Mana Perginya Bijak Pandai Kita

Salam pertemuan,

AWAS. Entry ini berstatus 18PA – Mengandungi unsur2 perkauman yang melampau. Tidak sesuai untuk tontonan umum.

Antara pemerhatian yang saya boleh tgk tentang perkembangan orang Melayu dalam bidang ilmu dan perniagaan.

  1. Rata2 yang bijak pandai lebih cenderung menjadi pendidik.
  2. Rata2 yang buat perniagaan lebih kepada teknologi yang sedia ada macam pertanian, internet, servis2 dan seumpamanya.
  3. Rata2 syarikat yang berteraskan teknologi, hanya jadi pengimport dan pemasar teknologi dari luar.
  4. Orang yang berdaya reka cipta hebat macam Zul Tek, produknya tak di komersialkan.
  5. Bagi syarikat orang melayu, tak banyak ditekankan perihal R&D. Tak pasti plak brapa peratus dana yang diperuntukan untuk itu.
  6. Kat Universiti, terdapat banyak ciptaan hebat yang hanya tersimpan dalam arkib perpustakaan untuk pelajar2 baru tiru pastu buat paper.

Betulke pemerhatian saya ni? Saya nk tegaskan, kalau betul pon memang tak salah. Malah bagus sekali.

  1. Baguslah orang pandai menjadi tenaga pengajar, ilmu tu akan diperkembangkan
  2. Sekurang2nya orang melayu dah ada kesedaran bisnes
  3. Itu dinamakan belajar dari yang lebih tahu
  4. Mungkin ciptaannya tak memenuhi syarat permintaan komesial. Namun ilmu beliau boleh diguna pakai.
  5. Dana sepatutnya dilaburkan pada berkara yang berpotensi menjana pendapatan dan risiko patut dipertimbangkan dgn baik.
  6. Kita ada bijak pandai yang mampu memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu

Walk away message saya sebenarnya, teringin tengok satu syarikat dimiliki orang Islam yang mampu menjual teknologi. Bila jumpa member yang bijak2, cita2 nk jadi lecturer. Bila jumpa member yang otak bisnes cita pasal tanam pokok, ternak binatang. Saya pon sama.. Hahahak..πŸ˜‰

Saya: Mimpikan jumpa member mintak tolong pasarkan penemuan teknologi hebat.

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

9 Komen di “Mana Perginya Bijak Pandai Kita”

  1. amokdemanis Says:

    pertama-setuju dgn fuad. teringin nak tengok kemajuan Islam kembali berkisar pasal idea baru & teknologi. refer my blog esok. majunya org Islam dulu2!

    kedua-tk kisah la bijak ke tak apa yg nak dibisneskan tu. yg penting kena minat + boleh buat dgn efisyen. contoh: McD – burger bodoh jek. tapi bisnes francise termaju!

  2. fiq Says:

    aku nak bincang ngan ramlee burger. nak bukak restoren cam mc d. kita saing company luar. bole? hahhahahahahahha. apesal la ramlee xwat ek.. ade sape nak wat? ajak aku. hahahhaha

  3. akirasuri Says:

    eheh~
    bijak-bijak lecturer pun tak banyak dapat hasilkan buku akademik bahasa melayu..hasilnya, buku bahasa inggeris jd buku teks..dah berapa tahun merdeka, kita masih import buku teks luar negara untuk digunakan kat u..emm habis dah kot membebel..ha ha ha..

  4. e-one Says:

    hemm… pandangan peribadi ana, maybe org Melayu ni terlalu suka berada dlm Comfort Zone… nk kerajaan bantu, taknak rugi, taknak amik risiko, taknak wat keje byk, nk relax, nk enjoy2… lg satu,org Melayu mmg kretif dan inovatif gak… tapi sekadar berada dlm kepala otak je, tak berani nak implement… mcm cadangan FIQ tu, cuba laksanakan… pasti berjaya punyer… Lecturer nisbah student dlm 1:100 (kt IPTA). Profesor aku dulu pun mengeluh xcukup masa nak menulis buku – beban kerja lain byk sgt… hemmm…

  5. psittacula Says:

    melayu memangbijak pandai….segelintirnya terlebih pandai…bila kumpul2 dalam satu institusi memang sesak (penjara kajang n penjara2 lain termasuklh pusat serenti dan pemulihan akhlak)…semua pandai…contoh :pandai dalam bidang perubatan (penagih dadah), pandai dalam bidang forensik (perogol), bidang sains dan teknologi (buat VCD lucah), kreatif (mat rempit n jadi pelakon lucah) dan sebagainya….tak tersenarai kepandaiannya….

  6. psittacula Says:

    jangan pandang kelemahan….banyak juga orang kita dah berjaya…dan tersenarai dikalangan orang yang berjaya dan kaya.

  7. aman Says:

    bukan tontonan, tapi bacaanπŸ˜€

  8. Fuad Says:

    Amok: Kene berusaha gigih nih..πŸ™‚

    Fiq: Aku cadang wat nasik lemak francise.. haha..

    Akirasuri: Itula pasal. Orang Mesia x suke terjemah buku macam orang Indon..

    E-one: Ok. Root cause dah tau. This is time for AI..πŸ˜›

    Psittacula: Wah2.. Sume terer. Tak dinafikan yang kaya dan berjaya tu. Nak carik yang technology savvy. Ade ke tak ye..

    Aman: Heh. Terima kasih atas pembetulan..

  9. cikgu azleen Says:

    hmm.. betul tuh betul jugak.. antara penyebabnya orang melayu sukar nak ceburi bidang lain, terutamanya bidang yang diterajui oleh bangsa lain adalah suka sangat dengar cakap orang.. contohnya, bila kite nak buat bidang peruncitan, ceritalah ngan kawan etc.. tetiba kawan tuh kata “oh, dulu ada kawan aku buat bisnes ni gak.. tapi susahhhhh betul.. psl.. bla bla bla”.. so kebanyakan daripada kita terus patah semangat.. hehehe.. nak mudah, beralihlah ke bidang yang telah diceburi oleh kaum sendiri.. contohnya meniaga makan.. hehehe.. orang sebelah jual nasi lemak laku, kitepun bukak kedai sebelah jual nasik lemak jugak..

    P/s: Nak citer psl sorang kawan yang meniaga Kacang Pool.. dia tumpang meniaga kat restorang masakan thai (orang melayu punye).. bayar sewa hari-hari.. agaknya kacang pool dia ni sedap gile (memang sedap, psl sekali rasa hari-hari rasa nak makan…) so banyaklah orang yang lepak2 kat restoran tuh waktu petang order kacang pool jer.. masuk minggu kedua, kawan ni pergilah restoran tuh nak meniaga, tokei kedai dah campak barang2 dia kat luar kedai.. alasan: nak buat roti canai.. tu ler bile orang melayu meniaga..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: