Orang Kaya Bertaqwa

Salam pertemuan buat sekian kali,

Hahah..sudah sekian lama tidak disentuh blog Almari Buku ni.. Terasa janggal la plak. Sebetulnya saya begitu gundah gulana pabila memikirkan blog yang sudah ditinggal lama tanpa pengisian. Nak buat macam mana, inilah nasib orang makan gaji. Walau dah dirancang seteliti mungkin, namun setiap yang berlaku tetap diluar kawalan..

Hari ini, dikesempatan ini saya nk share dan promote buku best dari Dr. Rusly. Buku terbaru ni memang saya salute sangat2. OKB! Orang Kaya Bertaqwa. Memberi berjuta pengertian dan keinsafan untuk dihayati buat para penggila bisnes malah jua umat Islam yang tak kira lah menggilai apa sekalipon. Satu buku yang saya rasa boleh diibaratkan meng’calibrate‘ atau ‘alignment’ buat para usahawan Islam.  

Saya tak nak bincang byk, saya sgt syorkan beli buku ni. Mungkin dari segi ilmu baru tak banyak, namun motivasi dan renungan yang disajikan memang lazat dan menyelerakan.  Entry ni saya nk sentuh pasal satu penangan minda yang begitu mencetus kalbu saya..

Terdapat 2 jalan yang harus dipilih oleh setiap orang Islam. Jalan yang menjanjikan dunia dan jalan yang membawa kebahagian di akhirat. Manakah pilihan anda? Selalunya bila diajukan soalan sebegini, rata2 menjawab mahukan keduanya, dunia dan akhirat (Saya pun jawab camtu gak..) Hakikatnya, mana mungkin 2 jalan yang berbeza membawa kepada destinasi yang sama.. Anda hanya boleh memilih salah satu sahaja. Tapi..percayalah, jika akhirat yang dipilih, Insya Allah kemurahan Allah itu memberikan keduanya..

Semoga semua yang berminat menjadi OKB termakbul seadanya…

Slot Cakap Bukan2… 

Minggu ini dah masuk minggu ke-3.

Dulu..minggu pertama, tiap2 detik mentera yang di lafaz “Sabar2..minggu ni je.. Pasni boleh relek sket..”

Minggu lepas.. ada isu plak. Rutin itu berulang lagi. Blog tak terjenguk.. Pasar malam tak terkunjung (utk menjual).. Projek2 bisnes terbengkalai… Adik terabai kat rumah.. huhu.. Harapan menggunung tinggi semoga minggu ni tak berulang lagi..

Namun kini… harapan tinggal harapan.. Saat kerja minggu lepas nyaris2 siap.. datang lagi arahan baru.. Uh uh..

What a life.. Very intresting.. Heheh..😛

“Manusia adalah satu makhluk yang mana jika dia melakukan sesuatu perkara berulang2 kali, tak dapat tidak dia akan menjadi pakar dalam perkara itu.” – Tun Dr. Mahathir, ceramah majlis konvokesyen 2006 Universiti Teknologi PETRONAS.

Sehingga berjumpa lagi…tapi ntah bila… 

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Buku Motivasi, Saja2, Ulasan Buku

17 Komen di “Orang Kaya Bertaqwa”

  1. Amok Says:

    Salams to ALL bloggers!
    Akhirnya Fuad kembali… ingatkan dah ke mana? Takut2 jadi mcm berita Nora (isk… harap2 tak lagi-walopun it can happen anytime-just another dimension though).

    Aku pun masih kat opis lagi ni – bayangkan.. dah la ari Ahad.. kul 10PM lak tu.. hehe memang “pakar rat race”.

    And about the book – memang sedap. Dr.Rusly ni ada sentuhan tersendiri jugak. Amik iktibar dan take ACTION ok.

  2. aminbakish Says:

    masih sibuk ye Fuad… ingatkan ada meniaga kat pesta, boleh pergi beli.. hehe🙂

    semoga boleh bertahan…🙂

  3. fiq Says:

    ha! da update. heheheh

  4. linn_comel Says:

    busy lagi yer..nilah adat makan gaji, hinggakan semua yg dirancang untuk diri sendiri tidak menajdi

  5. aku Says:

    hmm.. adat makan gaji…

    buku chep li yang ni aku tak baca, jadi takleh komen apa2… dari review fuad, kira baguslah untuk santapan minda dan ‘pelurusan matlamat’.

    tapi buku jutawan senyap aku baca, member aku beli.. ntah kenapa ada yang aku tak berapa setuju dalam buku tu…

  6. Fuad Says:

    Amok: Ada je.. Cuma x nyempat nk updet blog sendirik dan menziarah blog2 membe.. CD Cashflow aritu still ada prob ke?

    Aminbakish: Huhu.. Kat tapak pesta susah tuu nk masuk. Kene ada kabel cantiik punyer. Tapi mmg xdek rezeki lagi kali ni.

    Fiq: Life is war..🙂

    Linn: Itula pasal.. Huhu..

    Aku: Menarik ni. Tang mana hang x stuju.? Kalo dapat ulas lagi lanjut mungkin sama2 dapat manfaatkan pendapat hang.

  7. ad3ck Says:

    arr, nasib orang makan gaji memang unpredictable. ku pon byk plan yg ku plan nak wat minggu depan, smpi sebulan pn tak wat lagi..hehe.

  8. Amok Says:

    CD Cashflow tu x leh pakai la Fuad. Fuad – tlg beli and pos to me ok x? I’ll pay full – CD+freight charges+svcs if applicable😉.

  9. aku Says:

    hehehe.. aku tak setuju tak bermaksud aku betul😛

    aku menyimpulkan isi keseluruhan buku tu tak menggalakkan kepada memikirkan jalan terbaik untuk jadi bebas kewangan dengan cara yang betul.

    dalam contoh, jual cakoi. pastu bukak banyak gerai dan bagi orang lain jaga. dalam dunia sebenar, rasa2nya agak sukar menjadi bebas kewangan dengan berniaga kecil-kecilan. kita boleh lihat, peniaga kecil-kecilan berniaga turun temurun. dalam dunia sebenar juga, agak sukar membiarkan gerai dijaga oleh orang lain. benda yang mudah ditiru, pasti pembantu kita akan bukak gerai sendiri.

    rakyat mesia perlu diberitahu beza ‘kerja sendiri’ dan ‘bukak bisnes’ kerana banyak yang aku kenali tak dapat membezakan kedua-duanya.

    sampai satu tahap, aku memikirkan chef li agak menyongsang dengan kiyosaki.

    again, aku tak setuju tak bermaksud aku betul🙂

  10. BAGAK Says:

    nasib baik almari buku tak roboh lagi

    almari kat rumah saya dah berkulat yang ada spora

    sebab kelembapan tinggi sekarang

  11. walikard Says:

    Aku, saya setuju dengan Chef Li tu. Walaupun parent saya tak kaya dengan jual satay, (kecil-kecilanlah) tapi Alhamdulillah, kami adik-beradik lepaslah belajar…maknanya, taklah susah sehingga terpaksa meminta-minta…sepupu saya pulak, dok jual burger sebelum dia bertukar ke kedai yang proper. tapi dalam masa sebelum bertukar tu, Alhamdulillah, lepaslah dia support keluarga dengan 3 orang anak. Contoh di luar pula, ada sorang ni kat Kemaman keje jual goreang pisang je…Alhamdulillah, tau-tau je berdiri banglo berkembar kat belakang tempat dia jual tu, dia punya lah tu😉 Namun begitu, perlu ada daya fikir untuk membesarkan perniagaan dari kecil-kecilan kepada yang lebih besar…kalau selamanua kecil, yes, saya setuju dengan aku😉

  12. Labanon Says:

    Chef Li memang hebat jika di baca renunganya haha… dalam buku jutawan senyap pun terlopong saya membacanya😀

  13. hayad Says:

    dah beli buku ni, sebulan lebih yg lalu, tp tak baca2 lg😀

  14. Arshad Says:

    Neat stuff ! pls visit my blog if u have time

  15. Fuad Says:

    Ad3ck: Macam tu lah ye.. Cubaan…

    Amok: Huhu.. Nnti ada masa sket aku test tgk kat mana silap CD aritu..

    Aku: Heh.. mungkin pendekatan derang berlainan..🙂

    Bagak: Hahak.. x roboh lagi.. Pasni dah ada line kat rumah Insya Allah terjaga sket Almari nih..😉

  16. Fuad Says:

    Walikard: Mekasih atas perkongsian…

    Labanon:😛

    Hayad: Takpe..byk masa lagi… heh

    Arshad: Thanks.. Sure.. I’ll visit soon.. watch out.. ;p

  17. Abdul Hamid Says:

    Saya salah seorang peminat Chef Li juga. Habis ke4 -4 buku dia dah saya baca.Chef li kira pemberi motivasi untuk saya menceburi bidang perniagaan walau baru bermula. Dah dekat 8 tahun makan gaji rasa perlu melangkah ke jalan yang baru. Kita hanya boleh ambil iktibar dari cerita dan buku yang kita baca. Kejayaan untuk diri sendiri kita perlu lakarkan sendiri di pandu dengan ilmu yang kita sendiri bina…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: