Toleransi vs Tegas

Salam pertemuan, 

Semalam Mak saya bagitau, coolbox saya telah hilang dirembat orang. Hampeh tol. Coolbox pon nk dipau. Saya dengan ini, meminta pencurik tersebut jika dia membaca blog ini agar memulangkan coolbox tersebut. Dan pada sesiapa pernah terlihat coolbox saya yang berjenama Coleman kaler biru (Gambar Sebelah) sila bagitau saya.😉

Hari ini saya nk borak kosong lagi, perihalnya mungkin tak berapa menarik. Pasal toleransi dan ketegasan. Suatu yang berlawanan tapi tidak bermaksud salah satu lebih bagus dari yang lain. Sebab topik ni mungkin menyinggung beberapa pihak, saya terlebih dahulu memohon maaf jika tak sengaja menguris perasaan pembaca.

Pendapat saya, diulangi pendapat saya, toleransi lebih digemari oleh lebih ramai orang berbanding ketegasan.

Contoh yang saya nk gunakan ialah golongan Pondok dan Ustaz2 Moden. Sensitif nih. Contoh yang saya gunakan ni hanya sebagai contoh sahaja, tak perlu di spesifik kepada sesetengah golongan, sekadar tujuan perbincangan, tidak lebih dari itu.

Golongan Pondok bisanya lebih tegas dari ustaz2 moden sekarang ni. Bila berkisar sesuatu isu, satu garis panduan yang jelas boleh digariskan. Yang tak boleh, tetap tak boleh dan yang boleh tu boleh la kan. Tegas. Tiada tolak ansur. Pada saya, dengan ketegasan ini menyebabkan kebanyakkan Tok Guru2 pondok ni karamah mereka lebih tinggi berbanding ulamak2 lain. Dari segi amalan rohani tu tak perlulah kita bincangkan untuk topik ni. Tapi… dengan ketegasan sebegini, ramailah puak2 yang kurang selesa dan tidak dapat menerima pendekatan mereka. Ada yang kata jumudla, berfikiran tertutupla. Pada saya, ketegasan dalam prinsip hidup dan pegangan sebenarnya memberi kualiti yang tinggi pada seseorang individu.

Berbalik kepada Ustaz2 moden, mereka lebih terbuka dalam sesuatu isu dan bertoleransi. Jika sesuatu masalah agama muncul, mereka tidak akan terus menggariskan panduan, boleh atau tak boleh. Bergantung pada keadaan tertentu yang kebanyakkan adalah terlalu subjektif. Mungkin bagi sesetengah orang takrifan darurat tu berbeza2. Maka muncullah kisah bila darurat, hukum ini diperlonggarkan. Namun, keadaan bagaimana yang dikatakan darurat itu… masih samar dan subjektif. Islam itu mudah dan memudahkan. Namun jangan la plak ambik mudah. Sikap toleransi sebenarnya membuatkan orang ramai lebih selesa untuk menerima dan mempunyai kesan tersendiri dalam pendekatan dakwah itu sendiri. Pendapat saya, dakwah dapat disebarkan dengan lebih berkesan melalui toleransi.

Saya merasakan keduanya perlu. Tiada yang salah. Mungkin anda boleh komen tak perlu terikat pada contoh yang saya berikan. Mungkin tegas dalam prinsip hidup. Cth: Pak Guard yang betul2 ikut peraturan (tegas) tak di sukai ramai walaupun dia hanya menjalankan amanah yang diberikan berbanding Pak Guard yang lebih bertolak ansur dan memberi kelonggaran.

Sehingga bertemu lagi…

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

9 Komen di “Toleransi vs Tegas”

  1. linn_comel Says:

    Setuju Fuad, tegas tu bagus, tapi tak ramai yg suka dengan ketegasan walaupun ianya membawa kearah kebaikan. Orang sukakan flexible tapi, ada kala sekiranya terlalu toleransi atau flexible orang akan mengambil kesempatan diatas sika toleransi itu.
    Tapi hakikat zaman sekarang, yang tegas pun boleh dijinakkan sekiranya kena pada cara.

  2. aku Says:

    tegas dan toleransi perlu kena pada tempatnya.

    tegas tak kena tempat dan toleransi tak kena tempat adalah zalim.

    sekian🙂

  3. amokdemanis Says:

    mcm ade maqsud tersirat jek fuad? anywei, stuju dgn aku. tegas + toleransi complement between eachother.

  4. al-Marbawi Says:

    saya setuju sangat dengan encik Fuad. Tegas ngan toleransi ini perlu seiringan. Dalam erti kata lain, peraturan tetap peraturan, tetapi dalam sesuatu keadaan, tolak ansur adalah penting supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

    Banyak contoh yang boleh dilihat di kala ini. Contohnya seperti di sekolah. Guru-guru yang terlalu mengikut peraturan sangat tidak disukai oleh pelajar-pelajarnya. Manakala guru yang boleh bertoleransi selalu menjadi kesukaan dan kegemaran pelajar-pelajar ini. Ini kerana guru jenis ini dapat memahami perasaan dan jiwa pelajar-pelajarnya yang tidak sukakan peraturan terlalu ketat.

    Islam juga sebenarnya adalah tegas+toleransi. Jika diperhatikan betul2, Islam tidak pernah menekan umatnya, malah bisa memberi kelonggaran yang tidak melanggar peraturan..

  5. akirasuri Says:

    🙂 saya dah nampak coolbox awak! tu kat gambar tu. he he he.

    emm ketegasan dan ketoleransian amat perlu dalam sesuatu kerja dakwah. tanpa 2 aspek ni, cacat rasanya. kalau terlalu toleransi namun tiada penegasan, orang akan ambil mudah. namun ketegasan membabi buta tanpa ada toleransi [bergantung kepada situasi] pula akan menyebabkan pemberontakan dan perpecahan wujud. kesederhanaan dalam penggunaan 2 elemen penting ni, insya-Allah mampu menaiktarafkan tingkat dakwah dalam masyarakat kita.😉

  6. gempaq Says:

    wooo…!!! tegas dan toleransi…. memang pun tak ramai yang sukakan ketegasan… tapi lebih suka pada tolah ansur… am suka pada yang tegas bertempat dan tolak ansur pada yang munasabah…. jadi ini lebih seimbang dalam kehidupan…

    contoh pada seorang boss la… dalam hal berkaitan kerja perlu ada ketegasan…. dan berkaitan sosial ada tolak ansur… jadi tiada soal ambil kesempatan terhadapnya…

  7. Fuad Says:

    Mekasih atas komen2..😛

  8. KakiPatah Says:

    Yeaaah!macam tu la kalu nak hidup….

  9. psittacula Says:

    Hukum dalam Islam tak boleh ditoleransikan. bayangkan kalau hukum memakai tudung bagi wanita ditoleransikan…bagaimana? hasilnya cam ni laa…cam sekarang ni…mak bapak pun ramai yang tak kisah anak tak menutup aurat.

    cara yang digunakan oleh ulamak pondok memang benar dan betul walaupun kedengaran agak tegas. biasalah manusia, tak mahu mengakui kebenaran kerana pada pendapat segelintir mereka , “kenyataan itu amat pedih”. mereka tahu meninggalakan solat seumpama meruntuhkan tiang agama, tapi mereka masih mahu bertoleransi dalam hal ini.

    boleh ke hukum islam ditoleransikan?

    anyway coolbox awak tu dah hilang ye? maybe kena curi dek RJ, ozzie, heather, verne, hammy dan kawan-kawannya yg lain (over the hedge) heheheheheh….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: