Archive for the ‘Buku Kewangan’ category

Takde Life..!

Ogos 24, 2006

Salam pembaca Almari Buku semua, 

Pernah dengar tak ungkapan tersebut? Dulu (merujuk zaman U), housemate saya seorang yang teramat rajin study. Tiap kali saya celik je mata, dia dah tercongok dah depan buku tak pon depan komputer. Silap2 mimpi pon sebut formula. Nasib baik saya jenis yang cool jek.. tak terpengaruh langsung.. hahak. 😛 (sila abaikan ayat ini bagi yang masih sedang menuntut) Kerana kerajinan dia, adalah segelintir orang yang kata “Ko ni takde life aaa..dok stadi jek. Banyak bende lagi dalam dunia ni boleh wat tau tak..” Saya – No komen (Dalam hati: Tgklah masa nk antar assignment nnti, sape yang dicarik)

Fuad: Skill Copy Ninja Kakashi peringkat duploh lapan, boleh salin assignment tanpa mengetahui subject apa sebenarnya assignment tu.. heheh.. 😉

Sekarang (merujuk sejak mula berniaga di pasar malam), bila di tanya “Balik ni watpe? Nak ikut kitorang layan cinema dak?”

“Aku berniaga kat Pasar Malam, best woo.. singgah aa nnti”

“Ek enaaa.. takde life aa.. Ko telah membazir masa muda ko tau tak?”

Saya – No komen.

Hmmm…saya terpikir. Apa maksud life..? Adakah hidup seperti orang lain itu life? Pilih cara hidup sendiri itu takde life. Adakah bila kita tgk orang yg rutin harian dia tak sama macam kita, kita menganggap dia tak gembira dengan hidupnya.. Yang mampu di ucap..”kesian…” Padahal, mungkin orang itu lebih gembira melakukan perkara yang lain dari orang lain.. Kita tak tahu..

Hari ni saya tulih blog dgn mood yang sgt hepi.. I had choose my own way of life. Slagi apa yang aku buat tak berdosa.. Why not?

Fuad: Erkk.. ada 7 AI nak kene submit hari ni.. Company tgh nk buang orang ni…Fuad, kerja rajin2.. You can be fired anytime..

Sedikit sambungan ulasan buku Multiple Streams of Income, merujuk kepada duit simpanan, Robert mencadangkan di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Duit Kecemasan (3-6 Bulan perbelanjaan Anda)
  2. 50% Pelaburan Risiko Rendah
  3. 30% Plaburan Risiko Sederhana
  4. 20% Pelaburan Risiko Tinggi

Mengikut kajiannya, ramai orang yang hanya bergantung kepada gaji shj tanpa ada simpanan kecemasan. Jika hari ini dia dipecat, esoknya dia tak boleh survive lagi. Duit takda. Itulah gunanya duit kecemasan. Walau anda di buang kerja dan takda sumber pendapatan lain dah, sekurang2nya anda mempunyai masa 3-6 bulan utk mencari pendapatan baru.

Sementara peratusan pelaburan itu sekadar rujukan. Terpulanglah kepada individu utk memberikan keutamaan dalam pelaburan yang mana satu. Disarankan, semasa masih muda bykkan melabur risiko tinggi, semakin tua ehem ehem berumur 🙂 , lebihkan pelaburan dalam risiko rendah.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

P/S: Server WordPress dah ok. Kalo nak tgk cover buku Mulitple Streams of Income sila ke post Multiple Streams of Income

Multiple Streams of Income

Ogos 22, 2006

Salam semua,

Hari ini saya nk bincang buku baru bertajuk Multiple Streams of IncomeHow to Generate a Lifetime of Unlimeted Wealth daripada Robert G. Allen. Secara peribadi saya amat menyukai buku ini berdasarkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat.

Saya amat sarankan kepada mereka yang serius utk membuat duit, anda harus miliki buku ini dan yang lagi penting, praktikkan apa yang terkandung dalam buku ni. Secara peribadi juga saya mensasarkan pada umur 33 tahun saya melaksanakan kesemua 9 sumber pendapatan yang disarankan oleh buku ni (semuanya sepuluh tetapi ada satu sumber yang tidak dapat dipraktikkan di Malaysia). Ada 7 tahun lagi.. heh.. Good luck to myself 🙂

Pada awalan buku,Robert menegaskan sebelum anda mempraktiskan apa yang diajarkan, anda perlu tahu 7 kemahiran wang iaitu:

  1. Menghargai duit
  2. Mengawal duit
  3. Simpan Duit
  4. Laburkan Duit
  5. Buat Duit
  6. Jaga Duit
  7. Kongsi Duit

Kemahiran tersebut adalah mengikut turutan. Selagi anda tidak pandai dengan kemahiran pertama sgt susah anda utk mempelajari kemahiran ke-2 dan begitulah seterusnya.

Asas yang paling utama yang cuba disampaikan, Robert menggambarkan kekayaan atau duit sebagai sebuah kolam takungan. Terdapat air yang mengalir masuk dan juga yang mengalir keluar dari kolam tersebut. Tugas anda ialah memastikan air ditakungan itu sentiasa ada, lagi bagus airnya bertambah setiap masa 😛 . Secara logiknya, untuk bertambah, air yang mengalir masuk mestilah lebih banyak dari yang megalir keluar.

Mengikut Robert Allen lagi, air yang mengalir masuk kedalam kolam itu berasal dari 3 buah gunung iaitu:

  • Hartanah
  • Pelaburan
  • Pemasaran

Daripada tiga gunung tersebut, mengalirlah 10 batang sungai yang menjadi sumber pendapatan anda. Kalo dilihat senarai 10 sumber pendapatan ini, kerje makan gaji dan full-time business takda. Pendapat saya, Robert hanya senaraikan pendapatan yang anda boleh lakukan walau sekadar part time sahaja. So, no more excuse. Jom kita tengok apa nama sungai2 tu:

  1. Saham risiko rendah
  2. Saham risiko sederhana (saham agresif)
  3. Option / Futures (risiko Tinggi)
  4. Jual Beli Hartanah
  5. Beli Hartanah yang di lelong
  6. Bayar cukai orang lain – bukan utk org Malaysia
  7. Network Marketing MLM
  8. Peniagaan Maklumat (Infoprenuering)
  9. Harta Intelek
  10. Perniagaan Internet

Sumber 1-3 adalah sungai yang mengalir dari gunung pelaburan. Sumber 4-6 adalah sungai yang mengalir dari gunung hartanah. Sumber 7-10 adalah dari gunung pemasaran.

Bagaimana? Adakah anda memiliki sekurang2nya satu dari 10 sumber pendapatan tersebut? Anda bersemangat utk memulakan sumber pendapatan tersebut? Saya sgt teruja 😛 Sehingga berjumpa lagi utk entry akan datang. Fikir2kanlah..

-Fuad-