Tak Paham tapi Best

Dikirim Februari 23, 2007 oleh Fuad
Kategori: Maklumat Umum

Salam pertemuan,

 

Saya mempunyai satu sindrom yang saya rasa pelik iaitu seronok melayan cerita yang saya sebenarnya tak berapa paham. Contoh sekarang saya dok melayan DVD, House MD. Berebut ngan member yang nk main PS2 saya plak sebuk nak ngabiskan yang season 1 punya. Yang lawaknya, saya bukanlah paham sangat medical2 term yang derang sebut tapi best gila melayan problem solving scenario nih.

Dulu, saya jugak dok gila melayan anime Hikaru No Go. Anime pasal budak yang main Go, sejenis catur Jepon. Terus terang, sampai sekarang saya tak paham camne Go tu dimainkan. Tapi besh jugak melayan cite tu.

Ini adalah sindrom yang saya tak paham. Tak paham tapi best. Malam ni nak marathon DVD tu sampi abes. Selamat berhujung minggu.. I Love Friday 😛

Iklan: Saya nk bagi buku free kat orang yang berminat saja. Sila rujuk blog Main Saham. Siapa cepat dia dapat.

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

Toleransi vs Tegas

Dikirim Februari 22, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan, 

Semalam Mak saya bagitau, coolbox saya telah hilang dirembat orang. Hampeh tol. Coolbox pon nk dipau. Saya dengan ini, meminta pencurik tersebut jika dia membaca blog ini agar memulangkan coolbox tersebut. Dan pada sesiapa pernah terlihat coolbox saya yang berjenama Coleman kaler biru (Gambar Sebelah) sila bagitau saya. 😉

Hari ini saya nk borak kosong lagi, perihalnya mungkin tak berapa menarik. Pasal toleransi dan ketegasan. Suatu yang berlawanan tapi tidak bermaksud salah satu lebih bagus dari yang lain. Sebab topik ni mungkin menyinggung beberapa pihak, saya terlebih dahulu memohon maaf jika tak sengaja menguris perasaan pembaca.

Pendapat saya, diulangi pendapat saya, toleransi lebih digemari oleh lebih ramai orang berbanding ketegasan.

Contoh yang saya nk gunakan ialah golongan Pondok dan Ustaz2 Moden. Sensitif nih. Contoh yang saya gunakan ni hanya sebagai contoh sahaja, tak perlu di spesifik kepada sesetengah golongan, sekadar tujuan perbincangan, tidak lebih dari itu.

Golongan Pondok bisanya lebih tegas dari ustaz2 moden sekarang ni. Bila berkisar sesuatu isu, satu garis panduan yang jelas boleh digariskan. Yang tak boleh, tetap tak boleh dan yang boleh tu boleh la kan. Tegas. Tiada tolak ansur. Pada saya, dengan ketegasan ini menyebabkan kebanyakkan Tok Guru2 pondok ni karamah mereka lebih tinggi berbanding ulamak2 lain. Dari segi amalan rohani tu tak perlulah kita bincangkan untuk topik ni. Tapi… dengan ketegasan sebegini, ramailah puak2 yang kurang selesa dan tidak dapat menerima pendekatan mereka. Ada yang kata jumudla, berfikiran tertutupla. Pada saya, ketegasan dalam prinsip hidup dan pegangan sebenarnya memberi kualiti yang tinggi pada seseorang individu.

Berbalik kepada Ustaz2 moden, mereka lebih terbuka dalam sesuatu isu dan bertoleransi. Jika sesuatu masalah agama muncul, mereka tidak akan terus menggariskan panduan, boleh atau tak boleh. Bergantung pada keadaan tertentu yang kebanyakkan adalah terlalu subjektif. Mungkin bagi sesetengah orang takrifan darurat tu berbeza2. Maka muncullah kisah bila darurat, hukum ini diperlonggarkan. Namun, keadaan bagaimana yang dikatakan darurat itu… masih samar dan subjektif. Islam itu mudah dan memudahkan. Namun jangan la plak ambik mudah. Sikap toleransi sebenarnya membuatkan orang ramai lebih selesa untuk menerima dan mempunyai kesan tersendiri dalam pendekatan dakwah itu sendiri. Pendapat saya, dakwah dapat disebarkan dengan lebih berkesan melalui toleransi.

Saya merasakan keduanya perlu. Tiada yang salah. Mungkin anda boleh komen tak perlu terikat pada contoh yang saya berikan. Mungkin tegas dalam prinsip hidup. Cth: Pak Guard yang betul2 ikut peraturan (tegas) tak di sukai ramai walaupun dia hanya menjalankan amanah yang diberikan berbanding Pak Guard yang lebih bertolak ansur dan memberi kelonggaran.

Sehingga bertemu lagi…

-Fuad-

Statement Ditarik Balik

Dikirim Februari 21, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

 Salam pertemuan,

Cabaran mendaki Banjaran Titiwangsa dengan Opel Kadett telah berjaya. Haha. Setelah beberapa kali hilang kepoweran dan terpaksa direhatkan tatkala mendaki bukit, akhir kereta burukku berjaya melepasi halangan menyeberangi banjaran. Saya sempat layan lentok kat R&R Titiwangsa. Memang best. 🙂

Entry kali ni saya nk tarik balik keyataan yang dibuat dalam entry sebelum ini iaitu yang bertajuk Sentimen Perkauman (13 September 2006 – Alamari Buku). Satu perkara yang baru saya tahu pasal salasilah keluarga masa cuti aritu.

Kenyataan yang di tarik balik:Blank betul saya. Adeke dicakapnya Cina. Ini Melayu tulen nih. Rasanya takda plak dalam salasilah keluarga saya Cina.”

Nenek saya (belah Mak) namanya Nik Kalsom Binti Nik Hassan. Bagi orang yang tahu, kononnya Nik ni adalah nama kerabat Sultan Kelantan. Memandang kan datuk saya orang kebanyakkan, dia dah membuang nama Nik kat anak2 dia, so lepas tu memang dah tak dek nama tu kat generasi bawah dia.

Mengikut kata Mak saya, sebenarnya Nik bukanlah berketurunan Sultan Kelantan seperti yang digembar-gemburkan, tapi sebenarnya hanyalah anak angkat Suktan Kelantan suatu ketika dulu. Sultan Kelantan telah mengambil seorang anak angkat berbangsa Cina, dan di taruknya gelaran Nik bagi keturunan2 dia. Kesimpulannya, Nik bukanlah kerabat Sultan tapi campuran Cina. Heheh. Kalo ada Nik2 yang nk perbetulkan fakta ni silakanlah, sebab saya pon dapat pengetahuan ni dari Mak saya saja. Tidak disertakan dengan bukti2 sejarah. Pasal gelaran laian macam Wan, Tengku, Che tu tau la plak saya maksud dia.

Dengan ini saya memohon maaf atas kenyataan tidak benar dalam entry sebelum ini.

Best tol takda orang kat opis. Haha. 😛

Sehingga bertemu lagi…

-Fuad-