Waspada dengan pasangan anda

Salam pertemuan lagi…

Arini saya nk borak2 kosong pasal penyakit. Walaupon saya ni bukan yang jenis terer sangat pasal perubatan ni, kadang2 tu apa saja yang menarik untuk dipikirkan boleh mencurik sket masa saya untuk kaji. Jom tengok gambar dulu.

Pernah dengar pasal Thalassemia? Ini adalah penyakit genetik dimana penyakit ini adalah penyakit keturunan. Orang yang ada penyakit ni akan mewariskan kepada anak derang. Oh ya, saya tertarik mengkaji pasal penyakit ni sebab dok borak2 ngan member yang nk kawen semalam, sekarang ni bakal2 pengantin baru kene pegi check samada ada Thalassemia atau tak. Kalo sorang ada still ok tapi kalo bakal suami ngan isteri dua2 ni ada Thalassemia, doktor akan nasihatkan carik pasangan lain. Bunyik serius kan?

Sebabnya kat gambar diatas, suami isteri yang pembawa Thalassemia akan mempunyai potensi 25% anak mendapat Thalassemia Major. Thalassemia major ni memang dasyat la, pesakit kene tukar darah setiap minggu, sebab sel darah merah dia cepat mati. Saya tak pandai nk cite detail dari aspek perubatan, kalo berminat nk kaji leh search kat internet.

Sekarang ni , 4.5% dari penduduk Malaysia ada penyakit ni. Sebab ni penyakit keturunan, dia akan bertambah dari semasa ke semasa. Kat negara barat, memang pandang kes ni serius tapi kat Malaysia ni baru start kat Hospital Kota Bharu, setiap wanita bersalin derang cek. Bagusla kalo orang nk kawen cek penyakit ni kan..

  • Buat orang dah kawen dan ada Thalassemia– cek la suami/isteri ada penyakit ni tak. Kalo dua2 ada elok buat persediaan secukupnya dan mintak nasihat pakar. Tak yah la sampai bercerai kan. Cuma kene amalkan gaya hidup yang lebih sehat supaya potensi anak2 nk dapat Thalassemia Major ni semakin kecil.
  • Buat orang dah kawen dan tak ada Thalassemia – cek la suami/isteri ada penyakit ni tak. Kalo pasangan ada, cek la anak2 plak. Potensi anak dapat Thalassemia Major tu boleh kata sikit sangat, tapi kalo dapat menantu ada Thalassemia, cucu tu ada potensi besar ada Thalassemia Major.
  • Buat yang bakal kawen – Sama ngan kat atas la kan nasihat dia. Saya tak soh putus ya.. Jgn salah faham😉
  • Buat yang tgh mencari dan ada Thalassemia- Kalo boleh carik pasangan yang takda la kan. Tapi kalo dah berkenan jugak nk wat camne. Prepare la secukupnya.
  • Buat yang tgh mencari dan tak ada Thalassemia – No komen. Wat macam biasa la kot. Heh. Haa tak pon carikla pasangan yang ada Thalassemia supaya potensi pesakit ni kawen sesama pasangan ada sakit ni berkurang. Cuma kena educate la anak2 korang nnti pasal penyakit ni.

Coretan ni adalah pendapat peribadi saya sendiri tanpa mendapat nasihat pakar perubatan secara langsung. Tidak bermaksud menyinggung mana2 pihak. Dan kalo ada orang lagi expert bab ni, sangat diharapkan dapat komen. Trima kasih.

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

9 Komen di “Waspada dengan pasangan anda”

  1. akirasuri Says:

    ye ye 1st!!

    ehem.

    amboi semangatnya.

    ehem.

    nota: incet fuad dah cek ke +ve atau -ve thalassemia?huhuhu..

  2. hayad Says:

    aah, sekarang ni baru malaysia amek berat psl penyakit ni. Kan dalam tv pun ada iklan suh cek sebelum kawen.

  3. shamsul Says:

    hmm……

    makin susah nak kawin zaman sekarang ni huhuuuuu….

    Shamsul
    Kaohsiung, Taiwan

  4. jeff Says:

    ikhtiar hak manusia. tapi keputusannya, jodoh rezeki ajal maut di tangan Allah.

  5. fiq Says:

    eh. semacam je bunyi kirasuri ckp tu. ade pe ni bro. =p

  6. aku Says:

    ala.. makin susah aa mau kawen.. tapi ntuk kebaikan sume, takpe la…

  7. ad3ck Says:

    aku personally baru dengar pasal penyakit neh akhir2 neh. sebelom neh tak der plak. adakah penyakit datang ikut zaman gak hehe.

  8. Fuad Says:

    Akirasuri: Aik.. X ok lagi sakit tekak? Tak cek lagi +ve ke -ve. Hahak.

    Hayad: Oo yeke. Jarang tgk tivi. Huhu.

    Shamsul: Heh.. Ye kot.

    Jeff: Yup. Agreed. Maslahnya ramai yang tak guna hak ikhtiar tu.

    Fiq: Haha. Ko layan kakak ko to fiq. Abes ler..

    Aku: Orang kata, makin susah, makin dihargai.. Orang kata la kan..🙂

    Ad3ck: Mungkin gak. Evolusi penyakit kot.

  9. carrera Says:

    sy tgh training kt lab spital..mmg byk kes talasemia..hohoho..tkt jgk..sy pn hrp sape2 yg nk kwin 2 cek la dlu psgn anda n org2 rmai kt luar 2 rjin2 la derma darah..x rugi pn kte mderma darah..klu derma darah kte dpt tlg pesakit2 yg memerlukan nih..same2 la kte memberi sokongan kepada yang memerlukan…hehehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: