Kenapa perlu sakit..

Salam pertemuan,

Arini saya baru sampai Penang. Demam campak minggu lepas. Bos dah bising2 soh datang keje cepat2 dan make sure keje jugak weekend ni.. Hahak. Confident betul dia saya leh cepat recover. Selalunya demam campak ni paling koman pon seminggu tapi Alhamdulillah dah sembuh lepas 3 hari. Tak teruk pon. Takde bekas nk tunjuk bukti sakit kat bos.🙂

Entry kali ni saya tak cerita panjang lebar pasal buku, mungkin byk borak2 kosong. Sepanjang dok kat rumah cuti sakit ni saya sempat abeskan 3 bijik buku..

  1. 55 Petua Orang BerjayaDr. Fadhilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusoff
  2. Rahsia Bisnes Orang JepunUstaz Ann Wan Seng
  3. ImamAbdullah Hussain

Buku pertama lebih saya rasakan seolah2 kompilasi motivasi ditambah dengan cerita2 dan disusun mengikut kategori tertentu bagi aspek menuju kejayaan. Rahsia bisnes orang Jepun juga agak menarik tapi ada beberapa kenyataan yang membuat saya tersenyum sendiri kerana agak bercanggah dengan pengalaman saya berurusan dengan orang Jepun. Mungkin pendangan peribadi saya sendirik. Novel Imam karya Abdullah Hussain sangat menarik pada saya. Secara peribadi, saya merasakan kandungan nya agak berat. Saya tidak mahu komen pendekatan fahaman Islam yang ditonjolkan (mungkin menimbulkan tidak puas hati sesetengah pihak) namun saya rasakan perjuangan, prinsip, pemikiran, nilai2 kehidupan dalam setiap plot cerita itu sangat menarik dan menyedarkan. Dari segi nilai sastera, tak pandailah saya nk komen. Saya bukan orang sastera..😛

Borak kosong, ari Sabtu lepas nenek saya berlepas ke Makkahtul Mukarramah bagi mengerjakan haji, menemani Pakcik dan Makcik saya yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji. Tengah2 demam campak tu dok pelok2 bakal haji, harap2 tak berjangkit ler.. Heheh.. ;-) Semoga dapat haji mabrur, nk2 tahun ni katanya Haji Besar, Wukuf jatuh ari Jumaat.

Sepanjang dok lepak kat rumah, terasa seperti di bagi rehat plak. Walau tgh sakit2 tapi Alhamdulillah rasanya dapat lari seketika dari kesebokan kerja. Ringan sket kepala raya walau tiap2 ari berdenyut pening dan demam. Mungkin ada rahmatnya jugak sakit2 ni.. Cuma apa yang menarik bila adik bongsu saya, Fitri tanya “Tak bosan ke Abang Chik dok kat Penang tu?” Hahak.. Mungkin saya asek bercerita pasal projek pertanian ngan bisnes tapi bukan pasal kerja saya membuatkan dia rasakan hidup saya mesti tak best. Buat benda yang kita tak suka. Budak2 pon tahu..

Pemerhatian saya pasal kehidupan dia, bangun pagi, kaco mak dia, pegi main sat, buat latihan/baca selama 2 jam (sebab nk dapat cabutan bertuah), tgk tivi, main badminton, bergurau-senda.. pastu bila dok diam tu maksudnya tido lah tu. Yang penting dia rasa hidup dia paling best. Rasanya rata2 budak merasakan hidup ini best. Susah betul nk carik ‘orang besar’ yang berpendirian yang sama..

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

11 Komen di “Kenapa perlu sakit..”

  1. Labanon Says:

    Hehe takde kesan campak? hehe betul ker kene demam campak ni? keh2😉

  2. aku Says:

    Oo.. demam campak rupanya.. kupkkan bz keje tahap gaban..

  3. walikard Says:

    Fuad, lama tak blog…ingatkan semata-mata busy, rupanya ditambah pulak dengan demam campak..Alhamdulillah dah sembuh…mudah-mudahan projek yang terbengkalai tu dpat disambung kembalilah🙂

  4. MaizulDotCom Says:

    La demam ke fuad. Demam2 pun habis 3 buku jugak ye…

  5. linn_comel Says:

    Hari2 jenguk blog ini, terfikir tuan punya blog mungkin terlalu busy, tupa-rupanya kena demam campak. Alhamdulillah 3 hari tu dah dikira speedy recovered. Apa-apa pun semoga jaga kesihatan dan sihat selalu..

  6. Norashady Says:

    Puat..mu betul ker nak ternak lembu ?? Try la contact Dr Abdul Rashid Tang Abdullah, naib presiden kanan, Hadhari Cattle Industri Sdn Bhd. Dia bleh kasi bon lembu sebanyak 100 ekor untuk permulaan. Ternak dalam kandang jer..macam pero ayam daging tu..”Feed lot” kot org panggil.. Member aku pinjam plak broshure Hadhari cattle tu.. Kaloo tak bleh bagi no contact

  7. Fuad Says:

    Labanon: Hahak.. Ntah la.. Member aku kate bukan demam campak.. Stress.. Haha..

    Aku: Demam skali skala best gak..😉

    Walikard: Mekasih2.. Insya Allah.. Semoga project leh disambung lagi..

    Maizul/Cikgu: Cikgu dah imej baru yek.. Kira nama pentas sekarang cikgu ke Maizul?😛

    Linn: Mekasih byk2 Linn slalu ziarah.. Saya kurang sket ziarah blog orang semenjak 2 menjak ni.. Tapi Insya Allah pasni byk peluang.. Dah ada line kat rumah..

  8. Fuad Says:

    En Shady.. AKu serius tahap cipan mengandung kembar 9 ni… Aku try search online x dok nombor contact. Tulun aa gu bui nombor contact tu.. Syeikh.. Aku x dok no hp mu la.. Tulun sms aku.. Aku send email…

  9. Norashady Says:

    Harap bersabar deh..aku tengah contact balik member yang aku bagi broshure tu.. Dio ado tanah luas kat Semporna.. Nanti kaloo aku dapat no contact,aku hello ko mu deh..

  10. afiqah Says:

    Aku kene campak sekatang nie. Eeee…… tak suka betul. aku rasa lagi rela kena chicken pox. nak sekolah dah nie. dah 4 hari tapi belum sampai kaki lagi. badan miang-miang tapi kenapa kau boleh sembuh cepat ye. aku rimas ni.

  11. syuhaidah Says:

    Ha……. cian nye kau kene campak. seumur hidup aku aku tak pernah kene penyakit besar maca ni. aku bukak pun sebab abang aku suruh tolong. Tapi, kalaun orang tu kene demam campak. jangan harap aku nak dekat dengan dia. Please lah. nanti aku berjangkit. habis parut badan aku.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: