1000 Recommendation Letters

Salam tahun baru buat sahabat sekalian, 

Selamat tahun baru hijrah 1428. Diharapkan Allah tidak menarik segala nikmat yang dikurniakan selama ini. Nikmat Islam, Iman dan Ihsan. Semoga Allah memberikan kita kesihatan, dimurahkan rezeki dan tingkatkan iman. Insya Allah.

Sebenarnya hari ni saya nk tulis ulasan pasal buku “Why We Want You to be Rich” daripada Robert Kiyosaki & Donald Trump. Tapi kene tangguh dulu sebab perkara menarik perhatian saya hari ni ialah pasal surat rekemen. Nak tahu lebih lanjut.. Teruskan membaca..😉

Memandangkan hari tahun baru ni saya cuba carik imej2 yang menarik untuk entry ni.  Sesuatu yang menarik saya temui ialah ucapan dalam bahasa Arab yang saya jangkakan agak femes diucapkan masa tahun baru. Sebab saya bersangkaan sedemikian ialah kebanyakan website / blog orang Arab meletakkan ucapan sebegini sempena tahun baru hijrah.

Kulli Aaamma wa Antum bi Khair (rujuk gambar diatas).

Sape tahu makna dia leh bagaitau ye. Saya ni bahasa Arab tak terer sangat. Agak2 saya..

Kulli = Setiap
Aaamma = ??? (tak leh agak maksud dia)
Wa = dan
Antum = Kamu semua
Bi = dengan
Khair = baik

Setiap ….. dan Semoga Kamu semua berkeadaan baik/ sejahtera.

Semasa mengodek2 interenet saya come across satu blog mamat Jordan ni, seorang usahawan. Nama dia Muhammad Mahmoud Khawaja. Apa yang menarik saya nk study Mamat ni, sebab headline satu majalah kampus, Muhammad KhawajaSetting the Standards for Young Entrepreneurs in Jordan.

Tapi saya tak nk gak borak pasal bisnes hari ni, tapi pasal cinta. Indirectly.. heheh..  Ye ke pasal cinta. Ntah la. Terpulanglah korang nk kategorikan apa. Dipendekkan cerita yang memang pendek, Mamat ni meminta surat rekemen dari semua kawan2 dia dan dia mensasarkan untuk mendapatkan sebanyak 1000 keping surat. Apa yang istimewanya recommendation letter ni bukan untuk dia mencari kerja atau buat bisnes baru, tapi untuk bagi kat isterinya yang tersayang.

Maklumat Lanjut (Sila klik saya)

What a creative idea. I would think that is sweet and romantic. Tapi tak tahulah betul ke tak. Kene tanya orang pompuan la bab2 ni. Saya tertanya2, andai ditakdirkan suatu hari nnti saya jatuh cinta, dan nak buat benda yang sama. Fuh.. bukan senang nk dapat 1000 surat tu. Kene bilang balik ada brapa orang kawan. Haha.

Sebelum mengakhiri entry kali ni, saya nak bagi surat rekemen kat kawan saya yang paling baru kawen. Kalo nk bagi sumua kan panjang plak.

************************* 

Kepada isteri saudara Mohd Adwim,

Suami mu adalah lelaki yang antara terbaik sahabat yang ku kenali. Seorang yang pandai menjaga hati dan bijak menjaga pergaulan. Sesungguhnya kamu amat beruntung diperjodohkan Allah dengannya.

Dia cukup terer tai chi dan pandai berkata-kata. Cuma kamu harus berhati2 dengan sifat kelakiannya itu..

************************** 

Hahahak..’ter kutuk’ plak. Peace Adwim.. Jangan mare. Pengantin baru kene sentiasa hepi2..

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

14 Komen di “1000 Recommendation Letters”

  1. aku Says:

    kullu ‘amin wa antum bikhair

    setiap tahun semoga kamu sentiasa dalam keadaan baik.

  2. Fuad Says:

    Mekasih banyak2 En. Aku atas pembetulan tu. heheh. Aku pon main sebut jek kot bahasa arab tu.. haha..

  3. drusoft Says:

    Selamat tahun baru…

  4. aku Says:

    nop.. tu bukan pembetulan.. tu aku sendiri tak pasti betul ke tak😛 tapi memang aku selalu sebut camtu la.. masa dolu2.. 6 tahun sudah..

    komen aku yang sblom ni nak bagitau:
    ‘aamun = tahun = sanatun = sanah

  5. amokdemanis Says:

    betul la tu…
    kullu ‘amin wa antum bikhair.
    setiap tahun semoga kamu sentiasa dalam keadaan baik.
    ungkapan ni utk org2 arab.
    omputeh kate: ‘happy new year!’
    org melayu: ‘slmt tahun baru!’

  6. Hai_Da Says:

    Selamat Tahun Baru 1428 semua..Moga tahun ini adalah lebih baik dr tahun sblmnya.Insyaallah.. ^^

    Mmg kreatif btol idea Khawaja nih.Msti isteri dia terharu dpt suami yg romantik mcm nie..tp jenuh gak nk tggu smpai 1000 letters.

    Tp bg sy kata2 manis/ikhlas yg lahir dr mulut suami setiap hari pun dh cukup mendamaikan hati seorang isteri,tak yah nk tulis 1000 surat pun..hehe..:)

  7. jaffrizaini Says:

    wah aku dah terlepas bab Hukm Fuad K2 dan Naga Macho yang riuh rendah tu … Tang 1000 surat ni, biasalah orang Arab dah sebati dengan budaya menzahirkan apresiasi melalui penulisan yang indah + puitis .. disifatkan sebegitu kerana budaya mereka dicorak dengan pengaruh Islam melalui keindahan Quran. Kalau orang Asia apatah lagi Melayu ni ada yang menerima resapan budaya itu dan ada yang menolak. Bimbang nanti ada pulak yang menyambut niat baik si suami dengan prasangka “hah laki aku ni ada laa niat nya tu, suruh orang puji2 dia .. silap2 bermadu pulak aku ni karang” .. org pompuan jgn marah ye ..

  8. Hai_Da Says:

    hahah..btol tue Jaffri.Kang kalau suami buat cmtue sure isteri dh pk mcm2..(*_*)

  9. chot Says:

    slamat tahun baru fuad

  10. Fuad Says:

    Drusof: Slamat tahun baru..

    Aku: Betul la tu.. Mekasih skali lagi.

    Amok: Haha. Mekasih En. Amok. Nnti leh pakai slalula ucapan tu..

    Haida: Slamat tahun baru. Sekarang ni bleh la ckp nk dgr selalu.. Ntah2 dah kawen.. haha.. Peace..😉

    Jeff: Heh.. Itula pasal..

    Chot: Slamat tahun baru jugak utk anda chot..

  11. Hai_Da Says:

    Fuad-kalau lelaki nk poligami mana bole main kawin je.Kan ada procedure gak..kalau dia kawin kt Siam tue,Wallahualam lah,sure adala yg ter’kurang’..apapun hrpnya para suami kt luar cna mghargai isteri masing2.

    **Eh,cmne game tue..dh bjaya troubleshoot ke blom?hehe**

  12. Fuad Says:

    Uh uh.. x sempat nk trouble shoot. Tapi CD kosong dah beli.. Kira effort tu dah ada dah.. heheh.. Nnti dah buat saya inform..

  13. Hai_Da Says:

    hehe..it’s ok Fuad..take ur time🙂.
    Selamat bercuti yek…

  14. mondego Says:

    Admiring the persistence you put into your blog and detailed information you offer.
    It’s great to come across a blog every once in a while that isn’t the
    same out of date rehashed material. Excellent read!
    I’ve saved your site and I’m adding your RSS feeds to my Google account.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: