Archive for the ‘Perkongsian Pengalaman’ category

Tip Elak Bayar Saman

Mac 5, 2007

Salam pertemuan, 

Sekarang ni saya tengah mengulangkaji buku yang tak berapa menarik pada tatapan umum. Kecuali bila terpaksa mengulangkaji macam saya sekrang ni. 😉  Jadik, buat masa ni takdek ulasan buku dulu. Sekadar borak2 kosong..

Saya baru saje mendapat tip yang best. Tapi diharapkan korang pakai untuk diri sendirik jek. Nnti tak pasal2 blog ni di ban sebab mendedahkan rahsia kerajaan. Tipnya ialah bagaimana nak megelak dari membayar saman. Bila saja anda kena saman, terus sahaja menuju ke klinik yang terdekat dan mintak MC. Ya betul, loop hole dalam undang2 Malaysia, jika anda sakit anda akan terlepas dari saman, kononnya emergency. Tapi tak sume saman la, speed trap ke boleh kot. Tapi kalo parking tempat takleh parking pastu depan disko plak. Sakit pejadah nyer. Dan make sure MC tu tarikh dia sama ngan tarikh kene saman.

Jika anda tak sakit? Inilah perlunya berkawan ngan doktor2, atau kawen ngan doktor atau paksa adik2 korang blajar rajin2 supaya leh jadik doktor. Haha. 😛

Kenangan Silam: Pernah pegi satu klinik dan masa tu demam suam2 jek tapi ngayat doktor tu kasik MC. Seminggu lepas tu baru tau doktor tu sebenarnya wife bos besar. Huh.. Nasib baek dia tak cite kat laki dia. Kalo takkk.

Sehingga berjumpa lagi. 

-Fuad-

Advertisements

Waspada dengan pasangan anda

Februari 1, 2007

Salam pertemuan lagi…

Arini saya nk borak2 kosong pasal penyakit. Walaupon saya ni bukan yang jenis terer sangat pasal perubatan ni, kadang2 tu apa saja yang menarik untuk dipikirkan boleh mencurik sket masa saya untuk kaji. Jom tengok gambar dulu.

Pernah dengar pasal Thalassemia? Ini adalah penyakit genetik dimana penyakit ini adalah penyakit keturunan. Orang yang ada penyakit ni akan mewariskan kepada anak derang. Oh ya, saya tertarik mengkaji pasal penyakit ni sebab dok borak2 ngan member yang nk kawen semalam, sekarang ni bakal2 pengantin baru kene pegi check samada ada Thalassemia atau tak. Kalo sorang ada still ok tapi kalo bakal suami ngan isteri dua2 ni ada Thalassemia, doktor akan nasihatkan carik pasangan lain. Bunyik serius kan?

Sebabnya kat gambar diatas, suami isteri yang pembawa Thalassemia akan mempunyai potensi 25% anak mendapat Thalassemia Major. Thalassemia major ni memang dasyat la, pesakit kene tukar darah setiap minggu, sebab sel darah merah dia cepat mati. Saya tak pandai nk cite detail dari aspek perubatan, kalo berminat nk kaji leh search kat internet.

Sekarang ni , 4.5% dari penduduk Malaysia ada penyakit ni. Sebab ni penyakit keturunan, dia akan bertambah dari semasa ke semasa. Kat negara barat, memang pandang kes ni serius tapi kat Malaysia ni baru start kat Hospital Kota Bharu, setiap wanita bersalin derang cek. Bagusla kalo orang nk kawen cek penyakit ni kan..

  • Buat orang dah kawen dan ada Thalassemia– cek la suami/isteri ada penyakit ni tak. Kalo dua2 ada elok buat persediaan secukupnya dan mintak nasihat pakar. Tak yah la sampai bercerai kan. Cuma kene amalkan gaya hidup yang lebih sehat supaya potensi anak2 nk dapat Thalassemia Major ni semakin kecil.
  • Buat orang dah kawen dan tak ada Thalassemia – cek la suami/isteri ada penyakit ni tak. Kalo pasangan ada, cek la anak2 plak. Potensi anak dapat Thalassemia Major tu boleh kata sikit sangat, tapi kalo dapat menantu ada Thalassemia, cucu tu ada potensi besar ada Thalassemia Major.
  • Buat yang bakal kawen – Sama ngan kat atas la kan nasihat dia. Saya tak soh putus ya.. Jgn salah faham 😉
  • Buat yang tgh mencari dan ada Thalassemia- Kalo boleh carik pasangan yang takda la kan. Tapi kalo dah berkenan jugak nk wat camne. Prepare la secukupnya.
  • Buat yang tgh mencari dan tak ada Thalassemia – No komen. Wat macam biasa la kot. Heh. Haa tak pon carikla pasangan yang ada Thalassemia supaya potensi pesakit ni kawen sesama pasangan ada sakit ni berkurang. Cuma kena educate la anak2 korang nnti pasal penyakit ni.

Coretan ni adalah pendapat peribadi saya sendiri tanpa mendapat nasihat pakar perubatan secara langsung. Tidak bermaksud menyinggung mana2 pihak. Dan kalo ada orang lagi expert bab ni, sangat diharapkan dapat komen. Trima kasih.

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

Sape Tak Smayang Angkat Tangan

Januari 30, 2007

Satu benda yang saya cukup tak suka ialah over confident during interview session. Tapi kadang2 benda tu terjadi tanpa dapat di elak. Natijah dia akan nmpk macam show off sangat dan missing details masa interview.

Ari Sabtu lepas (3 ari lepas) saya bertolak ke KL. Memandangkan menumpang rumah abang saya malam tu, memang takde aktiviti menarik nk di buat sebelah malam. Jadik terpaksalah melanggar azam taknak beli buku dalam bulan Januari. 😦 Maka terbelilah saya buku Pakcik Donald Trump, The Art of The Deal. Jadi, malam sebelum interview tu saya dok menghabiskan masa menatap buku ni.

Akibatnya pagi esoknya, saya dah terpengaruh dengan ajaran si Donald ni. Saya telah meranjau interviewer dengan konfiden sekali. Kaedah changing the ground, using leverage as weapon telah saya aplikasikan dengan jayanya. Tapi kesan sampingan dia yang paling saya risau ialah over konfiden. Hakikatnya kita tak kan tahu sama ada kita over confident atau tak. Hanya interviewer je yang tahu.

Pada pandangan saya ketika tu interviewer tu macam member. Jadinya sesi tu dah macam sesi borak2 plak. Hatta sesi kedua bersama MD pun agak konfiden tapi dah turun sket dek aura Managing Director. Abes je interview, rasa tak sedap ati. Sampai sekarang pon rasa tak puas ati jek. Kalau la over confident.. Abeess. Gigit jari je la.

Difinisi Over Confident: Kita yakin sekali kita tahu pasal sesuatu topik ni tapi hakikat sebenarnya kita tak tahu pon.

Pendapat Saya: Buku The Art of The Deal amat sesuai digunakan sebagai salah satu rujukan mendapat skill interview. Tapi perlu di ingat kan kena pandai sesuaikan dengan keadaan. Contohnya teknik changing the ground. Secara mudah, jika soklan tu kita tak pandai nk jawab, tukar perpsektif soalan tu pada apa yang kita tahu. Bahasa pasarnya, tanya lain tapi jawab lain. Jadi pandai2 la. Jangan la sampai dia tanya “Awak suka makan nasik ayam?” di jawab dengan konfiden, “Resipi menyediakan the O limau ais ialah…” nampak sangat la kan. Kalo tak leh nk guna tektik ni baik cakap tak tau jek. Selamat..

Nota Penting: Mintak tulun jangan bagitau bos saya ye pegi interbiu semalam. Sat lagi tak pasal2 lain macam jek. Dah ler result tak tau lagi.. Heh.

Soklan Interbiu of the day:

MD: Fuad, do you pray?
Saya: (Blank.. Sambil cuba rewind balik betul ke soklan tu dia tanya)
MD: Awak sembahyang tak?
Saya: Yes. Of course.
MD: How many times per day? (Muka serius)
Saya: Erk. Standard which are 5 times..
MD: If non standard?
Saya: If I got free time maybe 9-10 times.
MD: Ok. You know what? This is my standard question during interview session. Don’t be surprise.

Ini pertama kali saya ditanya soklan sebegini masa interview. Sampai sekarang saya cuba memahami apa yang cuba dicari dalam soklan tu. Secara logiknya orang yang tak solat pon akan ngaku solat. Hurmm.. Kalo sudi, leh kongsikan apakah soklan interview yang paling menarik pernah anda alami. Mekasih.. 🙂

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

*ranjau = goreng

Bijak atau Kreatif?

Januari 16, 2007

Salam pertemuan, 

Time tgh morning break semalam, kakak-kakak operator panggil nk tanya pendapat. Sekarang ni syarikat saya menawarkan skim berhenti kerja secara sukarela. Agak lumayan jugak pampasan yang diberikan. Sayangnya bukan untuk Engineer, kalo tak dah antar borang dah.. 😉

Yang menarik, bila ditanya tentang plan B, derang bercerita tentang gaji, benefit dan lain2 yang bersangkutan pasal makan gaji. Saya senyum sendiri melihat perbezaan mentaliti. Bukan perbezaan dari segi akedemik, bijak atau sebaliknya, sempit atau terbuka bukan juga melihat siapa betul atau salah. Apa yang begitu menarik utk difikirkan ialah cara berfikir seseorang tu bergantung kepada matlamat hidup. Bagi seorang yang matlamat hidupnya makan gaji, berbisnes adalah sesuatu yang janggal untuk difikirkan. Tapi bagi orang yang tak mahu makan gaji, kalo crita pasal kerja..boring…

Bagaimana pula jika mengendalikan 2 matlamat hidup.? Contoh mudah kata hujung minggu ni seorang kawan ajak pegi mengaji kitab kat Pondok. Pastu biasanya Pasar Malam ari Sabtu selalunya keuntungan dia agak lumayan. Yang ni kene pandai bagi keutamaan la kot ye.. Atau…….. Kalau cukup kreatif boleh dapat dua2 sekali. Uh uh.. Walau telah lama ku cuba menjadik kreatif tetapi terasa begitu kejap untuk merungkai kebolehan otak belah kanan.

Mahu saja saya menyalahkan kokurikulum sekolah rendah, menengah hatta universiti pon. Semua melatih pelajar menggunakan otak sebelah kiri saje. Tapi takda gunanya komplen sekarang. Yang perlu, apa yang perlu dibuat sekarang. Ada cadangan tak camne nak jadik lebih kreatif?

Nota Ibu Jari: Selalu pegi blog Linn nk belajar menggunakan minda. Selalu jugak jenguk forum ID Malaysia melihat kehebatan orang2 kreatif menghasilkan design2 yang gempak. Jeleess…

Tulun Promote: Semalam beli dompet kulit jahit tangan kat sorang brader. Siap leh tulih nama kat kulit tu. Brader ni memang tangan artis (pelukis) la, canteek jek nama tu. Memang cool tak ingat lah. (I wish I had pictures to show to you guys). Buat sape2 yang berminat nk dompet kulit jahit tangan leh bagitau. Ni kire super high quality hand made wallet la ni. Janji tak ambik untung, tulun promote brader ni punyer bisnes jek. Buat awek-awek, korang bagi hadiah kat pakwe / husband korang konfem makin sayang lah. Cair jek 😉

Pada sape yang ingat dan pernah baca entry sebelum ni, brader ni adalah Abang Mat yang berniaga sebelah saya masa saya berniaga di Komplek Bukit Jambul dulu. Sokonglah barang buatan orang Islam yang berkualiti. 😛

Sehingga bersua lagi…

-Fuad-

Harga Sebuah Kehidupan

November 13, 2006

Salam Pertemuan,

Amaran: Entry ini mungkin menimbulkan kegusaran sesetengah pihak akan status mesej yang cuba disampaikan. Walau pendekatannya seolah2 mengajak pembaca memandang masa depan secara condong ke arah nilai2 material, namun niat asal penulis ialah peringatan buat sahabat2 yang difikirkan tidak salah dikongsikan.. 

Saya terpandang suatu berita perihal seorang artis terkenal di Malaysia, Asmawi Ani. Kisahnya berkenaan hutang perubatan arwah / almarhum ayahandanya dengan IJN berjumlah RM120,000. Mungkin bagi seorang yang tidak bermasalah dengan wang, dia tidak gusar pabila setuju dengan kos ini.

Ini kisah lain seorang insan yang tidak dikenali ramai. Ayahanda yang disayangi diserang sakit jantung beberapa minggu yang lalu. Komplikasi dari serangan itu mewujudkan lubang dijantung beliau. Seharusnya pembedahan dilakukan dengan kadar segera untuk mengelakkan hal-hal yang tak diingini. Tragis sekali suatu masalah dengan hospital milik kerajaan ialah responsi yang sangat perlahan dan segala urusan dipersusahkan (Nota: Harus dimengerti juga kesibukkan para kakitangan dan doktor yang terpaksa melayan begitu ramai pesakit). Di saat tegar nyawa insan yang dikasihi terancam, semestinya si anak sanggup lakukan apasaja demi orang tuanya. Plot ceritanya panjang…saat2 getir juga mengundang simpati si pendengar. Ringkasnya, demi kasih sayang yang utuh, wang ringgit tidak dipandang dan akhirnya bapa yang memiliki anak2 yang baik itu menjalani pembedahan di Hospital Swasta. Berpuluh ribu di habiskan. Segala simpanan.. segala caruman masa depan.. habis dikorek… diserah dengan rasa jerih demi nyawa seorang insan bergelar bapa.

Namun ceritanya tidak habis disitu… berulang2 lagi sakit yang datang.. khabar terbaru.. di saat Tun Mahathir menjalani rawatan di IJN, di ketika itu juga seorang bapa yang ditemani anaknya menjalani rawatan jantung yang pertama kali dijalankan di Malaysia seumpamanya. Bezanya si yang pertama tidak langsung gusar pasal kewangan. Anak2 yang datang bersama kereta2 gah yang mustahil dimiliki orang kebanyakkan. Manakala yang kedua, lain sekali suasananya. Plot nya masih berjalan bersama peredaran masa yang pasti tidak menunggu sesiapa. Ongkosnya juga berkemungkinan besar bakal bertambah berlipat ganda..

Apa yang membuat saya terfikir, suatu hal ialah bagaimana anak2nya nanti meneruskan hidup dengan bebanan hutang yang ntah bila akan langsai. Hal keduanya, jika perkara ini berlaku pada keluarga yang tidak berpendapatan apatah lagi dengan tiada atau sedikit anak. Adakah solusinya membiarkan insan tersayang menghadapi hari2 terakhir tanpa dapat berbuat apa2.. Anak mana yang sanggup melihat orang tuanya menderita. Para Ah Long mungkin sudah mula mencucuk jarum pemusnah kehidupannya.

Benarkah hidup manusia kini mempunyai harga.? Sepintas lalu saya akan mengangguk lemah. Kedengaran agak berbaur materialistik.. Mungkin saya patut menggunakan ‘Harga satu nyawa’ lebih enak di dengar dan di terima umum. Kehidupan lebih memberi pengertian prinsip hidup, nilai kasih sayang, pengorbanan dan sewaktu dengannya. Pokok pangkalnya, jika tragedi ini berlaku pada diri kita.. apakah reaksi kita..?

Emak seorang mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu” Suatu persolan yang sinis pernah diutarakan, itu mungkin si anak pula terpaksa menjaga 10 lagi anaknya.. Pada saya, usah dibahaskan benda yang tiada faedah di tikam lidahkan. Yang penting.. jika tahu begitu susah menjaga ibubapa dan juga anak-anak terutama di zaman mutakahir ini, yang penting ialah mencari penyelesaian..

Berbalik kita pasal orang miskin dan kebanyakkan yang menghadapi dilema kos perubatan. Saranan saya bagi yang berkemampuan, ialah Insuran Takaful. Islam mengajar amalan khairat itu bukan saja meringankan beban tapi juga mengukuhkan persaudaraan. Itu kisah diri sendiri utk meringankan beban anak2 kita nnti. Bagaimana pula ibubapa kita sekarang yang tiada insuran dan belum tentu nk di insurankan masih berkelayakkan.?

Tika ini saya hanya terfikir untuk mula menyimpan dan menabung demi ketidak pastian itu. Getus hati saya, walau menabung sebanyak mana pon, agak sukar untuk memenuhi belanja berubatan yang kian meruncing. Terokailah rezeki di alam Allah ini sesungguh hati. Bukan utk mendabik dada dengan kekayaan dan juga melalaikan diri dgn urusan dunia yang sementara, tapi sebagai perisai masa depan dan kepuasan diri. Berniaga dan melabur mungkin.. 😛

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Bila Ilmu Diperdagangkan

November 8, 2006

Salam pertemuan,

Pagi ini terasa perit jerih urat saraf saya. Terasa semuanya hypertensi dan meraung mengiringi setiap inci pergerakan. Aduh2.. Takda masalah nak carik masalah. Ini semua gara2 senaman pagi tadi. Dek kerana semenjak dua menjak ni saya asek senaman jari dan mulut jek, badan pon dah rasa makin lemah. Maka timbul lah keinginan melaksanakan amanah ilmu Ayah saya.

Senaman urat saraf atau lebih glamer dengan nama senaman tenaga batin. Saya tak pasti ianya mengundang fikiran sinis dengan nama senaman tersebut namun tujuan asal senaman itu ialah membetulkan urat saraf utama dalam badan. Persisnya masyarakat mempunyai selera sendiri dalam menilai sesuatu. Mungkin kerana nilai2 pemasaran atau populariti kearah sambutan hangat masyarakat ‘kita‘ , nama senaman tenaga batin lebih gah utk diuar-uarkan.

Hanya 5 jenis senaman sahaja dan pada pendapat peribadi saya, kebanyakkan orang dah amalkan. Cuma mungkin tidak dengan kaedah yang betul sahaja. Tahukah anda nilai ilmu senaman ini? RM10 000. Ya.. saya tak bergurau jauh sekali buat lawak spontan mahupun terancang. Inilah nilai ilmu yang bagi orang yang tak pandai menilai, tak lebih dari …. (saya tidak dapat mencari perbandingan yang sesuai). Yang pasti kalo awek cun melecun mengoda saya dengan penuh manja sekalipun, mustahil saya sanggup bayar dengan harga walau RM100 pon. 😛

Setuju atau tidak.. walau anda gelak sampai menggelupur diatas lantai sekalipon pabila melihat masih ada orang sanggup ‘membeliilmu sebegini, tahulah oleh mu bahawa di tengah2 ibukota sana, seorang lelaki hidup mewah hanya dengan menjual ilmu ini. Apa tukaran nya? Anda mungkin penasaran.. Deduksi rambang saya yang tak bertauliah ini mengatakan bukti kepuasan pelanggan. Ya.. setakat ini, semua pelanggannya (yang mempunyai masalah ‘tang penting tu’) berpuas hati dengan hasil rawatan. Kos rawatan biasanya RM20 000. Pakej ekonomi ialah RM10 000 tapi kena amalkan senaman dengan penuh disiplin. Kalau urutan diperlukan, RM5000 lagi. Yang membuat saya senyum sendiri hanya 15 minit urutan memberikan pulangan RM 5000. Aduh2.. Kalau outstation charge (within peninsular Malaysia) ialah RM1000++. Hanya satu pelanggan sebulan sudah cukup untuk dia hidup senang. Hakikatnya, selalunya dia mendapat ramai pelanggan yang tak teragak2 membayar dahulu, rawatan kemudian. No money, No talk.

Saya tidaklah mahu menjadi seorang yang tampak terlalu pesimis, tapi berani saya katakan jika ilmu itu diberikan percuma peluang utk ianya diamalkan teramatlah tipis. Itu adalah senario masyarakat. Usah bicara soal betul salah mahupun logik atau tidak. Bila majoriti bersuara, itulah yang akan di anggap normal.. Lain pulak ceritanya jika ia bernilai RM10 000. Pasti ianya akan diamalkan sesungguh hati. Maklumlah dah laburkan banyak duit. Ilmu yang sama tapi memberi impak yang berbeza kerana ada tukarannya. Selamat datang ke norma-norma kehidupan yang agak sukar dinilai dengan penakkulan mantik. 🙂

Kesimpulannya:

  1. Nilai sesuatu ilmu itu terlalu subjektif.
  2. Semakin tinggi harga ilmu, semakin tinggi penghargaan orang ramai
  3. Jadilah pakar sesuatu bidang, nilai dagangan ilmu anda akan bertambah berlipat ganda.
  4. Bila ilmu diperdagangkan, adakah para ilmuan juga akan dinilai dengan RM?
  5. Masih utuhkah hubungan murid dan guru dalam era ilmu dikomersialkan?

Sehingga bersua lagi di lain perutusan.

-Fuad-

Deep Insights Brings Certainty

Oktober 16, 2006

Salam pertemuan,

Tajuk entry kali ini di ciplak dari slogan terbaik tahun 2005 yang dimenangi oleh Syarikat Hameg Instruments. Saya menafsir kan dari sudut kerjaya. Kita borak2 kosong pasal kerja plak arini.

Dalam satu program tempat saya kerja dulu, satu program kerjaya diadakan. Pengendali program tersebut ialah Plant Manager sendirik (orang paling besar dalam sesebuah plant). Plant Manager ni memang seorang yang peramah dan baik hati. Tapi masih ramai jugak orang yang komplen katanya baik sangat pn tak boleh jugak. Apapun, pendapat peribadi saya sikap merendah diri tidak semestinya buat orang pijak kepala asal tahu batasnya. Saya sendirik sgt respect kat dia. Teringat lagi bila mula2 sampai di bintulu, tak tahu lagi yang En Samasudin di orang paling besar. Jumpa kat kedai makan, pastu dialah yang tolong angkat barang masa kitorang pindah, tolong bawakkan pegi tempat makan, tulun tumpangkan pegi masjid. Lepas tu baru tahu yang dia adalah Plant Manager. Terkejut betul dengan sikap mesra rakyatnya. Manager paling saya respect, En. Samsudin Miskon.

Berbalik pasal program kerjaya tadi, topik pertama yang dibincangkan ialah pasal matlamat hidup. Dalam satu organisasi, conflict on interest dikira sesuatu yang agak basic yang perlu dielakkan. Apa yang pekerja harus pastikan, matlamat hidupnya mestilah sama dengan matlamat syarikat. Maka rata2 mula menjawab, Saya ingin jadi Plant Manager mcm En Samsudin, Saya nk jadik Technical Professional, Saya nak jadik VP Petronas. Nampak sgt align dengan matlamat syarikat. Namun hati saya berbisik, macam mana orang yang matlamatnya tak sama dengan syarikat? Saya mahu buat business, tak nak makan gaji..

Hanya ada 2 jawapan jika anda mengalami conflict of interest.

  1. Anda harus meninggalkan Syarikat …. Atau..
  2. Syarikat harus meninggalkan anda.

Pilihan kedua tu nmpk macam janggal plak, jadik yang tinggal pilihan pertama jelah. Hati saya menjerit.. kenapa sampai begitu sekali. Seolah2 mendengar runtunan jiwa saya, En Fasilitator menjawab, jika anda tidak sehaluan dengan syarikat, anda hanya menyeksa diri sendiri dan syarikat juga rugi kerana memiliki pekerja yang tidak bermotivasi. Sampai bila anda nk hidup sebegini.. Saya mengetap bibir.. “Sampai abes kontrak pinjaman pelajaran la kot..”

Hari ini saya telah meninggalkan syarikat sumber pendapatan utama Malaysia. Tapi bukan kerana conflict of interest.. Sebab dia… bukan skop entry hari ini.. 😉 Namun ada benar  jugak ckp En. Samsudin dulu, perkara asas ialah conflict of interest mesti dielakkan. Selalunya saya melaungkan tak suka US yang pro-yahudi… namun dibalik kenyataan ini… yang memberi sesuap makan adalah syarikat US. Disamping hati yang sudah cemuih dan menyampah dengan feel para pendokong yahudi laknatullah, diketika yang sama tulang empat kerat dan otak serta urat sarap bertungkus lumus memastikan ekonomi mereka kian mekar dipesada industri antarabangsa.

Sampai bila? Entahla Labu… namun daku kini tak pernah alpa mengintai peluang kearah matlamat hidup sendiri. Semoga doa akan termakbul jua di suatu hari..

Selamat menyambut hari makanan sedunia hari ni.. Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-