Manipulasi Dimensi – Kisah Ahmad

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Perkenalkan, ini Ahmad. Ahmad adalah seorang yang istimewa berbanding anda dan saya. Jika anda tanya mengapa.. Sebab Ahmad tinggal dalam dunia 2 dimensi, sementara kita hidup didalam dunia 3 dimensi (sekurang2nya lah dengan apa yang kita tahu).

Percaya atau tidak, Ahmad melihat semua bende dalam 2 dimensi sahaja. Iaitu mengambil kira 2 sukatan ukuran, tinggi dan lebar. Ahmad sekarang melihat anda seolah2 di dalam gambar. Dia tak tahu bertapa mancungnya hidung anda kerana ukuran kedalaman tidak wujud baginya.. Semua bende dia tengok adalah ‘flat‘, maklumlah Ahmad adalah orang lidi.

Sebetulnya, anda dapat melihat segala organ dalaman Ahmad jika dia dilukis dengan versi penuh manusia yang hidup di dunia 2 dimensi. Ini kerana kedalaman itu tiada. Saya tanya satu soalan, Apa yang menyebabkan sesuatu menghalang pengelihatan di dunia 3 dimensi..? Jawapannya ialah objek yang bertindih. Betul kan? Contoh paling mudah, anda tidak dapat melihat daging anda kerana ada kulit dan anda tidak dapat melihat kulit kerana dilindungi oleh baju. Objek yang di atas menghalang anda melihat objek yang dibawah mengikut kedalaman masing2. Jadi, di dunia 2 dimensi di mana kedalaman tidak wujud, anda akan nampak segala2nya.

Andai kata anda mengeluarkan jantung Ahmad dengan menariknya ke arah anda (paksi kedalaman), pada pandangan Ahmad, jantung dia tiba2 hilang. Hakikatnya jantung 2 dimensinya kini berada di dimensi yang ke-3 dan Ahmad takkan dapat mencarinya walau dikerah seluruh umat di dalam dunia 2 dimensi mencari jantungnya. Haha.. Hebat bukan. Kita yang berada di dunia dimensi ke-3 boleh melakukan apa saja dan memanipulasi Ahmad yang berada 1 dimensi di belakang kita.

Kalo anda ceritakan kepada Ahmad bahawa wujudnya satu lagi dimensi, pasti dia takkan percaya. Anda tunjuk sfera, dia hanya nampak bulatan. Anda ceritakan kewujudan isipadu, Ahmad hanya tahu keluasan. Adalah mustahil utk Ahmad mempercayai kewujudan dimensi ke-3. Percayakah anda jika saya katakan wujudnya dimensi ke-4 atau ke-5? Mengikut kajian matematik, sekurang2nya terdapat 10 dimensi tetapi manusia tak dapat buktikan. Apa kata kita buat senarai.

  1. Dimensi Pertama – Lebar
  2. Dimensi Kedua – Tinggi
  3. Dimensi Ketiga – Kedalaman
  4. Dimensi Keempat – Ruang
  5. Dimensi Kelima – Masa
  6. Dimensi Keenam – ????
  7. Dimensi Ketujuh – ???????????

Hebat2… sungguh hebat ciptaan Allah menjangkau imiginasi dan pemikiran manusia. Maka tergelaklah saya apabila ditanya “Bolehkah Allah mencipta satu botol yang sgt kecik sampai dia sendiri tak leh masuk..?” Allah bukanlah makhluk la kawan. Makhluk yang memerlukan ruang atau dimensi sebagai bukti kewujudan. Allah adalah pencipta dimensi itu sendiri. Adakah pelik jika Malaikat Jibrail AS mengeluarkan hati Nabi Muhammad SAW utk membersihkanya sebelum Israk & Mikraj? Adakah pelik dalam satu malam sahaja Nabi Muhammad SAW selesai perjalanan menemui Allah?

Soalan2 macam ni sengaja ditujukan oleh musuh2 Islam utk menimbulkan keraguan dalam pegangan akidah umat Islam. Pernah kah suatu ketika anda kesunyian, berfikir seorang diri, atau ketika doa anda tak dimakbulkan, timbul satu persoalan, benarkah Allah itu wujud.. Anda tak perlu jawab. Saya teringat kata2 ustaz, syaitan sering cuba mengomok2kan fikiran manusia terutama sekali dari segi akidah.

Member: Sejauh mana keyakinan ko kewujudan Allah?

Saya: Yakinlah.. Yakin dengan sepenuh hati..

Member: Yelah, yakin sepenuh hati tu macam mana?

Saya: Susahla nk explain..memang yakinlah..

Member: Ustaz aku cakap. Kene yakin sebagaimana yakinnya ko bahawa ko ni adalah lelaki. Pernah ko tertanya2 tak.. betul ke aku ni lelaki?

Saya: Tak pernah terpikir plak aku..

Panjang plak arini. balas dendam dah 2 hari x wat entry.. 🙂 Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

p/s: Kepada sesipa yang berminat mendalami ilmu dimensi boleh rujuk http://tetraspace.alkaline.org/page1.htm  dan jika anda lebih fanatik, boleh rujuk wikipedia dan tgk law2 yang bermacam2 pasal dimensi. Jika anda seorang yang romentik atau suka baca novel boleh baca Flatland: A Romance of Many Dimension. Bila lagi nak baca novel geometry ye tak.. Heheh.

Explore posts in the same categories: Maklumat Umum, Saja2

22 Komen di “Manipulasi Dimensi – Kisah Ahmad”

  1. linn_comel Says:

    best..sebelum ini tak terfikir pun pasal dimensi ni..Sememangnya ciptaan ALLAH terlalu hebat. Setiap apa yang dicipta ada rasionalnya. Cuma setiap rasional tersebut tidak terjangkau dek Akal kita sebagai manusia. ALLAH MAHA BESAR.

  2. Idaman Says:

    kalo “saya” kt atas tak dpt nak yakin yg dia lelaki, mybe dia tu P*ND*N kut, keliru dgn identiti sendiri… hehehhe… fizikal lelaki tetapi naluri perempuan… mungkin terperangkap dalam 2 dimensi identiti… kalolah kita yakin yg Allah itu ada, Insyallah kita takan buat satu pun maksiat dalam hidup kita… yelah yakin Allah tu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa saja apa yg kita nak, tengah atau telah buat… dan tentu kita semua berlumba-lumba utk buat amal kebajikan sebanyak mungkin utk temui Allah nanti… tapi, sejauh mana yakinnya kita? setiap hari brp byk maksiat/dosa kita buat? lebih2 lg maksiat yg kita tahu berdosa kalo kita buat… Kalo tak yakin kat Allah camna nak dtg rasa utk bertaubat tu kan? lagi satu kalo berdoa tapi tak yakin Allah akan makbulkan, apa gunanya kita berdoa? renung2kan…

  3. walikard Says:

    Begitulah agungnya ALLAH SWT, tapi kita yang buat tak endah…kita tahu DIA MAHA MELIHAT, tapi buat2 tak tau dan terus dengan maksiat, begitulah seterusnya…cantik Fuad, berdakwah secara hikmah macam nilah yang perlu diperbanyakkan

  4. BAGAK Says:

    tinggi ilmu yang di ketengahkan hari ini
    semoga kita mendapat hidayah ALLAH

  5. labanon Says:

    Wow.. post kali ini membuatkan otakku betul2 berfikir tentang kebesaran ilahi.. tq Fuad

  6. aku Says:

    Fuad, the best entry so far!!!

    peh.. dengan menggunakan Ahmad si orang lidi, ko dapat sampaikan sesuatu yang sangat bermakna bagi aku…

    sedihnya, aku fail dari segi penyampaian cerita 😦 (iri hati kat ngko)

  7. ad3ck Says:

    dimensi..bagus ar post kali neh..

    yer..takleh samerkan Tuhan ngn orang..tp ader gak org yg ngaku dier Tuhan..pastuh mati..ngehehe..

  8. dayah Says:

    sungguh, sy tidak faham bab dimensi2 nih, kan berkaitan matematik..sy ni sedikit mengong dlm matematik,haha!

  9. aminbakish Says:

    tinggi ilmu ni, saya kena baca berulang2 untuk faham kaitannya…

  10. cikguonline Says:

    Ilmu yg sangat tinggi bagi aku ni….

  11. akirasuri Says:

    oh ilmu berguna untuk malam ni 😉

  12. salma Says:

    sblm ni x pernah terfikir psl dimensi. tp, sgt2 menarik. nanti nk pi cari la novel yg disebut tu. thanks.

  13. Camcari Says:

    Good morning. Nice work.,

  14. Hausammann Says:

    And why am I not one of your top friends?? Oh well. It sounded like fun out there. Hope your going good. Take care.,


  15. emmm.sesuatu yang sungguh menarik mengenai perihal dimensi ni.congrate bro


  16. wah…artikel ni serba-sedikit membuktikan ttg kebesaran dan kewujudan Allah…sy sungguh kagum.. sy berharap umat2 Islam akan berusaha mendalami ilmu sains untuk membuktikan ttg kebenaran Islam.. sy yakin dan pasti, jika umat Islam dpt menguasai ilmu sains, musuh2 islam tidak akan dpt lawan dan membantah hujah2 para ilmuwan Islam………sy tidak pndai berkata-kata, tp sy berharap anda semua faham dan mengambil apa yg positif dr kata-kata sy ini…akhir skali, sy ingin berterima kasih kpd fuad sbb tlg post artikel ini..sungguh menarik


  17. pernahkah anda semua berfikir, kenapa kita hidup? apakah tujuan kita hidup? kenapa kita dihidupkan? kenapa kita perlu hidup?

    kenapa Tuhan bg akal kepada manusia?? supaya kita berfikir….jd sy menyeru kpd sluruh umat Islam, sentiasa lah berfikir ttg kebesaran Allah dan kebenaran agama Islam kerana Allah suka hamba-Nya yg suka berfikir.. sentiasalah mendalami ilmu2 agar musuh2 islam tidak akan dpt menandingi umat Islam..

    setiap orang yg membuat baik di dunia ini, akan dibalas baik… org kafir yg berbuat baik di dunia, akan dpt blasan baek di dunia, tetapi neraka di akhirat…

    org islam yg beriman dan berbuat baik di dunia, akan dibalas baik di dunia dan akhirat….

    jd, sama-samalah kita berfikir..sentiasa timbulkan persoalan..tp persoalan2 tersebut hendaklah dikemukakan kepada ulama-ulama atau ustaz yg dipercayai agar kita tidak sesat….agar kita sentiasa pada jalan yg diredhai oleh Allah…


  18. Definitely believe that that you stated. Your favorite reason seemed
    to be at the web the easiest thing to consider of.
    I say to you, I certainly get annoyed while other folks consider issues that they plainly don’t realize about. You managed to hit the nail upon the highest and defined out the entire thing without having side-effects , other people can take a signal. Will likely be back to get more. Thank you


  19. It’s not my first time to visit this web site, i am browsing this website dailly and get pleasant data from here all the time.


  20. I am now not sure where you’re getting your information, however good topic. I must spend some time learning much more or understanding more. Thank you for great information I was searching for this info for my mission.


  21. To repeat the words of the extraordinary Walt Disney:
    it is curiosity that keeps leading us down new paths.
    I’m curious to explore this path with you and find out exactly where it leads.


Tinggalkan komen