Statement Ditarik Balik
Salam pertemuan,
Cabaran mendaki Banjaran Titiwangsa dengan Opel Kadett telah berjaya. Haha. Setelah beberapa kali hilang kepoweran dan terpaksa direhatkan tatkala mendaki bukit, akhir kereta burukku berjaya melepasi halangan menyeberangi banjaran. Saya sempat layan lentok kat R&R Titiwangsa. Memang best.
Entry kali ni saya nk tarik balik keyataan yang dibuat dalam entry sebelum ini iaitu yang bertajuk Sentimen Perkauman (13 September 2006 – Alamari Buku). Satu perkara yang baru saya tahu pasal salasilah keluarga masa cuti aritu.
Kenyataan yang di tarik balik: “Blank betul saya. Adeke dicakapnya Cina. Ini Melayu tulen nih. Rasanya takda plak dalam salasilah keluarga saya Cina.”
Nenek saya (belah Mak) namanya Nik Kalsom Binti Nik Hassan. Bagi orang yang tahu, kononnya Nik ni adalah nama kerabat Sultan Kelantan. Memandang kan datuk saya orang kebanyakkan, dia dah membuang nama Nik kat anak2 dia, so lepas tu memang dah tak dek nama tu kat generasi bawah dia.
Mengikut kata Mak saya, sebenarnya Nik bukanlah berketurunan Sultan Kelantan seperti yang digembar-gemburkan, tapi sebenarnya hanyalah anak angkat Suktan Kelantan suatu ketika dulu. Sultan Kelantan telah mengambil seorang anak angkat berbangsa Cina, dan di taruknya gelaran Nik bagi keturunan2 dia. Kesimpulannya, Nik bukanlah kerabat Sultan tapi campuran Cina. Heheh. Kalo ada Nik2 yang nk perbetulkan fakta ni silakanlah, sebab saya pon dapat pengetahuan ni dari Mak saya saja. Tidak disertakan dengan bukti2 sejarah. Pasal gelaran laian macam Wan, Tengku, Che tu tau la plak saya maksud dia.
Dengan ini saya memohon maaf atas kenyataan tidak benar dalam entry sebelum ini.
Best tol takda orang kat opis. Haha.
Sehingga bertemu lagi…
-Fuad-
Februari 21, 2007 at 6:44 pm
bagus mak ye. kem salam kat dia. sekian.
Februari 21, 2007 at 8:34 pm
bersedia menerima teguran/bantahan dari The Niks (kalau depa singgah blog hang).. hehehe..
Februari 22, 2007 at 10:17 am
cerita yang aku dengar pulak lebih kurang dengan yang diceritakan oleh fuad, tapi bukan sebab cina. yang aku dengarnya, nik ni gelaran bagi keturunan dari sebelah gundik-gundik raja. ringkasnya yang aku dengar:
Tengku : kerabat dekat
Tuan : kerabat jugak, tapi jauh sikit
Wan : pembesar-pembesar
Nik : gundik, pekerja-pekerja istana
Wallahu a’lam.
Februari 22, 2007 at 2:04 pm
hawat tak buat rujukan, contohnya di arkib, tempat simpan fakta sejarah atau pihak istana?
Jun 4, 2007 at 6:10 pm
Salam..
Ermmm sejarah Nik sendiri panjang ceritanya… kalau dilihat salasilah lama… keturunan dari Paqih Ali.. pangkal nama Wan dan Nik silih berganti… dan adakalanya org memanggil Wan dan juga Nik..
Dari keturunan dari Paqih Ali.. turunlah keturunan Raja2 Kelantan. Anak2 kepada Paqih Ali ada yg bermula dengan gelaran Wan, Nik dan jugak Long…
Diakui juga anak kepada Paqih Ali iaitu Datuk Pujud I berkahwin dengan seorang puteri dari Champa yg nama pangkalnya Wan.
Puteri tersebut adalah zuriat perkahwinan dari Keturunan Raja2 Champa dengan keluarga keturunan Cina.
Korek dan cari lagi.. nanti anda semua akan ketemuinya…
Jun 15, 2007 at 3:18 pm
salam,ckp bab NIk ni.aku ada fakta yg diturunkan dari nenek moyang aku dlm kalam salasilah kerabat dari keturunan raja2 jembal,kalam cetera maharaja seri wangsa,gegar alam yg menjadi pemerintah kerajaan besar SRI WIJAYA MALA.pengunaan nama NIk terbahagi kpd 2 iaitu:NIK KETURUNAN dan NIK KELAHIRAN.NIK KETURUNAN adalah NIk yg asalnya digunaan oleh pembesar2 kerajaan khasnya kerajaan kelantan/patani.tp NIK KELAHIRAN digunakan bila seorang anak raja perempuan berkahwin dgn org kebanyakan,maka anaknya akn diberi gelaran NIK ataupn NIK ENGKU.pasal kata nama NIk ni asal dari gundik,pekerja istana 2.aaku rasa u all silap.aku harap org 2 CARI MAKLUMAT YANG BERASAS DAN SUMBER YANG TERANG.k salam
November 17, 2008 at 2:31 am
nik ni sebenarnya adalah keturunan raja di masa purba. kerana saya sorang juga daripada keturunan nik di fatoni. keturunan saya ialah raja yang memerintah negeri fatoni di zaman purba dulu.
Februari 17, 2009 at 9:41 pm
Salam semua
Ada juga saya mendengar kononnya Nik ni adalah anak angkat. Tapi ini merupakan khabar angin yang memfitnah daripada keturunan raja ‘tertentu’ kerana Nik ni pada masa itu – orang-orangnya agak bijak dan ini menimbulkan kedengkian (biasalah..orang raja yang tiada asas agama) Malah ada sejarah kelantan yang tidak terpapar salah seorang orang besar kelantan yang terkenal..juga nama Nik, mangkat diracun orang akibat hasad dengki.
Tapi jika dikatakan dari keturunan China – itu mungkin ada kebenarannya – baguslah kalau keturunan China kerana Rasulullah s.a.w. pun ada ahlul-bayt sehingga ke Negeri China. Ada yang sampai kata dari keturunan jawa – jika benar..lagi bags – bukan satu keturunan yang hina…malah dari Kanjeng Sunan Raden Gunung Jati – majlis Wali 9/Songo..tak bangga ke?
Juga kisah kahwin campur iaitu antara kerabat diraja kelantan dan orang tanpa gelaran – anak-anak dinamakan Nik – ini pun benar..macam kes Megat juga.
Jadi benarlah pendapat sesetengah mereka kat sini, tolong check betul-betul silsilah tu.
Lepas tu, jika ada orang berkata : Semua manusia adalah cucu tok adam, betul juga, tetapi kena ingat “taqwa membezakan semuanya walaupun nampak zahirnya sama”…Qabil dan Habil pun saling bertelingkah…jadi, baik-baik sikit, kalau nak perli orang “manusia ni semua sama” atau “semua anak cucu tok adam”….walaupun betul tapi tiada pengisian ilmu tak guna juga…sebab Rasulullah s.a.w. pun keturunan Nabi Adam….
Wallahua’alam..ana singgah sebentar nak menegur…
Mei 1, 2009 at 10:57 am
Saya dpt info dari pakcik saya yg rajin kaji asal usul keturunan keluarga kitorg, info ni die dpt dari Majlis Agama Islam Kelantan, keturunan Wan dan Nik ada 2 jenis :
i. keturunan yg diberi gelaran atau pangkat oleh raja2 zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan
ii. keturunan Wan atau Nik yang asli, maknanya nama yg bermula dgn Wan atau Nik ni berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah
Ini dapat dari laman web.
Para ahli sejarah telah sepakat bahawa orang-orang keturunan Nik dan Wan di Kelantan, Pattani dan Campa adalah dari keturunan Syed Husain Jamadil Kubra. Ini juga bermakna orang-orang keturunan Nik dan Wan di Kelantan, Pattani dan Campa mempunyai hubungan darah dengan Wali songo di Jawa.
Mei 3, 2009 at 11:08 pm
Saya bersependapat dengan Wan Izzat. Untuk mendapat keterangan lanjut tentang silsilah atau keturunan Nik sila dapatkan karangan arwah ustaz saya, Ustaz Abdullah Nakula. Saya pernah menulis laman web tentang keturuanan keluarga saya namun kerana lama tidak menyelianya maka kini laman berkenaan tidak lagi dapat diakses. Kini saya sedang cuba menyusun semula tentang hal tersebut pada http://keluarganik.wordpress.com.
Julai 17, 2009 at 10:18 am
Saya juga bersependapat dengan Wan izzat, dari apa yg saya tahu dari arwah tuk wan saya, iaitu wan mariam, beliau pernah mengatakan zaman dulukala moyang keturunan wan asalnya keturunan raja pattani, dan arwah juga memberitahu yang si moyang keturunan wan ni cakap kalo nak kenal anak cucu die, pangkal nama ada wan tulah dari keturunan dia, so selididik punya selidik salah satu moyang keturunan wan ni adalah lebai husin atau syed husin bin syed abdul qadir, beliau(syed husin) membuang nama syed disebabkan tujuan berdakwah, dan menggantikan gelaran syed kepada wan terhadap anak2 beliau. tapi sebelum beliau lagi panggilan wan telah digunakan untuk cucu syed husin jamadil kubra, iaitu wan abul abdullah bin syed ali nurul alam bin syed husin jamadil kubra. dan keturunan asal nik dari syed husin jamadil kubra pon mmg ada, dan keturunan sultan kelantan sekarang ni pon dari syed husin jamadil kubra juga dan sama juga keturunan tuan, keturunan nik, wan, tuan dan tengku di kelantan ni lebih diketahui sebagai keturunan ba’alawi peringkat pertama berhijrah ke nusantara sekitar 14 M, disebabkan proses asimilisasi yang dah kat 6 ratus tahun tu pasal dari syed jadi wan, nik, tengku, dan tuan di kelantan dan terengganu, ni champ byk nik dan wan, berbeza dgn keturunan syed dan syarifah yg ada sekarang ni di malaysia adalah peringkat penghijrahan yang kedua antara 18M – 20M atas dasar politik disebabkan puak wahabi duk cari dan nak hapuskan keluarga sadah ni , sebab tu kalo tgk rupa wan, nik, tuan takde rupa tok arab dah, pasal dah lama sangat bercampur ngn orang tempatan, ini berbeza ngn keturunan syed peringkat kedua, sebab baru lagi smp nusantara dan atas sebab kebanyakan syed ni x bagi anak perempuan bkahwin ngn orang biasa alasan dia nanti hilang nasab, tapi berbeza ngn keturunan syed peringkat pertama, sebab mengikut kaedah imam syafi’ei dan imam hambali tidak hilang nasab keturunan rasullah dari pihak ibu yg berkahwin dengn orang biasa, sebab itulah kalau nak tau kenapa kalau di kelantan perempuan yang berketurunan tuan atau tengku berkahwin dengan orang biasa anaknya diberi predikat NIK didepan nama mereka, huhuhu..
Ogos 29, 2009 at 2:21 pm
untuk maklumat sila link ke:http://mqtkahlulbait.blogspot.com/
September 28, 2009 at 12:24 pm
cerita lama ni…tapi apa salah bagi warm balik..
http://www.mykelate.net/v1/index.php?showtopic=768&st=405
Oktober 25, 2009 at 10:08 pm
assalamualaikum..
sy pun pantang gak org ckp suka-suka hati pasal nama berpangkal dengan Nik atau Wan..sy pun sm mcm izzat ckp..tol kt denan tu..kt ktan lau belah mak kawin dgn org yg x der nm nik,wan,tengku dn sbgai nyer…kn ltk nm nik kt dpn…citer nyer…x nak hilang ktrunan ler..lau nk tau lbh lanjut bc ktrunan raja jembal ler..
Oktober 26, 2009 at 8:16 am
Nik ada 3 bangsa..Wan pun ada 3 bangsa..kajilah sejarah..