Archive for the ‘Buku Motivasi’ category

Apa yang best nya jadi kaya..

Januari 24, 2007

Salam pertemuan,

Ari Isnin aritu (2 hari lepas) saya ada course daripada sebuah company kat Jerman. Apa yang saya perhatikan, trend company kat advance country ni lebih kepada technology driven. Derang ada staff brape kerat jek tapi sume geng2 doktor la. Paling koman pon ada master. Stakat degree ni tak pandang.

Jadi kerja2 remeh2 sume derang outsource kat syarikat yang takde teknologi hebat macam derang. Contohnya company kat Malaysia. 🙂 Saya menjangkakan trend macam ni akan jadik kat Malaysia jugak nnti. Jadi, kalo nk survive di masa akan datang, kenalah lengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan yang superb. Sekarang ni kat Malaysia pon degree dah tak berapa laku sangat dah.

Memenuhi janji aritu, cerita pasal buku Why We Want You to be Rich. Penulis: Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Lama dah tak ulas buku, asek membebel tak tentu hala.. 😉

Komen:

Buku lebih kepada mind shifting approach. Dimana penulis berharap lepas baca buku ni, orang yang selama ni bercita-cita  nk menjadi miskin merubah cita-cita mereka nk jadi kaya. Walau pon target audience dia world wide, sesetengah part macam fokus sangat kat American.

Pasal Robert: Kebanyakkan isi dia berulang dari buku sebelum ni. Pasal cash flow, pasal quadrant, pasal expand your mean dan lebih kurang stail die la. Pada orang dah baca buku dia sebelum ni, isi buku ni macam overview.

Pasal Donald: Saya bukan nk kutuk sangat, tapi nmpk sangat dia menulis cukup syarat jek. Dia soh Robert hurai dulu point yang nk bincang, pastu dia main tambah2 je. Apapon tetap tak dinafikan nilai ilmu tu tetap ada.

Buku ni dikarang oleh seorang Millionaire dan sorang lagi Billionaire. Sorang yang pelajaran dia tak hebat sangat tapi sorang ni grad Wharton wa ckp lu. Top business school in the world. Sorang ni bapak dia miskin dan sorang ni plak memang kaya gilak tak ingat nye.

Point yang menarik perhatian saya:

  1. Robert sebut pasal 10/90 pembahagian kekayaan dalam bisnes. Saya syak dia ambik hadis nabi. Saya rasa kebanyakkan orang dah tahu pasal 20/80 Pareto Rule. Saya masa first time dengar Pareto Rule tu saya dah terpikir hadis nabi 9/10 rezeki dalam perniagaan ni.
  2. Donald sebut pasal orang yang berjaya mesti belajar sejarah. Pada akhir bab tu dia sebut pasal Empayar Uthmaniah. Tapi dia tak cerita detail apa pengajaran yang dia ambik dari kejatuhan Empayar Uthmaniah.

Kesimpulan: Buku yang bagus buat orang yang dah ada keinginan untuk kaya. Tapi ia tetap perlu disupport oleh buku2 yang sebelum ni. Kalo dengan harga RM89.90 tu baik beli buku derang yang awal2.. kalo takde lagi lah. Kalo dah beli semua buku derang ni, lengkapkan lah koleksi anda dengan buku ni. Heheh..

Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

Orang Kaya Bertaqwa

Disember 10, 2006

Salam pertemuan buat sekian kali,

Hahah..sudah sekian lama tidak disentuh blog Almari Buku ni.. Terasa janggal la plak. Sebetulnya saya begitu gundah gulana pabila memikirkan blog yang sudah ditinggal lama tanpa pengisian. Nak buat macam mana, inilah nasib orang makan gaji. Walau dah dirancang seteliti mungkin, namun setiap yang berlaku tetap diluar kawalan..

Hari ini, dikesempatan ini saya nk share dan promote buku best dari Dr. Rusly. Buku terbaru ni memang saya salute sangat2. OKB! Orang Kaya Bertaqwa. Memberi berjuta pengertian dan keinsafan untuk dihayati buat para penggila bisnes malah jua umat Islam yang tak kira lah menggilai apa sekalipon. Satu buku yang saya rasa boleh diibaratkan meng’calibrate‘ atau ‘alignment’ buat para usahawan Islam.  

Saya tak nak bincang byk, saya sgt syorkan beli buku ni. Mungkin dari segi ilmu baru tak banyak, namun motivasi dan renungan yang disajikan memang lazat dan menyelerakan.  Entry ni saya nk sentuh pasal satu penangan minda yang begitu mencetus kalbu saya..

Terdapat 2 jalan yang harus dipilih oleh setiap orang Islam. Jalan yang menjanjikan dunia dan jalan yang membawa kebahagian di akhirat. Manakah pilihan anda? Selalunya bila diajukan soalan sebegini, rata2 menjawab mahukan keduanya, dunia dan akhirat (Saya pun jawab camtu gak..) Hakikatnya, mana mungkin 2 jalan yang berbeza membawa kepada destinasi yang sama.. Anda hanya boleh memilih salah satu sahaja. Tapi..percayalah, jika akhirat yang dipilih, Insya Allah kemurahan Allah itu memberikan keduanya..

Semoga semua yang berminat menjadi OKB termakbul seadanya…

Slot Cakap Bukan2… 

Minggu ini dah masuk minggu ke-3.

Dulu..minggu pertama, tiap2 detik mentera yang di lafaz “Sabar2..minggu ni je.. Pasni boleh relek sket..”

Minggu lepas.. ada isu plak. Rutin itu berulang lagi. Blog tak terjenguk.. Pasar malam tak terkunjung (utk menjual).. Projek2 bisnes terbengkalai… Adik terabai kat rumah.. huhu.. Harapan menggunung tinggi semoga minggu ni tak berulang lagi..

Namun kini… harapan tinggal harapan.. Saat kerja minggu lepas nyaris2 siap.. datang lagi arahan baru.. Uh uh..

What a life.. Very intresting.. Heheh.. 😛

“Manusia adalah satu makhluk yang mana jika dia melakukan sesuatu perkara berulang2 kali, tak dapat tidak dia akan menjadi pakar dalam perkara itu.” – Tun Dr. Mahathir, ceramah majlis konvokesyen 2006 Universiti Teknologi PETRONAS.

Sehingga berjumpa lagi…tapi ntah bila… 

-Fuad-

Membina Empayar Diri

November 14, 2006

Salam pertemuan,

Bagi yang mengenali diri saya di UTP, saya boleh dikategorikan ‘taik’ game. Heheh. Yang lebih malang game yang saya sangat suka ialah game strategi dan RPG. Berlainan dengan game seperti fighting atau race (archade) yang mengambil masa yang yang pendek, game saya semestinya mengambil masa yang panjang. Memang tak hairanlah banyak masa di buang sia-sia. Jadi.. nasihat saya, jgn jadik ‘taik’ game. Hargailah zaman muda anda.. 😛

Dalam sesuatu permainan game strategi seumpama Red Alert, Starcraft, Warcraft, Age of Empire, Heroes dan sewaktu dengannya biasanya (pengalaman saya) pemain akan mengukuhkan pertahanan dan cuba bertahan. Setelah itu diikuti dengan askar2 disamping mula mengukuhkan ekonomi. Mungkin setiap pemain mempunyai pendekatan tektik yang berlainan namun aspek pertahanan, serangan dan ekonomi memainkan peranan penting untuk menang. Saya percaya dalam sesebuah empayar sebenar pun ketiga-tiga aspek ini penting..

Habis mukaddimah .. 😉 Kalo pembaca bukan peminat game.. memang hancus mukaddimah entry kali ni..  Hari ini saya nk membuat satu ulasan buku setelah sekian lama jugak tak berkesempatan. Mungkin gara2 masa tak cukup nk review balik buku sebelum buat ulasan. Namun dikesempatan ni saya ulas buku yang tiap2 hari saya baca tapi bukan berkaitan perniagaan. Lebih kepada pembinaan empayar diri. Tajuk buku tersebut ialah “Surah-Surah Pilihan” keluaran Al-Hidayah. Buku nipis ini mengandungi surah2 yang sangat penting dalam pembinaan diri. Kandungannya ialah surah Al-Kahfi, Yaasin, Ad-Dukhan, Al-Waqiah dan Al-Mulk.

Laksana sebuah kota yang teguh pertahanannya, Al-Kahfi adalah pelindung yang sangat penting. Yaasin pula adala senjata peperangan yang sangat berguna. Tak kiralah sebagai pekerja, pelajar, pendakwah atau apa saja, khasiat Yaasin memang tiada taranya. Kalo nk dibincangkan khasiatnya memang teramat panjanglah jadinya. Akhir sekali ialah penjana ekonomi atau rezeki. Tidak lain dan tidak bukan surah feveret saya, Al-Waqiah. 🙂 Nah..sudah lengkap tiga asas kukuh dalam membina empayar diri . Namun ini adalah pandangan saya yang cetek ilmu agamanya. Sebetulnya masih terlalu banyak lagi amalan yang perlu.. Mungkin anda boleh komen..

Sedikit nukilan pasal surah feveret (baca favorite) . Sejak dua menjak ni saya dah mula terpengaruh dengan seorang sahabat blog. Surah feveret beliau ialah Ar-Rahman. Dulu saya juga ada seorang kawan yang cukup meminati surah Ar-Rahman. Pantang jadi imam sket mesti boleh dengar dia tarik “Fabiayyialaaaa Irabbikuma Tukazzibaaann**   ” (Nikmat Tuhanmu yang manakah telah kau dustakan? ). Komen saya ketika tu.. memangla dia minat surah tu sebab senang nk hafal.. Hahak.. Jahil betul.. Namun kini saya dan terpengaruh jugak.. Membe blog ni siap rekemen satu novel dan lepas baca novel tu saya dah cair dan tergoda dengan Ar-Rahman plak. Heheh. Walau Al-Waqiah masih tetap dirindui, Ar-Rahman mula bertapak dihati.. (Lagipun part paling best kat Al-Waqiah pon ada gak dalam Ar-Rahman.. Kisah bidadari syurga.. maklumlah suke berangan.. ngeh ngeh)

Nota: Tiada niat saya ingin membandingkan kehebatan antara surah kerana semuanya adalah kalam Allah, namun kadang2 kita dapat rasakan sesuatu surah itu begitu mesra dengan kita berbanding surah2 lain.

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

** – Sila rujuk Al-Quran utk bacaan tajwid yang betul 

Before You Quit Your Job

September 25, 2006

Salam Pertemuan,

Buku dari Robert Kiyosaki bersama Sharon Lecture. Before You Quit Your Job 10 Real Life Lessons Every Entrepreneur Should Know About Building a Multimillion Dollar Business.

Pendapat peribadi saya, kebanyakkan buku karya Robert berkait rapat antara satu dengan yang lain. Pendapat saya, tiga buku utama yang menerangkan prinsip asas Robert ialah Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant dan Retire Young Retire Rich. Konsep asas dalam 3 buku utama ni digarap dalam buku Before You Quit Your Job dan ditulis khusus untuk orang yang ingin berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Jom kita tgk 10 perkara yang perlu diambil kira sebelum berhenti kerja mengikut kata2 si Robert nih:

  1. A Successful Business is Created Before There is a Business (Perniagaan yang berjaya sudah diwujudkan sebelum ia bermula)
  2. Learn How to Turn Bad Luck to Good Luck (Belajar menukar nasib tak baik kepada nasib baik)
  3. Know the Difference Between Your Job & Yor Work (Tahu perbezaan tugas dan pekerjaan anda)
  4. Success Reveals Your Failures (Kejayaan akan menunjukkan kegagalan anda)
  5. The Process is More Important Than the Goal (Perjalanan itu lebih penting dari matlamat)
  6. The Best Answers are Found in Your Heart… Not Your Head (Jawapan terbaik adalah dari hati bukan otak)
  7. The Scope of the Mission Determines the Product (Matlamat perniagaan anda menentukan produk)
  8. Design a Business That Can Do Something That No Other Business Can Do (Bina perniagaan yang buat lain dari yang lain)
  9. Don’t Fight for the Bargain Basement (Jangan bersaing dengan keuntungan yang rendah)
  10. Know When to Quit (Tahu bila perlu berhenti)

Itulah dia 10 perkara yang Robert cuba sampaikan dalam buku dia. Ini adalah kata2 dia dan setiap orang mempunyai pendekatan yang tersendiri. Apapun ini adalah buku yang sgt menarik dari segi kandungan. Seperti biasa Robert mempunyai cara yang menarik utk menerangkan semua teori2 dia dan disokong oleh Sharon. Kalau sape yang dah baca buku ni akan berpendapat utk memulakan perniagaan bukanlah semudah 1)Berhenti Kerja 2)Mulakan Perniagaan. Namun Robert jugak menggalakkan pembacanya ambik risiko, seperti buku2nya yang lain.

Semoga perkongsian ini bermakna untuk anda. Mungkin lenkali kita leh bincang detail setiap isi2 tu.. Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

Fish

September 7, 2006

Salam pertemuan sekali lagi buat semua,

Dah lama tak buat ulasan buku. Arini saya nak perkenalkan buku Fish. Sebelum tu, saya nak bagi teka teki. Teringat teka-teki ni bila baca comment Surfaddict dalam post Susahkan Dirimu aritu. Teka teki berbunyi begini:

Ada 3 orang lelaki. Seorang buta, sorang pekak dan sorang lagi bisu. Jadi bile mereka bertembung disatu tempat, maka si Buta pon nak memperkenalkan diri. Tapi si Pekak tak dengar apa2 dan si Bisu pulak tak boleh nak menjawab balik. Soalannya: Bagaimanakah Si Bisu nak bagitau Si Buta yang Si Pekak tu pekak?

Selamat Mencuba… 😛

Berbalik kepada buku Fish dari Stephen C. Ludin, Harry Paul dan John Christensen. Buku ni mengandungi 110 muka surat. Saya amat menyarankan sesiapa yang rasa tak semangat utk bekerja atau tak gembira di tempat kerja, ini adalah buku yang amat bagus utk anda. Dipersembahkan dalam bentuk cerita dan mampu menyampaikan mesej2 melalui penceritaan tersebut. Ending die heroin kawen nagn hero.. 😉

Ok, secara ringkas, 4 perkara penting yang perlu dilakukan untuk membuat kita gembira di tempat kerja:

  1. Pilih Sikap Anda (Choose Your Attitude)
  2. Bermain (Play)
  3. Gembirakan Harinya (Make Their Day)
  4. Hadirkan Diri Anda (Be Present)

Dalam entry akan datang saya boleh terangkan secara ringkas perkara tersebut. Selain utk pekerja, buku ini juga sesuai utk para usahawan utk meningkatkan lagi semangat dan cara bekerja dengan lebih ceria dan efficient. Fully recommended. 🙂

-Fuad-

Bapak aku orang kaya…

Ogos 13, 2006

Salam pembaca Almari Buku,

Sebelum meneruskan post hari ini ingin saya tegaskan tajuk diatas tidak mewakili pengarang bolg ini. Ok… Rich Dad Poor Dad ialah buku kesukaan saya. I wish I had read it earlier. Selain buku, saya ada audio book dan game CASHFLOW (sape nak softcopy bleh contact saya, free of charge).

Sebelum teruskan, saya selalu terdengar statement “orang malaysia malas membaca”. Sebagai usahawan yang sentiasa mencari peluang apa reaksi anda? Soalan saya, adakah mereka (merujuk orang Malaysia) juga malas mendegar? Kalau tidak, jawapannya ialah Audio Book. Walaupun saya ni rajin membaca buku, ehem ehem 😛 saya juga suka mendengar audio book. Sebab utama nya, sambil drive boleh dengar (AMARAN..! Jangan sekali2 cube membaca buku sambil memandu walau serajin mana anda sekalipun), sambil wat kerja kat office pon boleh dengar, kalo convert mp3, masa jogging pon boleh menuntut ilmu guna audio book. Satu pasaran yang menarik utk diterokai 🙂

 Berbalik kepada Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki menceritakan 6 asas penting untuk jadi kaya. Straight to the point, 6 perkara asas tersebut ialah:

  1. Orang kaya tidak bekerja untuk duit (The Rich Don’t Work for Money)
  2. Kenapa pengetahuan kewangan itu penting? (Why Teach Financial Literacy?)
  3. Usahakan Perniagaan Anda Sendiri (Mind Your Own Business)
  4. Cukai dan Syarikat Korporat (The History of Taxes and Power of Corporations)
  5. Orang Kaya Mencipta Duit (The Rich Invent Money)
  6. Kerja utk Belajar, Bukan utk Duit (Work to Learn-Don’t Work for Money)

Bagi saya, untuk anda memahami 6 asas ini pemikiran yang matang tidak diperlukan. Saya dah cuba explain kat adik saya yang belajar di tingkatan 3 dan darjah 2, mereka dapat memahaminya (dengan bantuan permainan CASHFLOW – diorang tu kaki game).

Jadi, pelajaran pertama jgn kerja utk duit. Heh.. tak logik bukan? Belajar bertahun-tahun (kalo kat UTP, Engineering course 5 tahun tu..lama tu.. tapi masa belajar mmg best heheh.. :-)) mestilah nk kerja dapat gaji besar. Dengan mindset tersebut, percayalah gaji anda takkan cukup. Mulai hari ini, niat pergi kerja bukan utk duit, kalo nak duit jugak, rujuk asas nombor 2 dan 3. Itu kita akan bincangkan pada post2 akan datang.

Orait, itu perbincangan utk kali ini. Satu pelajaran yang saya dapat kat pasar malam semalam, jangan bukak gerai anda dekat center of attraction akibatnya anda tak dipedulikan huhu.. Semalam ada pakcik jual obat dok sebelah.. isk..isk..isk..

Teringat plak petua masa kat U dulu, jangan jalan dengan orang yang lagi hensem dari anda, kalo tak anda akan ‘tenggelamhahak 😛

-Fuad-

Bapak aku orang kaya…

Ogos 13, 2006

Salam pembaca Almari Buku,

Sebelum meneruskan post hari ini ingin saya tegaskan tajuk diatas tidak mewakili pengarang bolg ini. Ok… Rich Dad Poor Dad ialah buku kesukaan saya. I wish I had read it earlier. Selain buku, saya ada audio book dan game CASHFLOW (sape nak softcopy bleh contact saya, free of charge).

Sebelum teruskan, saya selalu terdengar statement “orang malaysia malas membaca”. Sebagai usahawan yang sentiasa mencari peluang apa reaksi anda? Soalan saya, adakah mereka (merujuk orang Malaysia) juga malas mendegar? Kalau tidak, jawapannya ialah Audio Book. Walaupun saya ni rajin membaca buku, ehem ehem 😛 saya juga suka mendengar audio book. Sebab utama nya, sambil drive boleh dengar (AMARAN..! Jangan sekali2 cube membaca buku sambil memandu walau serajin mana anda sekalipun), sambil wat kerja kat office pon boleh dengar, kalo convert mp3, masa jogging pon boleh menuntut ilmu guna audio book. Satu pasaran yang menarik utk diterokai 🙂

 Berbalik kepada Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki menceritakan 6 asas penting untuk jadi kaya. Straight to the point, 6 perkara asas tersebut ialah:

  1. Orang kaya tidak bekerja untuk duit (The Rich Don’t Work for Money)
  2. Kenapa pengetahuan kewangan itu penting? (Why Teach Financial Literacy?)
  3. Usahakan Perniagaan Anda Sendiri (Mind Your Own Business)
  4. Cukai dan Syarikat Korporat (The History of Taxes and Power of Corporations)
  5. Orang Kaya Mencipta Duit (The Rich Invent Money)
  6. Kerja utk Belajar, Bukan utk Duit (Work to Learn-Don’t Work for Money)

Bagi saya, untuk anda memahami 6 asas ini pemikiran yang matang tidak diperlukan. Saya dah cuba explain kat adik saya yang belajar di tingkatan 3 dan darjah 2, mereka dapat memahaminya (dengan bantuan permainan CASHFLOW – diorang tu kaki game).

Jadi, pelajaran pertama jgn kerja utk duit. Heh.. tak logik bukan? Belajar bertahun-tahun (kalo kat UTP, Engineering course 5 tahun tu..lama tu.. tapi masa belajar mmg best heheh.. :-)) mestilah nk kerja dapat gaji besar. Dengan mindset tersebut, percayalah gaji anda takkan cukup. Mulai hari ini, niat pergi kerja bukan utk duit, kalo nak duit jugak, rujuk asas nombor 2 dan 3. Itu kita akan bincangkan pada post2 akan datang.

Orait, itu perbincangan utk kali ini. Satu pelajaran yang saya dapat kat pasar malam semalam, jangan bukak gerai anda dekat center of attraction akibatnya anda tak dipedulikan huhu.. Semalam ada pakcik jual obat dok sebelah.. isk..isk..isk..

Teringat plak petua masa kat U dulu, jangan jalan dengan orang yang lagi hensem dari anda, kalo tak anda akan ‘tenggelamhahak 😛

-Fuad-