Harga Kijang Bertambah Mahal

Dikirim Februari 28, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan, 

kijang.jpgSejak 3 tahun lalu saya bercita2 nk bagi hadiah kijang emas kat Ayah saya. Harga bagi 1Oz Kijang Emas time tu dalam USD300++. Malangnya time tu baru keje, so paham2 jela. Dan kini bulan 3 ni besday Ayah saya datang lagi, dan saya mula mengusha balik Kijang Emas ni. Hasilnya saya dapati hari ini harganya telah mencecah USD667 for 1Oz. Damn.. So damn expensive. Huh, kalo saya beli dulu dalam masa 3 tahun boleh jadik 2 kali ganda dah nilai dia. Mana nk carik pelaburan yang ROI = 3.

Memandangkan harga sekeping kijang emas tu pon dah RM2474, maka saya kini nak mengusha Dinar Emas Kelantan plak sebagai alternatif. Haha. Kijang Emas oh Kijang Emas. Apsal la ko mahal sangat.

Sape yang berminat nk beli Kijang Emas ni kot2 ada isteri mengidam nk Kijang Emas, tapi takdak daging ler, leh rujuk website Bank Negara atau Maybank. Dan sape2 berminat nk beli Emas Dinar Kelantan, leh kirim kat saya nak balik kampung ni. Janji tak mark-up tapi akan dijual balik dengan harga emas semasa. Hehe 😉

Sehingga bertemu lagi…

-Fuad-

Buat Apa Susah-Susah

Dikirim Februari 27, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan, 

Saya tertarik dengan kehebatan Air Force One. Kapal terbang yang menjadi ikon kehebatan presiden US dan ketenteraannya. Kapal terbang tu hanya digelar Air Force One bila presiden US dok dalam dia, kalo tak dia jadik Air Force jek. Kalo Vice Presiden plak naik dia akan bertukar jadik Air Force Two.

Yang gempaknya, Air Force One memiliki kelengkapan yang cukup untuk presiden menjalankan tugas2 dia memerintah dari sebuah Kapal Terbang. Cukup dengan bekalan makanan, doktor, farmasi, bilik wartawan, bilik2 staff dia, secret service dan macam2 lagilah. Ada 85 telepon dan 19 TV kat dalam tu. Senang cite, semua kelengkapan ada.

Dari segi keselamatan ketenteraan tak yah cita la. Segala mak nenek punya teknologi macam aerial fueling, AA countermeasure, EMP, ECM sume ada. Hebatnya Air Force One ni dan kos nk membinanya dan nk maintain tu tak tahulah brapa setahun. Pastinya bukan murah.

Tapi perlukah semua tu.? Pendapat peribadi saya, pendekatan kerajaan Malaysia jauh lebih praktikal dan menjimatkan. Bila Pak Lah naik Kapal Terbang, dia hanya perlu call Najib. “Jib, hang tolong settle la kalo ada apa2. Aku nk berjalan sat.” Abes crita, jimat dan efficient. Tak yah Air Force ke apa ke. Hidup Malaysia. Hehe. 😛

Saya nak menyambung tag semalam.. tinggal 5 lagi.

2) Leh Layan Cite Tak Paham Janji Best (merujuk entry sebelum ni)

3) Saya kadang2 ada short-term memory lost. Selalu terlupa kat mana letak dompet, handphone hatta spek. Dan yang lebih irony nya, selalu ingat balik time semayang. Hampeh tol..

4) Saya mempunyai masalah mengecam suara sendirik. Kalo dalam recorded video ke, musti rasa pelik dengar suara sendirik. Mungkin disebabkan perasan suara sedap tapi sebenarnya….

5) Bile time drive, saya ada habit pengang handbrake. Kononnya nk make sure handbrake betul2 dah lepas. Saya sedar sebenarnya saya dah terpengaruh dengan Ayah saya. Mungkin sebab dari kecik lagi tgk Ayah saya drive dia slalu wat camtu, saya pon jadi camtu gak. Pengaruh minda separa sedar. Saya ada sorang kawan yang masa drive tiap kali dia brek dia akan angkat tangan kiri. Sebabnya, Ayah dia slalu wat camtu dek kerana nk menahan anak2 dia takut terhumban ke depan setiap kali brek. Dia pon terjadik tabiat yang sama walau takde anak lagi. Lebih irony, bila dia naik kete dan pompuan dok kat sebelah, dalam keadaan tanpa sedar dia mengangkat tangan bila brek. Guess what, dia tersentuh tempat yang tak patut langsung di sentuh. Nak kata dia malang atau tak.. Saya no komen 😉

6) Sepanjang hidup saya, saya tak pernah muntah. Betul kot fakta tu. Atau lebih tepat, seingat saya tak pernah. Pelik ke? Ntah la.. hehe.

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Hak Untuk Gembira

Dikirim Februari 26, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan, 

poster.jpgSaya arini di tag oleh Cik AminBakish pasal benda pelik. Sebab pagi ni saya dah set nk cite pasal cite yang saya tgk semalam.. Saya jawab tag tu satu je dulu.. Heheh..

1) Kalo saya nk sesuatu, Saya tak pikir panjang.

Cite semalam, saya tgk iklan kat Astro, pasal cite The Pursuit of Happyness. Saya teruja sebab cita tu pasal bagaimana orang susah struggle untuk berjaya dalam hidup. Pastu sebab itu kisah benar. Pastu gak sebab kisah benar pasal broker saham yang dah berjaya.

Maka saya pon siap2 pegilah kat Queen Bay Mall, dan crita tu hanya ada midnite jek. Start pukul 11.45 malam. Dan time tu baru pukul 9.00 malam. Lepas beli tiket, saya pon dok tercongok dalam kete sambil dengar radio, makan jajan, baca majalah Malaysian Business. Main highlight pasal 40 orang paling kaya kat Malaysia. Orang paling kaya, biasalah si Robert Kuok. Orang Melayu paling kaya Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dua orang pompuan dalam list tu, sorang Usahawn Cina dan Sorang lagi kerabat Sultan Perak. Yang paling muda, orang besar IOI Corp, umur baru 28 tahun, tapi aset dah beratus juta. Perghhh…

Tup2.. saya sedar saya dah tersilap beli tiket. Hampeh tol. Saya pon pegi balik kaunter dan malangnya dia kata tak leh tukar. Terpaksalah beli tiket baru.. burn tiket. Hehe. Setelah penantian hampir 3 jam, saya pon berjaya layan cite tu..

Dalam panggung semalam ade 3 orang je. Ya betul.. Satu panggung ada 3 orang penonton saja. Saya dok seat tengah2.. pastu ada couple kat blakang. Kalo pawagam kat Bintulu, dia akan mintak balik tiket pastu pulangkan duit. Tayangan akan kansel. Nasib baek kat Penang.. 😉

Komen saya, cite yang menarik dan bermotivasi. Semuanya bermula bila watak utama Chris Gardner terjumpa orang yang kaya pastu dia tanya 2 soklan.

  1. What you do?
  2. How you do that?

Dan kebetulan orang yang dia tanya tu adalah broker saham. And all after that is history. Nk tahu kisah yang lagi lengkap leh search kat tenet. Adakah membuang masa 3 jam dalam keta, tukar tiket berbaloi? I just need to get what I want. 😛

Imbauan Kenangan Silam: Masa kat UTP dulu saya pernah Sahur kat Penang pastu Bukak Pose kat KL. Esoknya ada kelas pagi. Haha.. Sometimes people tend to do crazy stuff.

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-