Gores Pakai Parang

Pak Mat mula tak sedap hati. Dari kejauhan terlihat isteri kesayangan sedang terisak2.. Dipercepatkan langkah. Segala bentakan hati yang kerisauan cuba di buang jauh2..

“Awat hang nangis ni? Crita sket kat abang..” Pak Mat cuba mengawal suara seperihatin mungkin. Walau kepenatan masih terasa menjerut nafasnya yang sudah berumur, susunan kata-kata di perhalusi.

“Tadi ada 2 orang cina mai. Pastu depa dok suruh jugak ambik barang depa. Dah habaq dah tak mau tapi depa dok main paksa jugak.” Ujung baju masih menyapu sisa-sisa air mata. Rasa bersalah masih menebal di hati nya.

“Brapa hang beli semua barang ni?” Pak Mat menarik nafas. Agak lega setelah melihat isakan isterinya semakin reda. Dilabuhkan punggung di sebelah Makcik Minah. Anak mata nya sesekali memandang wajah murung dihadpannya diselang seli dengan kotak2 hadiah yang berserakan di depan rumah.

“Abes 3 ribu barang ni. Depo soh gores pastu habaq bila dah gores kena beli jugak.” Sebak di dada kembali tak tertahan. Reaksi Pak Mat yang sebegitu membuat  rasa bersalah menerjah.

“Takpa2.. Hang masuk dalam dulu. Biaq aku hantaq balik barang ni.” Pak Mat mengetap bibir. Hati nya mula menyumpah seranah. Celaka betui puak2 gores dan sental duit orang nih. Bini aku hang boleh pedajai, tapi dengan aku hangpa tgk la.

Pak Mat masuk ke dalam rumah. Tanpa menukar baju kebunnya, dia terus melangkah keluar. Parang panjang sehasta dah terselit kejap di pinggang. Langkahnya di lakar di sekitar kampong. Masak benar dia dengan perangai geng gores dan menang ni. Selalunya hanya di dengar cerita kawan2  perihal onar makhluk ini menipu orang kampong bagi merabak rezeki yang tak seberapa. Biar hari ni boleh tau langit tu tinggi ke rendah.

“Woii..! Hang ambik balik barang hangpa ni. Aku nk balik duit bini aku.” Kotak2 yang dibawa tadi kini bertaburan di depan rumah Pak Karim. Anak Pak Karim terkial2 ketakutan dek munculnya Pak Mat yang muka sudah mengalahkan harimau jantan di tinggalkan bini. Sekilas pun tidak disedari tertegaknya batang tubuh Pak Mat tika itu telah menyelamatkan nya dari senarai orang kampong yang diperbodohkan oleh malaun2 itu.

“Encey..sabar encey. Ini barang lu punya bini sudah beli dari kami olang. Mana bley kasi balik” Walau riak ketakutan sudah terpamer, namun Si Cina bertali leher itu masih cuba berdalih. Mungkin sudah biasa agaknya.

“Hang bukan jual. Hang tipu orang. Barang2 macam ni takkan boleh sampai 3 ribu. Hang ingat aku ni bodoh ka haa.. Hang tokey ka dia tokey?” Suara Pak Mat dah mula meninggi. Amarah yang ditahan dari tadi dah meletup. Tangan kasarnya masih menunding seorang lagi penyagak yang dirasakan mahu disiat2 kulitnya. Kalau 20 tahun dulu, sudah pasti penumbuk naik dulu sebelum suara. Bila sudah berumur, darah panas masih boleh dikawal.

Buat seketika bahasa cina dipertuturkan oleh kedua makhluk yang dilihat kecil di mata Pak Mat di waktu itu.

“Bos wa ni talak pandai cakap melayu encey” Si pengikut cuba melindungi tuan nya.

Pak Mat sudah hilang sabar. Di cabut parang di pinggang nya lantas mendarat di leher di taukey yang tidak pandai berbahasa melayu. Parang digengam erat.

“Yang aku pegang ni, cakap melayu pon tak pandai, cakap cina pon tak pandai. Yang dia tau tengkok orang je. Hang nk cakap apa la ni? Cakap India?”

“Jangan macam ni bang. Kami jual barang je. Kalo abang tak mau beli tak pe. Kami ambik balik” Si Taukey yang tak pandai cakap melayu kini dah dirasuk jin melayu. Lancar sekali pertuturannya. Loghat nya tak bunyi pelat utara. Jin KL barangkali.

Setelah memulangkan duit Pak Mat, mereka beredar. Pak Mat puas. Dia yakin si pemutar alam itu takkan berani menjejak kaki lagi ke situ. Pak Mat berjalan pulang. Dia tersenyum sendiri. Minah mesti tgh tuggu aku nih. Boleh la aku goreng cerita bagi kaw kaw punyer. Pak Mat mula membayangkan adegan bila sampai di rumah nnti..

Nota: Cerkas (Cerita Ringkas) ini di adaptasikan dari kisah benar. Namun nama watak adalah rekaan penulis.

Moral Cerita:

  1. Jangan tertipu dengan skim gores dan menang
  2. Berbuat baiklah pada isteri
  3. Perangilah peniaga yang menipu dgn parang😉

Sehingga bertemu lagi.. Entah apsal time sebok2 ni terasa nk wat cerkas plak malam ni. Buat bos (walau dia tak baca blog ni), terima kasih atas budi mu. Walau aku tak suka ko tapi aku tetap menghargai apa yang ko dah bagi kat aku.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

12 Komen di “Gores Pakai Parang”

  1. ad3ck Says:

    camne tak kaye, keje menipu orang jer. ku kalau dapat cina camneh ku nak gores pastuh komotkan pastuh campak kat muka dia. [tumpang marah hehe] pertahankan hak pengguna.🙂

  2. aminbakish Says:

    Saya pernah terkena. Susah nak menghalau mereka dengan budi bahasa. Kena jerit maki… tapi sekarang dah ada kes siap belasah2 lagi.. takut juga, Jalan senang, kunci sahaja pintu pagar dan jangan buka kalau tak kenal..

  3. rasso Says:

    saya pun pernah satu kampung turut serta serang orang-orang sebegini. Katanya boleh menang motor. Tapi mereka akur dan memulangkan duit itu semula…. dulu.

  4. BAGAK Says:

    cara 1
    kena tunjuk sombong dan katakan TAK NAK dengan kuat

    cara 2
    suruh dia bercakap sampai letih, layan sambil makan-makan atau jangan keluar sepatahpun dari mulut anda

  5. jaffrizaini Says:

    bagi yang tak berdaya menghalang diorang dari mendekati … yang terbaik ialah masuk rumah – kunci – telefon polis (acah pun takpa) – cakap kuat bg diorang dengar :

    BALAI POLIS KE NI ?? SINI ALAMAT BLA BLA .. ADA DUA LELAKI DEPAN RUMAH SAYA UGUT GORES & MENANG, MINTA DATANG SEKARANG JUGAK ..

  6. al-Marbawi Says:

    hoho.. saya pun sebenonye pernah jugak kena benda-benda cam ni..
    tapi bukan stail gores dan menang.. ini stail, beri pelekat kereta dan menang.. pelik kan?

    Sebuah kisah benar,

    Satu hari, dua tahun lepas, saya, ayah dan ibu berjalan-jalan di Plaza Low Yat Kuala Lumpur. Tiba-tiba datang seorang Cina memberi pelekat kereta dan memaklumkan untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila pergi ke premisnya di tingkat atas sekali (premis itu telah pun ditutup tidak lama selepas kami ditipu)

    Ketika kami berada di dalam kedai itu, kami dimaklumkan bahawa kami boleh memenangi hadiah dengan menyertai satu pertandingan lebih kurang gores dan menang, tetapi dilakukan secara online yakni menggunakan komputer.

    Tidak sangka, kami telah ter’gores’ hadiah yang boleh dihitung2.. berjumlah hampir RM5000.. Wow! Oleh kerana kami dikelilingi oleh staf2 mereka dan dipujuk rayu oleh mereka, akhirnya kami menerima hadiah tersebut tetapi dengan syarat membeli barangan di situ.. Dan, akhirnya ayah saya mengeluarkan kad kreditnya dan mengeluarkan wang hampir sama dengan jumlah hadiah terbabit..

    (Barang-barang tersebut masih ada lagi di rumah, dan boleh digunakan)

    Jika anda terjumpa staf yang menggunakan jenama “FERROL”, berjaga-jagalah, mungkin anda akan ditipu. Atau dengan cara yang sama dengan jenama lain. Bacalah cerita tersebut sebagai tauladan..

  7. aku Says:

    ajar ngan parang.. gooood,,, heh.. kene jin melayu boleh kot melaun tu…

  8. Maizul Says:

    Fuad menarik cerita ni best2. Betul tu kalau boleh cari parang panjang lagi bagus.

  9. walikard Says:

    Hmm, ramai dah yang jadi mangsa…ni kat Kemaman ni pun bersepah-sepah diorang taja gores dan menang nih…biasanya buat sombong je…konon-konon macam “high taste” punya style lah, tak mainlah made in china nih…alih-alih depa pun boring nak cakap, jenuh😉

  10. amokdemanis Says:

    Hehe… kat KG aku pun dorang ni penah pakat reramai tutuh (pukul) geng gores nih. Terus insaf. KG pun kembali aman.

    Eh Fuad… Tingat pulak post Fuad pasal projek lembu tuh. I have some experiences in Goats Breeding. Pengalaman 2 tahun jek – 2004-2005. I lost 20K. Businesswise, ternak2 ni mmg menguntungkan. Aku punya projek pun memberangsangkan. Tapi kita kena deal dengan NYAWA kat sini. Part tu aku fail bila kambing kena penyakit yg tak semena2. Panggil Jab.Haiwan pun x dpt resolve. Last2 sedar2 aku rugi. Anyway, I’ve got GREAT experience. (Nak tau lanjut-private me k)

    Pasal Petrol Station – ok jugak kalau ada overhead cost byk. Cuma skrg ni kena le handle sentimen harga minyak tinggi. Timingwise x brapa sesuai.

    IKLAN sikit – sape2 yg free, sila lawat my blog: http://mynexttrip.wordpress.com/🙂

  11. winterbride Says:

    hmm.. citer tentang gores dan menang ni, win memang selalu menang.. tak pernah tak menang.. dah jadik macam hobi lak.. hehehe.. hobi menggores.. nak nak kalau dia kata bleh dapat hadiah percuma – walaupun hanya dengan melawat kedai dorag.. win memang pegi punye.. pastu nanti bila dia suruh main permainan-permainan dia yang merapu tuh – tak kiralah gores ke, tekan komputer ke.. setiap kali tuh jugak win akan menang hadiah utama.. pernah menang waja lagi u.. masa tuh waja baruuuuu jer kuar.. la ni dah boleh hafal dah dialog mereka..

    “Aiyoooo.. ini tak pernah ada orang menang woooo.. akak tak pernah datang sini aaaa?? Betul-betul tak pernahh??? Tak ada saudara keje ini company aaaa?? Aiyooo.. ini memang betul-betul luckyyy lah akak.. nanti saya kene cek dgn company saya aaaaa…”

    Ellleeehhhhhhh..

  12. terusmata Says:

    aku sendiri pernah call polis bila lihat jiran aku cuba diperdaya mereka ini. memang polis datang angkut mereka ni pergi balai.

    apapun yang penting adalah pengetahuan dan beranai kata TAK NAK. Jangan layan dan jangan beri alasan, cakap tak nak sahaja. Mereka ini dilatih untuk menjawab. wahai rakyat Malaysia semua, rezeki tak datang bergolek gitu jer kecuali ada udang di sebalik batu!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: