Archive for the ‘Maklumat Umum’ category

Pindah Rumah

Mac 15, 2007

Salam pertemuan,

        Blog ini sudah berpindah ke alamat baru iaitu: www.almaribuku.com

        Jemputla menziarah selalu. Terima Kasih..

-Fuad-

Advertisements

Tak Paham tapi Best

Februari 23, 2007

Salam pertemuan,

 

Saya mempunyai satu sindrom yang saya rasa pelik iaitu seronok melayan cerita yang saya sebenarnya tak berapa paham. Contoh sekarang saya dok melayan DVD, House MD. Berebut ngan member yang nk main PS2 saya plak sebuk nak ngabiskan yang season 1 punya. Yang lawaknya, saya bukanlah paham sangat medical2 term yang derang sebut tapi best gila melayan problem solving scenario nih.

Dulu, saya jugak dok gila melayan anime Hikaru No Go. Anime pasal budak yang main Go, sejenis catur Jepon. Terus terang, sampai sekarang saya tak paham camne Go tu dimainkan. Tapi besh jugak melayan cite tu.

Ini adalah sindrom yang saya tak paham. Tak paham tapi best. Malam ni nak marathon DVD tu sampi abes. Selamat berhujung minggu.. I Love Friday 😛

Iklan: Saya nk bagi buku free kat orang yang berminat saja. Sila rujuk blog Main Saham. Siapa cepat dia dapat.

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

Teori Ngarut, Hukum Fuad ke-2

Januari 17, 2007

Salam pertemuan, 

Hari ni saya menganggarkan saya akan mendapat kecaman hebat dari pembaca blog wanita. Haha. Tapi best jugak untuk diperbahaskan. Sebelum borak pasal satu lagi teori sains sosial saya yang suka2 je saya buat kesimpulan, suka saya jelaskan saya bukanlah seorang yang pakar dalam sains sosial malah tak pernah dalam hidup saya, saya mempelajari ilmu2 berkaitan sains sosial. Latarbelakang pendidikan saya ialah kejuruteraan. Sebagai pemikir bebas (jangan salah paham berkaitan akidah ye), subjek sains sosial adalah sesuatu yang begitu menarik pada saya.

Sebelum ni saya pernah cerita 3 hukum dalam kehidupan manusia.

1. Hukum Fuad Pertama
2. Murphy Law
3. Six Degree of Separation Theory

Pernah jugak saya jalankan eksperimen untuk Six Degree of Separation Theory kat pembaca blog Almari Buku ni, stakat ni Hidet-San berjaya membuktikan hukum ni. Tak sampai 6 orang, 4 orang jek dah dapat sorang kenalan saya kat tempat saya keje dulu. Kawan2 yang lain mungkin tak berjaya atau mungkin tak buat pon. Terima kasih banyak2 kat Hidet-san dan kawan2 dia atas eksperimen tu. Arigatao..

Hukum Fuad Kedua – menerangkan nilai komersial anda bergantung pada kereta yang anda pakai (utk lelaki sahaja).

Eksperimen:

Alat: Kereta Kelisa, Kereta Kia Caren
Tempat : Kampus Jururawat, Kubang Kerian
Cara: Bawak kereta kat depan kampus. Make sure kat trafic light tu time lampu merah.
Pemerhatian : Kalo pakai kereta kelisa, anda seolah2 tidak wujud. Kalo pakai Kia Caren, semua awek2 melambai2 dengan manje dan mengoda.

Nota: Eksperimen ni dilakukan dengan tak sengaja sebenarnya. Ia sama sekali tidak dirancang. Kebetulan masa tu kuar beli barang pastu kene patah balik ambik budak2 balik sekolah. No offence ye.. 😉

Ada sape2 nak komen atau kongsi pengalaman? Haha..

Sebelum mengakhiri entry kali ni.. Don’t take it serious kay

-Fuad-

Malaysia Bodoh..?

November 30, 2006

Salam Pertemuan,

That’s not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid). Ini adalah petikan kata2 model entry hari ni, Michael Backman. Seorang pakar ekonomi Asia yang menjadi kolumnis majalah2 ekonomi Asia dan jugak menulis beberapa buku berkaitan ekonomi Asia. Untuk rujukan penuh artikel dari mana petikan diatas di ambil, boleh rujuk di sini.

Sekali baca memang bengang gak. Main kutuuk sesedap hati secukup rasa jek. Namun bile baca berulang2 kali, mungkin ada benarnya jugak yang tersirat disebalik kutukan berbisa nih. Terpulang pada anda untuk menilai.. 🙂

Slot Khabar Angin

Hari ini, saya ‘ter’berborak dengan seorang brader pasal business. Katanya terdapat sumber baru bagi mendapatkan modal perniagaan bagi orang yang betul2 serius berniaga. Caranya ialah mengambil income tax sesebuah syarikat dan di tukarkan menjadi pinjaman. Tapi syaratnya pada pendapat saya tersangatlah sukar nk dipenuhi. Syarikat tersebut mestilah mempunyai kadar income tax sebanyak 1 juta. Fuhh.. kalo income tax pon dah 1 juta, keuntungan dia musti berjuta2 lemon punyer. Apapun, kalo sape2 ada syarikat atau syarikat member yang tiap2 tahun bayar cukai 1 juta kat LHDN, boleh la contact saya. Nnti saya boleh slow talk ngan brader tu untuk dapat potongan cukai (yang dipotong tu jadik modal saya wat business… hahak 😉 )

Slot Sembang tak Ingat…

Tengah ari tadi saya pegi singgah kat Maxis center. Pastu ter’ayat’ plak oleh amoi salesgirl tu. Maka saya keadaan emosi yang separuh sedar telah menyain borang Maxis Wireless Broadband. Huhu.. Katanya kalo 30 ari try tak puas ati boleh return balik tak yah bayar apa2.. Maka saya pon terpancinglah dengan teknik2 sales derang. Minggu depan bleh try tulih blog kat rumah plak.. Best2.. 🙂 Harap2 ada masa untuk itu… 

Malam ni kene stay-up lagi.. uh uh.. Sape ada lagu2 syahdu sket nk pasang malam ni kat Lab..

-Fuad-

Pengumuman…

Oktober 12, 2006

Arini saya tak sempat lagi nk tulih blog.. 😦 Disaat orang lain bertungkus lumus melakukan ibadat, saya pulak sedang sebok dengan urusan dunia.. Urusan yang perlu disiapkan hari ini jugak…by hook or by crook.. kata mamat tulah.. Huh. Bertapa ruginya.. Teringat pesan beringat 5 sebelum 5.

Maka dengan berat hati terpaksa jugak melangkah ke opis yang sudah tak rela menerima kedatangan saya lagi malam ni. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga kepada sahabat yang sudi bertandang ke blog ni hari ni.

Mintak maaf jugak tidak dapat mencurik ilmu kalian hari ini. Saya nk bagitau satu rahsia yang saya baru tahu hari ini. Waktu saya balik tadi, gerai air depan Masjid Bayan Baru mengamalkan satu polisi. Apabila sahaja Azan Maghrib berkumandang, air akan diberikan secara percuma.. Haha.. Rezeki orang berbukak dalam keta.. Sapa2 nk berbukak air free bolehla nk dekat azan wat muka tak malu menerjah ke gerai tu.. 😛 Apapun semoga brader tu dimurahkan rezeki hendaknya.

Ok2.. pengumuman yang saya nak buat: Kepada sahabat2 yang mintak Game CashFlow tu saya dah antar tgh ari tadi. Semoga dapat manfaatkan. Kalo ada yang nama ter miss tu nnti bagitaulah.. Siap satu game hantar pegi Hong Kong lagi.. heheh..

Pengumuman kedua, saya nk tolong promote e-book free dari Labanon, harap2 tak basi lagi lah berita nih.. 😉 Boleh dapatkan e-book tu di sini : http://usahawan.d3ly.com/

Sorry brader tak sempat baca lagi.. Tapi saya dah baca yang version 0.0 punyer. Ebook yang sgt menarik dan betul2 tak sangka dihasilkan oleh penulis muda yang mempunyai visi yang sangat mantap. Apalagi, rebutlah peluang ini.. 🙂

Okeh2.. Jom balik. Rugi dok lepak kat opis time karnival sale nih.. Sehingga berjumpa lagi sahabat.

-Fuad-

Pengumuman…

Oktober 12, 2006

Arini saya tak sempat lagi nk tulih blog.. 😦 Disaat orang lain bertungkus lumus melakukan ibadat, saya pulak sedang sebok dengan urusan dunia.. Urusan yang perlu disiapkan hari ini jugak…by hook or by crook.. kata mamat tulah.. Huh. Bertapa ruginya.. Teringat pesan beringat 5 sebelum 5.

Maka dengan berat hati terpaksa jugak melangkah ke opis yang sudah tak rela menerima kedatangan saya lagi malam ni. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga kepada sahabat yang sudi bertandang ke blog ni hari ni.

Mintak maaf jugak tidak dapat mencurik ilmu kalian hari ini. Saya nk bagitau satu rahsia yang saya baru tahu hari ini. Waktu saya balik tadi, gerai air depan Masjid Bayan Baru mengamalkan satu polisi. Apabila sahaja Azan Maghrib berkumandang, air akan diberikan secara percuma.. Haha.. Rezeki orang berbukak dalam keta.. Sapa2 nk berbukak air free bolehla nk dekat azan wat muka tak malu menerjah ke gerai tu.. 😛 Apapun semoga brader tu dimurahkan rezeki hendaknya.

Ok2.. pengumuman yang saya nak buat: Kepada sahabat2 yang mintak Game CashFlow tu saya dah antar tgh ari tadi. Semoga dapat manfaatkan. Kalo ada yang nama ter miss tu nnti bagitaulah.. Siap satu game hantar pegi Hong Kong lagi.. heheh..

Pengumuman kedua, saya nk tolong promote e-book free dari Labanon, harap2 tak basi lagi lah berita nih.. 😉 Boleh dapatkan e-book tu di sini : http://usahawan.d3ly.com/

Sorry brader tak sempat baca lagi.. Tapi saya dah baca yang version 0.0 punyer. Ebook yang sgt menarik dan betul2 tak sangka dihasilkan oleh penulis muda yang mempunyai visi yang sangat mantap. Apalagi, rebutlah peluang ini.. 🙂

Okeh2.. Jom balik. Rugi dok lepak kat opis time karnival sale nih.. Sehingga berjumpa lagi sahabat.

-Fuad-

Manipulasi Dimensi – Kisah Ahmad

Oktober 9, 2006

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Perkenalkan, ini Ahmad. Ahmad adalah seorang yang istimewa berbanding anda dan saya. Jika anda tanya mengapa.. Sebab Ahmad tinggal dalam dunia 2 dimensi, sementara kita hidup didalam dunia 3 dimensi (sekurang2nya lah dengan apa yang kita tahu).

Percaya atau tidak, Ahmad melihat semua bende dalam 2 dimensi sahaja. Iaitu mengambil kira 2 sukatan ukuran, tinggi dan lebar. Ahmad sekarang melihat anda seolah2 di dalam gambar. Dia tak tahu bertapa mancungnya hidung anda kerana ukuran kedalaman tidak wujud baginya.. Semua bende dia tengok adalah ‘flat‘, maklumlah Ahmad adalah orang lidi.

Sebetulnya, anda dapat melihat segala organ dalaman Ahmad jika dia dilukis dengan versi penuh manusia yang hidup di dunia 2 dimensi. Ini kerana kedalaman itu tiada. Saya tanya satu soalan, Apa yang menyebabkan sesuatu menghalang pengelihatan di dunia 3 dimensi..? Jawapannya ialah objek yang bertindih. Betul kan? Contoh paling mudah, anda tidak dapat melihat daging anda kerana ada kulit dan anda tidak dapat melihat kulit kerana dilindungi oleh baju. Objek yang di atas menghalang anda melihat objek yang dibawah mengikut kedalaman masing2. Jadi, di dunia 2 dimensi di mana kedalaman tidak wujud, anda akan nampak segala2nya.

Andai kata anda mengeluarkan jantung Ahmad dengan menariknya ke arah anda (paksi kedalaman), pada pandangan Ahmad, jantung dia tiba2 hilang. Hakikatnya jantung 2 dimensinya kini berada di dimensi yang ke-3 dan Ahmad takkan dapat mencarinya walau dikerah seluruh umat di dalam dunia 2 dimensi mencari jantungnya. Haha.. Hebat bukan. Kita yang berada di dunia dimensi ke-3 boleh melakukan apa saja dan memanipulasi Ahmad yang berada 1 dimensi di belakang kita.

Kalo anda ceritakan kepada Ahmad bahawa wujudnya satu lagi dimensi, pasti dia takkan percaya. Anda tunjuk sfera, dia hanya nampak bulatan. Anda ceritakan kewujudan isipadu, Ahmad hanya tahu keluasan. Adalah mustahil utk Ahmad mempercayai kewujudan dimensi ke-3. Percayakah anda jika saya katakan wujudnya dimensi ke-4 atau ke-5? Mengikut kajian matematik, sekurang2nya terdapat 10 dimensi tetapi manusia tak dapat buktikan. Apa kata kita buat senarai.

  1. Dimensi Pertama – Lebar
  2. Dimensi Kedua – Tinggi
  3. Dimensi Ketiga – Kedalaman
  4. Dimensi Keempat – Ruang
  5. Dimensi Kelima – Masa
  6. Dimensi Keenam – ????
  7. Dimensi Ketujuh – ???????????

Hebat2… sungguh hebat ciptaan Allah menjangkau imiginasi dan pemikiran manusia. Maka tergelaklah saya apabila ditanya “Bolehkah Allah mencipta satu botol yang sgt kecik sampai dia sendiri tak leh masuk..?” Allah bukanlah makhluk la kawan. Makhluk yang memerlukan ruang atau dimensi sebagai bukti kewujudan. Allah adalah pencipta dimensi itu sendiri. Adakah pelik jika Malaikat Jibrail AS mengeluarkan hati Nabi Muhammad SAW utk membersihkanya sebelum Israk & Mikraj? Adakah pelik dalam satu malam sahaja Nabi Muhammad SAW selesai perjalanan menemui Allah?

Soalan2 macam ni sengaja ditujukan oleh musuh2 Islam utk menimbulkan keraguan dalam pegangan akidah umat Islam. Pernah kah suatu ketika anda kesunyian, berfikir seorang diri, atau ketika doa anda tak dimakbulkan, timbul satu persoalan, benarkah Allah itu wujud.. Anda tak perlu jawab. Saya teringat kata2 ustaz, syaitan sering cuba mengomok2kan fikiran manusia terutama sekali dari segi akidah.

Member: Sejauh mana keyakinan ko kewujudan Allah?

Saya: Yakinlah.. Yakin dengan sepenuh hati..

Member: Yelah, yakin sepenuh hati tu macam mana?

Saya: Susahla nk explain..memang yakinlah..

Member: Ustaz aku cakap. Kene yakin sebagaimana yakinnya ko bahawa ko ni adalah lelaki. Pernah ko tertanya2 tak.. betul ke aku ni lelaki?

Saya: Tak pernah terpikir plak aku..

Panjang plak arini. balas dendam dah 2 hari x wat entry.. 🙂 Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

p/s: Kepada sesipa yang berminat mendalami ilmu dimensi boleh rujuk http://tetraspace.alkaline.org/page1.htm  dan jika anda lebih fanatik, boleh rujuk wikipedia dan tgk law2 yang bermacam2 pasal dimensi. Jika anda seorang yang romentik atau suka baca novel boleh baca Flatland: A Romance of Many Dimension. Bila lagi nak baca novel geometry ye tak.. Heheh.