Novel @ Buku Motivasi

Salam pertemuan,

Sebelum ni, saya memandang novel ini adalah suatu hiburan. Kini persepsi saya terhadap novel sedikit sebanyak mempengaruhi cara saya menilai sesuatu contohnya kehidupan. Mungkin dulu saya terdedah hanya pada novel2 remaja dan cinta kebanyakkannya, maka ‘default setting’ kepala otak saya mengatakan novel ni sekadar hiburan.. tidak lebih dari itu.

Selalunya memang terlalu jarang bagi saya untuk meluangkan masa ke bahagian novel bila ke kedai buku. Namun setelah membaca beberapa novel yang saya kira memberi nilai tersendiri dalam cetusan minda, saya kini menjadikan novel sebagai salah satu pilihan sebagai santapan minda. Tidak keterlaluan jika saya katakan novel memberi nilai motivasi kepada pembaca dengan gaya tersendiri. Namun, ianya tetap terpulang kepada pembaca samada dapat mengambil sesuatu pengajaran ataupun sekadar hiburan..

Arini saya beli 3 buah buku.. Kira pejam mata..swipe.. Haha.. dgn tekad di dalam hati, takkan beli buku sampai bulan 2 tahun depan.. Bulan Januari ni buat review buku lama.. heheh.. Buku terbaru dalam rak:

  1. Why We Want You to be RichDonald Trump & Robert Kiyosaki
  2. I Love StocksPauline Yong
  3. TegarAhmad Zafran

Buku first ni memang saya dok usha lama dah. Tapi harga diaRM89.90 membuatkan saya ketap bibir jela. Dulu saya dok berharap dia kuar versi paper cover, daripada beli yang hard cover memang selalunya harga beza byk jugak la. Namun hari ni saya tak leh menahan nafsu ingin memiliki buku ni, sebab mmg tiap kali pegi kedai buku dok tgk jek muka mamat 2 orang kat cover tu. Saya boleh dikatakan ‘followerRobert Kiyosaki, tapi si Donald Trump ni memang saya tak penah baca satu pun buku dia, baik buku terfemes ‘The Art of Deal’ sampai ‘How to Get Rich’, satu pon tak pernah. Bagi saya, Donald Trump ni macam berlagak sket.. “When I do something, I do it big..”- Donald Trump. Blah la weii.. hahak😛 Sori ‘follower‘ Donald Trump. Padahal jeles tgk dia asek berkepit ngan model2 cun tak ingat.. ;-) 

Mungkin bulan 2, 2007 ni boleh try beli ‘The Art of Deal’. Buku kedua plak saya tertarik sebab buku pasal saham yang bersifat tempatan dan ‘cover’ fundamental analysis ngan technical analysis sekali. Susah nk carik buku yang cerita pasal dua2 sekali sebab memang FA ngan TA adalah puak yang sentiasa bermusuhan.. heheh.. Yang tak tahan tu siap tambah plak MA, Market Analysis.

Novel Tegar ni saya sauk bile baca sinopsis pasal semangat waja untuk mencapai cita-cita. Asalnya saya tengah carik novel Kawin-kawin karya Azizi Abdullah. Novel yang menang Hadiah Sako 2001, terpengaruh dek ulasan Faisal Tehrani dan Novel Imam (Hadiah Sako 1995) saya pon pegilah carik novel ni. Malang nya kat Popular Bukit Jambul ni bukan besar sgt pon.. takdek. Huhu.. Apapun, Tegar ni nampak menarik dan semoga lepas baca saya lebih ‘tegar’ untuk mengejar impian hidup.🙂

Pasal tegar ni.. sesuatu yang menarik di blog Linn Comel pasal tegar mengejar cita-cita. Terasa jugak saya bila baca entry ni..

Juga terima kasih tak terhingga buat En. Aku kerana memberikan kemenangan cabutan bertuah untuk saya. Haha.. Tak sangka leh dapat. Semoga sistem Include Us En. Aku berjaya menjadi satu wadah bermanfaat untuk semua..

Sehingga berjumpa lagi.. Salam sket..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

7 Komen di “Novel @ Buku Motivasi”

  1. ad3ck Says:

    waa, kagum ar, ko neh minat tul beli novel2 cenggini..klu ku harap pinjam member or download ebook kat limewire dll jer la..ehehe..

  2. aku Says:

    itu bukan cabutan bertuah Encey Fuad, itu memang ko pendaftar ke-11. bagak blom contact aku lagi, die lagi awal, awal sket dari linn jer.. takpe linn, bukan besar sangat pon hadiah tu🙂 nanti ada lagi.

    huh, Encey Fuad dah beli buku mamat dua eko tu ye.. review aa nanti ye.. tak sanggup nak beli.. duit poket rabak kang hehehe..

    memang Donald Trump macam belagak sket.. tapi mungkin tu adalah kebiasaan mat salleh, depa anggap tu sebagai self-confident yang tinggi.. Trump ni kene ikut jejak dia dalam nego dan bab ‘greenmail’ hahah..

  3. holyorder Says:

    Buku Donal Trump best gak “How to Get Rich” tu lebih kepada macam mana ko menguruskan resource kat tangan ko..

    ..eheh… Donald Trump memang berlagak sikit.. tapi dia walk the walk.

  4. linn_comel Says:

    Donald Trumph selalu tgk kat TV, tapi ALLAH tak pernah buka hati aku ak beli buku dia lagi..tak tahu naper

  5. aminbakish Says:

    Saya pun suka novel. Baru membaca Pei Pan dan Hatiku Terluka di Bukhara. Saya teringin nak buat review bacaan saya tentang novel ni. Tapi tak pandai..😀

  6. Fuad Says:

    Ad3ck: Heh.. Itulah.. Aku kadang2 tertanya2 jugak. Adakah hobi aku baca buku atau membeli buku.. Hurm…

    Aku: Apapon kira aku bernasib baik la ye.. Insya Allah nnti aku review buku tu..

    Pemegang Suci: Terima kasih byk2 atas komen buku tu.. Menarik nih.. Boleh bli..

    Linn: Heheh.. Pelik tapi benar..

    Aminbakish: Best tak novel tu? Byk pengajaran x?


  7. Buku Why We Want You to be Rich tu banyak sesiapa yang terlibat dengan MLM mesti tahu buku tu. Yelah buku berkaitan dengan cari duit.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: