Utama: Dia Sudah Pergi, Sub-topik: Podcast

Salam pertemuan… juga salam perpisahan utk dia..

Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar.. Minggu lepas saya mendapat berita yang betul2 membuat saya terkedu. Pemergian seorang sahabat, Abdul Aziz.

11 tahun dulu, saya mengenali seorang sahabat. Kami sama2 masuk tingkatan 4. Istilah budak SBP, Form 4 baru. Teringat salah satu peristiwa ketika kami pergi lawatan sambil belajar ke Politeknik.

Saya: Jik..Ikat tali kasut aku.. (tunjuk tali kasut yang tak tersimpul rapi)
Dia: Ceh.. Buli aku. Ok Boh.. (Dia mencangkung dah ikat tali kasut dengan rendah diri)
Saya: Bagus.. (tersenyum sinis)

10 minit kemudian…

Dia: Weh.. napok dok tali kasut aku.. (jeling ke bawah)..
Saya: Okla okla.

Saya mencangkung.. Cuba mengikat tali kasutnya. Ketika itu ramai orang lalu lalang maklumlah lawatan berkumpulan.. Terasa begitu tercabar harga diri dan begitu terhina hanya dengan mengikat kasut orang lain seketika.. Begitu terasa kesannya..

Dia: Gano raso? (sengih)
Saya: Malu bengong.. tengoh2 ore rama nih…
Dia : Aku pon raso lagu tu jugok takdih..

Satu eksperimen yang mudah menguji kesucian hati.. Pernah dengar kisah seorang ulamak terkemuka (lupa dah nama dia), di suruh oleh gurunya mencuci kandang kuda dengan serban sendiri demi menghapuskan sifat sombong, bangga diri dan ujub. Teringat jugak cerita seorang kawan tentang kem bersih hati disuruh oleh fasilitator mencuci jamban guna tangan (tanpa berus)..

Kalo nk wat eksperimen menguji hati leh mulakan dengan ikat kasut member kat tengah orang ramai.. heheh.. Belum buat memang rasa macam takde ape sangat.. tapi try cuba dulu baru tau..😉

Kini dia sudah pergi..pergi menemui kekasihnya yang hakiki.. Semoga dia ditempatkan ditempat yang terpuji di sana nnti.. Al-fatihah..

Pasal podcast, tercetusnya topik ni baca entry Infomalaya pasal Podcast. Satu platform teknologi yang menarik tetapi stakat ni tak nampak digunakan meluas oleh para online community malaysia. Stakat ni podcast yang paling syok saya layan:

  1. Start-up Nation – Podcast ni adalah rakaman sesi radio yang membincangkan isu2 pasal business dan pendekatan marketing terbaru serta perkongsian pengalaman usahawan yang dah berjaya.
  2. TWIT (This Week in Tech) – Perbincangan pasal teknologi2 dan gajet2 terbaru. Menyentuh secara global isu2 global pasal teknologi elektronik & komunikasi. Para peminat gajet patut dgr ni. Yang lagi best cara derang wat. Derang wat conference ngan Skype pastu record. Sesuatu yang saya rasa menarik untuk otai2 bisnes kat Malaysia ni wat camni..

Tujuan saya sentuh pasal Podcast ni ialah nk mintak cadangan dari pembaca blog ni apa lagi podcast yang menarik yang korang rasa best sangat. Yang korang selalu dengar dan nak rekemenkan.. Segala komen anda sgt2 dihargai..

Nota: Baru dgr TWIT (week 79) dan antara yang menarik, sorang mamat ni cakap teknologi derang ni adalah merupakan senjata pemusnah yang sangat besar. Istilah di pakai ialah ‘Cultural Weapon’. Suatu quote yang dia cakap (lebih kurang). Watching Britney Spears on Music TV or reciting Al-Quran. Which one do you think Iranian boy prefer to do? That’s why these guy hate us you know. We are stealing their children from them.

Sesuatu untuk difikirkan : Setiap sesuatu datang dengan impak buruk dan baik

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

9 Komen di “Utama: Dia Sudah Pergi, Sub-topik: Podcast”

  1. jaffrizaini Says:

    Innalillah.. semoga roh arwahnya Aziz ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

  2. chot Says:

    Sesungguhnya mati itu benar…

  3. ad3ck Says:

    Innalillah..takziah.

    Pasal ‘Cultural Weapon’ tu, sakit ati aku bace wey..tp mmg betul, teringat pesan Rasul, perang yg paling besar ialah perang nafsu..

  4. linn_comel Says:

    innalillah..seoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh..setiap kemajuan yang kita kecapi pasti ada pro dan kontra. Apa pun yang buruk jadikn sempadan, yang baik jadikan teladan

  5. aku Says:

    mati itu benar. mati itu pasti. lebih dekat dari sesaat yang kita tinggalkan.

    yeah, i hate them because they are ‘stealing me from me’.

  6. Hai_Da Says:

    Innalillah..moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH..Insyaallah..

  7. Fuad Says:

    Jeff, Chot: Terasa hidup ni takde sumbangan lagi.. Cmnelah nk kembali..

    Ad3ck: Perang nfsu mmg susah..😉

    Linn: Lagi susah kalo tak tau beza yang mana baik & buruk..

    Aku: “Stealing me from me”? Heh..

    Aminbakish, Haida: Mekasih..

  8. rauhunt Says:

    Masa d Smach dulu,
    Sepatah kata arwah Anzib buleh buat 20 orang ketawa.

    Aku last skali jumpa dia masa kawen Aye d Tanoh Meroh ..terkejut jugok tengok perubahan fizkal dio ..tapi lawok Anzib masih sama dan power.

    Semoga roh arwah dicucuri rahmat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: