Sape Tak Smayang Angkat Tangan

Satu benda yang saya cukup tak suka ialah over confident during interview session. Tapi kadang2 benda tu terjadi tanpa dapat di elak. Natijah dia akan nmpk macam show off sangat dan missing details masa interview.

Ari Sabtu lepas (3 ari lepas) saya bertolak ke KL. Memandangkan menumpang rumah abang saya malam tu, memang takde aktiviti menarik nk di buat sebelah malam. Jadik terpaksalah melanggar azam taknak beli buku dalam bulan Januari.๐Ÿ˜ฆ Maka terbelilah saya buku Pakcik Donald Trump, The Art of The Deal. Jadi, malam sebelum interview tu saya dok menghabiskan masa menatap buku ni.

Akibatnya pagi esoknya, saya dah terpengaruh dengan ajaran si Donald ni. Saya telah meranjau interviewer dengan konfiden sekali. Kaedah changing the ground, using leverage as weapon telah saya aplikasikan dengan jayanya. Tapi kesan sampingan dia yang paling saya risau ialah over konfiden. Hakikatnya kita tak kan tahu sama ada kita over confident atau tak. Hanya interviewer je yang tahu.

Pada pandangan saya ketika tu interviewer tu macam member. Jadinya sesi tu dah macam sesi borak2 plak. Hatta sesi kedua bersama MD pun agak konfiden tapi dah turun sket dek aura Managing Director. Abes je interview, rasa tak sedap ati. Sampai sekarang pon rasa tak puas ati jek. Kalau la over confident.. Abeess. Gigit jari je la.

Difinisi Over Confident: Kita yakin sekali kita tahu pasal sesuatu topik ni tapi hakikat sebenarnya kita tak tahu pon.

Pendapat Saya: Buku The Art of The Deal amat sesuai digunakan sebagai salah satu rujukan mendapat skill interview. Tapi perlu di ingat kan kena pandai sesuaikan dengan keadaan. Contohnya teknik changing the ground. Secara mudah, jika soklan tu kita tak pandai nk jawab, tukar perpsektif soalan tu pada apa yang kita tahu. Bahasa pasarnya, tanya lain tapi jawab lain. Jadi pandai2 la. Jangan la sampai dia tanya โ€œAwak suka makan nasik ayam?โ€ di jawab dengan konfiden, โ€œResipi menyediakan the O limau ais ialahโ€ฆโ€ nampak sangat la kan. Kalo tak leh nk guna tektik ni baik cakap tak tau jek. Selamat..

Nota Penting: Mintak tulun jangan bagitau bos saya ye pegi interbiu semalam. Sat lagi tak pasal2 lain macam jek. Dah ler result tak tau lagi.. Heh.

Soklan Interbiu of the day:

MD: Fuad, do you pray?
Saya: (Blank.. Sambil cuba rewind balik betul ke soklan tu dia tanya)
MD: Awak sembahyang tak?
Saya: Yes. Of course.
MD: How many times per day? (Muka serius)
Saya: Erk. Standard which are 5 times..
MD: If non standard?
Saya: If I got free time maybe 9-10 times.
MD: Ok. You know what? This is my standard question during interview session. Donโ€™t be surprise.

Ini pertama kali saya ditanya soklan sebegini masa interview. Sampai sekarang saya cuba memahami apa yang cuba dicari dalam soklan tu. Secara logiknya orang yang tak solat pon akan ngaku solat. Hurmm.. Kalo sudi, leh kongsikan apakah soklan interview yang paling menarik pernah anda alami. Mekasih..๐Ÿ™‚

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

*ranjau = goreng

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

23 Komen di “Sape Tak Smayang Angkat Tangan”

  1. Zairol Hasri Says:

    Ahark.. tu menunjukkan dia seorang bos yg baik.. Dengar cite org tabligh tu. By the way rezeki tu di tangan Allah. Aku pernah kena intervierw dgn senior masa belajar lagi.. aku ko aku ko.. tapi apakan tanya takde rezeki..๐Ÿ˜ฆ

  2. aminbakish Says:

    saya pernah kena macam ni. Seorang interviewer bacakan hadis dalam bahasa arab dan minta saya terjemahkan. Hadis tu berkenaan kewajipan berpuasa. Kebetulan masa tu masa berpuasa. Saya tak dapat terjemahkan. Tapi saya bagitau dia, saya macam pernah dengar hadis ni… sungguh… Masa tu tivi ada tayang kat TV1. Dia senyum ja…

    Lepas tu, saya pun sembang2 dengan dia… Tapi masih berisi.

    Alhamdulillah, saya berjaya dalam temuduga tu.

    Assistant kepada interviewer tu ada bagitau saya, ada beberapa calon yang gagal..

    sebabnya…

    Tak tau kata tau…

    memo: saya ingatkan kamu pergi interview calon2 untuk company kamu… rupanya mahu cabut ya… Apa cerita dengan gembala lembu???

  3. amokdemanis Says:

    interview lagi? ok gak tu. boleh asah bakat.๐Ÿ˜‰ anyway “the art of the deal” aku suka. dah baca masa 2003 dulu. for me, it’s a good book. mula2 ingat buku DT – musti mcm belagak jek. tp isi dia ok la. boleh memotivasikan diri jugak.

  4. ad3ck Says:

    pekh, first time ku dengar soklan interview cenggitu hehe..soalan paling pelik (tapi dah biasa sebenarnya) masa ku interview ialah “awak melayu? i tought u were chinese.”๐Ÿ™‚

  5. shamsul Says:

    Fuad,

    Wah, kalau aku pun gabra dia tanya soklan tak di sangka-sangka camtu….. huh.

    Aku nyer interview kerja kat Singapore ni, susah gak la. Aku masuk interview kol 2, habis kol 6 petang! 4 jam! Ada 4 orang interview aku, setiap sorang took 1 hour, different discipline:
    a) Technical
    b) Process
    c) Sales and Marketing
    d) HR issues

    Tough ler, akhirnya aku dapat gak, walaupun berapa org je Melayu kat sini๐Ÿ˜›
    berdiri di bumi kiasu….

    Shamsul ex TES/5
    (I’m in Kaohsiung, Taiwan, while writing this comment)

  6. aku Says:

    huhuhu.. cari keje baru ye… berapa orang dia interbiu? kalo dalam 5 orang, aku predict ko dapat๐Ÿ™‚

  7. leLabu Says:

    hai fuad,…cari keje lagi ker? mung nih kena jadi boss ad,..tokleh doh kijo nga org..kalu dok kijo nga org jadi lagu nih laa…hehe :-p

  8. fiq Says:

    uh uh. aku anta msg kat ko xdpt. aku baru nak pau ko bro. aiyak.

  9. Hai_Da Says:

    Soalan yg tak disangka2 kan..hehe..
    Ehh,nie p interview post apa nih?Kalau dia nk amik 5 org,insyaallah bole dpt kot..:)

  10. e-one Says:

    Aku pernah kena interbiu oleh 12 orang Board of Director, Samsung kt Seremban. Mak aii, terus kelu lidah aku utk berkata-kata. Habis hancus English aku coz mmg aku dh hilang confident time tu. Bayangkan 24 biji mata tengok aku – Malay, Chinese and Korean… Soalan bertubi-tubi… Aku sorang je calon Melayu dari 5 org hari tu… ALhamdulillah, aku berjaya dpt keje kt Samsung tu, tapi aku tolak…๐Ÿ™‚

    Lagi satu Technical Phone Interview utk satu MNC yg glamour di dunia… lebih SATU jam aku bergayut dgn tepon.. panas la telinga aku masa tu… Soalan mcm dlm exam, highly technical but kena answer secara oral… Alhamdulillah, dpt jugak… tapi aku kt situ 3 bulan je๐Ÿ™‚

    Dan yg paling best, Interview dgn Shell… sebijik ala-ala apprientice… ada 3 level.. induvidual, couple interview and group of 6… satu hari interview… kena buktikan yg “you are deserve to work with Shell”… siap ada press conference olok2 lg hari tu… kena jawap soalan wartawan2… Alhamdulillah, i did well and got the offer..๐Ÿ™‚

  11. chot Says:

    company aku bekerja skrg ni paling lama…hampir 2 tahun. Sebelum ni aku bekerja 3 company dlm tahun…lebih kurang 12 company aku bekerja. bagi aku seisi interview paling menyeronokkan..70% jujur dan selebihnya temberang..nak hidup kena mcm tu la..hehe

  12. aman Says:

    aiyak…ade soalan camnie gak ke..konfirm bos beriman..

  13. Maizul Says:

    Ap tujuan dia tanya soalan tu ye…. seorang penemuduga yg beriman…

  14. akirasuri Says:

    cuak lagi ke?ehem ehem.

  15. walikard Says:

    Alhamdulillah…saya dapat rasakan yang bakal bos Fuad to ok๐Ÿ™‚ kata orang, pilihlah yang beriman๐Ÿ˜‰

  16. Amar Razali Says:

    Wahh.. seronok bila dengar orang2 bekerjaya cerita pasal temuduga.

    Cerita lagi…

  17. Fuad Says:

    Zairol: Stuju2.. Rezeki tu kurniaan Allah..

    Aminbakish: Ayahanda dan bonda tak kasik jadik cow boy lagi. Kene tuggu lepas kawen dulu kot. Huhu.

    Amok: Memang berlagak pon dia. haha. Tapi yang penting ilmu yang dpt dari buku tu.

    Ad3ck: Hahak. Ko ada advantage la. Boleh jadik Cina atau Melayu mengikut siapa interviewer..๐Ÿ˜‰

    Shamsul: Kencang betul ko sekarang. Pasni leh la aku kaco ko. Kompeni aku nk pegi ni kan anak buah kompeni ko tu.

  18. Fuad Says:

    Aku: Tak tau lak aku dia panggil bape orang interview. Masa aku pegi tu aku sensorang jek. Alhamdulillah dah dpt. Tapi aku x sampai ati plak nk tender resignation letter. Parah2..

    Lelabu: Hahak.. Nk wat gano gu. Keno tuggu settle down dulu baru leh wat full time. Loni keno part timer la.

    Fiq: Aiseh.. Lenkali plak bro.

    Haida: Pot ape? Hahak. Sbnrnya kan masa saya pegi tu saya pon tak tau post apa. Saya tanya interviewer tu saya mintak post apa. Haha. Nk wat camne, mintak member yang tolong pass resume. Tak ckp lak nk post apa. Alhamdulillah dpt dah post Service Engineer.

    E-one: Hang memang.๐Ÿ˜‰ So shell tu nk pegi tak? Aku x penah interview Shell tapi cara ko cite tu macam interview Petronas gak la. Kene berlakon pastu gaduh2 ngan interview. Interview paling best.๐Ÿ˜›

    Chot: Perghh.. Ko memang tahap dewa la Chot. 12 kompeni dalam masa 2 taun. Aku yang baru 2 kompeni pon jenuh nk taichi pasal rekod kerja ni. Kalo macam ko.. Huh.. Tak leh nk bayang..

    Aman, Maizul:๐Ÿ™‚

  19. Fuad Says:

    Akirasuri: Cuak pasal keje ke? Kalo pasal keje tak tapi kalo pasal kes smalam tu.. takde la cuak tapi bak kata orang jepon “mune no doki doki dake”๐Ÿ˜›

    Walikard: InsyaAllah๐Ÿ™‚

    Amar: Mekasih atas kesudian melawat blog ni.

  20. KU> Says:

    Hmm..aku pun ada sekali ditanya cam tu,soalan pertama dia “solat cukup tak?”
    erk..aku cam kelu jap,sbb byk kerja lain aku interview tak pernah lak tanya soalan tu..hehe..tp alhamdulilah aku dpt keje tu,chayok!!


  21. good question…
    an idea to interview, next time.. hehe..

    awak xnk interview tempat kite?
    selalu nye, kalo bab2 menginterview ni, kita selalu join bos, utk nanye soklan2 power..

  22. aku Says:

    fuh.. semoga semua interviewer tanya pasal benda2 gini..

    kalo orang mintak alasan, jawab jer ‘saya percaya agama dapat membimbing manusia menjadi baik. jadi saya perlu tanya soalan ni. kalau dengan Tuhan pon dia boleh buat main-main, tak mustahil company saya nanti dia buat camtu gak’.

  23. Fuad Says:

    Ku: Haha.. Sambungan soklan aku tu dia tanya, leh jadi imam tak. Heh

    Nana: Leh gak. best pegi interbiu. Kompeni mana Nana?

    Aku:๐Ÿ™‚


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: