Hospital yang Ideal

Baru balik dari kampung buat sekian kalinya. Terima kasih kat Pakchik atas pemberitahuan iklan kekosongan jawatan di UMK (Universiti Malaysia Kelantan). Hari antar borang tu memang ramai sangat orang yang mintak. Mengikut Berita Harian, 30000 permohonan utk 178 jawatan. Fuuh.. Susah tu. Harap2 sangat leh dapat ler.πŸ™‚

Topik saja2 arini pasal cerita seorang pakar jantung yang dok sebelah saya dalam bas semalam. Gaji RM80,000.00 sebulan pon naik bas ekspress gak. Kalo saya.. heheh.. Antara yang menarik Dr. Asrul ni berkongsi misi dia dengan kawan-kawannya yang terdiri dari 30 orang doktor pakar Islam nk menubuhkan hospital yang ideal. Maksud ideal pada panafsiran dia ialah menubuhkan hospital tanpa menggunakan pinjaman bank. Lepas tu pesakit hanya perlu bayar mengikut kemampuan mereka. Secara ringkas, hospital yang mengamalkan Islam secara total.

Dia memberi contoh sebuah kolej swasta yang dikelolakan oleh seorang sahabat beliau, yang sehingga kini melahirkan ramai cendekiawan hasil dari sumbangan orang ramai. Saya tidak pernah menyangkal niat murni Dr. Asrul, jauh sekali menyatakan niatnya itu tidak berasas. Pendapat peribadi saya, selain bergantung kepada sumbangan orang ramai dan badan kebajikan, hospital tersebut harus mempunyai satu sandaran yang kukuh sebagai penampung tatkala dana menghadapi masalah.

Hospital biasa memerlukan koman2 pon 2 juta sebulan untuk kos pengendalian. Itu kira paling ayam la orang kate. Kalau semua pakar2 ni menginfakkan sebahagian dari pendapatan mereka pon saya rasa agak berat nk tampung kos sebegitu. Kalaulah Tabung Haji menyenaraikan hospital ni sebahagian dari penerima zakat dah lain cerita dah. Meh kita wat kira2 budak darjah satu jap.

Cth setiap tahun sekurang2nya 30 000 jemaah haji Malaysia. Angaran TH dapat RM1000 untung dari setiap orang pegi haji.

Pendapatan dari jemaah haji setahun = RM1000 x 30000 = RM 30 juta.
Zakat perniagaan = RM 30 juta x 2.5% = RM 750k utk setahun.
Zakat sebulan = RM 62.5 k

Tengok.. walau di support oleh satu badan yang besar pon agak sukar nk dapat rolling cost bagi sebulan. Ini dah dikira dari sudut worst case scenario.

Apapon saya tetap doakan Dr. Asrul dan rakan2nya berjaya menubuhkan Hospital ideal ini dan manfaatnya sangat besar untuk orang yang kurang mampu. Jika impian saya nk menubuhkan yayasan tercapai, saya akan pastikan bidang pendidikan dan perubatan merupakan satu saluran yang perlu diutamakan. Ewah.. berangan nampak. Haha..πŸ˜›

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

9 Komen di “Hospital yang Ideal”

  1. aman Says:

    aku pun dok cari keje gak nie…

  2. hayad Says:

    Bgsnya doktor tu. Tp elok la, gaji doktor2 pakar ni byk. Sapa lg nak bantu org susah kalo tak org2 kaya. Ermm, hospital yg dia ingin realisasikan ni mcm hospital yg dibina oleh ibnu Sina dulu.

    Semoga segalanya tercapaiπŸ™‚

  3. iEn Says:

    amanz nak caghi keje kat spital kaa?

  4. ad3ck Says:

    uish 80ribu sebulan bley naik bas express lagi? susah nak jumpe org camtu. selalunye da kaya, tak nak dekat2 da dengan org biasa..;p

    berangan tak semestinya takkan jadi realiti. berangan yang berasas sebenarnya motivasi diri.πŸ™‚

  5. azreen Says:

    amat mulia niat dia…uhuhu.. so, dpt laa keje?

  6. chot Says:

    bro bila free masuk personal blog aku di http://chot.wordpress.com/

  7. Fuad Says:

    Aman: Ko carik keje kat mana man? Kat Penang mau tak? Ko degree pe? Kat tempat aku ada nk pakai NPI Engineer.. Kalo ko berminat bagitau aku.

    Hayad: Betul2..πŸ™‚ Satu rahsia. Sebenarnya hospital tu dah start secara kecil2lan. Tetapi based on konsep jek. Sekrang ni baru bahagian perbidanan sebab wife Dr. Asrul pakar sakit puan. Insya Allah tak lama lagi leh jadi kenyataan.

    iEN:πŸ˜›

    Ad3ck: Kalo baca kisah2 orang kaya kat dunia ni.. byk jugak yang hidup depa relek jek hatta orang kafir sekalipon. Tapi publisiti xdelah..

  8. Fuad Says:

    Azrenn: Haha.. Soklan ko sungguh syahdu.. Gomen punyer standard dalam tempoh 6 bulan untuk dapat tahu keputusan.πŸ˜‰

    Chot: Best sket nk komen personal blog.. Glad you inform me bro..


  9. […] saya bergaji RM80,000 sebulan saya takkan naik bas ekspres untuk balik kampung. Mungkin agak angkuh, namun ini alasan […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: