Teori Ngarut, Hukum Fuad ke-2

Salam pertemuan, 

Hari ni saya menganggarkan saya akan mendapat kecaman hebat dari pembaca blog wanita. Haha. Tapi best jugak untuk diperbahaskan. Sebelum borak pasal satu lagi teori sains sosial saya yang suka2 je saya buat kesimpulan, suka saya jelaskan saya bukanlah seorang yang pakar dalam sains sosial malah tak pernah dalam hidup saya, saya mempelajari ilmu2 berkaitan sains sosial. Latarbelakang pendidikan saya ialah kejuruteraan. Sebagai pemikir bebas (jangan salah paham berkaitan akidah ye), subjek sains sosial adalah sesuatu yang begitu menarik pada saya.

Sebelum ni saya pernah cerita 3 hukum dalam kehidupan manusia.

1. Hukum Fuad Pertama
2. Murphy Law
3. Six Degree of Separation Theory

Pernah jugak saya jalankan eksperimen untuk Six Degree of Separation Theory kat pembaca blog Almari Buku ni, stakat ni Hidet-San berjaya membuktikan hukum ni. Tak sampai 6 orang, 4 orang jek dah dapat sorang kenalan saya kat tempat saya keje dulu. Kawan2 yang lain mungkin tak berjaya atau mungkin tak buat pon. Terima kasih banyak2 kat Hidet-san dan kawan2 dia atas eksperimen tu. Arigatao..

Hukum Fuad Kedua – menerangkan nilai komersial anda bergantung pada kereta yang anda pakai (utk lelaki sahaja).

Eksperimen:

Alat: Kereta Kelisa, Kereta Kia Caren
Tempat : Kampus Jururawat, Kubang Kerian
Cara: Bawak kereta kat depan kampus. Make sure kat trafic light tu time lampu merah.
Pemerhatian : Kalo pakai kereta kelisa, anda seolah2 tidak wujud. Kalo pakai Kia Caren, semua awek2 melambai2 dengan manje dan mengoda.

Nota: Eksperimen ni dilakukan dengan tak sengaja sebenarnya. Ia sama sekali tidak dirancang. Kebetulan masa tu kuar beli barang pastu kene patah balik ambik budak2 balik sekolah. No offence ye..😉

Ada sape2 nak komen atau kongsi pengalaman? Haha..

Sebelum mengakhiri entry kali ni.. Don’t take it serious kay

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Maklumat Umum

18 Komen di “Teori Ngarut, Hukum Fuad ke-2”

  1. amokdemanis Says:

    ekeke… kalo naik moto mcm aku ni alamatnye mcm malekat la kot ye? Soklah kat different dimensi.😉 bye. arini nak balik awal. hari exercise.

  2. aku Says:

    hahaha… bagus punya teori..

  3. azreen Says:

    huhuhu… teori ni maybe 45% tepat kot :p wateva pon, depends ON mereka yg melambai secara mengoda itu. kalo dlm kete kia caren tu kawan mereka, tak salah nak melambai. huhuhu..maybe dlm kelisa tu seorg stranger bg mereka. so, buat apa nak lambai~😀

  4. Amar Razali Says:

    Assalamualaikum,

    Salam Ziarah dari Nashville.

  5. aminbakish Says:

    setuju dengan azreen………😉

  6. ad3ck Says:

    ku rase neh teori yang ader beberapa level. level pertama, jenis kereta, level kedua, umur dan kehenseman driver haha.

    melawak jer.

  7. aku Says:

    ok, dah dapat berfikir… memang betul bergantung kepada jenis kereta.. tapi bukan faktor mahal atau tak.. tapi faktor unik atau tak.. kalau ramai sangat guna Kia Caren tu.. hmm.. takde orang melambailah kot😛

  8. Hai_Da Says:

    Hahah..setuju dgn pndapat Mr aku & d3ck..hehe.Cuba kalau org yg bwk tue tak ensem,sure gadis2 yg menggoda kt ats tue ckp..’alaaaa..tue kete pinjam je tue..’.Ahaks…Gurau2 je yek ^^..

  9. hayad Says:

    erm, setuju jgk dgn hukum fuad kedua nih. Kalo pomp plak yg pakai kete yg berjemana,mcm mn pulak reaksi lelaki yg memandang yer?hehe

  10. hayad Says:

    eh fuad, lg satu. Mcm berminat pulak nak buat eksperimen Six Degree of Separation Theory tu…. jom2. Saya nk jadi bahan kajian plak. EHe, ke dah terlamabt? :p

  11. Fuad Says:

    Amok: Heh. Aku naik kete buruk, bukan stakat awek, semua orang buat derk jek bile rosak kat tgh traffic light. Huh..

    Aku: Aku setuju. Pernah ditanya kat sorang Milionaire camne ayat power dia nk tekel awek. “Do you want to hang out with me on my personal jet”.😛

    Azreen: Fulamak. Aku cukup suka kalo orang bagi strong statement camni. 45% ye. Kira nk dekat separuh dah tu. Haha..

    Amar: Waalaikumusalam Wr. Wb. Mekasih sudi ziarah..

    Aminbakish: Makin kukuh la nilai 45% tu ye..😉

  12. Fuad Says:

    Ad3ck: Kalo nk buktikan tu kene wat eksperimen la. Nak carik level ke-3 tu yang susah tu. Ko nk jadik subjek eksperimen dak?

    Haida: Haha.. nnti kite tgk keputusan eksperimen Ad3ck nnti..

    Hayad: Kalo pompuan, orang ckp “Itu sugar daddy dia punyer tu” Peace peace..😉 Nnti send emel eksperimen tu. Cek emel dayah.

  13. shamsul - singapore - Says:

    this theory is definately true…
    the men doesn’t necessarily handsome, $$$ more important…

  14. akirasuri Says:

    ahaks.

    teori ni bersandarkan dengan berapa sampel incet fuad?ha ha ha..kalau takat 1 sampel belum boleh mewakili satu populasi. lalalala~

  15. Fuad Says:

    Shamsul: I like the way you think dude.. Haha.

    Akirasuri: Heheh.. Stakat ni baru satu demografi. Tapi macam ramai je yang dah stuju..

  16. al-Marbawi Says:

    Agaknya kebetulan je minah2 tu nak melambai kot.. ataupun melambai kat orang lain ke.. tetiba kita terasa plak.. ha. saper tau!.. cuba pas ni bawak keta lebih mahal sket.. pinjam la sape2..

  17. ad3ck Says:

    ala, klu ku jadi subjek experimen, konpem kene reject nyer. 1. sbb pakai kancil 2. sbb kurang hensem(bukan tak hensem) haha.

  18. Fuad Says:

    Al-Marbawi: Mungkin jugak kot.. heheh..

    Ad3ck: Aaa..maneleh wat hipotesis tanpa eksperimen.. Kene try dulu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: