Apa yang best nya jadi kaya..

Salam pertemuan,

Ari Isnin aritu (2 hari lepas) saya ada course daripada sebuah company kat Jerman. Apa yang saya perhatikan, trend company kat advance country ni lebih kepada technology driven. Derang ada staff brape kerat jek tapi sume geng2 doktor la. Paling koman pon ada master. Stakat degree ni tak pandang.

Jadi kerja2 remeh2 sume derang outsource kat syarikat yang takde teknologi hebat macam derang. Contohnya company kat Malaysia.🙂 Saya menjangkakan trend macam ni akan jadik kat Malaysia jugak nnti. Jadi, kalo nk survive di masa akan datang, kenalah lengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan yang superb. Sekarang ni kat Malaysia pon degree dah tak berapa laku sangat dah.

Memenuhi janji aritu, cerita pasal buku Why We Want You to be Rich. Penulis: Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Lama dah tak ulas buku, asek membebel tak tentu hala..😉

Komen:

Buku lebih kepada mind shifting approach. Dimana penulis berharap lepas baca buku ni, orang yang selama ni bercita-cita  nk menjadi miskin merubah cita-cita mereka nk jadi kaya. Walau pon target audience dia world wide, sesetengah part macam fokus sangat kat American.

Pasal Robert: Kebanyakkan isi dia berulang dari buku sebelum ni. Pasal cash flow, pasal quadrant, pasal expand your mean dan lebih kurang stail die la. Pada orang dah baca buku dia sebelum ni, isi buku ni macam overview.

Pasal Donald: Saya bukan nk kutuk sangat, tapi nmpk sangat dia menulis cukup syarat jek. Dia soh Robert hurai dulu point yang nk bincang, pastu dia main tambah2 je. Apapon tetap tak dinafikan nilai ilmu tu tetap ada.

Buku ni dikarang oleh seorang Millionaire dan sorang lagi Billionaire. Sorang yang pelajaran dia tak hebat sangat tapi sorang ni grad Wharton wa ckp lu. Top business school in the world. Sorang ni bapak dia miskin dan sorang ni plak memang kaya gilak tak ingat nye.

Point yang menarik perhatian saya:

  1. Robert sebut pasal 10/90 pembahagian kekayaan dalam bisnes. Saya syak dia ambik hadis nabi. Saya rasa kebanyakkan orang dah tahu pasal 20/80 Pareto Rule. Saya masa first time dengar Pareto Rule tu saya dah terpikir hadis nabi 9/10 rezeki dalam perniagaan ni.
  2. Donald sebut pasal orang yang berjaya mesti belajar sejarah. Pada akhir bab tu dia sebut pasal Empayar Uthmaniah. Tapi dia tak cerita detail apa pengajaran yang dia ambik dari kejatuhan Empayar Uthmaniah.

Kesimpulan: Buku yang bagus buat orang yang dah ada keinginan untuk kaya. Tapi ia tetap perlu disupport oleh buku2 yang sebelum ni. Kalo dengan harga RM89.90 tu baik beli buku derang yang awal2.. kalo takde lagi lah. Kalo dah beli semua buku derang ni, lengkapkan lah koleksi anda dengan buku ni. Heheh..

Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Buku Motivasi, Ulasan Buku

11 Komen di “Apa yang best nya jadi kaya..”

  1. jeff Says:

    bagus ulasan buku ini, Fuad. Kalau bole tambah la sikit lagi. Part 2 ke .. Part 3, 4, 5 pun orait juge ..

    Dan benar sekali ijazah kini nilai nya makin turun. Permohonan kerja ke sektor awam untuk clerical post pun dah didominasi oleh golongan graduan. Yang sedihnya, masih ada orang Melayu di luar sana yang berfikiran ‘ada SPM pun cukup lah’ ..


  2. Fuad, sy dh lama bc blog ni. Nice and great. Sy paling suka bila fuad bercerita mengenai bisnes, huraian buku, financial freedom.

    Coz u have bullets of point to write. Dats make me feel u r one the great blogger kt malaysia. (Adakah disebabkah kite ssama pnh study UTP? hehe)

    Btw, harap fuad dapat beli domain sendiri. Jgn depend pada wordpress sbb byk kes tjadi wordpress off kn blog2 yg bagus mcm fuad.

    Nnti tk best tgk blog yg menarik ni kne block ngn wordpress. Just my 2 cents from Team SaifulSham.

    Keep up ur great work here!

  3. aku Says:

    oh.. nampaknya buku ni hanya untuk menambahkan koleksi peminat2 depa dua ni… tak jadi beli la..🙂

  4. Maizul Says:

    Terima kasih Fuad ulasan yang menarik… Beli buku Robert dulu pun sbb baca dari blog Fuad la, terus gi beli😉 pasni kasi review buku best2 lagi.

  5. Fuad Says:

    Jeff: Boleh gak tu kalo nk wat detail. Nnti aku ingat wat page pasal diskusi isi buku.

    Syazwan: Terima kasih atas nasihat. Hari ni jugak beli domain..🙂

    Aku: Ko carik e-book dia la murah. Murah ke.. Free.. Haha

    Maizul: Sesama.. Oret2.. Nnti ulas byk2 lagi..🙂

  6. hayad Says:

    orang yang selama ni bercita-cita nk menjadi miskin

  7. kucau.net Says:

    ade tak kajian tentang org yg baca buku2 camni. ade effect tak dari segi diorang nyer kekayaaan?

  8. Fuad Says:

    Hayad: Heh.. Setiap orang ada life goal sendirik kan..

    Kacau: Aku rasa ada tapi peratusnya sikit jek. Sebab macam buku Rich Dad, jual sampai berjuta2, tapi tak ramai yang kaya pon. Ramai orang yang berilmu tapi tak amal. Soklan mudah, brapa ramai yang tahu solat tu wajib, tapi tak solat pon. Terpulang pada individu sebenarnya. Lebih sedih lagi bagi orang yang tak tahu pon solat tu wajib..

  9. Ir ruzuwan Abdullah Says:

    RM450 BLACKBELLY BARBADOS, BOER JAMNA ANGLO 0123958821

  10. umairahzaharah Says:

    Saudara nampaknya sngat minat membaca. Alhamdulillah, teruskan menyebarkan ilmu.🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: