Bengong Punye Budak

Salam pertemuan,

Kita mulakan hari ini dgn motivasi kerja yang cekal. Satu praktis yang baik ialah meniru gaya Garfield. Jom buat sama2. Menggunakan suara Garfield, ucapkan dengan penuh semangat.. “I hate Monday.!” Hahak.😛

Weekend aritu saya bertemu balik dengan member sekolah menengah, dah 10 tahun tak jumpa. Bawak dia makan Kedai Mee Isa (Femes kat Kelantan). Kedai ni memang tak jual benda lain. Mee Kuah jek. Bagi saya yang selalu bermasalah memilih menu makanan, kedai begini amat sesuai. Maklumlah, duduk jek, mee terus sampai sebab sume orang yang pegi kedai tu memang nk makan Mee Kuah. Kalo kedai biasa saya akan selalu blank nk makan apa, last2 soh member order dulu pastu order sama.

Pendapat saya, kedai yang memiliki speciality sebegini adalah satu kaedah branding yang bagus di samping memudahkan pengurusan.

Lupakan soal bisnes jap, yang saya nk mengamuk harini bukan pasal Mee Kuah, tapi pasal keadaan orang zaman sekarang yang dah buta hati dan buta iman. Kawan saya ni baru 2 bulan bekerja sebagai Pegawai Kebajikan. Yang teramat sedihnya, dia menceritakan secara puratanya satu kes rogol akan di rujuk pada dia setiap hari. Dan rata2 nya gadis (yang dah hilang kegadisannya) berumur lingkungan 15 tahun.

Sebetulnya saya memang terkejut dan sukar nk percaya. Bayangkan, setiap hari. Bagi saya yang ada 5 orang adik perempuan, ini adalah suatu malapetaka yang menggerunkan. Tak perlulah diceritakan kisah2 secara terperinci, yang pastinya orang sekarang suma dah gila dan buta hati. Sempena Tahun Baru Cina, tahun Bab* ni agaknya suma dah nak ambik jis2 maskot tahun ni.

Sedarlah, benda tu hina sangat. Kalau orang yang ada hati dan perasaan takkan buat benda2 camni. Manalah letaknya maruah lelaki yang dipertanggung jawabkan sebagai pelindung wanita tapi menjadi yang sebaliknya. Bengong punye budak..

Bagi yang perempuan pulak, Jangan Jadi Bodoh..!!

If your mantra says that guys don’t like smart girl, then let me rephrase,

Jangan Jadi Bodoh Tak Bertempat..! Paham? I don’t give a damn on love or what so ever. I do like smart girl though. At least smart enough to draw line between sacrify and stupidity. Do you ever heard people says, “Man give love for sex, Women give sex for love”. 15… The number is not an acceptable justification. Wake-up.. Please…

Umat islam kian punah. Huh..😦

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

19 Komen di “Bengong Punye Budak”

  1. akirasuri Says:

    yea! 1st!

    wah. tulisan yang bersemangat untuk hari isnin yang dibenci ek😉

    lelaki [spesifik kepada lelaki hampeh], memang hampeh..kadang-kadang terfikir, lelaki-lelaki hampeh ni tak ada saudara perempuan ke?mak, adik, kakak, nenek etc dia bukan perempuan ke?cuba kalau apa yang dia buat tu kena kat keluarga dia sendiri..marah tak?ish ish ish..bila lelaki sudah mula fikir dengan kepala lutut bukan dengan akal cani la jadinya…

    negara kita maju dengan bangunan, pengangkutan awam, hebat dengan spm 17A etc tapi negara kita sebenarnnya mundur dari segi agama dan akidah..

    ha ha ha cakap lebat saya arini..maap membebel panjang..

  2. syia Says:

    herm..sgt setuju dgn post ni. nk ikutkan, syia pernah dgr kat universiti.. budak international bayar RM1000 utk beli ‘sex’ budak perempuan melayu.. dahsyat tak?? ni dh peringkat universiti pun x ade nk gune akal..

  3. leLabu Says:

    aku teringat kata-kata TG Nik Aziz, yang lebih kurang maksudnya:

    kita sekarang terlalu pentingkan pembangunan fizikal tapi lupa pembangunan jiwa/rohani.

    inilah puncanya, fizikal dipenuhkan, jiwa dikosongkan, agama entah kemana. boleh tengok minda pemimpin, di tvpas.com untuk lebih faham.

  4. linn_comel Says:

    Saya setju sangat dengan pendapat akirasuri, apa pun nak buat kat anak gadis orang, fikir famili kita dulu, saya pernah dengar pengakuan seoarng kawan, beliu telah diperkosa pada umur 5 atau 6 tahun, kalau tak silap saya. Alhamdulillah walaupun dia still ada trauma, tapi syukur katanya lelaki yag memperkosa bliau itu lumpuh separuh badan, dan mempunyai seorang anak gadis. Tengoklah nanti macam mna nasib anak gadis itu. Nasib baik kahwin, husband bolh terima dia dengan seadanya.

  5. psittacula Says:

    bagi gadis-gadis zaman sekarang, apa sangatlah nilai ‘dara’ yang perlu mereka pertahankan. lelaki sekarang pun tak kisah sama ada girl yang bakal diorang jadikan wife ‘masih suci’ atau dah ditebuk tupai. apatah lagi tupai tu adalah mereka sendiri. sebab itulah kita jangan peremehkan nilai yang ditegaskan oleh orang tua zaman dahulu. ‘dara’ dalam konteks realiti tidaklah bermakna sangat. namun dari segi nilai yang berkaitan dengan budaya dan agama amat penting.

  6. ruru Says:

    perkara cenggitu da macam perkara biasa bg diorg😦
    kalau ingat mak, ayah, keluarga
    dan paling penting ingt ALLAH..
    Insya ALLAH, org2 kita
    tak akan tergamak
    buat benda2 yg mungkar..
    hatta mencuri sekali pun..

  7. amokdemanis Says:

    i hate monday too! damn!

  8. Bat Says:

    Kadang-kadang time nafsu dah menguasai diri, memang macam2 benda boleh jadi..langkah terbaik cuba elakkan perkara yang boleh mendorong terjadinya benda tu..semoga saudara kita, teman2 kita, jiran2 dan seluruh umat Islam kita terhindar dari benda ni..amin..

  9. cikgu azleen Says:

    hmm.. angka tuh bagi saya taklah begitu memeranjatkan.. tapi amat menyedihkan.. dan menakutkan.. kat sekolah hari ni ada 4 couple kene tangkap.. actually dorang kene tangkap last week.. tapi baru dibicarakan today psl today principal baru balik sekolah.. kes: berdua-duan.. berpeluk-pelukan.. bergesel-geselan.. dan ber-an ber-an lagi ler.. remaja sekarang dah tak segan silu nak tunjuk love-bite diorang.. tak malu-malu nak pegang-pegang tangan.. peluk pinggang.. cium pipi.. walaupun depan guru/ orang tua.. bila di tegur.. jawab mereka: alaaa.. biasalah.. cikgu pun pernah remaja dulu.. pun mesti ada buat ini macam.. my answer: saya tak biasa pun..

  10. rustammoh Says:

    Pesanan ibu saya semenjak saya kecil “jaga kehormatan” walaupun saya lelaki.Semuanya bermula dari rumah….
    http://uptrend.wordpress.com/

  11. chot Says:

    ko sudah berhenti kerja ke fuad? kerja mana skrg?

  12. e-one Says:

    saya teringat satu slogan ni, maksudnya amat mendalam… kempen anti-sex bebas yg dianjurkan oleh Kementerian Wanita & Pembangunan Keluarga tahun lepas…

    SEX WON’T MAKE HIM YOURS,
    BABY WON’T MAKE HIM STAY…

    Bila perut dah berisi, lelaki hampeh tu takan nak tunggu kan…

  13. Hai_Da Says:

    Betul kata slogan tue..
    Dlm Islam pun melarang kita keluar berduaan dgn jantina yg bukan mahram tambah2 lg buat bende2 yg tak sepatutnya/diharamkan..tp brp ramaikah yg still praktik suruhan nie?dunia…duniaa…
    ~Mg terbuka pintu hati diaorg utk bertaubat pd ALLAH~

  14. zahrah Says:

    kita sebagai umat islam seharusnye tegur-menegur antara satu sama lain walaupun cara kasar @ lembut. kalu mereka sakit hati biarkanlah, kerana kita tegur ape yang benar. kalu mereka waras, mereka takkan buat perkara2 yg ALLAH x suke. dah mereka buat, maknanye, mereka x waras. kite x buleh salahkan mereka krn kite yg tak beri kerjasama dlm membimbing mereka kearah kebenaran. ade ke kamu semua pergi ke disko dan berkhutbah kat atas pentas.? so jgn salahkan mereka walhal kite sendiri yang buat mereka jadi begitu. mereka perlukan pembimbing yg boleh dipercayai tapi kite yg x tolong mereka

  15. zahrah Says:

    oh ye.. pihak kerajaan ade mengatakan bhw rokok bahaye utk kesihatan, tapi ade ke pihak kerajaan mengharamkan penjualan rokok?. rokok banyak dijual di kedai tapi ana rase, pihak dalam kerajaan tu sendiri yg hisap rokok. buleh jadi jugak. mereka cume tiade kesedaran so yg buleh sedarkan mereka hanyelah kite. INSYAALLAH Allah akan tolong jika kite cube berdakwah ke arah kebaikan

  16. apple Says:

    zahrah !!!!jom kite gi semayang ..bo…lar..ore balik kelas dah tu

  17. apple Says:

    Jommm…..tahi lembu menunnggu kite untuk dicuci…

  18. zahrah Says:

    haaaa.. ade pompuan yg tak pakai tudung. kenape ye?.mereka x rase malu ke?sedangkan bini agung pakai tudung. tindakan bini agung pakai tudung itu merupakan salah satu teguran buat rakyat di malaysia. mentang2 negara dah bebas so kena bebaskan semualah kan?…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: