Archive for the ‘Saja2’ category

Hari-Hari Terakhir

Mac 14, 2007

Salam pertemuan, 

Semenjak dua menjak ni sume orang dok tanya.. Aik.. Ada lagi? Aduh2.. Terasa macam suma nk halau jek. Sepatutnya hari ini adalah last day saya. Namum kerna baik hati, sambung sampai ari jumaat. Padahal ganti cuti minggu lepas. 😉

Buat mereka2 yang menganjurkan jamuan perpisahan, terima kasih banyak2.

Dengar cerita, kat KL-Selangor ni nak berbisnes senang. Tak tahulah. Kalo betul bagusla. Tapi pengajaran Gerai Iceblend, takleh wat sensorang, kene carik gak rakan kongsi kecuali kalo wat Full Time.

Blog ni jugak akan beralih ke alamat baru atas nasihat rakan2. Esok akan saya umumkan alamat baru blog ni. Dan dijangkaan blog akan diupdet selepas 2 minggu percutian. Begitu jugaklah akan saya lawati blog rakan2 selepas 2 minggu, iaitu awal bulan 4.

Sekian terima kasih. Majulah komuniti blog demi perkongsian ilmu dan ukhwah.

-Fuad- 🙂

Kisah Kena Tag

Mac 13, 2007

Salam pertemuan,

desktop.JPG

desktop_opis.gif

desktop_opis2.gif

Arini sesi menjawab tag. Telah pon di tag oleh Akirasuri.

Yang paling kiri tu desktop kat rumah. Lepas format aritu memang takdek ubah apa2 setting kecuali install Metastock 9.0. Memandangkan sound card problem tak repair2 lagi, komputer dirumah hanya digunakan utk tgk chart dan karang blog.

Yang ke-2 ialah rupa sebenar desktop kat opis. Sebetulnya sudah berapa lama tak buat clean-up sebab mmg jarang tgk desktop. Most of time akan tgk screen yang ke-3, desktop yang ditampal dengan note post-it maya. Dan post-it tu dah tak diupdate selama 2 minggu. Haha. Maklumlah target keje dan x penting lagi. Soon, I’ll be a free man. Slave no more. Freeedoooommm. Sekurang2nya untuk 2 minggu lagi. 😛

Itu saje untuk menjawab tag kali ini. Dan seperti biasa saya tak men’tag’ orang lain.

Sedikit update pasal akaun Gold Saving Passbook Maybank yang dibincangkan dalam entry sebelum nih. Aritu saya bertanyakan Maybank Cawangan Kota Bharu, Maybank kini tidak lagi menawarkan akaun baru utk di bukak. Frust betul. 😦 Beruntunglah orang yang dah ada akaun tu. Huhu. Kene beli emas betul la plak camnih.

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

Permainan Hidup

Mac 12, 2007

Salam pertemuan…

Haha..setelah seminggu. Saya demam sejak ari Isnin lepas dan kini kembali betugas. Fuh..dengan penuh keberatan. Nasib baek ada blog, ada alasan sket nk menapak ke opis dengan sedikit semangat untuk di gengam.

Minggu lepas, saya sebok mengulangkaji buku yang bertajuk Panduan Haji & Umrah keluaran Lembaga Tabung Haji. Hajat dihati nk pergi umrah yang dijadualkan pada 21 Mac 2007. Malangnya kerajaan Arab Saudi lambat keluarkan Visa dan impian saya terkubur (buat kali ini). Sebaik sahaja dapat berita yang teramat menyedih itu, seluruh hormon2 pertahanan tubuh saya mengalami penyusutan kualiti kerja yang amat ketara. Petang tu saya demam teruk.

Seingat saya, demam kali ini antara yang paling teruk sehingga saya mengalami mimpi yang amat menyeramkan. Mimpi Seram: Saya membeli saham dengan semua duit simpanan saya dan saham tu turun sikit demi sikit. Fuhh.. Boleh meracau di buatnya. Haha… 😛

Arini nk cite pasal buku saya saya baru beli sebelum balik kampung aritu. Saya sepatutnya naik bas pagi, tapi sebab malam tu xleh tido (mimpi seram antara sebabnya selain layan DVD… Best wooo cite Apocalypse) saya dah terlepas bas pagi. Maka merewang2 lah saya nk tunggu bas malam plak. Saya mencari satu buku yang lain dari yang saya dok baca selama ni. Saya tak mau buku berat pasal saham, perniagaan, self-improvement, psycology tapi saya nak carik buku dalam kategori ni jugak tapi dalam bentuk novel atau cerita lawak yang santai jek kandungan dia. Antara buku yang menarik perhatian saya:

  1. Traders, Guns & Money – Novel kisah kejahatan broker2 membaham duit2 para traders.
  2. Monkey Business: Swinging Through the Wall Street Jungle – Kisah 2 orang mamat Grad Havard & Wharton yang keje kat brokerage company
  3. Confessions of an Economic Hit Man – Kisah pengakuan pembunuh ekonomi negara2 lain. Bagaimana US menggunakan Hit Man ni nak musnahkan ekonomi sesebuah negara.

Akhirnya, saya terbeli buku The Game karya Neil Strauss. Asalnya saya menjangkakan buku ni pasal kisah benar pengamal NLP (Nuero Linguistic Programming) yang berjaya. Memandangkan harga nya antara yang terendah dan terletak dalam rak International Best Seller kat Borders dan juga tajuknya agak menarik pada kaki game macam saya.

Rupa2nya novel ni mengisahkan kehidupan seorang PUA, Pick-up Artist. PUA ni golongan yang menggunakan skill mereka samaada ilmu psycology atau NLP atau trial & error untuk menggoda wanita2 jelita. Misi mereka adalah ringkas, seduce & get laid. Buku yang tak sesuai utk orang2 yang berdarah sejuk (buaya darat) sebab buku ini akan mengajar mereka skill yang akan merosakkan lagi wanita2 di Malaysia. Bagi Lelaki yang baik hati dan saja nk gelak2 macam saya 😉 Buku ni ni memang best lawak tak ingatnyer. Bagi wanita2 yang tgk buku ni di baca oleh suami, tunang atau pakwe anda, berhati2lah. Hahak..

Life is a game. As long as you play by the rule (if you know the rule of course), you’ll get what you want” 

-Fuad-