Archive for the ‘Buku Keusahawanan’ category

Sesuatu Yang Hilang

November 22, 2006

Salam pertemuan,

Sudah agak lama blog ini tidak diperisikan. Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan utk melakar sedikit ulasan buku terbaru yang saya baca. Sekadar ulasan yang teramat ringkas.. masa tidak berapa mengizinkan. Insya Allah jika ada perbincangan saya rasa manfaatnya lebih.

Buku bertajuk “Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian” karya Nasnan Jajuli ini saya rasakan mencurah manfaat yang besar buat sesiapa yang menaruh minat tinggi sebagai Usahawan Tani. Saya adalah salah seorang. Setelah menatap buku ini, saya dapat rasakan sudah cukup alasan yang diberikan selama ini. Inilah masanya utk melestarikan impian yang terpendam sedari mula mengenal maknawi ‘cita-cita’.

Namun saya tidak akan berbicara apa yang ada, lebih tertarik pada apa yang tiada. Bagi yang berminat utk mengetahui perihal yang ada, boleh rujuk di website Sabak Agro. Sesuatu yang hilang disini ialah ilmu pemasaran. Sesuatu yang sukar hendak di gali di bumi Malaysia khususnya bagi orang Melayu ialah mempelajari ilmu pemasaran. Saya begitu mendambakan ilmu pemasaran ini. Sebetulnya ilmu memang boleh dicari dengan berusaha mencari melalui pengalaman. Istilah yang digunakan, ‘Learn form Hard-Knock University’. Ilmu yang bila dapat pasti akan diingat sampai bila2 dan dihargai sepenuh hati.

Mengungkap kata-kata seorang Leftenan Kolonel Rejimen Renjer Diraja, ‘Smart people learn from mistakes but it takes briliant people to learn form others mistakes’. Saya masih tercari2 jika ada sebarang rujukan tentang pemasaran yang praktikal di Malaysia. Sampai tika ini, belum ada suatu rujukan yang dirasakan benar2 berhasil. Mungkin seorang yang berpengalaman yang sudi memberi tunjuk ajar kepada pencebur baru adalah suatu yang begitu penting dalam bagi melengkapi kitaran ekonomi perniagaan kaum bumiputra khususnya orang Melayu yang sejak … (ntah bila) menghadapi masalah besar dalam pemasaran.

Saya begitu tertarik dengan forum perniagaan di barat, contohnya Start-up Nation yang menjadi bukan sahaja rujukan muka2 baru tapi sebagai batu loncatan buat para businessman vateran. Saya mengesyorkan, budaya bantu-membantu ini patut dipergiatkan dan moga2 menjadi suatu titik tolak perubahan kearah kemajuan perniagaan di Malaysia.

Forum Jom Niaga dikelolakan oleh saudara Adly mungkin boleh dijadikan asas untuk ini. ( Tolong iklankan 😉 )

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

Before You Quit Your Job

September 25, 2006

Salam Pertemuan,

Buku dari Robert Kiyosaki bersama Sharon Lecture. Before You Quit Your Job 10 Real Life Lessons Every Entrepreneur Should Know About Building a Multimillion Dollar Business.

Pendapat peribadi saya, kebanyakkan buku karya Robert berkait rapat antara satu dengan yang lain. Pendapat saya, tiga buku utama yang menerangkan prinsip asas Robert ialah Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant dan Retire Young Retire Rich. Konsep asas dalam 3 buku utama ni digarap dalam buku Before You Quit Your Job dan ditulis khusus untuk orang yang ingin berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Jom kita tgk 10 perkara yang perlu diambil kira sebelum berhenti kerja mengikut kata2 si Robert nih:

  1. A Successful Business is Created Before There is a Business (Perniagaan yang berjaya sudah diwujudkan sebelum ia bermula)
  2. Learn How to Turn Bad Luck to Good Luck (Belajar menukar nasib tak baik kepada nasib baik)
  3. Know the Difference Between Your Job & Yor Work (Tahu perbezaan tugas dan pekerjaan anda)
  4. Success Reveals Your Failures (Kejayaan akan menunjukkan kegagalan anda)
  5. The Process is More Important Than the Goal (Perjalanan itu lebih penting dari matlamat)
  6. The Best Answers are Found in Your Heart… Not Your Head (Jawapan terbaik adalah dari hati bukan otak)
  7. The Scope of the Mission Determines the Product (Matlamat perniagaan anda menentukan produk)
  8. Design a Business That Can Do Something That No Other Business Can Do (Bina perniagaan yang buat lain dari yang lain)
  9. Don’t Fight for the Bargain Basement (Jangan bersaing dengan keuntungan yang rendah)
  10. Know When to Quit (Tahu bila perlu berhenti)

Itulah dia 10 perkara yang Robert cuba sampaikan dalam buku dia. Ini adalah kata2 dia dan setiap orang mempunyai pendekatan yang tersendiri. Apapun ini adalah buku yang sgt menarik dari segi kandungan. Seperti biasa Robert mempunyai cara yang menarik utk menerangkan semua teori2 dia dan disokong oleh Sharon. Kalau sape yang dah baca buku ni akan berpendapat utk memulakan perniagaan bukanlah semudah 1)Berhenti Kerja 2)Mulakan Perniagaan. Namun Robert jugak menggalakkan pembacanya ambik risiko, seperti buku2nya yang lain.

Semoga perkongsian ini bermakna untuk anda. Mungkin lenkali kita leh bincang detail setiap isi2 tu.. Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

Multiple Streams of Income

Ogos 22, 2006

Salam semua,

Hari ini saya nk bincang buku baru bertajuk Multiple Streams of IncomeHow to Generate a Lifetime of Unlimeted Wealth daripada Robert G. Allen. Secara peribadi saya amat menyukai buku ini berdasarkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat.

Saya amat sarankan kepada mereka yang serius utk membuat duit, anda harus miliki buku ini dan yang lagi penting, praktikkan apa yang terkandung dalam buku ni. Secara peribadi juga saya mensasarkan pada umur 33 tahun saya melaksanakan kesemua 9 sumber pendapatan yang disarankan oleh buku ni (semuanya sepuluh tetapi ada satu sumber yang tidak dapat dipraktikkan di Malaysia). Ada 7 tahun lagi.. heh.. Good luck to myself 🙂

Pada awalan buku,Robert menegaskan sebelum anda mempraktiskan apa yang diajarkan, anda perlu tahu 7 kemahiran wang iaitu:

  1. Menghargai duit
  2. Mengawal duit
  3. Simpan Duit
  4. Laburkan Duit
  5. Buat Duit
  6. Jaga Duit
  7. Kongsi Duit

Kemahiran tersebut adalah mengikut turutan. Selagi anda tidak pandai dengan kemahiran pertama sgt susah anda utk mempelajari kemahiran ke-2 dan begitulah seterusnya.

Asas yang paling utama yang cuba disampaikan, Robert menggambarkan kekayaan atau duit sebagai sebuah kolam takungan. Terdapat air yang mengalir masuk dan juga yang mengalir keluar dari kolam tersebut. Tugas anda ialah memastikan air ditakungan itu sentiasa ada, lagi bagus airnya bertambah setiap masa 😛 . Secara logiknya, untuk bertambah, air yang mengalir masuk mestilah lebih banyak dari yang megalir keluar.

Mengikut Robert Allen lagi, air yang mengalir masuk kedalam kolam itu berasal dari 3 buah gunung iaitu:

  • Hartanah
  • Pelaburan
  • Pemasaran

Daripada tiga gunung tersebut, mengalirlah 10 batang sungai yang menjadi sumber pendapatan anda. Kalo dilihat senarai 10 sumber pendapatan ini, kerje makan gaji dan full-time business takda. Pendapat saya, Robert hanya senaraikan pendapatan yang anda boleh lakukan walau sekadar part time sahaja. So, no more excuse. Jom kita tengok apa nama sungai2 tu:

  1. Saham risiko rendah
  2. Saham risiko sederhana (saham agresif)
  3. Option / Futures (risiko Tinggi)
  4. Jual Beli Hartanah
  5. Beli Hartanah yang di lelong
  6. Bayar cukai orang lain – bukan utk org Malaysia
  7. Network Marketing MLM
  8. Peniagaan Maklumat (Infoprenuering)
  9. Harta Intelek
  10. Perniagaan Internet

Sumber 1-3 adalah sungai yang mengalir dari gunung pelaburan. Sumber 4-6 adalah sungai yang mengalir dari gunung hartanah. Sumber 7-10 adalah dari gunung pemasaran.

Bagaimana? Adakah anda memiliki sekurang2nya satu dari 10 sumber pendapatan tersebut? Anda bersemangat utk memulakan sumber pendapatan tersebut? Saya sgt teruja 😛 Sehingga berjumpa lagi utk entry akan datang. Fikir2kanlah..

-Fuad-

Bapak aku orang kaya…

Ogos 13, 2006

Salam pembaca Almari Buku,

Sebelum meneruskan post hari ini ingin saya tegaskan tajuk diatas tidak mewakili pengarang bolg ini. Ok… Rich Dad Poor Dad ialah buku kesukaan saya. I wish I had read it earlier. Selain buku, saya ada audio book dan game CASHFLOW (sape nak softcopy bleh contact saya, free of charge).

Sebelum teruskan, saya selalu terdengar statement “orang malaysia malas membaca”. Sebagai usahawan yang sentiasa mencari peluang apa reaksi anda? Soalan saya, adakah mereka (merujuk orang Malaysia) juga malas mendegar? Kalau tidak, jawapannya ialah Audio Book. Walaupun saya ni rajin membaca buku, ehem ehem 😛 saya juga suka mendengar audio book. Sebab utama nya, sambil drive boleh dengar (AMARAN..! Jangan sekali2 cube membaca buku sambil memandu walau serajin mana anda sekalipun), sambil wat kerja kat office pon boleh dengar, kalo convert mp3, masa jogging pon boleh menuntut ilmu guna audio book. Satu pasaran yang menarik utk diterokai 🙂

 Berbalik kepada Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki menceritakan 6 asas penting untuk jadi kaya. Straight to the point, 6 perkara asas tersebut ialah:

  1. Orang kaya tidak bekerja untuk duit (The Rich Don’t Work for Money)
  2. Kenapa pengetahuan kewangan itu penting? (Why Teach Financial Literacy?)
  3. Usahakan Perniagaan Anda Sendiri (Mind Your Own Business)
  4. Cukai dan Syarikat Korporat (The History of Taxes and Power of Corporations)
  5. Orang Kaya Mencipta Duit (The Rich Invent Money)
  6. Kerja utk Belajar, Bukan utk Duit (Work to Learn-Don’t Work for Money)

Bagi saya, untuk anda memahami 6 asas ini pemikiran yang matang tidak diperlukan. Saya dah cuba explain kat adik saya yang belajar di tingkatan 3 dan darjah 2, mereka dapat memahaminya (dengan bantuan permainan CASHFLOW – diorang tu kaki game).

Jadi, pelajaran pertama jgn kerja utk duit. Heh.. tak logik bukan? Belajar bertahun-tahun (kalo kat UTP, Engineering course 5 tahun tu..lama tu.. tapi masa belajar mmg best heheh.. :-)) mestilah nk kerja dapat gaji besar. Dengan mindset tersebut, percayalah gaji anda takkan cukup. Mulai hari ini, niat pergi kerja bukan utk duit, kalo nak duit jugak, rujuk asas nombor 2 dan 3. Itu kita akan bincangkan pada post2 akan datang.

Orait, itu perbincangan utk kali ini. Satu pelajaran yang saya dapat kat pasar malam semalam, jangan bukak gerai anda dekat center of attraction akibatnya anda tak dipedulikan huhu.. Semalam ada pakcik jual obat dok sebelah.. isk..isk..isk..

Teringat plak petua masa kat U dulu, jangan jalan dengan orang yang lagi hensem dari anda, kalo tak anda akan ‘tenggelamhahak 😛