. Hahak. Confident betul dia saya leh cepat recover. Selalunya demam campak ni paling koman pon seminggu tapi Alhamdulillah dah sembuh lepas 3 hari. Tak teruk pon. Takde bekas nk tunjuk bukti sakit kat bos. ­čÖé

Entry kali ni saya tak cerita panjang lebar pasal buku, mungkin byk borak2 kosong. Sepanjang dok kat rumah cuti sakit ni saya sempat abeskan 3 bijik buku..

  1. 55 Petua Orang BerjayaDr. Fadhilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusoff
  2. Rahsia Bisnes Orang JepunUstaz Ann Wan Seng
  3. ImamAbdullah Hussain

Buku pertama lebih saya rasakan seolah2 kompilasi motivasi ditambah dengan cerita2 dan disusun mengikut kategori tertentu bagi aspek menuju kejayaan. Rahsia bisnes orang Jepun juga agak menarik tapi ada beberapa kenyataan yang membuat saya tersenyum sendiri┬ákerana agak bercanggah dengan pengalaman saya berurusan dengan orang Jepun. Mungkin pendangan peribadi saya sendirik. Novel Imam karya Abdullah Hussain sangat menarik pada saya. Secara peribadi, saya merasakan kandungan nya agak berat. Saya tidak mahu komen pendekatan fahaman Islam yang ditonjolkan (mungkin menimbulkan tidak puas hati sesetengah pihak) namun saya rasakan perjuangan, prinsip, pemikiran, nilai2 kehidupan dalam setiap plot cerita itu sangat menarik dan menyedarkan. Dari segi nilai sastera, tak pandailah saya nk komen. Saya bukan orang sastera.. ­čśŤ

Borak kosong, ari Sabtu lepas nenek saya berlepas ke Makkahtul Mukarramah bagi mengerjakan haji, menemani Pakcik dan Makcik saya yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji. Tengah2 demam campak tu dok pelok2 bakal haji, harap2┬átak berjangkit ler.. Heheh..┬á­čśë Semoga dapat haji mabrur, nk2 tahun ni katanya Haji Besar, Wukuf jatuh ari Jumaat.

Sepanjang dok lepak kat rumah, terasa seperti di bagi rehat plak. Walau tgh sakit2 tapi Alhamdulillah rasanya dapat lari seketika dari kesebokan kerja. Ringan sket kepala raya walau tiap2 ari berdenyut pening dan demam. Mungkin ada rahmatnya jugak sakit2 ni.. Cuma apa yang menarik bila adik bongsu saya, Fitri┬átanya “Tak bosan ke Abang Chik dok kat Penang tu?” Hahak.. Mungkin saya asek bercerita pasal projek pertanian ngan bisnes tapi bukan pasal kerja saya membuatkan dia rasakan hidup saya mesti tak best. Buat benda yang kita tak suka. Budak2 pon tahu..

Pemerhatian saya pasal kehidupan dia, bangun pagi, kaco mak dia, pegi main sat, buat latihan/baca selama 2 jam (sebab nk dapat cabutan bertuah), tgk tivi, main badminton, bergurau-senda.. pastu bila dok diam tu maksudnya tido lah tu. Yang penting dia rasa hidup dia paling best. Rasanya rata2 budak merasakan hidup ini best. Susah betul nk carik ‘orang besar’ yang berpendirian yang sama..

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Orang Kaya Bertaqwa

Disember 10, 2006

Salam pertemuan buat sekian kali,

Hahah..sudah sekian lama tidak disentuh blog Almari Buku ni.. Terasa janggal la plak. Sebetulnya saya begitu gundah gulana pabila memikirkan blog yang sudah ditinggal lama tanpa pengisian. Nak buat macam mana, inilah nasib orang makan gaji. Walau dah dirancang seteliti mungkin, namun setiap yang berlaku tetap diluar kawalan..

Hari ini, dikesempatan ini saya nk share dan promote buku best dari Dr. Rusly. Buku terbaru ni memang saya salute sangat2. OKB! Orang Kaya Bertaqwa. Memberi berjuta pengertian dan keinsafan untuk dihayati buat para penggila bisnes malah jua umat Islam yang tak kira lah menggilai apa sekalipon. Satu buku yang saya rasa boleh diibaratkan meng’calibrate‘ atau ‘alignment’ buat para usahawan Islam. ┬á

Saya tak nak bincang byk, saya sgt syorkan beli buku ni. Mungkin dari segi ilmu baru tak banyak, namun motivasi dan renungan yang disajikan memang lazat dan menyelerakan.  Entry ni saya nk sentuh pasal satu penangan minda yang begitu mencetus kalbu saya..

Terdapat 2 jalan yang harus dipilih oleh setiap orang Islam. Jalan yang menjanjikan dunia dan jalan yang membawa kebahagian di akhirat. Manakah pilihan anda? Selalunya bila diajukan soalan sebegini, rata2 menjawab mahukan keduanya, dunia dan akhirat (Saya pun jawab camtu gak..) Hakikatnya, mana mungkin 2 jalan yang berbeza membawa kepada destinasi yang sama.. Anda hanya boleh memilih salah satu sahaja. Tapi..percayalah, jika akhirat yang dipilih, Insya Allah kemurahan Allah itu memberikan keduanya..

Semoga semua yang berminat menjadi OKB termakbul seadanya…

Slot┬áCakap Bukan2…┬á

Minggu ini dah masuk minggu ke-3.

Dulu..minggu pertama, tiap2 detik mentera yang di lafaz┬á“Sabar2..minggu ni je.. Pasni boleh relek sket..”

Minggu lepas.. ada isu plak. Rutin itu berulang lagi. Blog tak terjenguk.. Pasar malam tak terkunjung (utk menjual).. Projek2 bisnes terbengkalai… Adik terabai kat rumah.. huhu.. Harapan menggunung tinggi semoga minggu ni tak berulang lagi..

Namun kini… harapan tinggal harapan.. Saat kerja minggu lepas nyaris2 siap.. datang lagi arahan baru.. Uh uh..

What a life.. Very intresting.. Heheh.. ­čśŤ

“Manusia adalah satu makhluk yang mana jika dia melakukan sesuatu perkara berulang2 kali, tak dapat tidak dia akan menjadi pakar dalam perkara itu.” – Tun Dr. Mahathir, ceramah majlis konvokesyen 2006 Universiti Teknologi PETRONAS.

Sehingga berjumpa lagi…tapi ntah┬ábila…┬á

-Fuad-