Permainan Hidup

Salam pertemuan…

Haha..setelah seminggu. Saya demam sejak ari Isnin lepas dan kini kembali betugas. Fuh..dengan penuh keberatan. Nasib baek ada blog, ada alasan sket nk menapak ke opis dengan sedikit semangat untuk di gengam.

Minggu lepas, saya sebok mengulangkaji buku yang bertajuk Panduan Haji & Umrah keluaran Lembaga Tabung Haji. Hajat dihati nk pergi umrah yang dijadualkan pada 21 Mac 2007. Malangnya kerajaan Arab Saudi lambat keluarkan Visa dan impian saya terkubur (buat kali ini). Sebaik sahaja dapat berita yang teramat menyedih itu, seluruh hormon2 pertahanan tubuh saya mengalami penyusutan kualiti kerja yang amat ketara. Petang tu saya demam teruk.

Seingat saya, demam kali ini antara yang paling teruk sehingga saya mengalami mimpi yang amat menyeramkan. Mimpi Seram: Saya membeli saham dengan semua duit simpanan saya dan saham tu turun sikit demi sikit. Fuhh.. Boleh meracau di buatnya. Haha…😛

Arini nk cite pasal buku saya saya baru beli sebelum balik kampung aritu. Saya sepatutnya naik bas pagi, tapi sebab malam tu xleh tido (mimpi seram antara sebabnya selain layan DVD… Best wooo cite Apocalypse) saya dah terlepas bas pagi. Maka merewang2 lah saya nk tunggu bas malam plak. Saya mencari satu buku yang lain dari yang saya dok baca selama ni. Saya tak mau buku berat pasal saham, perniagaan, self-improvement, psycology tapi saya nak carik buku dalam kategori ni jugak tapi dalam bentuk novel atau cerita lawak yang santai jek kandungan dia. Antara buku yang menarik perhatian saya:

  1. Traders, Guns & Money – Novel kisah kejahatan broker2 membaham duit2 para traders.
  2. Monkey Business: Swinging Through the Wall Street Jungle – Kisah 2 orang mamat Grad Havard & Wharton yang keje kat brokerage company
  3. Confessions of an Economic Hit Man – Kisah pengakuan pembunuh ekonomi negara2 lain. Bagaimana US menggunakan Hit Man ni nak musnahkan ekonomi sesebuah negara.

Akhirnya, saya terbeli buku The Game karya Neil Strauss. Asalnya saya menjangkakan buku ni pasal kisah benar pengamal NLP (Nuero Linguistic Programming) yang berjaya. Memandangkan harga nya antara yang terendah dan terletak dalam rak International Best Seller kat Borders dan juga tajuknya agak menarik pada kaki game macam saya.

Rupa2nya novel ni mengisahkan kehidupan seorang PUA, Pick-up Artist. PUA ni golongan yang menggunakan skill mereka samaada ilmu psycology atau NLP atau trial & error untuk menggoda wanita2 jelita. Misi mereka adalah ringkas, seduce & get laid. Buku yang tak sesuai utk orang2 yang berdarah sejuk (buaya darat) sebab buku ini akan mengajar mereka skill yang akan merosakkan lagi wanita2 di Malaysia. Bagi Lelaki yang baik hati dan saja nk gelak2 macam saya😉 Buku ni ni memang best lawak tak ingatnyer. Bagi wanita2 yang tgk buku ni di baca oleh suami, tunang atau pakwe anda, berhati2lah. Hahak..

Life is a game. As long as you play by the rule (if you know the rule of course), you’ll get what you want” 

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

11 Komen di “Permainan Hidup”

  1. aman Says:

    hush, demam…patut ar lama tak update…😀 dah sihat blum?

  2. aku Says:

    Mimpi Seram: Saya membeli saham dengan semua duit simpanan saya dan saham tu turun sikit demi sikit

    wah, memang sah gila saham hahah..

  3. aku Says:

    lupa plak, kalo dah sehat tu… rajin2lah menulis lagi kat fuadibr tu ye..

  4. akirasuri Says:

    hahak..
    sudah kembali?
    awak sudah ditag. jangan ngelat. nanti saya gigit! ha ha ha.
    silalah jawab tag tu sebelum awak bercuti lebih panjang..
    ha ha ha..

  5. aku Says:

    wahahaha.. ada orang nak gigit fuad la.. best betoi.. huhuhu😉

  6. amokdemanis Says:

    aku: ekekke.. betullah ‘aku’.. aku pun tumpang suka.. eheheh..

    fuad: “play by the rule ” is not creative enough! play with your own rule. that’s discovery. heh

  7. ad3ck Says:

    seram gak mimpi hang tuh. lagi seram dari citer hantu hehe. tapi mimpi kan mainan tido. so dont worry hehe.

    “Life is a game. As long as you play by the rule (if you know the rule of course), you’ll get what you want”
    game ade cheat. life ade tak hehe.

  8. payakubor Says:

    Hahaha nampaknya ilmu dalam buku the game tu berhasil le fuad. Misi kau untuk kena gigit dengan perempuan hampir berjaya.

  9. psittacula Says:

    saya dalam usaha untuk memantapkan diri ke arah manusia beriman, berilmu dan beramal. Untuk mencari ilmu memang mudah, suratkhabar, buku, internet , tv, bla…bla…bla…cuma tak cukup masa 24 jam nak buat tu semua..ada tak apa2 petua yg boleh saya aplikasikan dalam hidup dan kerjaya sebagai penulis supaya tak ketinggalan ilmu yang berguna?..pendek kata, camna nak bahagikan masa supaya dapat baca banyak buku, dapat tonton banyak movie, dapat surf banyak maklumat kat internet…kalau saya penganggur, maybe leh buat kot…

  10. chot Says:

    ko xbasuh kaki sebelum tido ye…

  11. Fuad Says:

    Aman: Dah sehat dah🙂

    Akirasuri: Ya Makcik. Sudah di jawab. Sila jgn gigit saya.

    Aku: Ada orang jeles nmpk..

    Amok: Itu lagi best

    Ad3ck: Ada cheat woo. Cuma setengah2 orang jek tau..

    Payakubor: Haha😛

    Psittacula: InsyaAllah tercapai impian tu..

    Chot: Heh.. Sejuuuk dude..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: