Sama tapi tak serupa

Salam pertemuan,

Saya tgh dengar audio book ‘The Art of Winning’Robert Kiyosaki. Salah satu statement yang menarik ialah dia mengatakan jika anda mendengar balik audio book ini sebulan dari sekarang anda akan memahami dengan cara yang berbeza (dengan syarat praktikkan apa yang dibincangkan).

Seolah2nya benda yang sama akan memberi manfaat yang berbeza bergantung kepada ilmu dan pengalaman kita. Saya agak bersetuju dengan pendapat ni sebab buku yang sama jika dirujuk balik memberi pemahaman yang berlainan. Sebabnya kita dah lebih berpengalaman dari mula2 kita baca buku tu. Contoh mudah komputer yang sama akan boleh buat seseorang tu buang masa cth main gameπŸ˜‰ tapi bila dia dah sedar kepentingan masa, komputer yang sama jugak boleh digunakan untuk belajar dan mencari rezeki..

Contoh yang mungkin saya dapat bandingkan ialah penghayatan ayat2 suci Al-Quran Al-Karim..

“Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.” (Al Maaun : 4 & 5)

Ustaz2 akan bagai dalil ayat ni bagi anak2 tentang orang yang tak sembahyang akan masuk neraka Wail. Bila anak2 ni dah sedar bertapa pentingnya solat dan dah istiqamah, ayat yang sama di gunakan mengatakan orang yang melewat2 kan sembahyang masuk neraka wail..

Pengertian orang yang lebih alim, orang yang tak khusyuk dalam sembahyang akan masuk neraka. Malah tafsiran orang yang belajar tasauf akan mengatakan masuk neraka wail jika tidak mengikut ikrar dan janji yang dilafazkan dalam solat.

Makin tinggi taraf ilmu dan iman, pemahaman yang berbeza untuk ayat yang sama. Bagi yang berminat nak baca lebih mendalam boleh rujuk di sini.

Kesimpulan: Review balik buku2 yang telah di baca adalah satu langkah yang bukan saja bijak tapi perlu dalam proses pembelajaran dan disiplin ilmu.

Buat sape2 yang berminat nk dapat audio book percuma dari Robert Kiyosaki & Donald Trump leh pegi website Why We Want You toΒ be Rich. Leh download kat free download tu. Walau kat situ tulih utk reader tapi sapeΒ pon yang subscribe leh je. Pssstt: Jangan bagitau Robert Kiyosaki & Donald Trump yang saya bagitau leh download freeπŸ˜‰

Sehingga berjumpa lagi. Slamat menyambut Aidil Adha. Hayatilah erti pengorbanan yang hakiki..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Motivasi

12 Komen di “Sama tapi tak serupa”

  1. ad3ck Says:

    yer, memang besar dan luas skop arti pengorbanan tuh. bukan setakat korban lembu! hehe.

    Salam Eidul Adh.

  2. aman Says:

    pinjam gambor yer…πŸ™‚

  3. Norashady Says:

    Kefahaman datang melalui pengorbanan..Sebanyak mana pengorbanan di berikan atas agama, sebanyak itulah kefahaman agama akan datang dalam diri seseorang. Hehehe selama ni kita faham orang yan kencing manis ni mesti makan banyak gula.. Oramg yang darah tinggi mesti makan banyak daging.. Ado orang faham, orang yang kencing manis tu, rezeki gulanya atas dunia ni dah berkurang..rezeki dagingnya dah berkurang.. Kerana rezeki tu kan Allah dah “tetap”kan.. Saya faham maksud tetap tu adalah “fix” tak akan berubah..Tak bertambah atau tak berkurangpun sedikit pun walau diusahakan sekalipun.. Errr panjang la plak.. Fuad ni nombor Dr Rashid tu.. 0193555299 @0193555229

  4. aminbakish Says:

    Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Tahun Baru.πŸ™‚

  5. amok Says:

    salam eid al adha utk semua.
    mlm raya ni tgh kat KLIA. baru landed from Kucing. tadi pagi fly dari Miri. tapi sbb nak buat market survey, transit jap kt Kucing (well… lama gak-10.00am-8.30pm). esok pagi buta baru fly ke kampung. kira ‘pengorbanan’ jugak le tu kan?πŸ˜‰

    stuju sgt le dgn concept review tuh. kan manusia = ‘an-naas’ = pelupa. so kena revise again..again..and again.
    πŸ˜€ TQ 4 the Y we 1 u 2 b rich.

  6. rasso Says:

    lawatan sambil belajar..

  7. aku Says:

    Salam Aidiladha.

    “sebab buku yang sama jika dirujuk balik memberi pemahaman yang berlainan”
    sangat benar kenyataan ni.

  8. sAf-OnE Says:

    Pengorbanan tue besar ertinya..

  9. KhalidUzer Says:

    Hmm..betul,betul..setiap hari yang dilalui juga ada pelajaran.
    (p/s: doakan ibu akirasuri slmt menjalani pembedahan tau) TQ

  10. jaffrizaini Says:

    benar. dan terima kasih atas peringatan yang dikongsi di sini. sayangnya kekadang apa yang telah kita fahami tak dapat dikongsi dengan orang lain termasuk yang lebih rapat @ disayangi .. krn pemahaman yang tidak sama …

    semoga saudara fuad lebih berjaya di tahun 2007 ini.

    -salam-

  11. Fuad Says:

    Ad3ck: Betul2..πŸ™‚

    Aman: Ambik ler.. Macam aku punyer plak..

    Ashady: Tenkiu chief.. Jasa mu akan ku kenang…

    Aminbakish: Selamat Hari Raya gak…πŸ˜›

    Amok: Wah..bunyi macam projek besar jek..

  12. Fuad Says:

    Rasso: Mekasih atas lawatan..

    Aku: Salam eid jugak..

    Saf-one:πŸ™‚

    Khalid: Eheh..dgr cite pegi melawat..jeng jeng jeng..πŸ˜‰

    Jaffrizaini: Semoga anda jugak berjaya.. semoga 2007 menjanjikan sesuatu yang lebih hebat.. Tarikh keramat saya 07/07/07..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: