Archive for the ‘Motivasi’ category

Sama tapi tak serupa

Disember 29, 2006

Salam pertemuan,

Saya tgh dengar audio book ‘The Art of Winning’Robert Kiyosaki. Salah satu statement yang menarik ialah dia mengatakan jika anda mendengar balik audio book ini sebulan dari sekarang anda akan memahami dengan cara yang berbeza (dengan syarat praktikkan apa yang dibincangkan).

Seolah2nya benda yang sama akan memberi manfaat yang berbeza bergantung kepada ilmu dan pengalaman kita. Saya agak bersetuju dengan pendapat ni sebab buku yang sama jika dirujuk balik memberi pemahaman yang berlainan. Sebabnya kita dah lebih berpengalaman dari mula2 kita baca buku tu. Contoh mudah komputer yang sama akan boleh buat seseorang tu buang masa cth main game ūüėČ tapi bila dia dah sedar kepentingan masa, komputer yang sama jugak boleh digunakan untuk belajar dan mencari rezeki..

Contoh yang mungkin saya dapat bandingkan ialah penghayatan ayat2 suci Al-Quran Al-Karim..

“Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.” (Al Maaun : 4 & 5)

Ustaz2 akan bagai dalil ayat ni bagi anak2 tentang orang yang tak sembahyang akan masuk neraka Wail. Bila anak2 ni dah sedar bertapa pentingnya solat dan dah istiqamah, ayat yang sama di gunakan mengatakan orang yang melewat2 kan sembahyang masuk neraka wail..

Pengertian orang yang lebih alim, orang yang tak khusyuk dalam sembahyang akan masuk neraka. Malah tafsiran orang yang belajar tasauf akan mengatakan masuk neraka wail jika tidak mengikut ikrar dan janji yang dilafazkan dalam solat.

Makin tinggi taraf ilmu dan iman, pemahaman yang berbeza untuk ayat yang sama. Bagi yang berminat nak baca lebih mendalam boleh rujuk di sini.

Kesimpulan: Review balik buku2 yang telah di baca adalah satu langkah yang bukan saja bijak tapi perlu dalam proses pembelajaran dan disiplin ilmu.

Buat sape2 yang berminat nk dapat audio book percuma dari Robert Kiyosaki & Donald Trump leh pegi website Why We Want You to¬†be Rich. Leh download kat free download tu. Walau kat situ tulih utk reader tapi sape¬†pon yang subscribe leh je. Pssstt: Jangan bagitau Robert Kiyosaki & Donald Trump yang saya bagitau leh download free ūüėČ

Sehingga berjumpa lagi. Slamat menyambut Aidil Adha. Hayatilah erti pengorbanan yang hakiki..

-Fuad-

Advertisements

Dikesempatan itu…

November 24, 2006

Salam pertemuan,

Semalam saya terbaca satu terjemahan yang menarik minat saya untuk diperbincangkan dalam entry kali ni.

¬†¬†¬† “Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” – Al-Imran, Ayat 174.

Terjemahan yang saya baca (Al-Quran Al-Karim wa tarjamahu maknawiyah ila Al-lughatul Al-Indonesiah) menjelaskan ayat ini bercerita perihal kisah Badar As-Sughra. Sebetulnya saya tidak benar2 mengetahui cerita penuh Perang Badar Kecil. Ceteknya ilmu saya ini, saya hanya mengetahui terdapat Badar Al-Kubra dan Badar As-Sughra. Kisah Badar Al-Kubra memang selalu diperdengarkan apatah lagi bila tiba Ramadhan yang mulia. Mungkin kisah ini kurang femes ditambah pulak dengan kekurangan usaha saya mendalami ilmu sebegini. Namun setelah saya buat carian di internet, saya tak jumpa satu pon kisah Badar As-Sughra. Saya juga bertanya beberapa orang namun rata2 mengatakan pernah dengar tapi tak pasti kisah penuhnya.

Jadi, saya amat mengharapkan jika ada dikalangan sahabat yang dapat memberikan rujukan perihal Badar As-Sughra. Secara ringkas turutan peristiwa sebagaimana yang saya cedok dari buku terjemahan diatas.

Abu Sufyan dengan konfidennya menyatakan dia bersedia untuk perang Badar (setahun selepas Perang Uhud). Pada tahun itu (4H) ialah musim pacelik* dan Abu Sufyan berasa takut. Lalu dia menyuruh Nu’aim Ibnu Mas’ud pergi menakut2kan kaum muslimin dengan cerita bohong kononnya Orang Quraisy dah bersedia berperang dengan bilangan yang sangat ramai. Namun kaum muslimin tidak gentar dan tetap yakin dgn bantuan Allah (boleh rujuk Al-Imran, Ayat 173 utk kisah pembohongan ni). Bilapada orang Islam pergi untuk berperang, orang quraisy yang penakut itu tidak kunjung tiba. Perang Badar tak terjadi ketika itu..

Yang lebih menarik, ketika musim perdagangan itu, kaum muslimin melakukan perniagaan dan memperolehi keuntungan yang sangat lumayan (dirujuk sebagai kurniaan Allah yang besar dimana tidak berperang tapi pulang dengan laba yang sangat banyak).

Apa yang menarik pada saya dengan kisah ini ialah:

  1. Umat Islam ketika itu pandai menggunakan kesempatan yang ada.
  2. Walau persediaan untuk berniaga tiada (mereka hendak pergi berperang) namun dengan apa yang ada mereka teruskan juga¬†berniaga. Hasilnya tetap lumayan besar. (Jangan sebok carik alasan ūüėČ )
  3. Sesungguhnya kurniaan Allah itu sangat luas bagi hambanya yang tidak gentar dengan para musuh2 Islam.

Seorang sahabat menghantar rujukan menarik tentang ekonomi orang Yahudi yang mengusai dunia hari ini. Lihat disini untuk melihat senarai Yahudi yang menguasai ekonomi dunia. Tak tercabarkah kita dengan kuasa mereka ini?

Kepada mereka yang tahu cerita Badar As-Sughra ni dengan lebih terperinci saya amat2 menghargai pertolongan anda menolong saya mendalami kisah ini. Jadikan¬†mencari & berkongsi ilmu¬†satu amalan hidup kita.. ūüėõ Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

* Mengikut fahaman saya pacelik ni merujuk pada zaman kemerosotan ekonomi. Tapi saya betul2 tak pasti. Kalo sape faham bahasa Indonesia atau orang Indonesia, harap dapat jelaskan maksud musim pacelik.

Kucupan Mesra

November 17, 2006

Salam ukhwah buat sahabat,

Masa mengemas2 email2 yang lama tadi saya terjumpa email yang dihantarkan oleh seorang kawan. Perihal kasih sayang. Ingin saya kongsikan untuk renungan bersama. Sesungguhnya hidup ini yang pasti penuh dengan cabaran. Semoga kasih sayang menjadi ubat yang berkesan untuk hati yang keresahan. 

Cerita ini bermula dengan seorang lelaki menghukum anak perempuannya yang berusia 3 tahun kerana membazirkan segulung kertas pembalut hadiah emas.¬†Kewangannya pada ketika itu agak sempit, dan dia menjadi marah apabila¬†anak tersebut cuba membalut sebuah kotak. Namun begitu, budak itu tetap¬† membalutnya dan membawa hadiah tersebut kepada bapanya pada keesokan harinya. Sambil menghulurkannya, dia berkata, “Ini khas untuk Ayah”¬†Dengan perasaan segan atas tindakannya pada malam sebelum itu, bapanya pun membuka hadiah tersebut.

Namun, dia menjadi lebih marah apabila didapati¬†bahawa kotak tersebut kosong. Lantas dia menjerit kepada anaknya,¬† “Tidakkah awak tahu bahawa jika seseorang memberi hadiah, dia perlu meletakkan sesuatu dalam kotak itu?” Anaknya melihat kepadanya dengan tangisan yang banyak dan berkata, ¬†“Oh Ayah, kotak ini tidak kosong. Saya tiupkan kucupan yang banyak ke¬†dalamnya. Kesemuanya untuk Ayah.”¬†Hati bapanya hancur apabila mendengar kata-kata anaknya. Dia memeluknya dan meminta kemaafan daripadanya.¬†

Tidak lama dari kejadian itu, satu kemalangan telah meragut nyawa anak tersebut. Bapanya masih menyimpan kotak tersebut di tepi katilnya. Setiap ketika dia berasa sedih atau putus asa, dia akan mengambil satu kucupan imaginasi anaknya dan ingat kepada kasih anak yang telah meletakkanya di situ. Sebagai seorang insan, kita memang dianugerahkan dengan satu bekas emas yang dipenuhi dengan kasih yang tanpa batasan dan kucupan sayang daripada anak kita, keluarga, rakan-rakan dan juga Allah. Tiada hadiah lebih berharga daripada ini.

Sehingga berjumpa lagi..

 -Fuad-

Stay Hungry.Stay Foolish.

Oktober 6, 2006

Salam pertemuan,

Semalam, seorang kawan bertanyakan pasal buku motivasi. Baru saya sedar yang saya takda pon buku motivasi kendiri, motivasi business je yang ada. Mungkin lepas ni kena start carik buku motivasi kendiri plak. Sape2 ada cadangan, amat2lah dihargai.. ūüôā

Teringat saya suatu email yang pernah saya dapat suatu ketika dulu yang memberi pandangan berbeza pada saya tentang kehidupan. Kandungan email tersebut ialah ceramah Steve Jobs sempena majlis graduasi Universiti Standford. Kepada sesiapa yang tak mengenali Steve Jobs, dia merupakan CEO Apple Computer dan Pixar. Ceramahnya berkisar kepada 3 cerita iaitu:

  1. Connecting the dots…
  2. Love and loss
  3. Death

Saya nk crita pasal menyambung titik-titik dalam kehidupan. Steve menceritakan bagaimana mak kandung dia begitu menginginkan dia belajar sehingga ke peringkat tinggi. Dia menceritakan bagaimana semua simpanan Mak dan Ayah angkatnya dihabiskan utk membiayaan pembelajaran dia, hidupnya yang susah di kolej dan akhirnya dia tak menghabiskan pengajian dia.

Adakah itu perkara yang malang? Steve Jobs tidak menghabiskan pelajarannya kerana ada mata pelajaran teras yang dia tak minat. Jadi dia tak ambik. Dia ambik yang dia minat saja. Salah satunya ialah mata pelajaran yang memang tak nampak langsung faedahnya iaitu kaligrafi a.k.a penulisan atau khat. Di situlah dia belajar tulisan San Sheriff, Arial dsan sebagainya. Ilmu inilah yang dia aplikasikan bila dibuat komputer Mac. Kaedah yang sama digunakan oleh Windows dalam Microsoft Word. Jika Steve Job tidak gagal dalam pengajiannya, maka hari ini¬†word editor¬†hanya mempunyai satu jenis font sahaja. ūüėČ

Dia memulakan Apple Computer bermula dari umur 20 di garaj rumahnya. Pada umur 30 tahun dia dipecat oleh Apple. Bayangkan bagaimana rasanya di buang kerja dari syarikat yang ditubuhkan sendiri dari kosong. Bagaimana dia pergi meminta maaf tapi masih ditolak, dia hampir2 membunuh diri. Akhirnya dia kerana minat pada komputer dia menubuhkan syarikat NeXT dan Pixar. Apabila Apple menghadapi masalah, Steve Jobs dipanggil semula berkerja dan dengan teknologi NeXT, Apple kembali bangkit.

Sekarang barulah dia sedar berapa beruntungnya dia dipecat dari Apple dahulu. Jika dia tak dipecat, Pixar takkan wujud dan teknologi animasi tidak akan sehebat sekarang. Apple juga tidak akan se gah hari ini jika dia tak dipecat dan memulakan NeXT.

Menyambung titik2 dalam kehidupan hanya boleh dilakukan ke masa silam. Jika hari ini kita menghadapi masalah kehidupan yang teruk, kita tidak tahu apakah ia sebenarnya berguna utk masa depan kita. Sehingga tiba saat itu, barulah kita tahu kenapa Allah takdirkan peristiwa ini berlaku pada kita. Apapun yang berlaku, yang penting kita perlu sedar, semua ini pasti mempunyai kebaikkan yang kita belum tahu lagi. Hiduplah dengan sebahagia mungkin tanpa putus asa pada yag Esa.

Pada akhir ceramahnya, pesanan Steve Job pada para graduan ialah “Stay Hungry. Stay Foolish” Secara peribadi saya mengandaikan dia memesan supaya teruskan semangat dahagakan ilmu dan berani mencuba apa yang kita minat lakukan walau ia nmpak bodoh pada orang lain.

Kepada sesiapa yang berminat utk membaca ceramah lengkapnya boleh rujuk : http://news-service.stanford.edu/news/2005/june15/jobs-061505.html

Kalo nak dengar ceramah plak boleh tgk you-tube : http://www.youtube.com/watch?v=60cDHb-tvMA

Tip: Blog Ad3ck ada cara untuk download you-tube ke komputer anda. Bila dah download, boleh didengar bila2 masa sahaja ūüôā

Kebanyakkan orang berjaya di dalam dunia ni menghadapi kehidupan yang susah sebelum berjaya. Semoga ini memberi inspirasi buat insan yang ingin berusaha tanpa putus asa. Sehingga jumpa lagi…

-Fuad-

p/s: Peliknya ceramahnya Steve Jobs seolah2 tazkirah. Semuanya ajaran Islam yang diamalkan oleh orang kafir utk berjaya. Orang Islam apa cita plak.. Hurmm..

100 Orang Di Dalam Dunia

September 28, 2006

Salam pertemuan,

Entry kali ini adalah hasil permintaan kawan saya, E-One berkenaan satu email yang menarik. Semoga entry kali ini mencetus sesuatu di sudut hati anda. Semoga ia menjadi satu pendekatan baru kita memandang persekitaran kita. Maafkan saya jika pengalihan bahasa tidak begitu bagus.

***********************************************************

Andaikata seluruh penduduk di dunia ini menjadi hanya 100 orang:

  • 57 orang¬†adalah orang Asia, 20 orang Eropah, 14 orang Amerika dan 8 orang Afrika
  • 52 orang Wanita dan 48 orang Lelaki
  • 11 orang homoseksual dan 89 heteroseksual
  • 6 orang membolot 59% daripada kekayaan dunia dan semuanya adalah orang Amerika
  • 80 orang hidup dalam keadaan daif
  • 70 orang tidak berpelajaran
  • 50 orang hidup dalam kelaparan
  • Seorang¬†akan mati
  • 2 orang¬†akan lahir
  • Seorang mempunyai komputer
  • Hanya seorang mengikuti pengajian tinggi

Jika hari ini:

Anda bangun dengan sehat, anda lebih gembira dari 1 juta orang didunia yang takkan hidup sampai minggu depan.

Anda bebas dari perang, kelaparan, penyeksaan atau dipenjarakan, Anda lebih berbahagia dari 500 juta manusia lain.

Anda masuk masjid tanpa rasa takut mati atau dipenjarakan, anda lebih beruntung dari 3 juta manusia di dunia.

Masih ada makanan di dalam peti sejuk, memiliki pakaian dan kasut, ada tilam dan tempat berteduh, anda lebih kaya dari 75% daripada penghuni bumi Allah ini.

Anda mempunyai akaun bank, duit di dalam dompet, syiling di dalam tabung, anda tergolong daripada 8% manusia di bumi yang hidup senang.

Dan jika saat ini juga anda dapat membaca entry ini bermakna anda tidak tergolong dari 200 manusia yang tidak berpendidikan dan….. Anda memiliki sebijik komputer.

******************************************************

Andai kata tidak terpacul di bibir anda kalimah “Alhamdulillah“, saya mengandaikan anda adalah seorang yang bongkak dan tidak sedar diri. Maafkan andaian saya jika andaian tersebut tidak tepat. Mungkin anda mempunyai andaian anda tersendiri…

Sehingga bertemu lagi andai waktu untuk itu masih ada.

-Fuad-

Kisah Gadis Paling Cantik

September 16, 2006

Salam pertemuan, 

Setakat saya hidup sehingga saat ini, tidak pernah saya berjumpa dengan seorang yang tidak mempunyai masalah. Urm.. itu secara umumnya. Secara khusus, saya pernah juga kenal beberapa orang yang tiada masalah..golongan yang sembahyang bukan lagi wajib bagi mereka.. ūüėČ

Saya pernah beberapa kali didekati rakan2 (slalunya ketika mereka menghadapi masalah).. “Bestla jadi ko, orang lain study bagai nak rak, ko lepak2 jek, takda masalah kewangan, famili ko sume ok,ramai orang nk kawan ngan ko..ko hepi jek.. tak pernah aku tgk ko ada masalah… tak macam aku..”

Saya hanya tersenyum.. jika seseorang tak menunjukkn dari segi luaran yang dia tiada masalah adakah bererti hidupnya sentiasa bahagia setiap saat dan ketika..? Maka, berceritalah saya akan satu kisah yang selalu Ayah saya ceritakan kepada pekerja2nya yang rasa rendah diri.. Kisah gadis yang paling cantik.. (Crita budak2 kecik yang sangat femes tapi mempunyai iktibar yang besar)

Dikaki sebuah gunung tinggal gadis yang tersangat cantik bersama keluarganya. Gadis ini ialah seekor tikus ūüėČ Kerana kecantikannya yang luar biasa maka dia merasakan dirinya tidak layak utk tikus kebanyakkan. Maka dia pun mencarilah bakal suami yang paling hebat.. Ditanyalah olehnya kepada Matahari.. “Wahai¬†Abang Mat (gelaran manja bagi¬†Matahari)¬†yang gagah perkasa, mahukan Abang Mat kawen ngan saya? Abang Mat lah yang paling power sekali dalam dunia”.. “Aiseh..Abang Mat tak power sgt.. Awan lagi power boleh tutup Abang Mat”.. Setelah ditanya dengan Abang Wan (Awan), Abang Wan kata Abang An (Angin) lagi terer sebab boleh tiup dia. Abang An plak kata Abang Kit (Bukit) lagi terer tak leh nk tolak. Tapi apa yang Abang Kit kata,¬†ada seekor tikus yang dok korek dia lagi power.. Akhirnya berkahwinlah gadis tikus itu dengan tikus kebanyakkan.

Nota: Banyak versi cerita ni..ada yang kata tikus nak cari bapa yang lagi kuat..apapun..pengajaran tetap sama..

Pengajaran:

  1. Walau siapapun kita, berbanggalah dengan diri sendiri. Usah berangan nk jadi orang lain.
  2. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2.
  3. Setiap orang tanpa mengira apa pekerjaan, taraf hidup, kedudukan kewangan, rupa paras tetap mempunyai peluang berkahwin dengan gadis cantik.. ūüėõ

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Nota tak penting: Model entry kali ini ialah Ratu Muslimah 2006, Dilar Sadiqova. Yang menarik, mereka dihakimi berdasar karangan esei dan kemudiannya disaring dan dinilai berdasarkan aspek kecerdikan, peri laku sopan, menutup aurat, bertudung, pengetahuan agama Islam, kebolehan mengaji al-Quran dan menghafal ayat suci selain memasak serta menjahit bagi markah tambahan. Agaknya bila plak ada Raja Muslim. (macam lawak jek bunyi dier.. hahahak)