Modal Air Liur

Salam pertemuan…

Bayan Baru, Petang: 25 Disember 2006 (Hari Natal)

Baru sudah smayang Asar, tepon bunyik.. Caller ID: Afzan. “Assalamualaikum Syeikh.. Lama tak dengaq crita. Apa habaq..?”

“Ok je..hang dok tang mana la?” suara belah sana..

“Apa lagi beb..kat kilang aa.. keje sbgai hadiah krismas buat bos.. Awat?”

“Haha.. Padan Muka.. Dulu orang soh ngaji pondok tak mau. Nak jadik engineer gak.. Aku kat bukit Gedong ni.. Ingat hang ada kat rumah..Takpa la kalo hang kerja” 

“Sori aa bang.. Kene keje. Lenkali kita sembang2.” Talian diputuskan. Saya pegi Lab.. Ingat nk sambung wat keje.. Tapi member ni dah 3 tahun tak jumpa. Dah la masa dia sakit 2 tahun tu tak pernah ziarah pon… Saya ambik handphone, Call Register >> Recieved Call.

“Jan.. tunggu 10 minit bleh dak?” Saya dengan suara nyaris2 excited..

“Aku  no hal. Hang nak mai ka?”

“Ha ah.. Membe punye pasal. Kerja boleh carik tapi member susah nak carik. Ni dunia semua nih.. Heh. Tunggu tau. Sat lagi aku sampai..”

Pecutla saya menuju ke Bukit Gedong. Bertemu dengan sahabat yang sudah lama tak berjumpa. Berborak panjanglah kami di kedai kopi.. Bermula dengan kisah penderitaan dia selama 2 tahun akibat terkene santau angin. Angkara dengki dan kesumat manusia.

‘Time tu habaq hang aku ni memang dok pikiaq mati dah. Aku syukur sgt la ni idup lagi. Boleh jumpa ngan hang lagi..’ Dia bercerita dengan penuh emosi..

Yang saya ingat, sepanajang hari tu senyap hanya waktu sembahyang je.. Lain dok boraaaakk je manjang. Dari pasal bisnes, nikah kawen, member2, politik, agama, kerja, pendidikan, impian, duit dan segala mak neneklah.. Sempat jugak saya tunjukkan website Saifulsham sebagai cerita kehebatan budak2 UTP sekarang ni berbanding zaman kami dulu.. (Uh uh.. blog Saifulsham kene hack.. takde keje betul hackers nih.. Dapat duit ke derang hack2 nih).. Tak tau pukul brapa tertido sambil borak sebab bgn je Subuh tuh dah dengar suara dia bercerita lagi..🙂

Kami berpisah lepas breakfast.. sebelum beredar, lepas salam dia peluk.. Saya rasa pelik.. Kadang2 orang yang pernah mengalami saat antara hidup dan mati lebih menghargai nilai persahabatan, persaudaraan dan kehidupan dari orang kebanyakkan yang merasakan mati itu terlalu jauh..

Moral crita ntah apa2:

  1. Sesetengah orang mememang dilahirkan dengan bakat bercakap. Saya plak dilahirkan dengan bakat mendengar.. Heh. Moga2 boleh isteri yang banyak cakap. Amiinn..😛
  2. Orang yang terer jual air liur ni datang dengan pakej skill mengepau orang tanpa disedari. Huh…
  3. Kadang2 kita rasa takda orang nk pedajal kita tak tentu pasal sebab kita tak penah carik pasal. Tapi pasal tu boleh carik kita tanpa kita sedari.. Kata dia Bismillah 5 tu pendinding yang baik. Pernah jgk saya dengar ustaz kata 3 Qul tu pendinding yang kene amal. Saya: Dah lama tak baca Mathurat.. Langit tak selalau cerah kawan..

Babak selingan:

Dia: Sepanjang aku menderita santau tu.. aku boleh gerak leher ke atas saja. Yang lain rasa macam dah tak dak dah. Lebih dari orang lumpuh habaq hang. Nk bagun memang jangan mimpi la. Tapi Alhamdulillah la ada satu part yang still boleh bangun..

Saya: Alah.. Boleh bangun pon hang bukan pakai pon. Sama ja…

Dia: Tak baik la hang kata lagu tu. Ni nak ajaq hang ilmu tok guru kasi. Tiap kali lepas semayang Subuh zikir Ya Qahhar byk2.. Hang amal la slalu.. nnti dah kawen mesti hang trima kasih kat aku..

Saya: Hahahak.. Hang ni ajaq aku zikir niat tak ikhlas la.. 

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

p/s: Skill bercerita saya mmg fail..😦

Explore posts in the same categories: Saja2

7 Komen di “Modal Air Liur”

  1. Norashady Says:

    Hahaha..zikir Ya Qahhar Ya Wahidul Qahhar..Amal kan semasa bertarung..

  2. aku Says:

    Norashady: nama Tuhanku bukanlah semurah tu, kawan.

  3. ad3ck Says:

    tak ramai kawan yang ingat kawan..lagi2 bila dah kerja. masing2 dengan haluan masing2..bila kahwin baru boleh jumpa, tuh pun kalau dijemput..hehe..

    ku tertarik dengan blog Saifulsham yang kene hack..kene hack ek? bleh bg add blog dia tak? nak tengok..;p

  4. Norashady Says:

    Opppss sorry..ter’excited’ plak aku..Patut la aku rasa lain mcm jer lepas post comment tu.. Errr..setiap nama Allah tu ada khadamnya..begitu jugak dengan setiap huruf dalam Quran..

  5. Fuad Says:

    Ashady: Macam2 daa..

    Aku: Aku pernah dengar ustaz bagitau Rasullah berzikir dan memuji Allah semasa mendatangi isteri baginda. Detail aku x igt dah. Tapi aku yakin bukan sebab nk tahan lama atau lagi power lah..

    Ad3ck: Link dia ada kat blog aku ni.. Saifulsham.. Dah ok dah kot sekrang…

  6. Norashady Says:

    Takbley zikir lisani daa..zikir kolbi jer bley sebab berhadas besar masa tu.. Zikir yang kat atas tu la yang di dijazahkan pada aku..Oppss bocor rahsia aku..

  7. surfaddict Says:

    beruntung dpt gak jumpa kawan tu lagi. Saya plak dah kehilangan ramai kawan lepas diaorg dah mula bekerja. Alasan biasa, busy dan penat bekerja. Takde masa utk sms kawan2..saya harap even kalau ada kawan yg sakit walaupun tak dpt ziarah just htr msg/call sebagai tanda ingatan. Bg semangat utk dia, dan nak dia tahu kita ingat kat dia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: