Statement Ditarik Balik

 Salam pertemuan,

Cabaran mendaki Banjaran Titiwangsa dengan Opel Kadett telah berjaya. Haha. Setelah beberapa kali hilang kepoweran dan terpaksa direhatkan tatkala mendaki bukit, akhir kereta burukku berjaya melepasi halangan menyeberangi banjaran. Saya sempat layan lentok kat R&R Titiwangsa. Memang best.🙂

Entry kali ni saya nk tarik balik keyataan yang dibuat dalam entry sebelum ini iaitu yang bertajuk Sentimen Perkauman (13 September 2006 – Alamari Buku). Satu perkara yang baru saya tahu pasal salasilah keluarga masa cuti aritu.

Kenyataan yang di tarik balik:Blank betul saya. Adeke dicakapnya Cina. Ini Melayu tulen nih. Rasanya takda plak dalam salasilah keluarga saya Cina.”

Nenek saya (belah Mak) namanya Nik Kalsom Binti Nik Hassan. Bagi orang yang tahu, kononnya Nik ni adalah nama kerabat Sultan Kelantan. Memandang kan datuk saya orang kebanyakkan, dia dah membuang nama Nik kat anak2 dia, so lepas tu memang dah tak dek nama tu kat generasi bawah dia.

Mengikut kata Mak saya, sebenarnya Nik bukanlah berketurunan Sultan Kelantan seperti yang digembar-gemburkan, tapi sebenarnya hanyalah anak angkat Suktan Kelantan suatu ketika dulu. Sultan Kelantan telah mengambil seorang anak angkat berbangsa Cina, dan di taruknya gelaran Nik bagi keturunan2 dia. Kesimpulannya, Nik bukanlah kerabat Sultan tapi campuran Cina. Heheh. Kalo ada Nik2 yang nk perbetulkan fakta ni silakanlah, sebab saya pon dapat pengetahuan ni dari Mak saya saja. Tidak disertakan dengan bukti2 sejarah. Pasal gelaran laian macam Wan, Tengku, Che tu tau la plak saya maksud dia.

Dengan ini saya memohon maaf atas kenyataan tidak benar dalam entry sebelum ini.

Best tol takda orang kat opis. Haha.😛

Sehingga bertemu lagi…

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

28 Komen di “Statement Ditarik Balik”

  1. akirasuri Says:

    bagus mak ye. kem salam kat dia. sekian.

  2. aku Says:

    bersedia menerima teguran/bantahan dari The Niks (kalau depa singgah blog hang).. hehehe..

  3. leLabu Says:

    cerita yang aku dengar pulak lebih kurang dengan yang diceritakan oleh fuad, tapi bukan sebab cina. yang aku dengarnya, nik ni gelaran bagi keturunan dari sebelah gundik-gundik raja. ringkasnya yang aku dengar:

    Tengku : kerabat dekat
    Tuan : kerabat jugak, tapi jauh sikit
    Wan : pembesar-pembesar
    Nik : gundik, pekerja-pekerja istana

    Wallahu a’lam.

  4. paklah Says:

    hawat tak buat rujukan, contohnya di arkib, tempat simpan fakta sejarah atau pihak istana?

  5. hafiz Says:

    Salam..

    Ermmm sejarah Nik sendiri panjang ceritanya… kalau dilihat salasilah lama… keturunan dari Paqih Ali.. pangkal nama Wan dan Nik silih berganti… dan adakalanya org memanggil Wan dan juga Nik..

    Dari keturunan dari Paqih Ali.. turunlah keturunan Raja2 Kelantan. Anak2 kepada Paqih Ali ada yg bermula dengan gelaran Wan, Nik dan jugak Long…

    Diakui juga anak kepada Paqih Ali iaitu Datuk Pujud I berkahwin dengan seorang puteri dari Champa yg nama pangkalnya Wan.

    Puteri tersebut adalah zuriat perkahwinan dari Keturunan Raja2 Champa dengan keluarga keturunan Cina.

    Korek dan cari lagi.. nanti anda semua akan ketemuinya…


  6. salam,ckp bab NIk ni.aku ada fakta yg diturunkan dari nenek moyang aku dlm kalam salasilah kerabat dari keturunan raja2 jembal,kalam cetera maharaja seri wangsa,gegar alam yg menjadi pemerintah kerajaan besar SRI WIJAYA MALA.pengunaan nama NIk terbahagi kpd 2 iaitu:NIK KETURUNAN dan NIK KELAHIRAN.NIK KETURUNAN adalah NIk yg asalnya digunaan oleh pembesar2 kerajaan khasnya kerajaan kelantan/patani.tp NIK KELAHIRAN digunakan bila seorang anak raja perempuan berkahwin dgn org kebanyakan,maka anaknya akn diberi gelaran NIK ataupn NIK ENGKU.pasal kata nama NIk ni asal dari gundik,pekerja istana 2.aaku rasa u all silap.aku harap org 2 CARI MAKLUMAT YANG BERASAS DAN SUMBER YANG TERANG.k salam

  7. nikahmat Says:

    nik ni sebenarnya adalah keturunan raja di masa purba. kerana saya sorang juga daripada keturunan nik di fatoni. keturunan saya ialah raja yang memerintah negeri fatoni di zaman purba dulu.

  8. muzaffarsyah Says:

    Salam semua

    Ada juga saya mendengar kononnya Nik ni adalah anak angkat. Tapi ini merupakan khabar angin yang memfitnah daripada keturunan raja ‘tertentu’ kerana Nik ni pada masa itu – orang-orangnya agak bijak dan ini menimbulkan kedengkian (biasalah..orang raja yang tiada asas agama) Malah ada sejarah kelantan yang tidak terpapar salah seorang orang besar kelantan yang terkenal..juga nama Nik, mangkat diracun orang akibat hasad dengki.

    Tapi jika dikatakan dari keturunan China – itu mungkin ada kebenarannya – baguslah kalau keturunan China kerana Rasulullah s.a.w. pun ada ahlul-bayt sehingga ke Negeri China. Ada yang sampai kata dari keturunan jawa – jika benar..lagi bags – bukan satu keturunan yang hina…malah dari Kanjeng Sunan Raden Gunung Jati – majlis Wali 9/Songo..tak bangga ke?

    Juga kisah kahwin campur iaitu antara kerabat diraja kelantan dan orang tanpa gelaran – anak-anak dinamakan Nik – ini pun benar..macam kes Megat juga.

    Jadi benarlah pendapat sesetengah mereka kat sini, tolong check betul-betul silsilah tu.

    Lepas tu, jika ada orang berkata : Semua manusia adalah cucu tok adam, betul juga, tetapi kena ingat “taqwa membezakan semuanya walaupun nampak zahirnya sama”…Qabil dan Habil pun saling bertelingkah…jadi, baik-baik sikit, kalau nak perli orang “manusia ni semua sama” atau “semua anak cucu tok adam”….walaupun betul tapi tiada pengisian ilmu tak guna juga…sebab Rasulullah s.a.w. pun keturunan Nabi Adam….

    Wallahua’alam..ana singgah sebentar nak menegur…

  9. Wan Izzat Wan Anas Wan Yusoff Wan Abdullah Wan Jaafar Wan Sulaiman Says:

    Saya dpt info dari pakcik saya yg rajin kaji asal usul keturunan keluarga kitorg, info ni die dpt dari Majlis Agama Islam Kelantan, keturunan Wan dan Nik ada 2 jenis :
    i. keturunan yg diberi gelaran atau pangkat oleh raja2 zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan
    ii. keturunan Wan atau Nik yang asli, maknanya nama yg bermula dgn Wan atau Nik ni berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah
    Ini dapat dari laman web.
    Para ahli sejarah telah sepakat bahawa orang-orang keturunan Nik dan Wan di Kelantan, Pattani dan Campa adalah dari keturunan Syed Husain Jamadil Kubra. Ini juga bermakna orang-orang keturunan Nik dan Wan di Kelantan, Pattani dan Campa mempunyai hubungan darah dengan Wali songo di Jawa.

  10. PakNik Says:

    Saya bersependapat dengan Wan Izzat. Untuk mendapat keterangan lanjut tentang silsilah atau keturunan Nik sila dapatkan karangan arwah ustaz saya, Ustaz Abdullah Nakula. Saya pernah menulis laman web tentang keturuanan keluarga saya namun kerana lama tidak menyelianya maka kini laman berkenaan tidak lagi dapat diakses. Kini saya sedang cuba menyusun semula tentang hal tersebut pada http://keluarganik.wordpress.com.

  11. denan Says:

    Saya juga bersependapat dengan Wan izzat, dari apa yg saya tahu dari arwah tuk wan saya, iaitu wan mariam, beliau pernah mengatakan zaman dulukala moyang keturunan wan asalnya keturunan raja pattani, dan arwah juga memberitahu yang si moyang keturunan wan ni cakap kalo nak kenal anak cucu die, pangkal nama ada wan tulah dari keturunan dia, so selididik punya selidik salah satu moyang keturunan wan ni adalah lebai husin atau syed husin bin syed abdul qadir, beliau(syed husin) membuang nama syed disebabkan tujuan berdakwah, dan menggantikan gelaran syed kepada wan terhadap anak2 beliau. tapi sebelum beliau lagi panggilan wan telah digunakan untuk cucu syed husin jamadil kubra, iaitu wan abul abdullah bin syed ali nurul alam bin syed husin jamadil kubra. dan keturunan asal nik dari syed husin jamadil kubra pon mmg ada, dan keturunan sultan kelantan sekarang ni pon dari syed husin jamadil kubra juga dan sama juga keturunan tuan, keturunan nik, wan, tuan dan tengku di kelantan ni lebih diketahui sebagai keturunan ba’alawi peringkat pertama berhijrah ke nusantara sekitar 14 M, disebabkan proses asimilisasi yang dah kat 6 ratus tahun tu pasal dari syed jadi wan, nik, tengku, dan tuan di kelantan dan terengganu, ni champ byk nik dan wan, berbeza dgn keturunan syed dan syarifah yg ada sekarang ni di malaysia adalah peringkat penghijrahan yang kedua antara 18M – 20M atas dasar politik disebabkan puak wahabi duk cari dan nak hapuskan keluarga sadah ni , sebab tu kalo tgk rupa wan, nik, tuan takde rupa tok arab dah, pasal dah lama sangat bercampur ngn orang tempatan, ini berbeza ngn keturunan syed peringkat kedua, sebab baru lagi smp nusantara dan atas sebab kebanyakan syed ni x bagi anak perempuan bkahwin ngn orang biasa alasan dia nanti hilang nasab, tapi berbeza ngn keturunan syed peringkat pertama, sebab mengikut kaedah imam syafi’ei dan imam hambali tidak hilang nasab keturunan rasullah dari pihak ibu yg berkahwin dengn orang biasa, sebab itulah kalau nak tau kenapa kalau di kelantan perempuan yang berketurunan tuan atau tengku berkahwin dengan orang biasa anaknya diberi predikat NIK didepan nama mereka, huhuhu..

  12. farah Says:

    assalamualaikum..

    sy pun pantang gak org ckp suka-suka hati pasal nama berpangkal dengan Nik atau Wan..sy pun sm mcm izzat ckp..tol kt denan tu..kt ktan lau belah mak kawin dgn org yg x der nm nik,wan,tengku dn sbgai nyer…kn ltk nm nik kt dpn…citer nyer…x nak hilang ktrunan ler..lau nk tau lbh lanjut bc ktrunan raja jembal ler..

  13. lloni Says:

    Nik ada 3 bangsa..Wan pun ada 3 bangsa..kajilah sejarah..

  14. nik rafha nik mohd fauzi Says:

    salam..maaf saya tak de data yang lengkap. cuma dari pemerhatian dan juga cerita dari nenek moyang.
    mengikut kata ayah saya nik dan wan adalah nama bagi orang yang berketurunan raja berkahwin dengan rakyat biasa. moyang saya mempunyai perwatakan seorang ARAB. malahan adik beradik kami di lilit oleh kain kuning sewaktu kelahiran .

  15. Wan Mohd R Says:

    salam semua,

    saya mendapat tahu dari saudara mara saya di kelantan bahawa, mereka yang mempunyai gelaran wan/nik dibolehkan untuk memasuki kawasan istana dengan hanya menggunakan nama mereka sahaja, betulke fakta ini atau cuma khabar angin.

    saya juga diberitahu kawasan utama untuk keturunan wan adalah di kampung laut manakala keturunan nik di kawasan berdekatan kota bharu.

  16. wan yusuf wan mumin wan ali tuanku abdullah sayyid muhammad sayyid daud al-idrus Says:

    salam,ana dpt tau info yg wan ni asalnyer tuan atau dlm arab sayyid……..org melayu ni ske ringkaskan ayat…tu lar jadinyer wan….mls nk sebut tuan……..dan info tmbhn,wan ni mmmg asalnyer dari susur galur sayyidina hussein r.a……

  17. Baba Syarif Says:

    SALAM, SAYA ADALAH ZURIAT DARI WAN, NIK, DAN CIK JUGA RAJA YANG TELAH HILANG GELARAN PADA PANGKAL NAMA,NAMA SAYA IALAH MOHAMMAD BIN OMAR BIN MUDA BIN MAD DIAH BIN RAJA SEMAN BIN RAJA ALI LEGEH FATHONI, DATUK SEDARA SAYA CAKAP AKIBAT DARI HILANG TAHTA DI PATANI KPADA SIAM, DATUK KEPADA DATUK SAYA MEMBUANG GELARAN DIRAJA DIPANGKAL NAMA BELIAU SELEPAS BERHIJRAH KE KG KELABURAN TUMPAT, DI DAERAH TUMPAT BELIAU DIKATAKAN BERKAHWIN DENGAN ISTERINYA (NENEK MEK NAL, MAKAM BELIAU DAN KELUARGA DI PINGGIR SUNGAI KELANTAN DI PANGKALAN KOK MAJID, TUMPAT)YANG BERASAL DARI KELUARGA PEMBINA MASJID KAMPUNG LAUT(WALLAHU ALAM), IBU SAYA BERNAMA NIK ZAHARAH SALLEH ADALAH CUCU NIK MAT (ALOR TAL, TUMPAT)DAN JUGA CUCU TOK NEBE LONG ALOR TAL..IBU (TOK WAN)PADA AYAH SAYA PULA BERNAMA CHE MUNAH BT CHE LONG BERASAL DARI KG KUBANG MAS PADANG EMBON, UNTUK PENGETAHUAN KELUARGA CHE ATAU WAN BERASAL DARI CHE SITI WAN KEMBANG, CHE SITI WAN KEMBANG JUGA BERASAL DARI ANAK CUCU PUTERI LINDUNGAN BULAN DAN SYD HUSSEIN,MANAKALA NIK TUAN TENGKU ATAU RAJA KEBANYAKANNYA BERASAL DARI KETURUNAN WAN BO,WAN HUSIN ,ALI SULTAN QUMBUL DAN LAIN-LAIN YANG MANA MEREKA INI ADALAH JUGA BERASAL DARI SYED HUSEIN AL-ABAR/AKBAR/AL-KUBRA ALIDRUS PENDAKWAH NUSANTARA PERTAMA BERSAMA 7 SAUDARANYA…putralegeh78@gmail.com / berandamadina.wordpress.com

  18. lloni Says:

    susurgalur yg saudara legeh kemukakan itu ada sedikit kekeliruan..

  19. Wan Min Nursi Says:

    Ha ha ha loh gi bedal gi masing masing ngaku dio keturunan Bangsawan. Kok mana pun pendapat tu semua buleh guno. Macam kata Iloni ada 3 bangso selagi takleh make ikan kekace/alu-alu, kenduri nge pise jelai hijau siap 3 piak sireh dari Wan (keturunan Tok Ghombak)lah tu banyok di kawasan Kg Laut, Kutan dan Pasir Mas, tak leh make rebung buluh betong, nge duduk atah tikar khecuk Nik lah tu dari asal Raja Bersiong, kawasan nya dekat Kota Baharu hingga Kedai Lalat. Atah dasar pengalaman ambo pado ikan kekace lah memang ada masalah bila makan he he he. Ada jugo campuran 2 ni kalu ayahnyo Wan mak Nik biasa nya anak nak di letak Nik, begitu juga nge kalu Ayah Nik tentu saje Nik di pangkal nama. Tapi 2 keturunan ni ada yang jadi Ulamak mashur, jika menjadi pemerintah tentu saje tak di guna nama Wan dan Nik lebih sesuai dgn gelaran Tengku, Engku dan Raja. Tengku, Raja, Nik dan Tuan seketurunan, lagi sa dari Tengku, Wan dan Che.
    Yang lebih pada iman dan amal, jaga nama baik keturunan jangan sampai orang kata Wan @ Nik berperangai gitu gini disitu lah jadinya orang dulu dulu tidak guna nama keturunan takut disumpah oleh orang akan keturunannya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Sa lagi dihilangkan nama tu sebab takut tak ada kawan kerana orang tak nak buat saing takut ketulahan biasanya keturunan ni dulu sumpahnya menjadi hu hu hu. Walahualam.

  20. wan bin wan Says:

    darah Wan dalam diri aku kuat mengalir sbb nama mak aku pangkalnye wan dan sama juga dgn bapak aku.. kiranya kedua atuk aku wan.. kedua nenek aku pgkal nye che.. dan keturunan kami contohnya mcm makcik dan pakcik aku ada yg mcm cina pure dan ada yg mcm arab.. mak aku mcm arab dan ayah aku mcm cina.. dan aku hasil keduanye.. huhu..so mungkin teori salasilah wan dari arab dan champa betul.. wallahualam.🙂

  21. lloni Says:

    selamat hari raya walau lewat seminggu…..

  22. Kurniawan Says:

    Kakek ke 5 diatas saya dari jalur bapak bernama Tuan Wali Muhammad (1830/1840 M )berasal dari Melayu, ada gelaran “Tuan” di awal nama, apakah saudara ada yang mengetahuiyang sekerabat/famili dengan kakek moyang saya ini, terima kasih

  23. Baka Wan Asali Says:

    aslkm wbt sdara mara sklian…

    mula2 ambo nk ucap tq pd yg membangunkan blog ni coz dpt sama2 bincang n kongsi maklumat.

    utk pengetahuan,ambo ni keturunan WAN dari kedua almarhum/almarhumah ayahanda & bonda.cuma nenda sblh bonda shj tiada gelaran WAN krn mengikut cerita almarhumah adalah dr keturunan cina berasal dr songkla thailand.lain2 smuanya ada gelaran WAN coz keluarga kami kebanyakan kawin sedara.bahkn kami adalah dr keluarga yg bsr.

    ambo byk dgr cerita2 kabur asal usul keturunan kami dr almarhum/almarhumah nenda2 kami.ada yg ckp dr pattani & alim ulamak(iman x dpt d warisi).ni agak2 mcm btl coz kami ramai sdara dr sana tp dh x mngenali antara sesama kami d sebabkan jarak & masa.ader gak sbhg yg mnetap d langkawi & d kutan juga kami ramai sdara mara yg x d kenali.

    namun ada gak criter yg ckp mcm yg saya tnampak d blog (lupe nama) yg keturunan kami berasal dr luar (x tau ) dan dlm pelayaran telah karam d lautan tp d selamatkan oleh ikan kekacang.d sebabkan itulah d larang makan ikan kekacang dan rebung buluh betung (wallahualam) dan smpi skrg mmg kami sekeluarga x mkn coz x suka n bkn kegemaran keluarga kami.lg satu klu bertindik bg perempuan,kena pakai emas & x blh sebarangan logam.

    manakala dlm adik beradik ambo,ambo (bongsu dr 7 adik beradik) srg jh klu nk tdo mcm kena alas kuning & kena berkemas tmpt tdo serta diri(perasan raja kut?)sblm tido & klu x laksanakannya mcm x selesa.

    sedih gak coz x dpt mngetahui susu galur keturunan kami setelah keseluruhan almarhum/almarhumah ayanda/bonda & nenda2 kami telah kembali ke rahmatullah dan tiada lg bhn rujukan.

    utk pengetahuan,aruah nenda ambo HJ.WAN IDRIS BIN WAN ABDUL SAMAD, namanya ader tercatat dlm buku (lupa tajuk) yg mngisahkan alim ulamak kelantan coz allahyarham adalah pengasas pondok agama kg.rasal, to’uban p.mas,kltn.

    nama2 tokoh yg famous dlm sejarah kelantan yg saya dgr dr cerita2 almarhum/almarhumah ayahanda/bonda dan nenda2 saya yg mempunyai pertalian darah dgn keturunan kami adalah :
    1) Ulamak Tok Selehor
    2) Ulamak Tok Kangkung
    3) Tok Wan Ali Kutan
    4) Allahyarham Hj. Wan Jamil Bin Wan Sulong
    (Bekas ADUN Kelaboran klu x silap)

    so klu sesiapa yg disini arif n mengetahui susur galur keturunan ambo atau tau d mana blh ambo rujuk, sila berikan maklumat.

    tqvm pada smua smoga silaturrahim kita berpanjangan

    wassalm

  24. Baka Wan Asali Says:

    aslkm wbt sdara mara sklian…

    mula2 ambo nk ucap tq pd yg membangunkan blog ni coz dpt sama2 bincang n kongsi maklumat.

    utk pengetahuan,ambo ni keturunan WAN dari kedua almarhum/almarhumah ayahanda & bonda.cuma nenda sblh bonda shj tiada gelaran WAN krn mengikut cerita almarhumah adalah dr keturunan cina berasal dr songkla thailand.lain2 smuanya ada gelaran WAN coz keluarga kami kebanyakan kawin sedara.bahkn kami adalah dr keluarga yg bsr.

    ambo byk dgr cerita2 kabur asal usul keturunan kami dr almarhum/almarhumah nenda2 kami.ada yg ckp dr pattani & alim ulamak(iman x dpt d warisi).ni agak2 mcm btl coz kami ramai sdara dr sana tp dh x mngenali antara sesama kami d sebabkan jarak & masa.ader gak sbhg yg mnetap d langkawi & d kutan juga kami ramai sdara mara yg x d kenali.

    namun ada gak criter yg ckp mcm yg saya tnampak d blog (lupe nama) yg keturunan kami berasal dr luar (x tau ) dan dlm pelayaran telah karam d lautan tp d selamatkan oleh ikan kekacang.d sebabkan itulah d larang makan ikan kekacang dan rebung buluh betung (wallahualam) dan smpi skrg mmg kami sekeluarga x mkn coz x suka n bkn kegemaran keluarga kami.lg satu klu bertindik bg perempuan,kena pakai emas & x blh sebarangan logam.

    manakala dlm adik beradik ambo,ambo (bongsu dr 7 adik beradik) srg jh klu nk tdo mcm kena alas kuning & kena berkemas tmpt tdo serta diri(perasan raja kut?)sblm tido & klu x laksanakannya mcm x selesa.

    sedih gak coz x dpt mngetahui susu galur keturunan kami setelah keseluruhan almarhum/almarhumah ayanda/bonda & nenda2 kami telah kembali ke rahmatullah dan tiada lg bhn rujukan.

    utk pengetahuan,almarhum nenda ambo HJ.WAN IDRIS BIN WAN ABDUL SAMAD, namanya ader tercatat dlm buku (lupa tajuk) yg mngisahkan alim ulamak kelantan coz allahyarham adalah pengasas pondok agama kg.rasal, to’uban p.mas,kltn.

    nama2 tokoh yg famous dlm sejarah kelantan yg saya dgr dr cerita2 almarhum/almarhumah ayahanda/bonda dan nenda2 saya yg mempunyai pertalian darah dgn keturunan kami adalah :
    1) Ulamak Tok Selehor
    2) Ulamak Tok Kangkung
    3) Tok Wan Ali Kutan
    4) Allahyarham Hj. Wan Jamil Bin Wan Sulong
    (Bekas ADUN Kelaboran klu x silap)

    so klu sesiapa yg disini arif n mengetahui susur galur keturunan ambo atau tau d mana blh ambo rujuk, sila berikan maklumat.

    tqvm pada smua smoga silaturrahim kita berpanjangan

    wassalm

  25. Baka Wan Asali Says:

    ambo asal t.merah kelantan.duk d jalan kubur.sedara mara kami adalah penduduk asal d siti iaitu jalan kubur dan jalan wan ahmad betul d belakang balai polis tanah merah,kelantan

  26. $18.99 Says:

    I read this paragraph completely on the topic of the resemblance of
    latest and earlier technologies, it’s amazing article.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: