Naga Macho

Salam persuaan buat semua, 

Iklan/Kisah kat TV: Ali seorang perokok yang tegar. Tiap2 hari dia sental paling koman sekotak rokok. Beberapa tahun kemudian dia mengadu sakit dada. Setelah sekian lama menderita kesakitan akhirnya dia menemui doktor. Dia disahkan menghidap kanser paru2.

Isap Rokok >> Sakit Dada

Member crita: Sejak dua menjak ni terasa sakit dada. Rasa sakitnya tak menentu, kenkadang terasa menusuk kenkadang tak rasa apa2. Dek pujukan isteri tersayang, pergi menjenguk doktor. Ujar si Tabib, pressure @ tekanan kerja. Dia crita kat member2 lain. Komen member: Senang saja obatnya, ko kenal rokok dak? Ko isap rokok, kurang la pressure ko.

Sakit Dada >> Isap Rokok

Crita member skolah dulu. Gembira setelah di buang sekolah. Bila ditanya kenapa, katanya kene buang sekolah kes rokok. Macho sket ble orang tanya. Asal kene buang skolah? Rokok.. Oooo. No more question ask.

Tanya kat awek yang berbalakkan perokok. Ko suke ke balak ko isap rokok? Isap rokok la macho. Katanya..

Saya: Tak isap rokok tapi tidak juga membeci perokok. Bukan sebab takut gigi kuning, bibir itam atau nafas busuk tapi Ayah tak kasik isap rokok. Pernah try gak member2 punyer tapi tak best pon. Apapon bab macho tu tak tersangkal. Slamat hari perokok buat Naga2 Macho Se Malaysia. Koranglah antara penjana ekonomi Malaysia.😉

Kepada Anti-Perokok: Kita declare next 364 days adalah hari tanpa rokok sedunia. Katakan Tak Nak, Tak Mau, Dok Mboh, Tok Sir, Sik Mauk.

Sehingga bersua lagi…

-Fuad-

Bisikan Hati: Lama dah rasa tak jadik perokok sekunder. Arini nak balik awal lah. Ajak 2  Naga Macho makan malam. Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteriii.. Uhuk.. Uhuk..

Explore posts in the same categories: Saja2

16 Komen di “Naga Macho”

  1. aman Says:

    daripada bakar duit, baik bagi akt aku sempena birthday aku yang ke-20…🙂

  2. BAGAK Says:

    Saya buka perokok

    Tapi saya akui rokok adalah penjana ekonomi negara

    1. kerajaan kutip cukai daripada rokok berbilion ringgit
    2. doktor ada kerja sebab nak rawat pesakit yg disebabkan oleh rokok
    3. peniaga dapat untung dengan menjual rokok
    4. kilang rokok bagi kerja kat org malaysia

    TAPI…aku rasa rokok ini menyebabkan

    1. perokok jadi buta huruf – tak pandai baca simbol larangan merokok
    2. perokok jadi buta hati -tak kesian orang sekeliling
    3. perokok jadi tak sensitif – dalam bangunan hawa dingin dan kawasan masjid pun nak hisap rokok
    4. perokok jadi pengotor – tandas penuh dengan puntung dan kotak rokok

    “kita semua ada pilihan nak tolong kerajaan atau nak tolong diri sendiri”

  3. JimieRay Says:

    Aduhhh…. Pedih..Pedihh
    Sang Naga2 Macho kena bedal ngan Fuad hari ni…

    Termasuk haku gakk tuuu…🙂

  4. hayad Says:

    Kalau boleh takmo la balak perokok….

    Runsing ah!!

  5. azreen Says:

    eikk… takmo laa bf perokok. mcm geli2 jek… x macho langsunggg :p

  6. amokdemanis Says:

    Wakaka…
    sebab tu jugak aku rela baya sewa umah sorang2 kat Miri nih sepeninggalan membe umah 5 bln lepas yg transfer ke KL. walopon ramai yg nak join seumah, aku x rela ber’hosmet’kan naga2 macho. aku ckp jek terang2. it’s my right.

  7. Hai_Da Says:

    Ya ke macho?Mcm tak jer…kehkehkeh.( *Berdoa mg tak dpt suami yg merokok..)

  8. cikgu azleen Says:

    cayalah bagak punya statements.. sokong 200%.. kalau tak cukup lagi, aku up lagi 75%… jadiklah 175%.. eh, silap.. 275%/…

    P/S: den punyo husband pun isap rokok.. puas dah pujuk soh berenti.. tapi macam mencurahkan air ke daun keladi.. cuma bagusnya dia tak hisap rokok dalam rumah dan dalam kereta.. excuse me, kawasan larangan..

  9. shamsul - singapore - Says:

    macho ke naga naga itu… uhuk.. uhuk..

  10. akirasuri Says:

    ehem. nota untuk penghidu asap rokok tak ade ke? huhuhu.

  11. Fuad Says:

    Aman: Wah..lamanye ko selebrate besday ke 20 ko.. Masih menerima hadiah tu.. 😉

    Bagak: Sungguh terperinci sekali.. Fikir2kanlah

    Jimie: Eh.. Mana ada bedal. Cuba baca elok2. Ni ulasan orang atas pagar ni.. Heh.

    Hayad: Eleh.. Cakap je tu. Bila dah cinta. Pedulik aja merokok ke tidak.. Btol x? Ngeh ngeh..

  12. Fuad Says:

    Azreen: Haa ni sorang lagi. Jangan termakan kata2 sudah. Jgn ckp aku x ingatkan. Eh, asal aku jadik sokong belah Naga Macho plak nih..

    Amok: Fuh.. sungguh strict skali..

    Haida: Doa.. I like that one.🙂

    Fiq: Aik.. no komen bro.. Takkan gelak je kot.. Pertahankan maruah kita. Eh.. Kita?😉

  13. Fuad Says:

    Cikgu Azleen: Pujuk tu kene blajar lagi tu cikgu.. Heheh.. Just Kiddin..

    Shamsul: Macho doo.. hahahaha..

    Akirasuri: Nota utk penghidu asap rokok, sila buat wasiat secepat mungkin dan beli insuran.

  14. ad3ck Says:

    ku dulu perokok selama 6 tahun. lepas berhenti, ku rase macam baru bangun dari mimpi ngeri. hehe.

  15. Fuad Says:

    Ko telah membuang macho ko.. Rugi2..😉


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: